Adsense

Selasa, 27 Disember 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Datuk Siti Nurhaliza Beriadah Bersama SitiZoner | Gambar Kereta Siti Nurhaliza

Posted: 27 Dec 2011 12:05 AM PST

Kisah terbaru mengenai Datuk Siti Nurhaliza @ Tok Ti bersama suami Dato K beriadah bersama peminat yang diberi nama SitiZoner. Dengan gaya bersahaja Tok Ti dan suami turun padang menjayakan majlis bertemu bersama peminat yang sudah pasti tidak akan dilupakan oleh SitiZoner and group.


Apa yang pasti aktiviti yang dijalankan akan disimpan sebagai kenangan, ia dapat digambarkan dengan wajah-wajah ceria Tok Ti dan Suami di gambar yang ZoOm jumpa daripada laman forum cari yang menggunakan gambar daripada SitiZoner Group.










Dan berikut gambar Mini Cooper Tok Ti ...Memang superb no PLAT....KCT1 :)



ZoOM : Nampak tembam Tok Ti kita yer... Apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ini tidak adil!

Posted: 26 Dec 2011 02:54 PM PST

Hip

Bengang dianggap tidak berdisiplin

ARTIKEL bertajuk Jue Aziz tidak berdisiplin? yang disiarkan dalam Hip pada Khamis lalu benar-benar menyentap perasaan pelakon ini.

Ia sangat mengejutkan dirinya. Dakwaan sebagai pelakon tidak berdisiplin benar-benar mengecewakan. Menatap setiap baris ayat yang tertera pada artikel itu, ternyata mengguris perasaan Jue Aziz atau nama sebenarnya Juliana Aziz.

Sukar untuk digambarkan betapa sakitnya hati selepas membaca dakwaan penerbit teater Se-Merah Padi iaitu Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno yang mendakwa dia sebagai pelakon yang bermasalah kerana sering ponteng daripada sesi latihan pementasan itu.

Jue mendakwa, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelakon teater itu kerana setiap kali diminta hadir ke sesi latihan, dia pasti muncul.
Kenyataan Jue ini menimbulkan persoalan. Siapa sebenarnya yang berkata benar? Kalau betul hadir menjalani latihan dengan penuh disiplin mengikut jadual ditetapkan, mengapa pula Keno sebagai penerbit dan krew lain mengadu dia sering ponteng?
Apapun Jue Aziz tetap mempertahankan dirinya dengan menafikan dia tidak komitmen atau menunjukkan kesungguhan terhadap teater itu. Menganggap dirinya sebagai tidak mahu membuat kecoh, Jue juga cuba mengaitkan beberapa pelakon lain dalam teater itu yang didakwanya tidak hadir menjalani latihan seperti yang dijadualkan.

Malahan Jue juga mendakwa tidak sepatutnya dianggap sebagai pelakon tidak berdisiplin hanya kerana tidak hadir membuat latihan selama empat hari. Namun begitu, dia tidak pula memberi alasan mengapa tidak hadir untuk latihan selama tempoh itu.

"Selama ini saya hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu membuat kecoh. Namun selepas membaca kenyataan Keno yang mengatakan saya sebagai artis tidak berdisiplin, itu yang membuatkan saya bersuara mempertahankan diri saya. Saya tidak pernah mengabaikan komitmen saya sebagai pelakon teater itu.

"Takkanlah hanya kerana saya tak datang empat hari, saya terus didakwa sebagai tidak berdisiplin dan menyusahkan produksi. Saya tak datang latihan adalah disebabkan masalah kesihatan dan saya ada memaklumkan mereka mengenai ketidakhadiran saya itu pada mereka.

"Apabila tiba-tiba muncul berita mengatakan tidak memberi komitmen sepenuhnya, ponteng sesi latihan, itu yang membuatkan saya marah. Mengapa orang lain yang tidak datang latihan berhari-hari dan memberikan alasan tidak masuk akal, tidak dicanangkan kepada wartawan?

"Apa tujuan mereka berbuat begitu? Di depan saya cakap lain, belakang macam-macam dia tuduh saya? Sungguh tidak profesional," luah Jue ketika dihubungi Hip Jumaat lalu.

Menurut pelakon drama bersiri Nilapura ini, seboleh mungkin dia tidak mahu menyusahkan atau memburukkan mana-mana pihak. Namun, terasa sia-sia apa yang dilakukannya selama ini apabila susu yang diberi, tuba yang dibalas.

"Tak perlu nak pertikaikan komitmen saya. Sewaktu awal-awal sesi latihan dulu, saya adalah antara pelakon yang kerap datang latihan. Bagi saya itu adalah penting untuk memahami watak dan menimbulkan keserasian.

"Namun apa yang berlaku adalah, saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian dan fokus pada watak disebabkan sesi latihan sering berlangsung tanpa pelakon yang lengkap.

"Bila perkara seperti itu kerap berlaku, siapa yang patut dipersalahkan? Janganlah hanya kerana saya tak datang latihan, terus hendak menuding jari ke arah saya? Terasa seperti dianiaya apabila pihak produksi memperlakukan saya sebegitu," jelasnya lagi.

Tegas Jue lagi, jangan ingat dia sebagai pelakon baru, produksi boleh buat apa saja termasuk meletakkan kesalahan orang lain di bahunya.

"Bila pelakon buat silap, cepat saja mereka nak hebahkan pada wartawam.Tapi produksi sendiri yang kelam kabut dan pengurusan yang tidak profesional, tidak pula mereka cerita," kata Jue.

Sepanjang perbualan menerusi telefon, Jue kedengaran sering batuk-batuk kecil menandakan dia memang tidak sihat.

Ditanya mengenai pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri atau Abby Nadzri yang dikatakan bakal menggantikannya dalam pementasan itu, Jue memberitahu dia sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

"Itu juga satu persoalan buat saya kerana saya sendiri tidak tahu status saya. Adakah saya yang akan berlakon dalam pementasan itu ataupun digantikan dengan orang lain kerana sepanjang latihan di Istana Budaya, saya lihat Abby yang banyak berlatih dan saya disuruh duduk di depan pentas menyaksikan mereka berlatih," katanya lagi.

Selain Jue yang sepatutnya memegang watak Dara, teater yang memulakan pementasannya sejak malam Sabtu lalu turut membariskan pelakon seperti Khir Rahman, Fauzi Nawawi , Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.

Teater yang sebahagiannya diadaptasi daripada filem Semerah Padi karya Tan Sri P Ramlee itu diarahkan oleh Rosdeen Suboh ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 31 Disember depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Juara milik Asmidar

Posted: 26 Dec 2011 02:43 PM PST

Hip

Dicabar sengit oleh Mafa sebelum berjaya meraih RM50,000

PERTARUNGAN antara dua finalis program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada Ahad lalu, memberikan tamparan hebat kepada juri program dalam memilih juara.

Namun, kelebihan serta nada tersendiri yang dicipta peserta dari Kuala Lumpur, Norhasmidar Ahmad mendendangkan lagu ciptaan Ajai, Biar Sampai Ke Bintang, 'membunuh' kelebihan lawannya, Mafarikha Md Akhir sehinggakan kesemua juri sepakat mengatakan lagu itu cukup sempurna dinyanyikan. Sepakat dinobatkan sebagai juara program oleh barisan juri dan undian SMS dengan membawa wang tunai berjumlah RM50,000, pelajar ASWARA itu kerap kali dipuji melambung oleh juri seperti Azmeer dan Ziana Zain yang mengatakan kekuatan Asmidar terletak pada kawalan pernafasannya yang sangat baik walaupun mereka tidak menafikan peserta yang dikenali sebagai Mafa lebih baik dari segi nada suara. Keputusan akhir yang menyaksikan Asmidar mendapat 73 peratus undian sms dan juri, manakala lawannya mendapat 53 peratus.

Berterusan mengasak regu lawannya, Asmidar turut membuktikan dia layak memenangi program itu apabila dapat menyampaikan lagu pilihan Mafa, Hurt milik Christina Agueilera, dengan gaya tersendirinya sehingga Azmeer menoktahkan bahawa dia adalah penyanyi yang dicari selama ini pada segmen ketiga iaitu Battle.

Istimewanya juga apabila Mafa turut mencabar kembali Asmidar dengan membuktikan dia mampu menyanyikan lagu Datuk Ahmad Kilau, Laksamana Raja Di Laut dengan lenggok suara yang memikat Ziana Zain dan Erra Fazira.
Lagu lain yang dimeriahkan kedua finalis itu pada segmen pertama adalah My Way, Jangan Tinggal Daku, Tiba, Siapa Dia serta Aksi Suara.
Menariknya lagi, gandingan pengacara program, Faizal Ismail serta Adibah Noor menyampaikan lagu Moves Like Jagger mendapat tempat di hati penonton pada malam itu apabila nyanyian itu dilahirkan secara bersahaja.

Walaupun tidak dinafikan persaingan merebut juara pada malam itu cukup tegang, kemenangan yang dinobatkan kepada wanita berusia 25 tahun itu tepat kerana Mafa dilihat tidak begitu menyerlah ketika menyanyikan lagu Tiba hasil sentuhan komposer terkenal Audi Mok. Malahan ketiga-tiga juri sepakat mengatakan lagu itu kurang menyengat dan Azmeer pula berasakan lagu itu belum diberikan justifikasi sedalam-dalamnya oleh Mafa.

Sementara itu, Asmidar ketika ditemui pada sidang media itu, berkata, dia berharap laluan seni suaranya selepas ini akan berterusan memihak kepadanya.

"Pertandingan sangat sengit terutama pada segmen battle. Saya dapat menyanyikan lagu pilihan tetapi dalam masa yang sama menyanyikan lagu yang dicabar Mafa. Sebenarnya daripada latihan lagi saya sudah rasa tercabar melihatkan bakat Mafa.

"Ada yang Mafa ada, saya tidak ada yang mana suaranya nyaring serta bijak meletakkan bunga lagu di tempat yang betul selain bertenaga," katanya yang masih tidak mempunyai arah di mana mahu menggunakan wang hadiah yang diterimanya itu.

"Mungkin digunakan untuk menghasilkan single atau album selepas ini," katanya yang turut melahirkan rasa untuk bekerjasama dengan komposer seperti Audi Mok.

Manakala Mafa yang ditemui tidak dapat menafikan sesekali perasaan hampa menerjah ke ruang hatinya kerana gagal merebut gelaran juara pada program itu namun redha atas ketentuan itu.

"Saya perlu percaya pada rezeki. Tidak semestinya saya tidak mendapat juara, saya tidak akan berjaya dan paling utama saya sudah buktikan pada umum bahawa orang badan besar macam saya juga boleh menyanyi dengan baik.

"Ya saya mengaku ada melakukan kesilapan ketika menyanyikan lagu baru disebabkan masalah kawalan pernafasan dan masih belum biasa dengan lagu itu. Mungkin kekuatan lagu itu masih belum dapat dicari saya sebagai penyanyi tetapi saya sudah buat yang terbaik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Sharifah aini serik kena tipu

Posted: 26 Dec 2011 05:00 PM PST

SHARIFAH Aini dan Grace Simon pernah mengadakan persembahan bersama sekitar tahun 70-an.

PENGALAMAN sering ditipu penganjur membuatkan Biduanita Datuk Sharifah Aini serik untuk menerima tawaran mengadakan persembahan pentas anjuran pihak lain.

Namun sebagai anak seni, alasan itu tidak boleh dijadikan kekangan kerana di luar sana ramai peminat yang tidak jemu untuk menonton persembahan pentasnya.

Lantaran itu tanpa pengalaman asas sebagai penganjur, Sharifah Aini atau mesra dengan panggilan Kak Pah menubuhkan syarikat Seri Dewi Production Sdn. Bhd sebagai medium meneruskan kerjaya seninya.

Menerusi syarikat tersebut, sehingga kini, Kak Pah berjaya menganjurkan enam persembahan makan malam amal termasuklah Majlis Makan Malam Tiga Sahabat yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Sabtu lalu.

Menurut Kak Pah, untuk menjayakan persembahan amal yang turut menampilkan Grace Simon dan Dewi Yull dari Indonesia, dia dan rakan kongsinya mengambil masa selama empat bulan untuk mengendalikan segala urusan, termasuk penjualan meja kepada penaja.

"Alhamdulillah, kerja empat bulan Kak Pah berbaloi malam ini. Memang penat tapi majlis ini sukses. Sebelum ini Kak Pah cuma bersedia untuk menyanyi sahaja, tapi kali ini kena ambil tahu daripada A sampai Z.

"Bayangkan pukul 3 pagi, Kak Pah masih mengadap komputer untuk e-mel surat pada klien. Malah tadi sebelum menyanyi, Kak Pah sempat menyusun kerusi meja sebab nak pastikan semua orang berpuas hati," katanya yang turut mendapat kerjasama Lime Event Management dan Islamic Aid Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Belum tinggalkan Hot, Fly FM

Posted: 26 Dec 2011 05:09 AM PST

UMUM mengetahui, dua wanita jelita ini penyampai radio. Seorang bertugas di stesen bahasa Melayu popular, Hot FM dan seorang lagi di stesen radio Inggeris, Fly FM. Namun, program bual bicara Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9, menyatukan mereka.

Sempena tahun baru 2012 dan berkuat kuasa 1 Januari nanti, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leeya, 28, dan Hani Farhana Mohd Hatim atau Hunny Madu, 27, akan muncul sebagai pengacara NLKO baru yang disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Ketika ditemui pada sesi fotografi diadakan baru-baru ini, Leeya dan Hunny mengakui mereka sangat teruja dan berbesar hati apabila mendapat lamaran daripada TV9 untuk mengacarakan program NLKO yang menemui penonton dari jam 8 hingga 10 pagi itu.

Leeya berkata, dia tidak keberatan memikul tanggungjawab sebagai hos kerana cukup meminati bidang pengacaraan. Katanya, agak lama juga tidak mendapat peluang diidamkan itu dan apabila diperoleh, takkan mahu dilepaskan pula.


"Jika sebelum ini, saya terpaksa mengundur diri daripada pengacaraan atas sebab tak dapat dielakkan, kini, saya akan pastikan buat yang terbaik. Ditambah lagi, saya sangat selesa dengan pengacaraan dan hanya perlu bijak sesuaikan diri.


"Biarpun ada perasaan gementar untuk muncul 1 Januari nanti, saya sedikit tenang dengan adanya AG yang turut menjadi pengacara di NLKO. Saya yakin AG akan membantu dan penyertaan dalam NLKO mungkin kerana inilah masanya.

"Lagipun, saya seorang yang suka belajar dan menimba pengalaman baru. Barangkali, kemunculan saya juga bertepatan dengan cita rasa dan gaya baru yang diketengahkan program ini. NLKO juga tidak terlalu formal dan sesuai dengan diri saya," katanya.

Menurut ibu kepada dua anak ini, dia juga yakin mampu membahagikan masa dengan baik antara karier sebagai penyampai radio dan pengacara. Ini kerana, Leeya kini turut aktif berlakon semula dan baru selesai menjayakan drama Karma untuk TV9.

Katanya, lakonan juga sebati dengan jiwanya dan atas sebab itu dia tidak mampu menolak. Menurut Leeya, dia juga bukan seorang pelakon yang memandang pada bayaran. Jelasnya, dia boleh bekerjasama dengan mana-mana pengarah atas dasar kepercayaan.

"Saya seronok berlakon dan teringin sangat untuk berlakon filem jika diberi peluang. Malah, saya juga suka buat apa saja kerja demi rezeki. Saya seorang yang suka bekerja kerana saya cintakan kerja saya. Oleh itu, saya takkan menolak rezeki yang datang.

"Apapun, berlakon dalam Karma adalah pengalaman yang indah. Produksi di bawah Erma Fatima ini cukup menyeronokkan kerana kami semua umpama keluarga. Biarpun, tak kenal rapat, masing-masing boleh jalin hubungan yang baik," katanya.

Menyentuh soal gandingan bersama Hunny Madu, ujar Leeya kombinasi mereka mungkin sesuai. Katanya, Hunny juga memiliki bakat tersendiri dalam pengacaraan. Cuma, bagaimana agaknya penerimaan penonton terhadap kemunculan mereka berdua?

Hunny sudah dua tahun tak mengacara

KEPETAHAN Hunny Madu ketika berbicara tidak perlu disangkal. Ini kerana, wanita tinggi lampai itu bukan saja mahir berbahasa Inggeris, tetapi dia juga boleh berbahasa Melayu dengan baik. Asal-usul nyata tidak dilupakan Hunny yang ramah menyusun kata.

Menyentuh pembabitannya dalam NLKO, Hunny berkata semuanya berlaku secara kebetulan selepas dua tahun meninggalkan 8TV Quickie. Katanya, dia muncul dalam NLKO untuk mempromosikan album sulung, Pulau Janji dan tidak sangka dilamar Penerbit Eksekutif, Wan Sabariah Sheikh Ali.

"Beliau (Wan Sabariah) meminta saya menghadiri uji bakat untuk pengacara wanita baru NLKO. Saya pula tiada masalah untuk menerima dan apa salahnya mencuba nasib. Saya datang ke uji bakat diadakan itu hanya sekadar untuk mencuba saja.

"Tak sangka diterima dan apabila dimaklum pada keluarga, nenek saya memberikan sokongan penuh. Nenek minta saya menerima kerana NLKO adalah program yang bagus dan dia juga selalu menontonnya. Jadi, saya harap nenek lebih gembira.

"Apapun, semoga saya tidak kekok untuk bergandingan dengan pengacara lain seperti Sharifah Nor, Farah Diana Anuar, AG, Fizo Omar dan Lokman. Saya akan cuba sebaik mungkin terutama dalam menyampaikan isu semasa yang berlaku," katanya.

Menurut Hunny, sebagai persediaan dia kini bersiap sedia mengisi pengetahuannya dengan pelbagai pengetahuan am dan isu semasa. Katanya, dia akan pastikan ilmu pengacaraan dimiliki mencukupi supaya apa yang disampaikan asli dan tidak kelihatan stereotaip.

"Sebelum ini, saya sudah terbiasa dengan penyampaian dalam bahasa Inggeris. Jadi, memandangkan NLKO dalam bahasa Malaysia, maka saya fikir persediaan yang lebih sangat penting. Bagi saya, persediaan melampau itu membawa kebaikan.

"Selain itu, saya juga selesa dapat melakukan penyampaian yang bersahaja. Malah, apa yang diharapkan pada kemunculan pertama nanti, semuanya berjalan lancar. Semoga tiada perkataan yang tersekat atau tersasul ketika bersiaran langsung," katanya.

Menyentuh mengenai keluarga, Hunny berkata dia juga mengharapkan 2012 akan mengeratkan lagi hubungan bersama suami dengan kehadiran cahaya mata. Ujarnya, dia tidak pernah merancang memiliki anak, tetapi hingga kini masih tiada rezeki.

Kata Hunny lagi, suaminya sangat mengharapkan kehadiran zuriat. Namun, apa boleh buat kerana semua ini ketentuan Tuhan. Bagaimanapun, katanya, suami seorang yang sangat memahami dan turut memberi sokongan terhadap karier diceburinya.

PROFIL

NAMA: Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid
PANGGILAN KOMERSIAL: Leeya
TARIKH LAHIR: 27 April 1983
UMUR: 28 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Penyampai radio Hot FM, pelakon, pengacara
KELUARGA: Anak sulung
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Muhammad Ashraf Aasimudin (Ashraf)
ANAK: Aza Ameena, Asha Ameena, 2 tahun (kembar)
SIRI TV: The Breakfast Show (ntv7), Nasi Lemak Kopi O (TV9)
FILEM: Idola, Diari Romeo, Trauma, Mukhsin dan Man Laksa

PROFIL

NAMA: Hani Farhana Mohd Hatim
PANGGILAN KOMERSIAL: Hunny Madu
TARIKH LAHIR: 1 April 1984
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Penyampai radio Fly FM, pengacara, pencipta lagu dan penyanyi
KELUARGA: Anak kedua
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Khairul Azhar Abdul Wahid
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam dan Kewartawanan
ALBUM: Pulau Janji
PROGRAM TV: 8TV Quickie (8TV), Nasi Lemak Kopi O (TV9)



Full content generated by Get Full RSS.

Asmidar dah ‘sampai ke bintang’

Posted: 26 Dec 2011 05:09 AM PST

WANG tunai RM50,000 dan trofi sudah cukup untuk membuatkan pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Norhasmidar Ahmad atau Asmidar tersenyum puas sebagai juara program realiti TV, Vokal - Bukan Sekadar Rupa.

Namun, ramai pula berpendapat Asmidar tidak berdepan banyak sangat isu rupa kalau dibandingkan dengan peserta lain kerana dia masih dianggap menarik seperti kebanyakan penyanyi sedia ada.

Bagaimanapun, mungkin rezeki sudah tersirat untuk Asmidar muncul juara kerana rupa menarik adalah satu bonus. Selama berminggu-minggu ke udara, program itu memang sedaya upaya cuba memberikan ruang sama rata kepada peserta lain yang berbadan besar untuk mencuba nasib serta menonjolkan bakat mereka di depan mata juri dan penonton.

Acara kemuncak itu berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, kelmarin.


Asmidar, 25, menewaskan saingan terdekat, Mafarikha Md Akhir atau Mafa, 19, yang membawa pulang wang RM30,000 berserta trofi kemenangan.


Asmidar sebelum itu perlu bersaing hebat sebanyak tiga pusingan dengan pencabar terdekatnya dalam konsert peringkat akhir itu, Mafa yang turut mempunyai kelebihan tersendiri.

Tirai konsert akhir dimulakan dengan persembahan hos program, Faizal Ismail (FBI) yang menyanyikan lagu hit kumpulan Maroon 5, Moves Like Jagger yang turut menampilkan penampilan khas, penyanyi handalan, Adibah Noor.

Persembahan terbabit mengundang tawa penonton dan juga juri tetap program itu, Azmeer dan Erra Fazira. Suatu kelainan diletakkan apabila Faizal diberi penghormatan untuk memulakan majlis dan percubaan itu ternyata berjaya kerana penonton terhibur dengan aksi bersahaja penyampai Hot FM itu.

Penonton di studio turut 'sporting' dengan sentiasa tepuk tangan dan kelihatan teruja apabila setiap kali Faizal mengumumkan kemunculan kedua-dua pesaing akhir yang akan membuat persembahan pada malam itu.

Pusingan pertama menyaksikan persembahan lagu pilihan mereka dengan Asmidar memilih menyanyikan lagu klasik Frank Sinatra, My Way sementara Mafa memilih lagu hit P Ramlee, Jangan Tinggal Daku.

Pada setiap pusingan yang dijalankan, juri perlu memilih seorang antara Asmidar dan Mafa sebagai peserta yang dilihat menonjolkan kekuatan vokal yang mantap dan dinamik sepanjang penyampaian lagu.

Kedua-dua juri tetap, Erra dan Azmeer serta juri jemputan, Ziana Zain rata-rata memuji persembahan kedua-dua mereka yang dilihat semakin matang.

Persembahan pada malam itu diteruskan dengan pusingan kedua apabila peserta menyampaikan lagu baru yang dicipta khas untuk mereka. Asmidar menyampaikan lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai bertajuk Biar Sampai Ke Bintang.

Selain itu, Asmidar menyampaikan lagu itu dengan penuh penghayatan dan seakan-akan serasi dengan lagu itu walaupun setiap peserta hanya mempunyai enam hari saja untuk menghafalnya.

Finalis yang berasal dari Perak, Mafa pula mengalunkan lagu baru ciptaan komposer Audi Mok. Pada mulanya, Mafa kelihatan selesa menyampaikan lagu itu, tetapi kebanyakan penonton bersetuju dengan komen Erra yang mengatakan suara Mafa kedengaran tenggelam terutama pada bahagian 'low note'.

Lagu 'catchy' yang bercorak pantas itu walau bagaimanapun turut menghiburkan dengan irama muzik yang segar ditonjolkan Audi Mok.

Satu kelainan yang diterapkan program Vokal - Bukan Sekadar Rupa adalah segmen Battle yang mula diperkenalkan pada minggu ketujuh lalu.

Penerbit eksekutifnya, Muhammad Sufian Che Isa, berkata segmen Battle adalah tugasan yang mencabar kepada finalis selain memberi kelainan dan keunikan yang tidak ada pada mana-mana program realiti TV lain.

"Oleh itu, kedua-dua finalis, Asmidar dan Mafa perlu bijak mengatur strategi untuk menonjolkan kehebatan masing-masing selain mencabar pesaing dengan pemilihan lagu yang tepat," katanya.

Asmidar memilih lagu Datuk M Daud Kilau bertajuk Laksamana Raja Li Laut sementara Mafa memilih lagu Hurt nyanyian Christina Aquilera.

Pusingan Battle ini ternyata memihak kepada Asmidar di mana ketiga-tiga juri terpukau dengan penyampaian lagu oleh Asmidar yang dikatakan sangat 'versatile' serta Azmeer turut menyatakan Asmidar merupakan salah satu penyanyi yang dapat mengawal pernafasannya dengan begitu baik.

Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan penampilan bekas peserta program itu seperti Azmarul, Irsa, Fakhrul dan Boby yang menyampaikan gabungan lagu Cinta Tak Harus Memiliki, Someone Like You, Gerhana dan Tapi Bukan Aku sebelum menutup tirai konsert dengan nyanyian lagu tema Aksi Suara disampaikan bersama Adibah Noor.

Format pemarkahan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 50 peratus daripada juri dan 50 peratus lagi melalui undian SMS.

Asmidar yang ditemui pada sidang media sejurus tamat konsert itu berkata, dia langsung tidak menduga menjadi juara kerana merasakan Mafa adalah pesaing yang sangat hebat.

Sambil mengucapkan rasa kesyukuran atas kemenangan itu, Asmidar mahu menggunakan wang habuan itu untuk menghasilkan 'single' terbaru selain mempromosikan lagu Biar Sampai ke Bintang.

Mafa, sementara itu tetap bersyukur biarpun tidak meraih gelaran juara kerana baginya adalah lebih penting untuk membuktikan kepada masyarakat di luar sana yang sebelum ini lebih kerap memandang rupa..



Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Jamal ingin bersihkan nama

Posted:

Jamal ingin bersihkan nama

Jamal ingin bersihkan nama

SUKAR untuk membuatkan lelaki bersuara hebat ini mengeluarkan kata-kata. Namun, apabila Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 52, mula meluahkan kata-kata bahawa dia kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap dirinya, itu bermakna dia benar-benar terkilan dengan apa yang terjadi.

Rajuk Jamal bukan sebarang apabila dia dikatakan melangkah keluar dan tidak menoleh lagi ke rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) tempat di mana hampir lima tahun dia menumpang hidup, membina keyakinan dan semangat hidup akibat tidak yakin hidup bersendirian dengan cabaran dan ujian dunia luar.

Tali persahabatan yang dibina bersama penghuni-penghuni Pengasih dan juga pengerusi Pengasih, Datuk Yunus Pathi selama hampir lima tahun rupa-rupanya bukan menjadi simpulan kemas sebaliknya menzahirkan rasa kurang senang di kalangan mereka terhadap penyanyi berasal dari Ipoh, Perak itu.

Dia didakwa tidak memberi sebarang sumbangan ketika menghuni secara istimewa di rumah itu sebaliknya hanya memberi perbelanjaan makan minum untuk dirinya sahaja.

Malah, Jamal juga boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.

Dakwa Yunus lagi, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga bulan, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baharu.

Kini jiwanya tenang, setenang air laut yang tidak dipukul ombak kerana tidak lagi dihujani kata-kata cercaan yang mengatakan dia tidak menyumbang apa-apa pun biarpun mempunyai duit yang banyak setelah keluar daripada rumah Pengasih sejak awal November lalu.

"Saya akui lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam rumah itu. Peranan Pengasih sepatutnya menyokong penghuninya dengan memberi semangat untuk menjadi lebih positif dan bukannya memberi tekanan kepada mereka dengan menyebarkan dakwaan-dakwaan yang tidak betul sekali gus merosakkan nama saya," luahnya kecewa ketika ditemui selepas sidang media penganjuran Karnival Sehari Bersama Jamal dan pelancaran album baharu Raja Pop 2 di pejabat Warner Music, Kuala Lumpur.

Jamal kini terpaksa menyewa di ibu kota sementara menunggu rumahnya siap sepenuhnya pada bulan Februari 2012.

Kehidupan tenang Jamal itu juga diserikan dengan dua orang anaknya iaitu Osama Yamani, 9, dan Ahmad Zaki Yamani, 5, yang dikatakan bakal menetap bersama dengannya apabila rumah tersebut siap.


JAMAL ABDILLAH cukup tersinggung dengan tuduhan dia tidak memberi sebarang sumbangan kepada Pengasih.


Album

Usai kemelut dirinya dihadapi dengan tenang, Jamal juga boleh menarik nafas lega apabila album Raja Pop miliknya dikatakan mencapai jualan sebanyak 150,000 unit. Malah, bekas juara Bintang RTM tahun 1979 itu juga akan muncul dengan album terkininya Raja Pop 2.

Menariknya, kesemua lagu yang terdapat di dalam album itu merupakan lagu-lagu kesukaan Jamal sendiri.

