OHBULAN! |
Tampil Ala Madonna Untuk GLAM: Dato’ Siti Nurhaliza Sedia Dikritik! Posted: 26 Dec 2011 10:34 PM PST Jauh berbeza daripada pesona norma dirinya yang sering dilihat lewat dada akhbar, kaca televisyen mahupun penampilannya sebagai perias muka depan mana-mana majalah sebelum ini, empat foto penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza muncul untuk majalah GLAM isu Januari 2012, sememangnya telah berjaya menarik perhatian ramai. Apa tidaknya, Siti yang acapkali tampil dengan gaya scarf menutupi bahagian kepalanya kali ini muncul sebagai reinkarnasi ikon dan Ratu Pop antarabangsa, Madonna menghiasi 12 halaman muka surat majalah GLAM dalam empat lagak gaya berbeza inspirasi daripada pesona Madonna menerusi album 'Material Girl', album 'Rain' seterusnya berubah kepada pesona gadis negara matahari terbit yang diinspirasi daripada klip video Madonna, 'Nothing Really Matters' selain tampil comel menjadi karekter Minnie Mouse persis gaya Madonna menerusi foto yang diambil oleh jurufoto tersohor, Herb Ritts. Seperti biasa meski se-glam dan betapa berbezanya penampilan Siti dalam foto muka depan bertaraf lima bintang itu, tidak dapat dinafikan foto tersebut menjadi bualan ramai apabila ramai mempersoalkan penampilannya yang agak kontra dengan gayanya berselendang atau beserkup menutupi bahagian rambutmya. Siti menerusi rakaman wawancara program hiburan Gala TV menyatakan, dia sudah mempersiapkan diri menghadapi segala kecaman dan kritikan masyarakat terhadap dirinya berhubung aksi-aksi foto ala Madonna menghadapi kritikan pedas daripada masyarakat. "Apabila Siti bersetuju untuk melakukannya, itu bermakna Siti sudah berdia untuk masyarakat khususnya peminat untuk berkata apa saja. "Siti pernah beberapa kali bekerjasama dengan pasukan kreatif GLAM sebelum ini, Apabila diberitahu yang konsepnya berdasarkan selebriti antarabangsa yang cukup sensasi, Madonna, Siti terus bersetuju sebab tahu mereka akan menghasilkan gambar-gambar yang menarik," jelas Siti. Pengarang atau Editor GLAM, Suzie Adnan dalam satu kenyataan bertulis kepada portal murai turut menyatakan bahawa Dato' Siti amat menitik beratkan imejnya yang berselendang dan mengikut kesesuaian majlis. Justeru, untuk penggambaran muka depan majalah tersbeut, Siti bgitu terperinci mengenai cara pasukan kreatif GLAM menata gayanya lebih-lebih lagi pada bahagian kepala. "Untuk cover Glam, Dato' Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya, malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak menutupi bahagian rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini," ujar Susie yang turut menyatakan idea dan konsep foto itu datang sepenuhnya dari team GLAM. Selain foto reinkarnasi Madonna yang pastinya menjadi tarikan utama, apa yang menarik dalam GLAM isu Januari 2011 ini adalah perkongsian selera gesyen Siti yang kini semakin menggemari koleksi Chanel selain bercerita mengenai perancangannya untuk meluaskan lagi empayar produk kosmetiknya, SImplusiti serta hasratny membuka sebuah spa kecantikan. Untuk mengetahui lebih banyak kisah menarik Siti serta banyak lagi paparan menarik, jangan lupa dapatkan naskah GLAM edisi pembuka tirai 2012, Januari, yang akan berada di pasaran sedikit masa saja lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
Gambar Hangat Tersebar, Leina Hangat Hanya Mahu Jadi Penghibur Profesional! Posted: 26 Dec 2011 07:13 PM PST Hangat seketika dunia hiburan minggu lepas apabila akhbar Metro Ahad melaporkan pelantun lagu hits, 'Hello Sayang', Leina Hangat yang sudah lama menyepi dari persada hiburan ini dikatakan berkelakuan tak ubah seperti pelacur apabila beberapa keping fotonya 'menghiburkan' penonton yang serba serbi hangat tersebar di internet. Walaubagaimanapun, penyanyi dangdut era 90-an ini atau nama sebenarnya, Nor Azlina Abdul Rahman, 39, menafikan dakwaan kononnya dia menjual diri namun dengan penuh rendah hati mengakui dirinya memang berpakaian seksi dan menjelaskan situasi sebenar semasa foto tersebut dirakam. Leina turut merayu jasa baik masyarakat di luar sana agar tidak terus menghentamnya, kerana apa yang dilakukannya adalah semata mencari rezeki atas nama seorang penghibur. "Dengan penuh rasa rendah diri, apa yang saya lakukan adalah sebagai melengkapkan tugasan saya untuk menghiburkan tentamu, bukan menjual diri dengan adengan-adengan menggiurkan. "Memang saya berpakaian agak menjolok mata, tetapi itu keselesaaan saya. Walaubagaimanapun, saya masih tahu batas, apa yang saya boleh buat dan apa yang saya tidak boleh buat. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, apatah lagi dihadapan khalayak ramai. Mungkin persembahan saya pada malam itu, telah disalah tafsir," ujar Leina yang dipetik dari laman murai. Leina turut mempersoalkan mentaliti segelintir pihak yang disifatkannya hanya melihat keburukan sedangkan apa yang dilakukannya adalah sebagai penghibur. "Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu adalah mata pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional," katanya yang hanya menyanyi dan menari gelek saja pada malam persembahan itu. Leina turut menjelaskan foto-foto yang tersebar itu diambil sewaktu dia sedang membuat persembahan makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat yang rata-ratanya dihadiri oleh tetamu bukan Islam. Ketika ditanya apakah motif di sebalik penyebaran foto-foto hangatnya, Leina menegaskan penyebaran foto tersebut berkemungkinan dilakukan oleh individu (peminat) yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |