Adsense

Selasa, 27 Disember 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ini tidak adil!

Posted: 26 Dec 2011 02:54 PM PST

Hip

Bengang dianggap tidak berdisiplin

ARTIKEL bertajuk Jue Aziz tidak berdisiplin? yang disiarkan dalam Hip pada Khamis lalu benar-benar menyentap perasaan pelakon ini.

Ia sangat mengejutkan dirinya. Dakwaan sebagai pelakon tidak berdisiplin benar-benar mengecewakan. Menatap setiap baris ayat yang tertera pada artikel itu, ternyata mengguris perasaan Jue Aziz atau nama sebenarnya Juliana Aziz.

Sukar untuk digambarkan betapa sakitnya hati selepas membaca dakwaan penerbit teater Se-Merah Padi iaitu Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno yang mendakwa dia sebagai pelakon yang bermasalah kerana sering ponteng daripada sesi latihan pementasan itu.

Jue mendakwa, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelakon teater itu kerana setiap kali diminta hadir ke sesi latihan, dia pasti muncul.
Kenyataan Jue ini menimbulkan persoalan. Siapa sebenarnya yang berkata benar? Kalau betul hadir menjalani latihan dengan penuh disiplin mengikut jadual ditetapkan, mengapa pula Keno sebagai penerbit dan krew lain mengadu dia sering ponteng?
Apapun Jue Aziz tetap mempertahankan dirinya dengan menafikan dia tidak komitmen atau menunjukkan kesungguhan terhadap teater itu. Menganggap dirinya sebagai tidak mahu membuat kecoh, Jue juga cuba mengaitkan beberapa pelakon lain dalam teater itu yang didakwanya tidak hadir menjalani latihan seperti yang dijadualkan.

Malahan Jue juga mendakwa tidak sepatutnya dianggap sebagai pelakon tidak berdisiplin hanya kerana tidak hadir membuat latihan selama empat hari. Namun begitu, dia tidak pula memberi alasan mengapa tidak hadir untuk latihan selama tempoh itu.

"Selama ini saya hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu membuat kecoh. Namun selepas membaca kenyataan Keno yang mengatakan saya sebagai artis tidak berdisiplin, itu yang membuatkan saya bersuara mempertahankan diri saya. Saya tidak pernah mengabaikan komitmen saya sebagai pelakon teater itu.

"Takkanlah hanya kerana saya tak datang empat hari, saya terus didakwa sebagai tidak berdisiplin dan menyusahkan produksi. Saya tak datang latihan adalah disebabkan masalah kesihatan dan saya ada memaklumkan mereka mengenai ketidakhadiran saya itu pada mereka.

"Apabila tiba-tiba muncul berita mengatakan tidak memberi komitmen sepenuhnya, ponteng sesi latihan, itu yang membuatkan saya marah. Mengapa orang lain yang tidak datang latihan berhari-hari dan memberikan alasan tidak masuk akal, tidak dicanangkan kepada wartawan?

"Apa tujuan mereka berbuat begitu? Di depan saya cakap lain, belakang macam-macam dia tuduh saya? Sungguh tidak profesional," luah Jue ketika dihubungi Hip Jumaat lalu.

Menurut pelakon drama bersiri Nilapura ini, seboleh mungkin dia tidak mahu menyusahkan atau memburukkan mana-mana pihak. Namun, terasa sia-sia apa yang dilakukannya selama ini apabila susu yang diberi, tuba yang dibalas.

"Tak perlu nak pertikaikan komitmen saya. Sewaktu awal-awal sesi latihan dulu, saya adalah antara pelakon yang kerap datang latihan. Bagi saya itu adalah penting untuk memahami watak dan menimbulkan keserasian.

"Namun apa yang berlaku adalah, saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian dan fokus pada watak disebabkan sesi latihan sering berlangsung tanpa pelakon yang lengkap.

"Bila perkara seperti itu kerap berlaku, siapa yang patut dipersalahkan? Janganlah hanya kerana saya tak datang latihan, terus hendak menuding jari ke arah saya? Terasa seperti dianiaya apabila pihak produksi memperlakukan saya sebegitu," jelasnya lagi.

Tegas Jue lagi, jangan ingat dia sebagai pelakon baru, produksi boleh buat apa saja termasuk meletakkan kesalahan orang lain di bahunya.

"Bila pelakon buat silap, cepat saja mereka nak hebahkan pada wartawam.Tapi produksi sendiri yang kelam kabut dan pengurusan yang tidak profesional, tidak pula mereka cerita," kata Jue.

Sepanjang perbualan menerusi telefon, Jue kedengaran sering batuk-batuk kecil menandakan dia memang tidak sihat.

Ditanya mengenai pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri atau Abby Nadzri yang dikatakan bakal menggantikannya dalam pementasan itu, Jue memberitahu dia sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

"Itu juga satu persoalan buat saya kerana saya sendiri tidak tahu status saya. Adakah saya yang akan berlakon dalam pementasan itu ataupun digantikan dengan orang lain kerana sepanjang latihan di Istana Budaya, saya lihat Abby yang banyak berlatih dan saya disuruh duduk di depan pentas menyaksikan mereka berlatih," katanya lagi.

