Adsense

Selasa, 27 Disember 2011

Sensasi

Sensasi


Abby masih sayangkan Zul, Berpisah kerana Ego

Posted: 27 Dec 2011 10:02 AM PST

Sebelum ini,Zul ada membuat kenyataan kepada Media yang dia masih menyayangi Abby setelah 3 tahun bersama. Mungkin setelah membaca kenyataan Zul ,Abby pula akhirnya bersuara apabila turut meluahkan perasaan rindu dan masih sayang kepada Zul melalui media..

Org ketiga bukanlah punca perpisahan mereka tapi dek kerana keegoan,kasih yang utuh pun mampu retak...Kalau sayang cubalah mengalah..Lebih lagi lelaki,janganlah Ego...Lumrah lah wanita merajuk dan lelaki memujuk...Lelaki takut memujuk kerana tak nak nampak dirinya yang merayu dan tercalar ego,konon nanti si awek pijak kepala..tapi sebenarnya lagi lelaki pujuk aweknya,lagilah awek sayang dan menghargai usaha si lelaki tue...

Hati wanita lembut dan sering mengenang sesuatu tue..so berilah kenangan manis kepada si dia..pasti akan dikenang sampai bila-bila..


"Saya tak boleh tipu diri saya. Hati saya masih pada dia. Saya masih sayang dia. Cuma apa yang boleh saya katakan, kami masing-masing ego. Saya rasa ego dia yang lebih tinggi sebab selama ini saya sudah banyak mengalah dan berterus terang", ujar Abby.

Janda anak tiga ini juga memberitahu bahawa beliau dan Zul cuba berusaha untuk memulihkan keadaan tetapi semuanya tidak berhasil. Disebabkan itu perhubungan mereka semakin renggang dan akhirnya membawa kepada perpisahan. Sementara itu, Abby yang merupakan bekas ahli kumpulan Elite ini, mengakui bahawa dirinya masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu melalui laman social Facebook dan Twitter.

Farid Kamil dan Diana Danielle bakal berkahwin?

Posted: 27 Dec 2011 09:40 AM PST

Apa?Diana Danielle pun dikatakan nak berkahwin jugak dah ker?

Wahhh nampaknya tahun 2012 nie byk khabar perkahwinan para selebriti cun melecun semuanya ye..

Antaranya Lisa Surihani dengan Yusry KRU nie memang dah sahih.

Scha Al-Yahya dan Awal khabarnya akan berkahwin around March -June ikut availability PICC.(tmpt nak kawen)

Fasha Sandha dan Jejai,Fasha dikatakan dah mula membuat persiapan kahwin dengan mencuba baju di butik perkahwinan gitew

Diana Danielle dan Farid Kamil ??

Diana Danielle dan Farid Kamil nie dah bercinta 3 tahun...pada hujung tahun 2010 mereka sempat putus cinta..Farid menyifatkan Diana sebagai kurang matang dan kuat cemburu..

Namun mereka bersama semula,dan dgr cerita mereka memang bercadang dan dah berbincang nak kahwin. Mereka dikatakan nak kahwin pada bulan December...tahun tak tahu..huhu (lame joke)

Jom baca penjelasan Diana Danielle mengenai isu perkahwinan ini..



"Kami menunggu seru ke arah kebaikan. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat saja. Ada juga perbincangan yang terperinci tentang perkara itu, tapi bila tarikhnya, tak diketahui lagi."ujarnya.

Pada masa sama, Diana tidak menafikan bahawa mereka ada berbincang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

"Setakat ini hubungan kami berdua okay. Tidak dinafikan kami ada bercakap mengenai perkahwinan tetapi bercakap tak sama dan berbeza sekali dengan merealisasikannya. Lagipun, saya baru 20 tahun, untuk pikul tanggungjawab isteri itu, saya kena pastikan yang saya sudah betul-betul bersedia. Malah, salah satu sebab perkara ini agak lambat sikit sebab saya merancang untuk menyambung pelajaran dulu."

Yusry -Lisa adalah yang terbaik dan penyayang

Posted: 27 Dec 2011 08:40 AM PST


Perkenalan diantara Lisa dan Yusry sememangnya dilihat agak moden dimana mereka menggunakan medan sosial BBM (Blackberry messenger) sebagai tempat untuk mereka mengenali antara satu sama lain. Perhubugan mereka sebagai kawan berlanjutan di bbm lebih kurang setahun. Selepas itu barulah Lisa akui mula mengenali sikap Yusry yang sebenarnya seorang yang rendah diri dan senang didekati.
Ditanya mengena nilai hantaran dan tema untuk perkahwinan yang bakal berlangsung tidak sampai 2 bulan ini Lisa menjawab dia sebetulnya masih tidak memikirkan mengenai itu " Saya tidak mempunyai perancangan mengenai tema atau apa yang akan saya pakai untuk perkahwinan ini, apa yang saya pentingkan adalah kehidupan selepas bergelar suami isteri kelak".

Disogok soalan mengapa Lisa yang menjadi pilihan Yusry, beliau menjawab dengan penuh yakin bahawa " Saya mengenali dia setahun dan pada masa tersebut saya sedang sibuk dengan penggambaran Vikingdom, saya tiada masa untuk keluar ke sana ke mari seperti pasangan lain tapi itu tidak menjadi masalah kepada Lisa, dia tidak pernah lupa untuk pergi ke set penggambaran untuk berjumpa saya, dari situ saya dapat rasakan bahawa dia adalah yang terbaik dan seorang yang penyayang. Saya mengambil masa yang agak lama untuk membawa Lisa berjumpa keluarga dan setelah merasakan dia sesuai saya bawa dan dari situ dapat lihat, Lisa senang bercampur dan cepat mesra".

