Adsense

Jumaat, 2 Disember 2011

borak kosong

borak kosong


Juru Sunat di Ghana Diusir, Tak Sengaja Patahkan Kemaluan

Posted: 02 Dec 2011 09:00 PM PST

Accra, Ghana - Gara-gara tak sengaja mematahkan penis sampai ke pangkal, seorang juru sunat tradisional diusir dari sebuah kota di Ghana. Kes ini terjadi di tengah kempen menentang juru sunat ilegal yang keamanannya tidak terjamin secara medikal.

Keberadaan juru sunat tradisional yang dalam bahasa setempat disebut wanzam memang selalu menjadi kontroversi. Banyak warga masih memanfaatkan jasanya, sementara kalangan medik menganjurkan agar anak laki-laki disunat oleh doktor yang lebih terlatih.

Seorang wanzam berusia 70 tahun, Wanzam Abdullah semakin menambah bukti bahawa tidak ada jaminan keamanan dalam sunat tradisional. Akibat kesalahan fatal yang dilakukannya beberapa waktu silam, Wanzam Abdullah harus menerima hukuman sosial yakni diusir dari Kota Accra.

Ia disaman oleh orangtua seorang bayi laki-laki berusia 4 bulan yang disunatnya . Orangtua bayi tersebut tidak terima, lantaran Wanzam Abrullah tidak hanya mengupas kulit penutup kepala penis tetapi memangkas atau mematahkan batang penis hingga nyaris sampai hujung.

"Orang itu (wanzam) mencederai penis bayi, memotong bagian paling sensitifnya dan tinggal sebagian kecil saja yang tersisa. Untung bayi itu masih boleh kencing dengan normal," ungkap John Koffie, Ketua polis setempat seperti dikutip dari myjoyonline, Minggu (20/11/2011).

Menurut polis, saat disunat bayi itu banyak bergerak. Karena tidak dipegangi dengan erat, Wanzam Abdullah tidak sengaja menyayunkan pisaunya dan menyambar batang penis si bayi laki-laki yang malang ini hingga benar-benar putus di bahagian pangkalnya.

Si bayi saat ini mendapat perawatan intensif di Hospital Pendidikan Korle Bu di Kota Accra. Sedangkan Wanzam Abdullah yang sudah berpengalaman selama 20 tahun ini tak hanya diusir, tapi juga terancam hukuman penjara jika terbukti bersalah telah membahayakan pasiennya.

Sumber : detikhealth.com

Jangan Sesekali Menilai Seseorang dari Bajunya (Kisah Nyata)

Posted: 02 Dec 2011 08:00 PM PST


Seorang wanita yang mengenakan gaun pudar menggendeng suaminya yang berpakaian sederhana dan usang, turun dari kereta api di Boston, dan berjalan dengan malu-malu menuju pejabat Pimpinan Harvard University.

Merekaingin bertemu pimpinan Harvard. Setiausaha Universiti langsung mendapat kesan bahawa mereka adalah orang kampung, berfikir orang macam ini tidak mungkin ada urusan di Harvard dan bahkan mungkin tidak pantas berada di Cambridge.

"Kami ingin bertemu Pimpinan Harvard", kata sang lelaki lembut. "Beliau hari ini sibuk," sahut sang Setiausaha cepat. "Kami akan menunggu," jawab sang wanita.

Selama 4 jam setiausaha itu mengabaikan mereka, dengan harapan bahawa pasangan tersebut akhirnya akan patah semangat dan pergi. Tetapi nyatanya tidak. Sang setiausaha mulai kecewa dan akhirnya memutuskan untuk melaporkan kepada sang pemimpinnya.

"Mungkin jika anda menemui mereka selama beberapa minit, mereka akan pergi," katanya pada sang Pimpinan Harvard. Sang pimpinan menghela nafas dengan geram dan mengangguk. Orang sepenting dia pasti tidak punya waktu untuk mereka. Dan ketika dia melihat dua orang yang mengenakan baju pudar dan pakaian usang di luar pejabatnya, rasa tidak senangnya sudah muncul.

Sang Pemimpin Harvard, dengan wajah galak menuju pasangan tersebut. Sang wanita berkata padanya, "Kami memiliki seorang anak lelaki yang kuliah tahun pertama di Harvard. Dia sangat menyukai Harvard dan bahagia di sini. Tetapi setahun yang lalu, dia meninggal kerana kemalangan. Kami ingin mendirikan peringatan untuknya, di suatu tempat di kampus ini, bolehkan?" tanyanya, dengan mata yang penuh harapan.


Sang Pemimpin Harvard tidak tersentuh, wajahnya bahkan memerah. Dia tampak terkejut. "Puan," katanya dengan kasar, "Kita tidak boleh mendirikan tugu untuk setiap orang yang masuk Harvard dan meninggal. Kalau kita lakukan itu, tempat ini sudah akan seperti kuburan."

