Adsense

Isnin, 26 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ulasan Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Posted: 26 Dec 2011 08:40 PM PST

Agaknya sudah menjadi trend bagi syarikat pengeluar filem untuk mengeluarkan filem bercorak komedi seram. Akan datang, banyak lagi filem komedi seram berderet-deret menanti giliran. Mungkin kerana genre hiburan ala seriau ini menjadi daya tarikan utama dan pastinya mengeletek jiwa penonton. Seperti filem genre lain, yang membezakannya ialah formula, idea dan gaya penyampaian yang diserapkan dalam naskah itu. Formula dan gaya pengisian itulah yang membawa impak samada sesebuah filem itu ada jiwa atau tidak, ada kualiti dan mutu atau tidak. Menyentuh pasal formula, pemerhati filem juga akan menilai dari sudut dari mana datangnya formula itu. Samada ia sudah ia formula asli, diguna pakai, atau dikitar semula, atau pun ianya dipercantikkan lagi. Impak pada formula ini menjadi elemen penting untuk melariskan filem.

Walau apa pun formula yang diguna pakai, Budiey rasa penonton zaman sekarang dah pandai menilai sesebuah karya filem itu, samada ia menggunakan formula yang sama, recycle atau dibikin dalam satu naskah yang berlainan.

Poster Suatu Malam Kubur Berasap

Budiey suka untuk bercerita tentang filem yang sedang ditayangkan di pawagam ketika ini, Suatu Malam Kubur Berasap. Mendengar tajuknya sudah boleh membuatkan kita meremang bulu roma. Lantas terbayang di kepala akan suasana seram di kawasan perkuburan dan ia diselimuti asap putih. Bukan dari pembakaran terbuka tapi asap yang keluar dari kubur itu dikatakan adalah satu petanda di mana ruh penghuni kubur itu tidak berada dalam keadaan aman tenteram. Atau mungkin juga ruhnya sedang diseksa oleh malaikat sehinggakan keluar asap dari kubur. Itu hanyalah perkiraan Budiey sahaja. Mungkin Budiey terpengaruh dengan cerita-cerita dari novel seram tulisan dari penulis seram terkenal, Tamar Jalis.Tak tahu samada korang kenal atau masih ingat dengan nama itu.

Filem Suatu Malam Kubur Berasap yang sudah mulai berasap di pawagam mulai 22 Disember mendapat penerimaan yang berbeza dari khalayak. Budiey dapat memantau komen-komen dari pembaca blog dan juga di laman Twitter yang bercakap tentang filem ini. Macam-macam yang diperkatakan tentang filem edaran OutLoud Studios Sdn Bhd ini, ada yang positif dan ada yang negatif. Namun, ramai yang mempercayai filem ini mampu mencuit hati penonton dari lawak komedinya dan jika kita lihat dari aura seram yang diperlihatkan, Budiey kira ia juga mampu menjadikan penonton berdebar-debar sepanjang menonton.

Dari segi jalan cerita, Budiey kira filem ini mengutarakan plot yang agak simple, senang penonton untuk memahaminya. Plot seperti ini semestinya dapat membuatkan penonton terhibur. Cuma pada perkiraan Budiey, beberapa  scene dalam filem ini terlalu santai dan ia tidak terlalu complicated. Dari awal sehingga tamat, jalan cerita Suatu Malam Kubur Berasap seolah-olah tidak mahu menjadikan penonton pening untuk berfikir panjang tentang setiap watak.

Suatu Malam Kubur Berasap

Pemilihan pelakon yang sudah ada latar belakang sebagai pelawak iaitu Angah (Raja Lawak), Along (Raja Lawak), Azrul (Raja Lawak) adalah kombinasi yang tepat. Walaupun mereka tidaklah popular atau setaraf dengan pelakon rebutan penerbit ketika ini seperti Aaron Aziz atau Shaheizy Sam tapi dengan bakat yang ada, mereka berjaya menyampaikan watak masing-masing. Skrip yang ada lawak bersahaja mungkin menjadi modal untuk meraih penonton ke pawagam. Cuma, Budiey rasa dari segi perwatakan yang berlatar-belakangkan watak-watak cacat sudah agak klise untuk dijadikan bahan lawak.