"Tercetusnya idea untuk menghasilkan album Raja Pop 2 ini apabila saya fikir saya perlu ada produk baharu. Berpandukan album Raja Pop saya terfikir pula untuk menghasilkan album Raja Pop 2 dengan mengumpul lagu-lagu lama yang menjadi kesukaan saya," ujarnya.

Raja Pop 2 menampilkan lagu-lagu seniman tahun 50-an dan 60-an seperti S. Effendy, Yopie Latul dan Rahim Maarof.

Bertindak buat julung-julung kalinya sebagai penerbit eksekutif bagi album ini, Jamal juga bekerjasama dengan penerbit lagu Kalau Mencari Teman nyanyian Ziana Zain, Razman untuk pembikinan sebuah lagu baharu iaitu Bahagia Sementara.

Lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini adalah lagu Jangan Kau Rayu, Lagu Rindu, Rayuan Maut, Tangisan Di Waktu Malam, Rundung Derita, Manis Manja dan Secupak Dua Cupak.

"Terdapat 10 buah lagu di dalam album di mana dua daripadanya adalah lagu baharu. Selain lagu Bahagia Sementara hasil penulisan lirik wartawan Utusan Malaysia, Shaharudin Mustapha, lagu baharu yang terdapat dalam album ini ialah lagu duet saya bersama Malique iaitu Aku Maafkan Kamu," tuturnya mengenai lagu yang telah digubah semula dengan susunan muzik yang bersesuaian.

Luah Jamal, bila tiba masanya nanti dia akan menjelaskan isu ini dalam satu sidang media serta menunjukkan bukti termasuk dokumen bagi menafikan segala dakwaan pengerusi Pengasih itu.

"Apabila tiba masa yang sesuai saya akan membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar dan membersih kembali nama saya. Biarlah buat masa sekarang saya fokus dulu dengan Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillahyang bakal berlangsung 7 Januari 2012.

Karnival

Tidak lekang dengan undangan nyanyian setiap minggu, Jamal juga kini mempunyai produk penjagaan kulit sendiri iaitu D'Jas yang dikeluarkan oleh syarikat miliknya, Bintang Channel.


JAMAL bersama anak kesayangannya, Osama Yamani.


"Produk itu sudah berada dipasaran dan ia akan dilancarkan secara rasmi bersama dengan album Raja Pop 2 pada Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah yang bakal berlangsung pada 7 Januari 2012 di pusat beli-belah Maju Junction.

"Karnival ini dianjurkan melalui idea saya sendiri. Saya mahu berkongsi rasa dan mengumpul semua peminat saya pada karnival itu nanti," ungkapnya mengenai karnival yang turut mendapat kerjasama syarikat Warner Music Malaysia dan juga pusat beli-belah Maju Junction itu.

Jelasnya, karnival itu akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan acara-acara yang bakal berlangsung ialah pertandingan karaoke lagu-lagu Jamal dan tiru gaya Jamal yang akan diadili oleh wakil daripada pihak Warner Music dan Bintang Channel.

Malah, Jamal turut akan membuat kemunculan istimewa mendendangkan lagu-lagunya termasuk lagu hitnya bersama Malique Aku Maafkan Kamu.

Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan, boleh hubungi Kamal Rashid di talian 019 574 6882 atau ibu pejabat Bintang Channel di talian 03 414 31561.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu-ibu glamor Bollywood

Posted:

Ibu-ibu glamor Bollywood

Ibu-ibu glamor Bollywood


KONKONA SEN SHARMA


TAHUN 2011 menyaksikan ramai aktres-aktres terkenal Bollywood telah melahirkan zuriat masing-masing. Berikut antara aktres-aktres yang dimaksudkan.

Aishwarya Rai Bachchan

Kehamilan aktres dan bekas Ratu Dunia Aishwarya Rai, menantu pelakon Amitabh Bachchan yang juga isteri kepada anak Amitabh, Abhishek Bachchan telah menjadi suatu perkara yang heboh satu dunia. Ini kerana muncul banyak pihak yang bertaruh tentang tarikh kelahiran anak sulung Aishwarya.

Namun akhirnya pada 16 November lepas, dia telah melahirkan anak perempuan.

Bagaimanapun nama anak itu dikatakan hanya akan diberikan pada upacara pemberian nama atau digelar sebagai namkaran dalam masyarakat India.

Namun mungkin ramai yang tidak sedar, pada hakikatnya Aishwarya telah melahirkan anak yang sihat dalam usianya yang kini mencecah 39 tahun!

Konkona Sen Sharma

Aktres yang menyerlah sebagai wartawan hiburan dalam filem Page 3 , Konkona Sen Sharma yang berkahwin dengan Ranvir Shorey telah melahirkan anak sulungnya pada 15 Mac lepas. Dia menamakan anaknya itu sebagai Harron dan Konkona kini sudah kembali aktif dengan kerjaya lakonannya.

Kiran Rao

Isteri aktor tersohor Aamir Khan ini melahirkan anak pada 1 Disember lepas dengan menggunakan teknologi persenyawaan in-vitro (IVF). Anak itu dinamakan sebagai Azad Rao Khan.


AISHWARYA RAI


Lara Dutta

Aktres Lara Dutta yang berkahwin dengan Mahesh Bhupati belum melahirkan anak lagi tetapi dia kini sedang sarat hamil anak sulungnya dan dijadual melahirkan anaknya itu pada Januari tahun depan.

Shilpa Shetty

Selepas melayari bahtera rumah tangga bersama Raj Kudra, aktres jelita Shilpa baru sahaja mengumumkan dia kini hamil anak sulung. Dia dijadual melahirkan anaknya itu menjelang hujung tahun depan.

Preeti Jhangiani

Aktres Preeti Jhangiani yang mengahwini Parvin Dabas telah melahirkan anak lelaki pada 11 April lepas. Preeti pernah membintangi filem-filem pecah panggung seperti Mohabbatein dan Awara Pagal Deewana.

Neha Bajpai

Aktres Neha Bajpai telah melahirkan anak perempuan pada Februari lepas dan menamakan anaknya itu sebagai Ava Nayla Bajpayee.

Malaika Khan

Malaika Khan, isteri kepada aktor muda, Zayed Khan telah melahirkan anak kedua mereka yang merupakan bayi lelaki pada 23 September lepas.

Full content generated by Get Full RSS.

Isnin, 26 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Tampil Ala Madonna Untuk GLAM: Dato’ Siti Nurhaliza Sedia Dikritik!

Posted: 26 Dec 2011 10:34 PM PST

Jauh berbeza daripada pesona norma dirinya yang sering dilihat lewat dada akhbar, kaca televisyen mahupun penampilannya sebagai perias muka depan mana-mana majalah sebelum ini, empat foto penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza muncul untuk majalah GLAM isu Januari 2012, sememangnya telah berjaya menarik perhatian ramai.

Apa tidaknya, Siti yang acapkali tampil dengan gaya scarf menutupi bahagian kepalanya kali ini muncul sebagai reinkarnasi ikon dan Ratu Pop antarabangsa, Madonna menghiasi 12 halaman muka surat majalah GLAM dalam empat lagak gaya berbeza inspirasi daripada pesona Madonna menerusi album 'Material Girl', album 'Rain' seterusnya berubah kepada pesona gadis negara matahari terbit yang diinspirasi daripada klip video Madonna, 'Nothing Really Matters' selain tampil comel menjadi karekter Minnie Mouse persis gaya Madonna menerusi foto yang diambil oleh jurufoto tersohor, Herb Ritts.