"Oh, bukan," Sang wanita menjelaskan dengan cepat, "Kami tidak ingin mendirikan tugu peringatan. Kami ingin memberikan bangunan untuk Harvard."

Sang Pemimpin Harvard memutar matanya. Dia menatap sekilas pada baju pudar dan pakaian usang yang mereka kenakan dan berteriak, "Sebuah bangunan?! Apakah kalian tahu berapa harga sebuah bagunan?! Kami memiliki lebih dari 7,5 juta dolar hanya untuk bangunan fizik Harvard."

Untuk beberapa saat sang wanita terdiam. Sang Pemimpin Harvard senang. Mungkin dia boleh terbebas dari mereka sekarang. Sang wanita menoleh pada suaminya dan berkata dengan pelahann, "Kalau hanya sebesar itu biaya untuk memulai sebuah universiti, mengapa tidak kita buat sendiri saja?" Suaminya mengangguk. Wajah sang Pemimpin Harvard menampakkan kebingungan.

Mr. dan Mrs. Leland Stanford bangkit dan berjalan pergi, melakukan perjalanan ke Palo Alto, California, di sana mereka mendirikan sebuah Universiti yang menggunakan nama mereka, sebuah peringatan untuk seorang anak yang tidak lagi diperdulikan oleh Harvard. Universiti tersebut adalah Stanford University, salah satu universit kesukaan warga kelas atas di AS.

Kita jangan seperti pimpinan Harvard itu, acap silau oleh baju, dan lalai. Padahal, baju hanya bungkus, apa yang disembunyikannya, kadang sangat tak ternilai. Jadi, janganlah kita selalu abai, kerana baju-baju,selalunya menipu.


sumber

Wow..bina pesawat ke angkasa lepas belakang rumah

Posted: 02 Dec 2011 07:00 PM PST

NTINDA, Uganda - Pengasas Program Penyelidikan Angkasa Lepas Afrika, Chris Nsamba dianggap gila oleh sejumlah orang kerana dia mahu mengendalikan projek untuk menghantar rakyat Uganda ke angkasa lepas.

Dia yang merupakan seorang jurutera aeronautik akan melancarkan sebuah pesawat ke angkasa lepas dari pekarangan belakang rumah ibunya di sini.

Nsamba menyasarkan penerbangan angkasa lepas itu pada dekad akan datang dengan menggunakan sebuah pesawat African Skyhawk yang dalam pembinaan.

Pesawat itu dibina dengan menggunakan beberapa pekerja sukarela di pekarangan belakang rumah ibunya. - Agensi

sumber : kosmo online

Perompak paling bodoh di Jerman rompak bank yang dah tutup 17 tahun lalu

Posted: 02 Dec 2011 06:00 PM PST

BERLIN: Seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank yang ditutup sejak 17 tahun lalu dipenjara tujuh tahun, kata mahkamah, semalam.

Kejadian itu digelar akhbar Bild daily sebagai kes perompak bank paling bodoh di Jerman. Mahkamah daerah di Osnabrueck, bandar raya di barat negara itu berkata, defendan yang dikenal pasti sebagai Siegfried K, 57, tiba di cawangan bank itu yang kini hanya dilengkapi mesin teler automatik, membawa pistol mainan pada Mei lalu. Dia menangkap seorang wanita sebagai tebusan di lobi bangunan dan menuntut 10,000 euro (RM42,000) wang tebusan daripada pekerja di situ.


"Bagaimanapun, rancangannya gagal kerana bangunan itu tidak lagi mempunyai bank sejak lebih sedekad lalu tetapi hanya mempunyai pusat fisioterapi," kata kenyataan dikeluarkan mahkamah.


Bild berkata, bank itu sudah berpindah sejak 17 tahun lalu.


"Selepas suspek menyedari hal itu, dia mengubah rancangannya dan menangkap seorang wanita yang mengeluarkan wang daripada mesin ATM di situ.


"Wanita itu mengeluarkan 400 euro (RM1,200) dan suspek melarikan wang itu sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta curi," kata kenyataan itu.



Dia kemudian meninggalkan kenderaan itu dan pistol mainan plastik yang mempunyai kesan cap jarinya di tempat duduk penumpang.


Mahkamah berkata, Siegfried K mengaku melakukan rompakan itu dan hakim menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas 22 pertuduhan terdahulu ke atasnya sejak 40 tahun lalu. - AFP

sumber : myMetro

Bapa bacul tendang bayi berusia 9 bulan kerana menangis

Posted: 02 Dec 2011 05:00 PM PST


GEORGETOWN: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin.

Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.

Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka.

Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.



"Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya

sumber : myMetro

Splish dan Splash, Ikan Mas Tertua di Inggris yang Berumur 34 Tahun

Posted: 02 Dec 2011 04:00 PM PST


Sepasang ikan mas yang dipercaya sebagai yang tertua di Inggris, dan telah merayakan ulang tahun ke-34 mereka. Bahkan semakin tuanya, kedua ikan mas yang dimenangkan sebagai hadiah pasar malam pada tahun 1977 itu warnanya menjadi abu-abu.