Nasib baik, Angah yang memegang watak Atan, seorang pemuda yang lurus bendul dan Azrul yang memegang watak pemuda sengau ini ada kesungguhan untuk menjadikan watak mereka begitu real. Secara peribadi, Budiey terasa sebagai penonton begitu kesian dengan watak-watak cacat ini. Kadang-kadang, terlintas begitu susahnya bila lihat Angah termengah-mengah dan menghenjut bahu dan ini diakui sendiri oleh Angah, memang watak ini bukan sesuatu yang senang. Mungkin selepas ini, Budiey cadangkan agar penerbit menggunakan watak manusia biasa dan menyuntik lebih banyak komedi jenaka yang genius serta lebih sinis menyindir masyarakat. Skrip yang genius atau bijak boleh membuatkan penonton akan bercakap dan akan menonton filem ini berkali-kali. Itu sekadar cadangan Budiey sahaja.

Idea untuk memuatkan semua jenis hantu dari cerita-cerita hantu ala 1Malaysia memang satu idea yang bagus. Hantu budak comel berbadan biru yang berbogel duduk atas bahu, kemunculan hantu makcik Cina berdiri di tepi jalan berdekatan jirat Cina, hantu yang menjelma sebagai wanita cantik mandi di sungai, hantu pontianak, hantu pocong dan banyak lagi menjadikan filem ini meriah dengan hantu. Selain barisan pelawak, pelakon baru dari UiTM Shah Alam, Ain Nordin juga dikatakan berjaya menjelmakan sisi seram dan misteri dengan gaya tersendiri sebagai roh wanita yang telah meninggal dunia akibat dirogol.

Tidak dilupakan juga, filem ini ada sentimental value atau nostalgik bagi peminat kerana menampilkan pelakon veteren, watak Ruminah Sidek sebagai nenek Atan (Angah Raja Lawak) dan Allahyarham Zami Ismail sebagai pemilik warung yang dikatakan sedikit sebanyak membawa mesej dari lontaran dialog mereka yang memberi kesan kepada penonton dari segi nasihat dan pengajaran yang positif. Pemilihan dua watak nakal lakonan dua lagi alumni Raja Lawak, Wira dan Faiz juga tidak sia-sia. Mereka berdua ni ada bakat untuk diketengahkan di dalam filem seterusnya. Tidak dinafikan, mereka turut menyerlah dengan aksi komedi yang kadangkala menjadi tapi ada kalanya tak berapa nak menjadi.

Dari segi pengisian, filem ini tidak membawa isu yang berat, penuh bersahaja, cuma sekadar mahu menghiburkan penonton dengan gelagat-gelagat watak. Unsur dan elemen yang ringan kadang-kadang membuatkan kita tidak bersusah payah untuk mencari misteri atau rahsia dalam cerita ini kerana sudah pasti akan terjawab di akhir cerita. Namun, sesebuah filem itu akan menjadi cacat jika mengetengahkan isu yang ringan tetapi gaya penceritaannya agak berbelit-belit sehingga menjadikan penonton rasa keliru dan sarat dengan persoalan yang tidak berjawab. Tahap jenaka Suatu Malam Kubur Berasap juga tidaklah keterlaluan Budiey rasa. Sekadar satu hiburan semata-mata. Cuma gaya penyampaiannya agak eksrem dan over-acted. Mungkin itu formula untuk buatkan penonton ketawa.

Contohnya, semasa scene Mat Rempit yang bertembung dengan watak Along yang bertemu hantu sehingga masuk ke dalam rumah usang dan Along pula merempuh bangsal sehingga ranap. Lakonan Along, tidak tahu baca ayat Kursi, dan hanya menyebut huruf "Alif Ba Ta" apabila lari daripada diusik hantu juga mencuit hati penonton dan satu scene yang diingati oleh penonton walaupun sudah keluar dari dewan pawagam. Begitu juga babak Zach Diamond yang tiba-tiba menyanyikan lagu Sepohon Kayu bagi meredakan perasaan takutnya setelah bertembung dengan hantu.

Pendek kata, rata-rata penonton di Malam Tayangan Media mengatakan mereka rasa tidak kering gusi bila menonton adegan yang melucukan.

Dua scene paling menjijikan dalam filem ini iaitu semasa watak Atan mengunyah dan makan cacing. Ya, cacing yang digunakan adalah cacing betul. Tidak disangkal, calang-calang orang je yang boleh melakonkan scene ekstreem macam ni. Namun, Budiey rasa impak pada penonton… ia pasti agak meloyakan dan ada yang tak selera makan lepas tengok scene seperti ini. Agak kotor, ditambah lagi dengan scene seorang pemburu hantu yang terjatuh betul-betul terhumban kepalanya dalam tompokan najis manusia yang masih fresh. Yaarrkhh! Budiey tak boleh ingatla scene tu. Sangat jijik! Satu pujian kepada Angah Raja Lawak kerana berani menyahut cabaran seperti ini.

