Adsense

Isnin, 26 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


23 Februari tarikh keramat Lisa, Yusry

Posted:

23 Februari tarikh keramat Lisa, Yusry

23 Februari tarikh keramat Lisa, Yusry

SEJAK berkawan rapat dan bercinta, hubungan aktres Lisa Surihani Mohamed, 25, dan pengarah, pelakon serta penyanyi terkenal Yusry Abdul Halim, 37, menjadi perhatian media dan peminat.

Tidak sampai setahun mengulit cinta, pasangan itu telah bersedia untuk mengikat ikatan perkahwinan antara mereka.

Selepas terbocor berita Yusry telah menempah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sebuah majlis pada bulan Februari tahun hadapan, spekulasi perkahwinan pasangan ini mula muncul.

Lisa mengunci mulutnya dan menyerahkan segala jawapan kepada Yusry. Bagaimanapun Yusry turut enggan menjawab segala pertanyaan mengenai perkahwinan kerana sibuk dengan penggambaran filem Vikingdom ketika itu.

Akhirnya, pada pagi Sabtu lalu Lisa dan Yusry telah mengumumkan berita pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari tahun hadapan pada sidang akhbar bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.

"Kami akan bernikah selepas Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dan mengadakan majlis resepsi kedua-dua belah pihak pada 26 Februari di PICC," kata Lisa.


YUSRY menyenangi sifat Lisa yang prihatin dan mencintai dia sepenuh jiwa. Lisa juga menerima perhatian yang serupa dari Yusry.


Menurut Yusry, dia bukan sengaja untuk menyembunyikan hari bahagianya daripada pengetahuan umum sebelum ini. Sebaliknya ketika khabar angin perkahwinan mereka timbul, baik pihak Yusry mahupun Lisa belum ada sebarang keputusan yang konkrit.

Namun, selepas majlis merisik berlangsung di rumah Lisa pada malam Jumaat lalu (23 Disember), barulah Yusry berasa sesuai untuk umumkan berita penting itu.

"Saya pernah cakap saya akan beritahu apabila tiba masanya. Sekarang selepas merisik dan menghantar cincin tanda baru saya rasa sesuai untuk umumkan tarikh perkahwinan kami.

"Sebelum ini, perbincangan secara rasmi antara keluarga belum berlangsung, saya sibuk dengan penggambaran filem Vikingdom sebab itu saya berdiam diri, bukannya ingin menyembunyikan hal sebenar," balasnya yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem Vikingdom pada 20 Disember lalu.

Bercakap mengenai tarikh 23 Februari yang dipilih sebagai tarikh keramat dalam kehidupan mereka, ujar Yusry tarikh itu dipilih simbolik kepada tarikh lahir Lisa yang jatuh pada 23 Mac tambahan mereka juga mempunyai kelapangan waktu itu.

"Kami amat berhati-hati ketika memilih tarikh pernikahan kerana jika kami buat 25 Disember orang kata kami nak sambut Krismas, kalau 14 Februari macam nak sambut Valentine.

"Kebetulan Lisa akan mula penggambaran filem Ular pada 3 Januari depan dan tarikh 23 Februari elok buat kami berdua mempunyai kelapangan selain simbolik kepada tarikh hari lahir Lisa," kata Yusry.

Saling melengkapi

Bercakap mengenai rancangan perkahwinan, Yusry dan Lisa sama-sama menegaskan sejak awal hubungan lagi, mereka telah bertanya antara satu sama lain apa yang dicari dalam sebuah hubungan.

"Lisa memberitahu dia memang sudah bersedia untuk berkahwin pada usia 24 tahun dan saya begitu juga sebab itu pada awal hubungan kami ada sebut bahawa hubungan kami adalah hubungan yang matang.

"Maknanya bukan sekadar untuk bercinta atau memenuhi masa lapang sebaliknya, kami sama-sama mempunyai tujuan iaitu mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan," ujar Yusry sambil dipersetujui Lisa.