Sang pemilik, Richard dan Ann Wright, dari Brockworth, Gloucestershire, mengatakan bahawa kedua ikan tersebut yang mereka namakan Splish dan Splash, telah hidup lebih lama dari empat kucing peliharaan kucing keluarga mereka.

Kedua ikan ini awalnya milik putra putri mereka yakni Matthew dan Hayley, yang berumur enam dan sembilan tahun ketika mereka membawa pulang ikan mas tersebut pasar malam di Cheltenham 34 tahun yang lalu.

Meskipun Matthew dan Hayley sekarang telah pindah untuk memulai keluarga mereka sendiri, kedua ikan tersebut tetap berada di rumah Richard dan Ann.

Ikan mas memiliki umur yang pendek dan kebanyakan tidak lebih dari sepuluh tahun, namun Splish dan Splash telah bertahan hidup selama lebih dari tiga dekad, yang membuat sang pemilik bingung tentang bagaimana keduanya berhasil hidup selama itu.

"Aku tidak tahu mengapa mereka hidup begitu lama, mereka hanya dibersihkan secara teratur dan diberi sejumput makanan setiap pagi, namun kami belum pernah melakukan sesuatu yang istimewa pada keduanya. Mereka benar-benar luar biasa." tutur Richard.

Menurut Mail Online, Richard juga menambahkan bahawa, seperti halnya manusia, kedua ikan ini mulai menunjukkan tanda-tanda penuaan, dimana Splish dan Splash mulai kehilangan warna emas mereka dalam beberapa tahun terakhir.

Diketahui, Ikan mas bernama Tish, secara resmi diakui oleh Guinness Book of Records sebagai tertua di dunia ketika ia meninggal pada usianya yang ke-43 pada tahun 2005 lalu.

Abang yang paling bergaya didapur

Posted: 02 Dec 2011 10:01 AM PST

Ngeri..masih hidup walaupun badan terputus dua (full pic+video)

Posted: 02 Dec 2011 09:01 AM PST

Kesian, badannya kena lenyek dengan kenderaan berat hingga putus dua. Tangannya asyik memegang sisa tubuhnya yang masih ada. Apa agaknya yang dia fikirkan?? Kesian



sumber : bestoneoffour.wordpress.com

Pelik..Gadis ini Tidur Telanjang Dengan Babi Selama 104 Jam

Posted: 02 Dec 2011 08:30 AM PST

Walaupun mengakui memiliki rasa takut terhadap kuman, namun untuk instalasi seni baru, artis Miru Kim memutuskan untuk hidup dengan babi selama 104 jam, non-stop.

Bekas mahasiswa kedoktoran berusia 30 tahun ini tinggal di sebuah kandang didepan salah satu galeri di Art Basel Miami 2011, dan pengunjung dapat menontonnya telanjang, melalui jendela kaca selama empat hari.

Kim, yang merupakan puteri seorang filsuf Korea, menjadi terkenal kerana memotret dirinya dalam keadaan telanjang di tempat-tempat aneh, seperti kilang dan terowongan yang telah ditinggalkan.

Ia mengatakan bahawa pekerjaan ini membantunya mengatasi rasa takutnya, iaitu takut akan kegelapan, takut pada aktiviti yang berbahaya serta takut akan kotoran.


Dia terinspirasi untuk membuat "I Like Pigs and Pigs Like Me" setelah membaca buku Five Senese, karya filsuf Perancis Michel Serres.

"Kulit bukan hanya sebuah sampul untuk melindungi tubuh, atau membran yang memungkinkan pertukaran antara eksterior dan interior tubuh. Kulit juga berfungsi sebagai titik berbaur antara dunia luar dan batin, dan antara tubuh dan jiwa." tutur Kim yang dikutip Mail Online.

7 Nama Bayi Selebriti Hollywood Teraneh

Posted: 02 Dec 2011 07:00 AM PST

Ada berbagai pilihan nama untuk para orangtua saat menamai bayi mereka. Dari berbagai pilihan tersebut, tujuh selebriti berikut ini memilih nama yang cukup aneh untuk sang buah hati.

1. Casper Lee

Puteri dari bintang Alvin and the Chipmunks, Jason Lee dan isterinya, Ceren Alkac ini lahir 10 Ogos 2008. Tidak diketahui kenapa Jason menamani anaknya Casper. Untuk nama anak perempuan, nama Casper sebenarnya kurang familiar.

2. Bear Blu Jarecki

Aktris Alicia Silverstone dan suaminya, Christopher Jarecki memutuskan menamai puteranya Bear Blu Jarecki. Bear lahir Mei 2011. Bear ertinya beruang. Entah kenapa Alicia memberi nama anaknya beruang.

3. Audio Science Clayton

Audio merupakan putera dari bintang filem A Knight's Tale, Shannyn Sossamon dan pasangannya, Dallas Clayton yang lahir pada Mei 2003. Shannyn pernah mengatakan, dia dan Dallas memang tidak pernah memikirkan dengan serius soal nama anak mereka. "Kami mencarinya lewat kamus 3-4 kali. Kami akan memanggilnya Science, atau lebih pendek, Sci," katanya.

4. Pilot Inspektor Riesgraf-Lee

Pilot merupakan anak pertama pasangan Jason Lee dan Beth Riesgraf yang lahir September 2003. Menurut Jason, nama tersebut terinspirasi dari sebuah lirik lagu band indie, Grandaddy yang berbunyi, 'He's Simple, He's Dumb, He's the Pilot'.

5. Tu Morrow

Puteri dari bintang serial tv 'Numb3rs', Rob Morrow dan pasangannya Debbon Ayer ini lahir pada April 2011. Setiap menyebut nama Tu Morrow, Anda rasanya ingin tertawa bukan?

6. Rocket Valentino, Racer Maximilliano & Rebel Antonio Rodriguez

Ketiga nama di atas adalah nama dari tiga anak sutradara Spy Kids, Robert Rodriguez. Sekadar informasi, dari lima anak yang dimiliki Robert, nama mereka semuanya diawali huruf 'R'. "Sekali kamu namai anakmu Rocket, selanjutnya kamu tidak bioleh menamainya Marty," begitu katanya.

7. Seven Sirius Benjamin

Seven, terdengar familiar bukan? Rupanya pasangan Erykah Badu dan Andre 3000 sudah lebih dulu dari David Beckham yang menamai puterinya Harper Seven. Seven Sirius Benjami lahir November 1997. Tidak ada alasan khusus kenapa Erykah menamani anaknya Seven.

Arnab Kecil Yang Anggap Dirinya Seekor Ayam

Posted: 02 Dec 2011 06:00 AM PST

HELSINKI - Mengerami telur, mencakar-cakar tanah disekitar kandang dan bertenggek di sebuah pagar, adalah perilaku yang lazim dilakukan seekor ayam. Tapi, apa jadinya semua itu dilakukan oleh seekor arnab?
Otto, nama arnab tersebut memang menarik perhatian keluarga Ville Kuusinen di Finland. Arnab jantan berusia lapan tahun dibeli dari sebuah pertanian bersama dengan beberapa ekor ayam.
Tidak ada yang aneh saat Kuusinen yang tidak di sebuah pulau kecil di barat laut Finland, saat membawa Otto pulang. Tetapi sikapnya semakin lama, seperti mengikuti ayam yang tinggal bersamanya.
"Ketika saya pergi ke kandang ayam, arnab itu sedang mengerami telur. Kemudian saya menyaksikan bagaimana ia melompat di pagar. Awalnya ia gagal, namun ia terus menerus mencubanya sampai akhirnya ia berhasil," ujar Kuusinen, seperti yang dilansir Reuters, Jumaat (2/12/2011).
Otto bahkan tidak suka duduk dipangkuan ataupun memakan carrot seperti kebanyakan arnab pada umumnya. Arnabkecil itu menyukai makanan ayam dan bermain dengan ayam.
Namun Otto masih memiliki naluri arnab,. Hal ini terlihat ketika seorang tamu datang dia kabur dan bersembunyi. Namun Otto berhasil dipancing keluar ketika ditunjukkan roti kismis.
(faj)

Gila ..jual bayi hanya USD25

Posted: 02 Dec 2011 05:00 AM PST

LOS ANGELES - Seorang lelaki berusia 39 tahun dipenjara selama enam tahun setelah didapati berusaha menjual bayi perempuannya. Bayi mungil yang baru berusia lapan bulan itu dijual seharga USD25 .


Transaksi penjualan bayi ini berlangsung di luar sebuah pusat perbelanjaan Walmart, di California, Amerika Syarikat (AS).


Patrick Fousek, lelaki yang pada saat itu diduga berada di bawah pengaruh ubat-ubatan, akhirnya dijatuhi hukuman oleh pihak pengadilan, atas tindakan memalukannya ini.


Sebelumnya, hakim menolak permintaan banding yang diajukan oleh kuasa hukum tersangka untuk mendapatkan hukuman masa percubaan.


Fousek sempat mengungkapkan penyesalannya kerana cuba menjual bayinya.


"Saya sangat menyesal, saya berharap tidak pernah melakukannya. Saya meminta pihak pengadilan untuk mempertimbangkan masa percubaan agar boleh pulang ke rumah," ujar Fousek seperti yang dilapor California Salinas , Jumaat (02/12/2011).


Penjualan bayi ini terbongkar saat Fousek dan ibu dari bayi, Samantha Tomasini, ditangkap pada Jun 2010. Mereka ditahan saat dua orang perempuan melaporkan pasangan kumpul kebo tersebut cuba menjual bayi mereka.

