Adsense

Isnin, 26 Disember 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pelajar tunggu SPM jadi GRO

Posted: 25 Dec 2011 04:59 PM PST

ne 10.1 Pelajar tunggu SPM jadi GRO
SEBAHAGIAN wanita dipercayai GRO ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan diDamansara Perdana, Petaling Jaya kelmarin.

PETALING JAYA – Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Lelongan perabot Raja Pop kutip AS$1j

Posted: 24 Dec 2011 04:06 PM PST

BEVERLY HILLS 18 Dis. – Beberapa barangan rumah milik mendiang Raja Pop, Michael Jackson ketika tinggal bersama tiga anaknya sebelum meninggal dunia pada tahun 2009, dijual pada harga hampir AS$1 juta (RM3 juta) dalam satu acara lelong.

Presiden firma lelongan Julien's masih mengira jumlah kutipan selepas jualan lelong di Beverly Hills itu mengaut keuntungan hampir tiga kali ganda berbanding anggaran sebanyak AS$200,000 hingga AS$400,000 (RM600,000 hingga RM1.2 juta).

Antara barangan yang dilelong adalah sebuah papan hitam tertulis mesej anak-anak Jackson yang dijual pada harga AS$5000 (RM15,000) dan sebuah almari pakaian yang tertera mesej Jackson di atas cermin kepada dirinya sendiri dengan harga AS$18,750 (RM59,568).

Sebuah bangku bilik mandi yang mempunyai lakaran orang lidi, dijual pada harga AS$4480 (RM14,232).

Kepala katil tempat Raja Pop itu menghembuskan nafas terakhirnya bagaimanapun dikeluarkan dari lelongan atas permintaan keluarganya, namun permaidani yang dihampar di bawah katil itu dijual pada harga AS$15,360 (RM48,798).

Firma itu sebelum ini menganggarkan permaidani tersebut akan dijual antara harga AS$400 hingga AS$600 (RM12,000 hingga RM18,000).

Semua barangan itu diambil dari sebuah rumah agam yang disewa penghibur tersebut di kawasan mewah Holmby Hills, Los Angeles, lokasi dia meninggal dunia.

Pengarah Eksekutif firma lelongan Julien's, Martin Noland berkata, sambutan yang diterima semasa lelongan tersebut amat mengejutkan.

"Acara lelongan ini mendapat sambutan baik apabila peminat Jackson dari seluruh dunia seperti Jepun dan Amerika Selatan sanggup ke sini bagi menghadiri jualan," katanya. – AFP

///utusan ///

Full content generated by Get Full RSS.