Mengenali Lisa, jiwa lelaki Yusry yang hidup tanpa suri lebih lima tahun selepas bercerai dengan aktres dan penyanyi popular Erra Fazira kembali berbunga.

"Saya menyayangi dia sepenuh jiwa, begitu juga dengan dia menyayangi saya. Saya rasa lebih tenang walaupun berada dalam keadaan yang tertekan apabila dia ada di sisi saya," akui Yusry jujur.


CINCIN di jari manis Lisa tanda sudah ditempah Yusry.


Lisa pula memberitahu hakikat sebenarnya dia fobia untuk menjalinkan hubungan sesama artis. Bagaimanapun dia begitu tertarik dan jatuh cinta dengan Yusry selepas mengenali salah seorang trio kumpulan KRU itu dengan lebih dekat selepas setahun hanya berkomunikasi menerusi Blackberry Messenger (BBM).

"Sebelum ini sebagai kawan di BBM, dia pernah ajak keluar tetapi saya fobia hubungan cinta antara artis dan saya tolak ajakannya. Dia hormat saya dan kami berkawan seperti biasa.

"Tipulah kalau saya cakap saya tidak minat kumpulan KRU, selepas mengenalinya secara peribadi ternyata dia seorang lelaki yang sopan, merendah diri dan ikhlas berkawan dengan saya," terang Lisa yang merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik.

Impian perkahwinan

Jika sudah namanya artis sudah tentu majlis perkahwinannya gilang gemilang, tetapi tidak bagi Yusry dan Lisa. Masing-masing mengambil pendekatan mengadakan majlis secara ringkas dan sederhana sahaja.

"Saya tidak pernah berangan mahu pakai baju itu dan ini, majlis saya mesti berkonsep taman atau apa sahaja, kerana bagi saya yang paling penting adalah majlis akad nikah itu yang wajib.

"Majlis resepsi saya lebih suka bersederhana dan buat masa sekarang ini kami tidak memikirkan sebarang konsep atau warna tema. Persiapan yang dibuat hanyalah tempahan PICC dan masjid yang lain baru hendak bermula," kata Lisa.

Disoal cukupkah masanya untuk melakukan persiapan dalam masa dua bulan sedangkan sepanjang Januari Lisa akan sibuk di penggambaran filem Ular.

"Persiapan itu dilakukan bersama dan kami ada orang yang membantu selain keluarga. Rasanya tidak ada sebarang masalah. Kerja tetap harus diteruskan seperti biasa," bicaranya.

Apabila ditanya mengenai hak tayangan majlis perkahwinan mereka di stesen televisyen kononnya akan disiarkan di Astro, Yusry dan Lisa menyerahkan perkara itu pada pihak pengurusan masing-masing.


BAKAL jadi keluarga. Dari kiri: Ibu Lisa, Siti Amira, Yusry, Lisa, bapa Yusry, Abdul Halim dan ibu Yusry, Zarina.


"Setakat hari ini belum ada sebarang keputusan muktamad mengenainya, perkara itu diserahkan kepada pihak pengurusan tetapi harus mendapat persetujuan daripada kami berdua. Jika kami tidak setuju perkara itu tidak akan berlaku," kata pengarah filem Merong Mahawangsa itu lagi,

Mengenai hal tajaan, kedua-dua mereka berfikiran terbuka mengenai hal itu dan menerimanya selagi ia tidak mengganggu keluarga serta perjalanan majlis perkahwinan mereka.

"Bab tajaan ini, saya tidak kisah andai ada yang ingin membantu tetapi dengan syarat ia tidak menganggu keluarga dan majlis kami," jawab Yusry yang membenarkan Lisa terus bekerja sebagai pelakon selepas berkahwin kelak.

Full content generated by Get Full RSS.

Percaturan Fox Movies Premium

Posted:

Percaturan Fox Movies Premium

Percaturan Fox Movies Premium


FILEM Black Swan merupakan antara filem hebat Hollywood yang akan ditayangkan di saluran Fox Movies Premium.