Wajah Baru Menara Eiffel

Posted: 02 Dec 2011 04:00 AM PST

PARIS – Siapa yang tidak kenal dengan Menara Eiffel di Paris, Perancis. Menara itu khabarnya akan ditukar menjadi "hutan" hijau raksasa yang terdiri dari 600.000 tanaman.
Rencana kontroversi ini akan menjadikan Menara Eiffel sebagai objek pelancungan yang benar-benar ramah lingkungan. Perubahan ini merupakan sebahagian dari skema lingkungan.
Namun berbagai pihak menyatakan penolakannya terhadap rencana ini. Mereka menilai rencana itu dapat merubah bentuk asli Eiffel, yang setiap tahunnya mampu menarik sekitar tujuh juta pelancungan dari berbagai negara.
Ginger, sebuah perusahaan yang memiliki kepakaran dalam projek-projek ekologi, berada dibalik skema in. Mereka menyebutkan projek ini dapat selesai dalam waktu dua tahun.
Perincian skema tersebut dibocorkan oleh Suratkabar Perancis, Le Figaro. Ginger memperkirakan bahawa skema ini mampu melepaskan 84,2 ton karbondioksida dan menyerap 87,8 ton lainnya untuk dirubah menjadi "karbon positif".
"Projek ini masih rahsia namun waktu yang diberitakan oleh Le Figaro benar", ungkap salah seorang Juru Bicara Ginger, seperti yang dilansir Orange (01/12/2011)
Pihak perusahaan kelak akan menjuluki Eiffel dengan sebutan "paru-paru" hijau bagi seluruh Paris.
Menara Eiffel yang memiliki tinggi 1.063 kaki akan menjadi unggulan ekowisata Perancis. Pengolala menara bahkan sudah mulai memperkenalkan ratusan keranjang tanaman, serta sistem irigasi yang terdiri dari 12 ton paip getah untuk merawat tanaman di menara Eiffel.
(faj)

Seluar ni memudahkan untuk buang air besar

Posted: 02 Dec 2011 03:00 AM PST


ada jugak seluar macam ni...

Anjing tembak majikannya

Posted: 02 Dec 2011 02:00 AM PST

INILAH.COM, Salt Lake City – Seekor anjing menembak majikannya yang seorang pemburu burung.

Si majikan rupanya meletakkan sembarangan shotgun 12-gauge miliknya di perahu yang hendak ia tumpangi bersama sang anjing.

"Lelaki ini sedang berburu itik dengan kawannya. Ia sedang turun dari perahu untuk mengatur umpan," ujar Deputi Sheriff Kevin Potter.

Senapang berburu lelaki berusia 46 tahun itu tak sengaja dipijak anjingnya dan meletus. Tak jelas ketika itu apakah pengamannya terpasang atau tidak.

Lelaki itu tertembak dari jarak tiga meter dengan peluru untuk burung, menyebabkan 27 pelet logam berhamburan ke arahnya.

Beruntung ia tak terluka serius kerana mengenakan boot panjang yang biasa digunakan untuk masuk ke dalam air cetek.

Wow! Ada Sekolah Yang Mengajarkan Cara Menghidupkan Mayat

Posted: 02 Dec 2011 01:00 AM PST

Sebuah cabang gereja dari Hillsong evangelis membuka sebuah sekolah "Supranatural" .Di sekolah ini di ajarkan cara menyembuhkan kanser dan bagaimana untuk melakukan mukjizat. Tidak hanya itu, guru di sekolah itu dapat membuat perempuan hamil dan yang lebih spektakuler lagi dapat menghidupkan manusia yang sudah mati. Wow ! luar biasa. Percaya kita ?

Selama di buka sekolah itu sudah terdaftar sebanyak tujuh puluh orang dan sudah berjalan selama enam bulan.Kursus tersebut, dikelola Gereja Westlife yang berada di luar kota Brisbane, Australia, seperti dilaporkan Queensland Times, Kursus tersebut berdasarkan pengajaran dari Gereja Bethel evangelis Amerika Syarikat dan seorang pemimpin kontroversial Bill Johnson yang berbeicara kepada muridnya dalam sebuah rakaman kepingan DVD.

Manager Gereja Wetlife Tvonne Baker mengatakan kepada The Queensland Times bahawa beberapa 'keajabaian' telah terjadi di gerejanya dan mereka memiliki harapan yang tinggi kepada para guru dalam 'Sekolah Supernatural Evangelis' agar dapat memberikan kontribusi lebih. Situs gereja tersebut menjelaskan: "Sekolah Supernatural dirancang untuk membekali siswa untuk 'hidup dan bertindak' dalam supernatural yang mengacu pada pengajaran bibel dan praktiknya – untuk melihat kerajaan Tuhan secara nyata di Bumi. "Dalam lingkungan ini dimana manusia dapat mengambil risiko dalam memahami untuk mengoperasikan supernatural tanpa merasa takut penolakan atau gagal." Namun situs tersebut tidak menjelaskan berapa bayaran yang harus dikeluarkan untuk kursus tersebut dan tidak juga tersedia penjelasan lebih lanjut. Gereja tersebut berada di dekat Ipswich, yang juga mengalami banjir dahsyat Queensland pada awal tahun ini. Hal ini menggambarkan Hillsong sebagai 'gereja induk' dalam buletin gereja.