Seperti biasa meski se-glam dan betapa berbezanya penampilan Siti dalam foto muka depan bertaraf lima bintang itu, tidak dapat dinafikan foto tersebut menjadi bualan ramai apabila ramai mempersoalkan penampilannya yang agak kontra dengan gayanya berselendang atau beserkup menutupi bahagian rambutmya. Siti menerusi rakaman wawancara program hiburan Gala TV menyatakan, dia sudah mempersiapkan diri menghadapi segala kecaman dan kritikan masyarakat terhadap dirinya berhubung aksi-aksi foto ala Madonna menghadapi kritikan pedas daripada masyarakat.

"Apabila Siti bersetuju untuk melakukannya, itu bermakna Siti sudah berdia untuk masyarakat khususnya peminat untuk berkata apa saja.

"Siti pernah beberapa kali bekerjasama dengan pasukan kreatif GLAM sebelum ini, Apabila diberitahu yang konsepnya berdasarkan selebriti antarabangsa yang cukup sensasi, Madonna, Siti terus bersetuju sebab tahu mereka akan menghasilkan gambar-gambar yang menarik," jelas Siti.

Pengarang atau Editor GLAM, Suzie Adnan dalam satu kenyataan bertulis kepada portal murai turut menyatakan bahawa Dato' Siti amat menitik beratkan imejnya yang berselendang dan mengikut kesesuaian majlis.

Justeru, untuk penggambaran muka depan majalah tersbeut, Siti bgitu terperinci mengenai cara pasukan kreatif GLAM menata gayanya lebih-lebih lagi pada bahagian kepala.

"Untuk cover Glam, Dato' Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya, malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak menutupi bahagian rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini," ujar Susie yang turut menyatakan idea dan konsep foto itu datang sepenuhnya dari team GLAM.

Selain foto reinkarnasi Madonna yang pastinya menjadi tarikan utama, apa yang menarik dalam GLAM isu Januari 2011 ini adalah perkongsian selera gesyen Siti yang kini semakin menggemari koleksi Chanel selain bercerita mengenai perancangannya untuk meluaskan lagi empayar produk kosmetiknya, SImplusiti serta hasratny membuka sebuah spa kecantikan.

Untuk mengetahui lebih banyak kisah menarik Siti serta banyak lagi paparan menarik, jangan lupa dapatkan naskah GLAM edisi pembuka tirai 2012, Januari, yang akan berada di pasaran sedikit masa saja lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar Hangat Tersebar, Leina Hangat Hanya Mahu Jadi Penghibur Profesional!

Posted: 26 Dec 2011 07:13 PM PST

Hangat seketika dunia hiburan minggu lepas apabila akhbar Metro Ahad melaporkan pelantun lagu hits, 'Hello Sayang', Leina Hangat yang sudah lama menyepi dari persada hiburan ini dikatakan berkelakuan tak ubah seperti pelacur apabila beberapa keping fotonya 'menghiburkan' penonton yang serba serbi hangat tersebar di internet.

Walaubagaimanapun, penyanyi dangdut era 90-an ini atau nama sebenarnya, Nor Azlina Abdul Rahman, 39, menafikan dakwaan kononnya dia menjual diri namun dengan penuh rendah hati mengakui dirinya memang berpakaian seksi dan menjelaskan situasi sebenar semasa foto tersebut dirakam.

Leina turut merayu jasa baik masyarakat di luar sana agar tidak terus menghentamnya, kerana apa yang dilakukannya adalah semata mencari rezeki atas nama seorang penghibur.

"Dengan penuh rasa rendah diri, apa yang saya lakukan adalah sebagai melengkapkan tugasan saya untuk menghiburkan tentamu, bukan menjual diri dengan adengan-adengan menggiurkan.

"Memang saya berpakaian agak menjolok mata, tetapi itu keselesaaan saya. Walaubagaimanapun, saya masih tahu batas, apa yang saya boleh buat dan apa yang saya tidak boleh buat. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, apatah lagi dihadapan khalayak ramai. Mungkin persembahan saya pada malam itu, telah disalah tafsir," ujar Leina yang dipetik dari laman murai.

Leina turut mempersoalkan mentaliti segelintir pihak yang disifatkannya hanya melihat keburukan sedangkan apa yang dilakukannya adalah sebagai penghibur.

"Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu adalah mata pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional," katanya yang hanya menyanyi dan menari gelek saja pada malam persembahan itu.

Leina turut menjelaskan foto-foto yang tersebar itu diambil sewaktu dia sedang membuat persembahan makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat yang rata-ratanya dihadiri oleh tetamu bukan Islam.

Ketika ditanya apakah motif di sebalik penyebaran foto-foto hangatnya, Leina menegaskan penyebaran foto tersebut berkemungkinan dilakukan oleh individu (peminat) yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain.

Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ulasan Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Posted: 26 Dec 2011 08:40 PM PST

Agaknya sudah menjadi trend bagi syarikat pengeluar filem untuk mengeluarkan filem bercorak komedi seram. Akan datang, banyak lagi filem komedi seram berderet-deret menanti giliran. Mungkin kerana genre hiburan ala seriau ini menjadi daya tarikan utama dan pastinya mengeletek jiwa penonton. Seperti filem genre lain, yang membezakannya ialah formula, idea dan gaya penyampaian yang diserapkan dalam naskah itu. Formula dan gaya pengisian itulah yang membawa impak samada sesebuah filem itu ada jiwa atau tidak, ada kualiti dan mutu atau tidak. Menyentuh pasal formula, pemerhati filem juga akan menilai dari sudut dari mana datangnya formula itu. Samada ia sudah ia formula asli, diguna pakai, atau dikitar semula, atau pun ianya dipercantikkan lagi. Impak pada formula ini menjadi elemen penting untuk melariskan filem.

Walau apa pun formula yang diguna pakai, Budiey rasa penonton zaman sekarang dah pandai menilai sesebuah karya filem itu, samada ia menggunakan formula yang sama, recycle atau dibikin dalam satu naskah yang berlainan.

Poster Suatu Malam Kubur Berasap

Budiey suka untuk bercerita tentang filem yang sedang ditayangkan di pawagam ketika ini, Suatu Malam Kubur Berasap. Mendengar tajuknya sudah boleh membuatkan kita meremang bulu roma. Lantas terbayang di kepala akan suasana seram di kawasan perkuburan dan ia diselimuti asap putih. Bukan dari pembakaran terbuka tapi asap yang keluar dari kubur itu dikatakan adalah satu petanda di mana ruh penghuni kubur itu tidak berada dalam keadaan aman tenteram. Atau mungkin juga ruhnya sedang diseksa oleh malaikat sehinggakan keluar asap dari kubur. Itu hanyalah perkiraan Budiey sahaja. Mungkin Budiey terpengaruh dengan cerita-cerita dari novel seram tulisan dari penulis seram terkenal, Tamar Jalis.Tak tahu samada korang kenal atau masih ingat dengan nama itu.

Filem Suatu Malam Kubur Berasap yang sudah mulai berasap di pawagam mulai 22 Disember mendapat penerimaan yang berbeza dari khalayak. Budiey dapat memantau komen-komen dari pembaca blog dan juga di laman Twitter yang bercakap tentang filem ini. Macam-macam yang diperkatakan tentang filem edaran OutLoud Studios Sdn Bhd ini, ada yang positif dan ada yang negatif. Namun, ramai yang mempercayai filem ini mampu mencuit hati penonton dari lawak komedinya dan jika kita lihat dari aura seram yang diperlihatkan, Budiey kira ia juga mampu menjadikan penonton berdebar-debar sepanjang menonton.