SALURAN Star Movies (Astro 413) sememangnya cukup dikenali sebagai salah satu saluran televisyen yang sentiasa menjadi pilihan penonton kerana menyajikan filem-filem Hollywood yang menarik dan terkini.

Kini setelah 15 tahun bersiaran, saluran di bawah seliaan syarikat Fox International Channels bakal membuat sedikit perubahan dalam usaha untuk memberi lebih kepuasan kepada penonton.

Bermula pada 1 Januari 2012, saluran tersebut sudah tidak akan lagi menggunakan nama Star Movies. Sebaliknya, ia akan bertukar nama dan dikenali sebagai Fox Movies Premium.

Pengarah dan Ketua Wilayah Fox International Channel (Malaysia), Basil Chua dalam satu sidang akhbar baru-baru ini berkata, pembaharuan yang dilakukan ini adalah sebagai usaha mereka untuk memantapkan lagi saluran tersebut.

"Sebenarnya ia bukanlah langkah penjenamaan semula, tetapi kami merasakan sudah tiba masanya untuk membuat sedikit perubahan dari segi nama dan kandungan untuk saluran ini.

"Lagipun nama Star Movies ini sudah 15 tahun digunakan dan selama ini sudah pun sinonim dengan para penonton. Tidak dinafikan saluran ini juga turut mendapat rating yang tinggi," ujarnya.

Menurut Basil, selain pertukaran nama saluran tersebut turut mengalami perubahan dari segi kandungan bagi memenuhi kehendak penonton mereka yang mempunyai pelbagai citarasa.

Ujarnya, selepas ini saluran Fox Movies Premium bukan sekadar menayangkan filem semata-mata, tetapi penonton juga akan disajikan dengan pelbagai hiburan lain seperti konsert dan acara-acara anugerah antarabangsa.

"Melalui pemerhatian yang pihak kami lakukan, kebanyakan penonton sekarang turut menginginkan rancangan hiburan yang lain. Jadi, dengan kandungan rancangan yang lebih padat tentunya ia akan memberi kepuasan kepada mereka," ujarnya.

Menurutnya lagi, antara acara anugerah besar yang bakal disiarkan di saluran tersebut pada tahun hadapan seperti 84th Annual Academy Awards yang disiarkan pada 27 Februari 2012.

Selain itu, penonton juga akan dapat menikmati rancangan konsert besar yang akan disiarkan secara langsung terutamanya membabitkan artis antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia.

Ujarnya, menjelang pertukaran nama saluran yang akan bermula pada 1 Januari ini, dua filem Hollywood yang cukup hebat akan disiarkan iaitu Tron pada 31 Disember (11 malam) dan Tron: Legacy pada 1 Januari (1 pagi dan 10 malam).

Filem baharu


FILEM animasi Narnia juga masuk dalam senarai tayangan untuk tahun 2012.


Dalam usaha untuk memantapkan lagi saluran Fox Movies Premium, Basil memberitahu saluran berkenaan cuba untuk menyiarkan lebih banyak filem-filem Hollywood yang terbaharu.

Oleh yang demikian, Fox International Channels kini telah menjalinkan usaha sama dengan 20th Century Fox Film Corporation yang sememangnya dikenali sebagai pengeluar filem-filem Hollywood yang cukup terkenal.

"Dengan usaha sama yang dijalinkan antara kedua-dua belah pihak ini, sudah tentu ia akan memudahkan kami untuk menyiarkan filem-filem Hollywood terkini lebih awal lagi.

"Seboleh-bolehnya kami akan menayangkan filem-filem ini secepat yang mungkin. Misalnya sesebuah filem itu akan disiarkan di saluran ini sekurang-kurangnya selepas enam bulan ia ditayangkan di pawagam," jelasnya.