Tori Spelling mengaku terkejut suami tweet foto payudaranya

Posted: 02 Dec 2011 12:00 AM PST

Artis Tori Spelling, anak produser ternama Aaron Spelling, terkejut setengah mati setelah fotonya yang memperlihatkan payudaranya diposting ke Twitter oleh suaminya, Dean McDermott. Demikian dilapor Daily Mail, Khamis (1/12/2011),

Tori yang juga bintang reality show mengatakan dirinya benar-benar tak boleh berkata apapun saat dua minggu lalu Dean mem-posting foto anaknya Liam yang berusia empat tahun. Sayangnya, ia tidak melihat jika di belakang sang anak, nampak sang isteri tak mengenakan atasan berbaring di ranjang kerana sedang menyusui bayi yang dilahirkannya Oktober lalu dan diberi nama Hattie.

"Saya mengatakan apa yang harus dilakukan? saya seorang ibu dan sedang menyusuinya," kata artis berusia 38 tahun saat diwawancarai CNN.
"Saya tak boleh marah (kepada suami saya). Ini benar-benar insiden. Satu hikmah yang saya ambil adalah jika seseorang ingin men-tweet foto payudaranya sebaiknya dilakukan saat sedang menyusui kerana bentuknya sungguh indah," katanya lagi.

Dean kemudian menghapus foto itu dari akaun Twitter-nya ketika tahu kejadian itu dan mengaku melakukan kesalahan. "Ini benar-benar kejadian yang tak disengaja. Saya mengambil foto (Liam) dan tidak melihat apa yang ada di belakangnya," jelas aktor berumur 45 tahun itu.

Kecelakaan, Tangan Lelaki ini Jadi Ikan Lumba-Lumba

Posted: 01 Dec 2011 11:00 PM PST

SOFIA - Seorang lelaki kehilangan lengannya dalam sebuah kecelakaan tragik, namun seniman tato berhasil merubah lengan lelaki itu menjadi kepala ikan lumba-lumba.

Heine Braek memutuskan untuk merubah bentuk luka menjadi kepala ikan lumba-lumba, dirinya meminta seorang seniman tato asal Bulgaria, Valio Ska untuk mengubahnya menjadi tato tiga dimensi berbentuk lumba-lumba.

"Ketika saya berusia 13 tahun saya cuba mengambil jalan pintas dibahagian atas kereta yang mulai bergerak. Saya kehilangan keseimbangan dan terjatuh," ujar Braek, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (2/12/2011).

"Hal pertama yang saya lihat sesudah operasi adalah bentuk lengan saya yang seperti kepala lumba-lumba. Saya memutuskan untuk melakukan sesuatu dengan lengan saya, dan saya menghubungi Valio untuk membuatnya menjadi sebuah tato timbul. Teman-teman saya menyukainya dan saya pun gembira melihat bentuk tangan saya," tambahnya.

Ska yang menjalankan "Sofia Ink" di Bulgaria memerlukan waktu sekitar 3.5 jam untuk menyelesaikan pekerjaannya yang cukup rumit.(rhs)

Mahu tahu penyakit anda apa?Ludahkan Saja iPonemu

Posted: 01 Dec 2011 10:00 PM PST

Sudah sering kami bahas ponsel juga oleh digunakan untuk mendiagnosis kesihatan anda tetapi yang satu ini paling grand dan paling . . . . . hebat. Peneliti dari Korea Advanced Institute for Science and Technology (KAIST)telah berhasil menemukan bahawa layar jenis capacitive yang ada di iPhone boleh digunakan untuk menganalisa jenis bakteria. Katanya layar Capacitive itu boleh mengenali jenis bakteria yangn berasal dari cairan seperti pada saat kita bersin tetapi tiap orang tak mahu sampel ludahnya ada di layar ponsel mereka. Untuk boleh menganalisa tentu saja selain anda harus bersin tepat di layar ponsel, ada aplikasi khusus untuk membantu analisa tersebut. Hmmmm, abis itu ada yang pinjam tuh ponsel, sukurin bisa ketularan. :-)

Celebrity News

Celebrity News


Lisa Surihani Di Perhimpunan UMNO 2011

Posted: 01 Dec 2011 07:43 PM PST

Bagi ahli politik didalam dan luar negara sudah pasti perhimpunan UMNO kali ini akan menjadi perhatian, dari segenap sudut orang ramai akan memerhati apa yang berlaku. Dan setiap aktiviti yang berlaku juga akan menjadi bualan mulut dan idea bagi wartawan dan penulis blog pembangkang atau penyokong.