Dari segi jalan cerita, Budiey kira filem ini mengutarakan plot yang agak simple, senang penonton untuk memahaminya. Plot seperti ini semestinya dapat membuatkan penonton terhibur. Cuma pada perkiraan Budiey, beberapa  scene dalam filem ini terlalu santai dan ia tidak terlalu complicated. Dari awal sehingga tamat, jalan cerita Suatu Malam Kubur Berasap seolah-olah tidak mahu menjadikan penonton pening untuk berfikir panjang tentang setiap watak.

Suatu Malam Kubur Berasap

Pemilihan pelakon yang sudah ada latar belakang sebagai pelawak iaitu Angah (Raja Lawak), Along (Raja Lawak), Azrul (Raja Lawak) adalah kombinasi yang tepat. Walaupun mereka tidaklah popular atau setaraf dengan pelakon rebutan penerbit ketika ini seperti Aaron Aziz atau Shaheizy Sam tapi dengan bakat yang ada, mereka berjaya menyampaikan watak masing-masing. Skrip yang ada lawak bersahaja mungkin menjadi modal untuk meraih penonton ke pawagam. Cuma, Budiey rasa dari segi perwatakan yang berlatar-belakangkan watak-watak cacat sudah agak klise untuk dijadikan bahan lawak.

Nasib baik, Angah yang memegang watak Atan, seorang pemuda yang lurus bendul dan Azrul yang memegang watak pemuda sengau ini ada kesungguhan untuk menjadikan watak mereka begitu real. Secara peribadi, Budiey terasa sebagai penonton begitu kesian dengan watak-watak cacat ini. Kadang-kadang, terlintas begitu susahnya bila lihat Angah termengah-mengah dan menghenjut bahu dan ini diakui sendiri oleh Angah, memang watak ini bukan sesuatu yang senang. Mungkin selepas ini, Budiey cadangkan agar penerbit menggunakan watak manusia biasa dan menyuntik lebih banyak komedi jenaka yang genius serta lebih sinis menyindir masyarakat. Skrip yang genius atau bijak boleh membuatkan penonton akan bercakap dan akan menonton filem ini berkali-kali. Itu sekadar cadangan Budiey sahaja.

Idea untuk memuatkan semua jenis hantu dari cerita-cerita hantu ala 1Malaysia memang satu idea yang bagus. Hantu budak comel berbadan biru yang berbogel duduk atas bahu, kemunculan hantu makcik Cina berdiri di tepi jalan berdekatan jirat Cina, hantu yang menjelma sebagai wanita cantik mandi di sungai, hantu pontianak, hantu pocong dan banyak lagi menjadikan filem ini meriah dengan hantu. Selain barisan pelawak, pelakon baru dari UiTM Shah Alam, Ain Nordin juga dikatakan berjaya menjelmakan sisi seram dan misteri dengan gaya tersendiri sebagai roh wanita yang telah meninggal dunia akibat dirogol.

Tidak dilupakan juga, filem ini ada sentimental value atau nostalgik bagi peminat kerana menampilkan pelakon veteren, watak Ruminah Sidek sebagai nenek Atan (Angah Raja Lawak) dan Allahyarham Zami Ismail sebagai pemilik warung yang dikatakan sedikit sebanyak membawa mesej dari lontaran dialog mereka yang memberi kesan kepada penonton dari segi nasihat dan pengajaran yang positif. Pemilihan dua watak nakal lakonan dua lagi alumni Raja Lawak, Wira dan Faiz juga tidak sia-sia. Mereka berdua ni ada bakat untuk diketengahkan di dalam filem seterusnya. Tidak dinafikan, mereka turut menyerlah dengan aksi komedi yang kadangkala menjadi tapi ada kalanya tak berapa nak menjadi.

Dari segi pengisian, filem ini tidak membawa isu yang berat, penuh bersahaja, cuma sekadar mahu menghiburkan penonton dengan gelagat-gelagat watak. Unsur dan elemen yang ringan kadang-kadang membuatkan kita tidak bersusah payah untuk mencari misteri atau rahsia dalam cerita ini kerana sudah pasti akan terjawab di akhir cerita. Namun, sesebuah filem itu akan menjadi cacat jika mengetengahkan isu yang ringan tetapi gaya penceritaannya agak berbelit-belit sehingga menjadikan penonton rasa keliru dan sarat dengan persoalan yang tidak berjawab. Tahap jenaka Suatu Malam Kubur Berasap juga tidaklah keterlaluan Budiey rasa. Sekadar satu hiburan semata-mata. Cuma gaya penyampaiannya agak eksrem dan over-acted. Mungkin itu formula untuk buatkan penonton ketawa.

Contohnya, semasa scene Mat Rempit yang bertembung dengan watak Along yang bertemu hantu sehingga masuk ke dalam rumah usang dan Along pula merempuh bangsal sehingga ranap. Lakonan Along, tidak tahu baca ayat Kursi, dan hanya menyebut huruf "Alif Ba Ta" apabila lari daripada diusik hantu juga mencuit hati penonton dan satu scene yang diingati oleh penonton walaupun sudah keluar dari dewan pawagam. Begitu juga babak Zach Diamond yang tiba-tiba menyanyikan lagu Sepohon Kayu bagi meredakan perasaan takutnya setelah bertembung dengan hantu.

Pendek kata, rata-rata penonton di Malam Tayangan Media mengatakan mereka rasa tidak kering gusi bila menonton adegan yang melucukan.

Dua scene paling menjijikan dalam filem ini iaitu semasa watak Atan mengunyah dan makan cacing. Ya, cacing yang digunakan adalah cacing betul. Tidak disangkal, calang-calang orang je yang boleh melakonkan scene ekstreem macam ni. Namun, Budiey rasa impak pada penonton… ia pasti agak meloyakan dan ada yang tak selera makan lepas tengok scene seperti ini. Agak kotor, ditambah lagi dengan scene seorang pemburu hantu yang terjatuh betul-betul terhumban kepalanya dalam tompokan najis manusia yang masih fresh. Yaarrkhh! Budiey tak boleh ingatla scene tu. Sangat jijik! Satu pujian kepada Angah Raja Lawak kerana berani menyahut cabaran seperti ini.

Angah Suatu Malam Kubur Berasap

Tumpuan Budiey agak sedikit kacau setelah plot penceritaan diselitkan dengan sub-plot dimana munculnya sekumpulan pengkaji paranormal atau pemburu hantu yang ingin mencari hantu di kampung itu. Ini sebagai satu kejutan penonton kerana mungkin ada yang tak sangka munculnya sekumpulan pemburu hantu ini. Pada Budiey, tarikan utama filem ini masih lagi pada watak utama yang dilakonkan Along, Azrul & Along. Ini yang melariskan filem ini kerana ia menjadi elemen komersial. Begitu juga dengan reka bentuk poster filem ini. Walaupun ia dikatakan menyerupai dengan poster sebelum ini, pastinya ia satu strategi pihak pemasaran untuk menarik tumpuan ke pawagam. Menurut apa yang Budiey dengar, sekiranya filem ini berjaya mendapat kutipan yang tinggi, filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 akan menyusul. Itu bergantung pada penerimaan penonton.