Angah Suatu Malam Kubur Berasap

Tumpuan Budiey agak sedikit kacau setelah plot penceritaan diselitkan dengan sub-plot dimana munculnya sekumpulan pengkaji paranormal atau pemburu hantu yang ingin mencari hantu di kampung itu. Ini sebagai satu kejutan penonton kerana mungkin ada yang tak sangka munculnya sekumpulan pemburu hantu ini. Pada Budiey, tarikan utama filem ini masih lagi pada watak utama yang dilakonkan Along, Azrul & Along. Ini yang melariskan filem ini kerana ia menjadi elemen komersial. Begitu juga dengan reka bentuk poster filem ini. Walaupun ia dikatakan menyerupai dengan poster sebelum ini, pastinya ia satu strategi pihak pemasaran untuk menarik tumpuan ke pawagam. Menurut apa yang Budiey dengar, sekiranya filem ini berjaya mendapat kutipan yang tinggi, filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 akan menyusul. Itu bergantung pada penerimaan penonton.

Dari segi gerakan sudut kamera, sinematografi, skor muzik dan penata-cahayaan filem ini, Budiey kira ia mencapai tahap standard bagi filem seram komedi. Tahniah buat semua krew, penerbit dan pengarah ini kerana mencapat tahap yang setaraf dengan filem yang meraih kutipan tertinggi sebelum ini. Jika ada kelemahan dari segi plot terutamanya atau di mana sudut, saya kira, kita patut memberi peluang untuk pengarah yang baru pertama kali mengarah filem. Sudah pasti, segala kelemahan akan diperbaiki dan segala mutu penghasilan filem dapat dipertingkatkan untuk filem yang akan datang.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Poster Trailer Filem Suatu Malam Kubur Berasap
  • Suatu Malam Kubur Berasap Kutip RM580 Ribu
  • Stesen Komuter Mid Valley & KL Sentral Berasap?
  • Sekitar Prebiu Media FIlem Suatu Malam Kubur Berasap
  • Angah Raja Lawak Suka Makan Cacing?
  • Senarai Pencalonan Drama Anugerah Skrin 2011
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Chermaine Poo dalam SK-II Miracle Makers

    Posted: 26 Dec 2011 06:53 PM PST

    Saksikan Chermaine Poo dan Usaha Murninya di Episod Akhir SK-II Miracle Makers pada 1 Januari 2012

    Setelah berminggu-minggu mendengar kisah penuh inspirasi daripada lima orang tokoh wanita hebat serta turun padang dalam membantu mereka yang memerlukan, Chermaine Poo, pengacara rancangan ntv7 berjudul SK-II Miracle Makers kini menggalas sebuah cabaran dalam mencipta aspirasi dan kisah keajaibannya sendiri dengan usaha mengumpul dana untuk badan kebajikan pilihannya.

    Chermaine Poo with family & friends @ Signature Kitchen

    Rancangan SK-II Miracle Makers merupakan salah satu program baru terbitan ntv7 dengan kerjasama SK-II dalam memberi semangat baru kepada penontonnya. Bersiaran untuk enam episod selama 30 minit setiap hari Ahad jam 10.30 malam, rancangan ini berhasrat membuka mata masyarakat dalam mencipta keajaiban serta membuat perubahan di dalam masyarakat dengan menyumbang ke arah kebaikan. Selama lima minggu, Chermaine diberi tugas untuk berbicara hati ke hati bersama lima tokoh wanita yang disegani mengenai usaha murni dan matlamat mereka. Dalam episod akhir kali ini pula, Chermaine akan berusaha melaksanakan projek kebajikannya sendiri dari mula hingga mencapai matlamatnya.

    "Setelah menemubual lima orang wanita yang telah mencipta keajaiban mereka sendiri serta bersama dalam membantu mereka yang memerlukan, saya begitu terbuka hati untuk mencabar diri sendiri dalam melakukan usaha yang sama. Saya mencabar diri saya untuk menghasilkan 1,000 kek cawan serta menguruskan tempat jualan serta menjemput rakan selebriti dan teman-teman rapat untuk membungkusnya dalam masa dua hari. Selama dua hari saya tidak cukup tidur tetapi pengalamannya memang begitu memuaskan," kata Chermaine.