Post ZoOm hari ini berkisar mengenai artis kita yang berkecimpung dalam dunia politik samada secara langsung ataupun tidak. Terbaru dalam perhimpunan UMNO kali ini Lisa Surihani tampil menghiasi dunia blog dengan pelbagai tanggapan, mungkin tidak disengajakan atau ingin menunjukkan sesuatu.

Tetapi bagi ZoOm tidak salah dan ia hak individu masing-masing, seperti biasa pihak pembangkang dan penyokong ada pro dan kontranya.


Baru-baru ini Lisa Surihani tampil dengan memakai baju kurung merah jambu (tema perhimpunan puteri UMNO), yang melambangkan keayuan seorang gadis melayu. Tidak salah jika ZoOm katakan Yusri adalah insan yang bertuah kerana berjaya menambat hati seseorang yang sudah pasti menjadi idaman ramai jejaka dan golongan VIP atau VVIP diluar sana.

Untuk pengetahuan anda Lisa Surihani terpilih menjadi pemenang dan penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno kali ini.

Apa pun tanggapan anda buat masa sekarang saham dan populariti Lisa Surihani sudah pasti akan menjadi sebutan samada dalam bidang politik ataupun hiburan di Malaysia.

Dan Berikut beberapa gambar Lisa Surihani semasa menghadiri perhimpunan UMNO baru-baru ini :



ZoOm : Apa Kata Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Masakan : Puding Roti

Posted: 01 Dec 2011 06:50 PM PST

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang makan )

  • roti gardinear 1 buku ( yang kecil )
  • 1 kotak santan (yang kecil tu)
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 1 / 2 cawan air
  • secubit garam
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. susu pekat dan air disatukan kemudian diketepikan
  2. siat atau koyak koyak kan roti tersebut dan letak didalam bekas besar
  3. masukkan santan , telur, garam dan air yang telah bercampur dengan susu pekat ke dalam bekas yang ada roti tadi
  4. biarkan selama 5 ke 10 minit supaya roti tersebut kembang
  5. kemudian boleh dikukus atau bakar pada suhu 180c, 45 minit
  6. boleh dihidangkan bersama susu cair dan coklat
  7. ** kalau nak kelainan , boleh tambahkan perisa strawberry, pandan dan juga boleh letakkan jem di dalam adunan tadi
 Info : MyResepi
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sukar bawa watak isteri bermadu

Posted:

Sukar bawa watak isteri bermadu

Sukar bawa watak isteri bermadu

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR


Fouziah Gous mahu jadi pelakon yang lakonannya mampu meninggalkan kesan kepada penonton.


PERNAH memegang watak dirasuk makhluk halus dalam filem Rasuk, kini pemilik nama Fouziah Gous ini sering dilihat kerap membawa watak isteri yang bermadu.

Sentiasa mahukan cabaran dalam setiap perkara yang dilakukannya, Fouziah akui, bukan mudah untuk membawakan watak isteri yang bermadu.

Pernah menjayakan watak Norjinah dalam drama bersiri Trilogi Cinta, kini anak kelahiran Kuala Lumpur ini benar-benar mahu penonton menilai kredibilitinya dalam setiap watak yang dibawakannya.

"Sebelum ini abang Rosyam (Rosyam Nor) banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Katanya, kalau lakonan kita betul-betul berkesan, ia akan meninggalkan impak yang mendalam kepada penonton dan begitulah sebaliknya jika saya gagal membawakan watak tersebut.

"Oleh sebab itu, dalam setiap watak yang diberikan kepada saya, walaupun watak wanita bermadu sekalipun saya akan cuba menjiwai watak tersebut dengan penuh perasaan," ujarnya yang juga pernah mencuri perhatian menerusi drama Tahajjud Cinta tidak berapa lama dulu.

Terbaru, Fouziah memegang watak Karmila dalam drama Karma, arahan Erma Fatima yang kini sedang ditayangkan setiap Isnin dan Selasa di TV9 pukul 8.30 malam.

Drama 13 episod itu menceritakan mengenai Karmila, seorang artis popular yang jatuh cinta dan berkahwin dengan lelaki berusia, Tan Sri Fahrul Sani lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Walaupun mencintai Tan Sri Fahrul dengan penuh keikhlasan, namun kehadirannya tidak diterima oleh isteri pertama Tan Sri lakonan Ziela Jalil.

Selain Fouziah, Ahmad Tamimi dan Ziela, Karma turut dibintangi pelakon popular lain seperti Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Sharifah Aleya, Azlee Khairi dan Fadilah Mansor.

Kekok bermanja

Mahu tidak mahu, dalam memastikan pengarah dapat apa yang dikehendaki, Fouziah terpaksa mengenepikan rasa malu mahupun segan apabila digandingkan Ahmad Tarmimi.