Dari segi gerakan sudut kamera, sinematografi, skor muzik dan penata-cahayaan filem ini, Budiey kira ia mencapai tahap standard bagi filem seram komedi. Tahniah buat semua krew, penerbit dan pengarah ini kerana mencapat tahap yang setaraf dengan filem yang meraih kutipan tertinggi sebelum ini. Jika ada kelemahan dari segi plot terutamanya atau di mana sudut, saya kira, kita patut memberi peluang untuk pengarah yang baru pertama kali mengarah filem. Sudah pasti, segala kelemahan akan diperbaiki dan segala mutu penghasilan filem dapat dipertingkatkan untuk filem yang akan datang.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Poster Trailer Filem Suatu Malam Kubur Berasap
  • Suatu Malam Kubur Berasap Kutip RM580 Ribu
  • Stesen Komuter Mid Valley & KL Sentral Berasap?
  • Sekitar Prebiu Media FIlem Suatu Malam Kubur Berasap
  • Angah Raja Lawak Suka Makan Cacing?
  • Senarai Pencalonan Drama Anugerah Skrin 2011
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Chermaine Poo dalam SK-II Miracle Makers

    Posted: 26 Dec 2011 06:53 PM PST

    Saksikan Chermaine Poo dan Usaha Murninya di Episod Akhir SK-II Miracle Makers pada 1 Januari 2012

    Setelah berminggu-minggu mendengar kisah penuh inspirasi daripada lima orang tokoh wanita hebat serta turun padang dalam membantu mereka yang memerlukan, Chermaine Poo, pengacara rancangan ntv7 berjudul SK-II Miracle Makers kini menggalas sebuah cabaran dalam mencipta aspirasi dan kisah keajaibannya sendiri dengan usaha mengumpul dana untuk badan kebajikan pilihannya.

    Chermaine Poo with family & friends @ Signature Kitchen

    Rancangan SK-II Miracle Makers merupakan salah satu program baru terbitan ntv7 dengan kerjasama SK-II dalam memberi semangat baru kepada penontonnya. Bersiaran untuk enam episod selama 30 minit setiap hari Ahad jam 10.30 malam, rancangan ini berhasrat membuka mata masyarakat dalam mencipta keajaiban serta membuat perubahan di dalam masyarakat dengan menyumbang ke arah kebaikan. Selama lima minggu, Chermaine diberi tugas untuk berbicara hati ke hati bersama lima tokoh wanita yang disegani mengenai usaha murni dan matlamat mereka. Dalam episod akhir kali ini pula, Chermaine akan berusaha melaksanakan projek kebajikannya sendiri dari mula hingga mencapai matlamatnya.

    "Setelah menemubual lima orang wanita yang telah mencipta keajaiban mereka sendiri serta bersama dalam membantu mereka yang memerlukan, saya begitu terbuka hati untuk mencabar diri sendiri dalam melakukan usaha yang sama. Saya mencabar diri saya untuk menghasilkan 1,000 kek cawan serta menguruskan tempat jualan serta menjemput rakan selebriti dan teman-teman rapat untuk membungkusnya dalam masa dua hari. Selama dua hari saya tidak cukup tidur tetapi pengalamannya memang begitu memuaskan," kata Chermaine.

    Menamakan jualan amal itu sebagai "Chermaine Cupcake Charity", pelakon dan penyampai TV itu bergegas ke Signature Kitchen di Kota Damansara minggu lepas untuk menyediakan 1,000 kek cawan yang dimasaknya sendiri. Kemudian Chermaine mengundang rakan selebriti dan teman-teman rapat untuk bersamanya menjual kek cawan itu di ruang legar Sunway Pyramid sebagai salah satu usaha dalam mengumpul dana untuk "Shelter Home for Children". Enam kek cawan yang lazat dan dihias menarik dijual pada harga permulaan RM50 sekotak.

    Presiden firma perkaunan antarabangsa, Dato' Raymond Liew dari McMillan Woods Global berkata, "Syarikat kami akan sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan dan saya rasa cabaran Chermaine ini sangat luar biasa dan layak mendapat sokongan kami".

    Penulis blog terkenal, Josh Lim yang turut sama dalam misi murni Chermaine sejak dari pagi lagi tidak segan silu mendekati orang ramai di Sunway Pyramid untuk memberi sokongan dalam menjayakan projek ini. "Saya rasa "Chermaine's Cupcake for Charity" amat hebat kerana bertujuan membantu kanak-kanak di rumah perlindungan serta cuba membawa kesedaran kepada masyarakat apa sebenarnya yang boleh kita lakukan untuk mereka yang bernasib malang," kata Josh.

    Chermaine Poo holding miniature cupcake

    Selebriti lain yang sama turut padang dalam menjayakan misi Chermaine adalah ketua bahagian Kereta Lotus Malaysia, Oh Kah Beng, jurugaya rambut selebriti, Albert Nico, Josh Lim daripada Adverlets, pereka pakaian antarabangsa, Nila Palacios, usahawan Carrie Fong serta blogger terkenal Felixia Yeap yang sama-sama dalam projek kebajikan ini. Chermaine yang terharu mengalirkan titis mata gembira di atas sokongan mereka dan orang ramai terutama daripada mereka yang menyayanginya.

    "Kesemua proses dalam menguruskan projek ini harus dirancang dengan baik kerana saya tidak boleh mensia-siakan sebarang masa. Waktu menghasilkan kek memakan masa yang lama, memenatkan dan agak memberi tekanan terutama memikirkan waktu sasaran yang diberikan. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa kelima-lima mentor saya melakukan perkara yang sama berulang kali dan tanpa putus asa. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana kekuatan dan keazaman yang diberikan serta keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberikan galakan dan dorongan. Begitu juga ntv7 dan SK-II kerana memberi saya peluang dan ruang ini untuk melancarkan usaha kebajikan ini," kata Chermaine.

    Mereka yang membeli belah di Sunway Pyramid juga turut terlibat dengan proses bidaan yang dilakukan pada penghujung projek itu. Chermaine telah menyediakan kek cawan mini dan melelongnya untuk menambah lagi dana buat rumah perlindungan yang dipilihnya. Sebagai kejutan, kek cawan mini itu sendiri telah mendapat bidaan yang amat tidak disangka oleh seorang penderma yang amat bermurah hati. Untuk mengetahui berapakah jumlah bidaan kepada kek cawan mini itu serta jumlah keseluruhan dana yang berjaya dikumpul oleh Chermaine untuk "Shelter Home for Children", jangan lupa saksikan episod akhir SK-II Miracle Makers pada hari Ahad, 1 Januari nanti jam 10.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

    Untuk maklumat lanjut berhubung rancangan ini layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter. Jika ada yang terlepas menonton siarannya, tonton di www.tonton.com.my.

    Chermaine Poo @ Signature Kitchen

    Group picture - Chermaine Poo with family, friends, and the public @ Sunway Pyramid

    Chermaine & her celebrity friends @ Sunway Pyramid (l-r) -1

    Chermaine Poo @ Sunway Pyramid

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Drama Bait Cinta Lakonan Riz Ainuddin
  • Filem Menantang Maut Lakonan Ivy Batuta, Nadila Ernesta
  • Egyptian Book of the Dead
  • Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress
  • Chermaine Poo Jadi Pengacara Dapur Nyonya TV3
  • Rahsia Kecantikan dari Krim Beautee New BB
  • Amber Chia AX Appreciation Party Photos
  • Breakthrough With Anthony Robbins
  • One Young World
  • AirAsia X Partners British Government Foreign & Commonwealth Office
  • Full content generated by Get Full RSS.