Lisa surihani yang telah dirisik oleh keluarga Yusry semalam (23 Disember 2011) kelihatan memakai cincin pemberian Yusry menambah bahawa kalau boleh mereka tidak mahu perkahwinan yang terlampau dicanang sebagai "Wedding of the year" cukuplah sekadar "Simple But elegan".

Seperti kebiasaan artis, pasti akan ada pihak yang ingin menaja perkahwinan selebriti, ini juga yang terjadi di antara Lisa Surihani Dan Yusry dan apabila dikatakan pihak Astro akan menaja sepenuhnya perkahwinan mereka. Ditanya Yusry mengatakan bahawa itu semua tiada kaitan antara dia mahupun Lisa. "itu semua tiada kaitan di antara saya, itu harus ditanya kepada orang yang bertanggungjawab menguruskan Lisa,Metrowealth, saya tiada hak untuk menjawab dan tidak tahu mengenai perkara tersebut. Tapi jika ditawarkan kami tiada masalah".

Lisa surihani ditanya mengenai adakah dia akan berhenti berlakon dan fokus sepenuhnya kepada kehidupan bersuami isteri. Lisa menjawab " saya tidak akan berhenti berlakon, insyaallah kalau ada rezeki saya masih berlakon. Perkara ini pernah saya bincangkan kepada Yusry dan dia tidak ada masalah tentang itu". Mereka mengakhiri perbualan.

Video Pengumuman :Yusry dan Lisa bakal bernikah 23 February 2012

Posted: 27 Dec 2011 08:34 AM PST

Walaupun agak terlambat untuk sensasi update post nie..namun haruzz di masukkan jugak...


Sidang media yang berlangsung pada Sabtu lepas sememangnya telah dijangka oleh semua orang yang mereka berdua akan berkahwin tahun hadapan.Ini kerana Astro awal-awal dah booking nak jadi penyiar rasmi perkahwinan gilang gemilang Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim..

Nama Lisa mula melonjak naik selepas membintangi filem Im Not Single..Lisa sememangnya cun melecun sekaligus menarik minat semua orang tak kira lelaki mahupun perempuan..

Tak sangka akhirnya Lisa bertemu jodoh juga dengan Yusry..hehe...

sebelum ini Uncle Seekerz ada membuat ramalan kononnya pasangan ini akan berpisah dan tak akan berkahwin...booo sama dia..

Tahniah diucapkan kepada Lisa dan Yusry..tak sabar nak tengok wedding of the year..

Dari awal dah jangka mesti ada jodoh derang nie tengok mata dengan mulut pun dah nak sama..hehe



"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami. Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.
Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya, Sabtu. Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

Beraksi seperti Pelacur, Liena Hangat jelaskan hanya jalankan tanggungjawab sebagai Penghibur

Posted: 27 Dec 2011 08:14 AM PST

Beberapa hari balik kampung menjenguk mak dan adik-adik ,pergi berjalan-jalan sampai rasa nak demam..Kat kampung plak takde internet huhu,tak dapatlah nak meng-update blog..

Terus demam lepas melihat aksi mejelikkan dari penyanyi dangdut Liena Hangat yang sungguh "murahan" .

Menurut seorang kakitangan syarikat yang turut menyaksikan persembahan pada malam itu

"Saya faham dia penghibur, tapi persoalannya apa perlu berkelakuan ghairah sebegitu? Kawan kawan yg bukan muslim yang hadir ke majlis ini majoritinya mempersendakan kami dek kerana perlakuan si penyanyi ini. Sungguh memalukan. Sudahlah pakaiannya sebegitu rupa ditambah pulak dengan adegan menggesel bontot pada kemaluan lelaki lain berpelukan rapat tak kira siapa melagakan buah dada dibadan lelaki aksi split di atas pentas dgn skirt yg amat mini
sampai ke tahap itu kesanggupannya atas lesen menghibur? Keji! Memualkan!
"

Namun menurut Liena hangat dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penghibur..perlukah menghiburkan org dengan cara "menjual maruah diri"lebih lagi apabila dia merupakan seorang yang beragama Islam,dan bersuami pula...

Suami tak marah ker?bergesel-geselan dengan lelaki lain....huuhu


Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Hanya kerana gambar tersebar luas di internet, penyanyi dangdut, Leina hangat dituduh sebagai artis yang sanggup menjual diri. Berdasarkan laporan akhbar Metro Ahad, penyanyi yang agak menyepi dari pena media ini terkejut apabila dirinya didakwa sanggup berkelakuan seperti pelacur.

Bagaimanapun, dengan rendah hati Leina atau nama sebenarnya, Nor Azlina Abdul Rahman, 39, mengakui dirinya memang berpakaian seksi dan menjelaskan situasi yang berlaku tatkala foto berkenaan diambil. Lebih berani lagi, penyanyi ini turut memohon jasa baik masyarakat supaya tidak menghentam dirinya yang mencari rezeki sebagai penghibur.

"Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya dengan menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adengan mengiurkan. Memang saya berpakain seksi tetapi itu keselesaan saya.

"Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, tambahan pula dikhalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu.

"Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional," katanya.

Menerusi laporan itu juga, Leina mengatakan gambar tersebut diambil sewaktu dia membuat persembahan makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat. Malam itu, Leina ditugaskan menghiburkan tetamu yang kebanyakan bukan Islam.

Leina turut menegaskan penyebaran gambar terbabit berkemungkinan dilakukan peminat yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain. Malah, penyanyi ini memberitahu hanya menyanyi dan bergelek saja pada malam persembahan itu.