Adsense

Selasa, 27 Disember 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Sharifah aini serik kena tipu

Posted: 26 Dec 2011 05:00 PM PST

SHARIFAH Aini dan Grace Simon pernah mengadakan persembahan bersama sekitar tahun 70-an.

PENGALAMAN sering ditipu penganjur membuatkan Biduanita Datuk Sharifah Aini serik untuk menerima tawaran mengadakan persembahan pentas anjuran pihak lain.

Namun sebagai anak seni, alasan itu tidak boleh dijadikan kekangan kerana di luar sana ramai peminat yang tidak jemu untuk menonton persembahan pentasnya.

Lantaran itu tanpa pengalaman asas sebagai penganjur, Sharifah Aini atau mesra dengan panggilan Kak Pah menubuhkan syarikat Seri Dewi Production Sdn. Bhd sebagai medium meneruskan kerjaya seninya.

Menerusi syarikat tersebut, sehingga kini, Kak Pah berjaya menganjurkan enam persembahan makan malam amal termasuklah Majlis Makan Malam Tiga Sahabat yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Sabtu lalu.

Menurut Kak Pah, untuk menjayakan persembahan amal yang turut menampilkan Grace Simon dan Dewi Yull dari Indonesia, dia dan rakan kongsinya mengambil masa selama empat bulan untuk mengendalikan segala urusan, termasuk penjualan meja kepada penaja.

"Alhamdulillah, kerja empat bulan Kak Pah berbaloi malam ini. Memang penat tapi majlis ini sukses. Sebelum ini Kak Pah cuma bersedia untuk menyanyi sahaja, tapi kali ini kena ambil tahu daripada A sampai Z.

"Bayangkan pukul 3 pagi, Kak Pah masih mengadap komputer untuk e-mel surat pada klien. Malah tadi sebelum menyanyi, Kak Pah sempat menyusun kerusi meja sebab nak pastikan semua orang berpuas hati," katanya yang turut mendapat kerjasama Lime Event Management dan Islamic Aid Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.