    Menamakan jualan amal itu sebagai "Chermaine Cupcake Charity", pelakon dan penyampai TV itu bergegas ke Signature Kitchen di Kota Damansara minggu lepas untuk menyediakan 1,000 kek cawan yang dimasaknya sendiri. Kemudian Chermaine mengundang rakan selebriti dan teman-teman rapat untuk bersamanya menjual kek cawan itu di ruang legar Sunway Pyramid sebagai salah satu usaha dalam mengumpul dana untuk "Shelter Home for Children". Enam kek cawan yang lazat dan dihias menarik dijual pada harga permulaan RM50 sekotak.

    Presiden firma perkaunan antarabangsa, Dato' Raymond Liew dari McMillan Woods Global berkata, "Syarikat kami akan sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan dan saya rasa cabaran Chermaine ini sangat luar biasa dan layak mendapat sokongan kami".

    Penulis blog terkenal, Josh Lim yang turut sama dalam misi murni Chermaine sejak dari pagi lagi tidak segan silu mendekati orang ramai di Sunway Pyramid untuk memberi sokongan dalam menjayakan projek ini. "Saya rasa "Chermaine's Cupcake for Charity" amat hebat kerana bertujuan membantu kanak-kanak di rumah perlindungan serta cuba membawa kesedaran kepada masyarakat apa sebenarnya yang boleh kita lakukan untuk mereka yang bernasib malang," kata Josh.

    Chermaine Poo holding miniature cupcake

    Selebriti lain yang sama turut padang dalam menjayakan misi Chermaine adalah ketua bahagian Kereta Lotus Malaysia, Oh Kah Beng, jurugaya rambut selebriti, Albert Nico, Josh Lim daripada Adverlets, pereka pakaian antarabangsa, Nila Palacios, usahawan Carrie Fong serta blogger terkenal Felixia Yeap yang sama-sama dalam projek kebajikan ini. Chermaine yang terharu mengalirkan titis mata gembira di atas sokongan mereka dan orang ramai terutama daripada mereka yang menyayanginya.

    "Kesemua proses dalam menguruskan projek ini harus dirancang dengan baik kerana saya tidak boleh mensia-siakan sebarang masa. Waktu menghasilkan kek memakan masa yang lama, memenatkan dan agak memberi tekanan terutama memikirkan waktu sasaran yang diberikan. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa kelima-lima mentor saya melakukan perkara yang sama berulang kali dan tanpa putus asa. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana kekuatan dan keazaman yang diberikan serta keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberikan galakan dan dorongan. Begitu juga ntv7 dan SK-II kerana memberi saya peluang dan ruang ini untuk melancarkan usaha kebajikan ini," kata Chermaine.

    Mereka yang membeli belah di Sunway Pyramid juga turut terlibat dengan proses bidaan yang dilakukan pada penghujung projek itu. Chermaine telah menyediakan kek cawan mini dan melelongnya untuk menambah lagi dana buat rumah perlindungan yang dipilihnya. Sebagai kejutan, kek cawan mini itu sendiri telah mendapat bidaan yang amat tidak disangka oleh seorang penderma yang amat bermurah hati. Untuk mengetahui berapakah jumlah bidaan kepada kek cawan mini itu serta jumlah keseluruhan dana yang berjaya dikumpul oleh Chermaine untuk "Shelter Home for Children", jangan lupa saksikan episod akhir SK-II Miracle Makers pada hari Ahad, 1 Januari nanti jam 10.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

    Untuk maklumat lanjut berhubung rancangan ini layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter. Jika ada yang terlepas menonton siarannya, tonton di www.tonton.com.my.

    Chermaine Poo @ Signature Kitchen

    Group picture - Chermaine Poo with family, friends, and the public @ Sunway Pyramid

    Chermaine & her celebrity friends @ Sunway Pyramid (l-r) -1

    Chermaine Poo @ Sunway Pyramid

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Drama Bait Cinta Lakonan Riz Ainuddin
  • Filem Menantang Maut Lakonan Ivy Batuta, Nadila Ernesta
  • Egyptian Book of the Dead
  • Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress
  • Chermaine Poo Jadi Pengacara Dapur Nyonya TV3
  • Rahsia Kecantikan dari Krim Beautee New BB
  • Amber Chia AX Appreciation Party Photos
  • Breakthrough With Anthony Robbins
  • One Young World
  • AirAsia X Partners British Government Foreign & Commonwealth Office
  • Full content generated by Get Full RSS.