Ujar Basil, tempoh enam bulan terpaksa diambil kerana secara kebiasaannya dalam industri perfileman, sesebuah filem itu akan diberi hak tayangan dalam bentuk DVD dan saluran televisyen berbayar terlebih dahulu dan kemudian barulah boleh ditayangkan di saluran televisyen biasa. - RONI HIDAYAT RIDWAN

Full content generated by Get Full RSS.

Skandal paling sensasi Hollywood

Posted:

Skandal paling sensasi Hollywood

Skandal paling sensasi Hollywood


JENNIFER LOPEZ dan Marc Anthony bercerai selepas tujuh tahun bersama.


DUNIA hiburan Hollywood sepanjang tahun 2011 tidak pernah kering dengan kisah-kisah mengejut terutamanya berkaitan peribadi selebriti mereka. Berikut adalah enam kisah skandal paling sensasi tahun ini yang masih belum habis menjadi buruan media dan tatapan umum. Duduk di tangga pertama adalah kisah skandal pasangan Ashton Kutcher dengan Demi Moore diikuti Jennifer Lopez dan Marc Anthony.

1 Ashton Kutcher,

Demi Moore, Sara Leal

Kutcher, 33, curang terhadap isterinya, Moore yang berusia 49 dengan seorang gadis berusia 22 tahun. Gadis tersebut dikenali sebagai Sara Leal, menjadi teman sosial Kutcher selain mendakwa pernah tidur dengan aktor tersebut. Lebih memedihkan, Kutcher curang pada hari ulang tahun keenam perkahwinannya yang jatuh pada 24 September lalu.

2Jennifer Lopez

dan Marc Anthony

Pasangan ini membuat kejutan dengan mendedahkan mereka sudah tidak lagi mahu menjadi pasangan suami isteri pada bulan Julai lalu selepas tujuh tahun berkahwin. Bagaimanapun satu sumber memberitahu, Lopez, 42, sudah mahu menuntut cerai daripada Anthony, 43 sejak dua tahun lalu namun membatalkan hasratnya kerana Anthony merayu agar tidak ditinggalkan. Lopez kemudian dilihat menjalin hubungan dengan penari bernama Casper.

3 Will Smith, Jada

Pinkett Smith, Marc Anthony

Mengejutkan apabila Will dan isterinya, Jada Pinkett Smith yang sudah berkahwin selama 14 tahun akhirnya memilih untuk bercerai pada Ogos tahun ini. Perceraian mereka didakwa kerana Pinkett kononnya mempunyai hubungan sulit dengan Marc Anthony.

4 Justin Theroux,

Heidi Bivens, Jen Aniston

Jennifer Aniston memang selalu ditinggalkan. Selepas ditinggalkan Brad Pitt, namun ada satu 'kemenangan' yang akhirnya diperoleh oleh aktres tersebut. Aktor Justin Theroux didakwa sanggup meninggalkan kekasih selama 14 tahunnya, Heidi Bivens untuk meraih cinta Aniston.

5 Kelly Osbourne,

Luke Worrall, Elle Schneider

Skandal cinta Kelly Osbourne dengan Luke Worrall yang kemudian beralih arah kepada Elle Schneider adalah skandal cinta paling tragis. Kelly membatalkan niat untuk berkahwin dengan Worrall selepas mendapati Worrall bercinta dengan kaum sejenisnya! Ya, Elle adalah seorang lelaki yang sedang menanti keputusan pertukaran jantina sebagai seorang perempuan.

6 Arnold Schwarzenegger,

Maria Shriver, Mildred Baena

Pada bulan Mei tahun ini, pelakon dan gabenor Arnold Schwarzenegger mengumumkan dia berpisah dengan isteri selama 25 tahunnya, Maria Shriver. Semuanya berpunca daripada skandal yang dibuat oleh Schwarzenegger dengan pembantu rumahnya, Mildred Baena yang telah berkhidmat bersama keluarganya sejak 20 tahun lalu. Mereka mempunyai anak lelaki bernama Joseph yang kini sudah mencecah usia 13 tahun.

Full content generated by Get Full RSS.