Selain Jue yang sepatutnya memegang watak Dara, teater yang memulakan pementasannya sejak malam Sabtu lalu turut membariskan pelakon seperti Khir Rahman, Fauzi Nawawi , Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.

Teater yang sebahagiannya diadaptasi daripada filem Semerah Padi karya Tan Sri P Ramlee itu diarahkan oleh Rosdeen Suboh ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 31 Disember depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Juara milik Asmidar

Posted: 26 Dec 2011 02:43 PM PST

Hip

Dicabar sengit oleh Mafa sebelum berjaya meraih RM50,000

PERTARUNGAN antara dua finalis program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada Ahad lalu, memberikan tamparan hebat kepada juri program dalam memilih juara.

Namun, kelebihan serta nada tersendiri yang dicipta peserta dari Kuala Lumpur, Norhasmidar Ahmad mendendangkan lagu ciptaan Ajai, Biar Sampai Ke Bintang, 'membunuh' kelebihan lawannya, Mafarikha Md Akhir sehinggakan kesemua juri sepakat mengatakan lagu itu cukup sempurna dinyanyikan. Sepakat dinobatkan sebagai juara program oleh barisan juri dan undian SMS dengan membawa wang tunai berjumlah RM50,000, pelajar ASWARA itu kerap kali dipuji melambung oleh juri seperti Azmeer dan Ziana Zain yang mengatakan kekuatan Asmidar terletak pada kawalan pernafasannya yang sangat baik walaupun mereka tidak menafikan peserta yang dikenali sebagai Mafa lebih baik dari segi nada suara. Keputusan akhir yang menyaksikan Asmidar mendapat 73 peratus undian sms dan juri, manakala lawannya mendapat 53 peratus.

Berterusan mengasak regu lawannya, Asmidar turut membuktikan dia layak memenangi program itu apabila dapat menyampaikan lagu pilihan Mafa, Hurt milik Christina Agueilera, dengan gaya tersendirinya sehingga Azmeer menoktahkan bahawa dia adalah penyanyi yang dicari selama ini pada segmen ketiga iaitu Battle.

Istimewanya juga apabila Mafa turut mencabar kembali Asmidar dengan membuktikan dia mampu menyanyikan lagu Datuk Ahmad Kilau, Laksamana Raja Di Laut dengan lenggok suara yang memikat Ziana Zain dan Erra Fazira.
Lagu lain yang dimeriahkan kedua finalis itu pada segmen pertama adalah My Way, Jangan Tinggal Daku, Tiba, Siapa Dia serta Aksi Suara.
Menariknya lagi, gandingan pengacara program, Faizal Ismail serta Adibah Noor menyampaikan lagu Moves Like Jagger mendapat tempat di hati penonton pada malam itu apabila nyanyian itu dilahirkan secara bersahaja.

Walaupun tidak dinafikan persaingan merebut juara pada malam itu cukup tegang, kemenangan yang dinobatkan kepada wanita berusia 25 tahun itu tepat kerana Mafa dilihat tidak begitu menyerlah ketika menyanyikan lagu Tiba hasil sentuhan komposer terkenal Audi Mok. Malahan ketiga-tiga juri sepakat mengatakan lagu itu kurang menyengat dan Azmeer pula berasakan lagu itu belum diberikan justifikasi sedalam-dalamnya oleh Mafa.

Sementara itu, Asmidar ketika ditemui pada sidang media itu, berkata, dia berharap laluan seni suaranya selepas ini akan berterusan memihak kepadanya.

"Pertandingan sangat sengit terutama pada segmen battle. Saya dapat menyanyikan lagu pilihan tetapi dalam masa yang sama menyanyikan lagu yang dicabar Mafa. Sebenarnya daripada latihan lagi saya sudah rasa tercabar melihatkan bakat Mafa.

"Ada yang Mafa ada, saya tidak ada yang mana suaranya nyaring serta bijak meletakkan bunga lagu di tempat yang betul selain bertenaga," katanya yang masih tidak mempunyai arah di mana mahu menggunakan wang hadiah yang diterimanya itu.

"Mungkin digunakan untuk menghasilkan single atau album selepas ini," katanya yang turut melahirkan rasa untuk bekerjasama dengan komposer seperti Audi Mok.

Manakala Mafa yang ditemui tidak dapat menafikan sesekali perasaan hampa menerjah ke ruang hatinya kerana gagal merebut gelaran juara pada program itu namun redha atas ketentuan itu.

"Saya perlu percaya pada rezeki. Tidak semestinya saya tidak mendapat juara, saya tidak akan berjaya dan paling utama saya sudah buktikan pada umum bahawa orang badan besar macam saya juga boleh menyanyi dengan baik.

"Ya saya mengaku ada melakukan kesilapan ketika menyanyikan lagu baru disebabkan masalah kawalan pernafasan dan masih belum biasa dengan lagu itu. Mungkin kekuatan lagu itu masih belum dapat dicari saya sebagai penyanyi tetapi saya sudah buat yang terbaik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.