Memandangkan aktor serba boleh itu membawakan watak suaminya dalam drama berkenaan, dia seboleh-bolehnya mahu membiasakan diri dengan situasi berkenaan.

"Walaupun sebelum ini saya pernah digandingkan bersama beliau, namun watak yang menggandingkan kami adalah ayah dan anak. Saya sendiri pun sudah menganggap Ahmad Tarmimi sebagai ayah saya sendiri.

"Jadi cuba bayangkan macam mana saya nak menjiwai watak yang perlu menjalin cinta bermanja-manja dengan dia.

"Daripada gelaran ayah, kini menjadi sayang. Memang kekok sangat," kata aktres jelita itu sambil tergelak kecil.

Mengakui masih berada dalam proses menyesuaikan diri bersama Ahmad Tamimi dalam hampir keseluruhan babak dalam drama tersebut, dia bertekad bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Dia mengakui, disebabkan watak berkenaan ia benar-benar menguji kebolehannya sebagai seorang pelakon.

Tidak sanggup bermadu

Walaupun berpengalaman membawa watak bermadu, Fouziah mengakui, jika boleh dia tidak mahu 'terkena badi' lakonannya yang banyak membawakan watak bermadu.

Baginya, cukuplah sekadar lakonan dan tidak terjadi dalam kehidupan seharian.

"Sesungguhnya, saya sentiasa mengharapkan Tuhan memberi jodoh terbaik. Jika boleh saya sememangnya tidak mahu bermadu kerana jujurnya ia sangat menyeksakan," jelasnya.

Apabila ditanya soalan mengenai hubungannya dengan Iqram Dinzly ketika ini, jelasnya dia dan Iqram hanyalah kawan baik.

"Sebenarnya, kehidupan saya ini tidak mengizinkan saya untuk bercinta kerana kehidupan saya hanya tertumpu kepada beberapa perkara sahaja.

"Lepas habis shooting, saya akan balik ke rumah untuk berehat. Jika ada masa terluang, saya akan ke gimnasium, spa ataupun ke restoran dan tempat makan bagi menikmati hidangan yang saya gemari. Dek kerana itu, saya memang tiada masa untuk bercinta," katanya sebelum mengakhiri bicara.

Full content generated by Get Full RSS.

Rahsia kedamaian Sabhi Saddi

Posted:

Rahsia kedamaian Sabhi Saddi

Rahsia kedamaian Sabhi Saddi

Gambar Azrul Edham Mohd. Aminuddin


BERHARAP agar keindahan hutan ini akan sentiasa di pelihara.


"SETELAH lama tinggal di bandar saya akui jarang rasanya untuk saya menikmati kedamaian hutan.

"Bagaimanapun jika ada masa terluang seperti ini, tentunya saya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati khazanah hutan yang sememangnya merupakan antara aktiviti yang sering saya tunggu," katanya kepada S3 sewaktu sesi fotografi diadakan di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Percaya hutan menyimpan pelbagai rahsia alam, pemuda berusia 26 tahun ini menjelaskan, dia mempunyai minat yang mendalam terhadap usaha pemuliharaan hutan buat generasi akan datang.

"Jika kita gagal menjaga hutan kita dengan baik, tentunya generasi masa hadapan untuk menghayati keindahan hutan hanya tinggal harapan sahaja.

"Dan untuk itu, saya berharap agar generasi kini lebih bijak untuk mengekalkan keindahan hutan daripada terus dimusnahkan," katanya penuh bersungguh.

Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini juga mengakui, kehijauan serta keindahan panorama hutan merupakan ubat paling mujarab untuknya ketika berhadapan dengan tekanan.

"Setiap kali saya mahu mencari ketenangan, caranya cukup mudah iaitu menghabiskan masa di hutan dan menghirup udaranya.

"Rasa ini sungguh berbeza kerana udara di hutan semestinya lebih segar dan bebas daripada pencemaran," jelasnya lagi.

Selain dapat lari daripada hiruk pikuk di bandar, penyanyi ini juga mengambil masa untuk bersiar-siar di hutan demi meningkatkan stamina selain dapat menyihatkan tubuhnya.

"Selain dapat menjamu mata dengan pemandangan yang segar, bersiar-siar di dalam hutan ini juga membolehkan saya bersenam. Ia dapat meningkatkan stamina saya agar dapat menyanyi dengan baik di atas pentas," katanya panjang lebar.

Full content generated by Get Full RSS.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


6 Petanda Lelaki Meminati Wanita Itu

Posted: 01 Dec 2011 04:15 PM PST


Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.



1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pakaian dari barang terbuang dijual RM785

Posted: 01 Dec 2011 11:17 AM PST

du 05.1 Pakaian dari barang terbuang dijual RM785

SALAH satu fesyen ciptaan Marion Macedo yang diperbuat daripada barang terbuang dipamerkan di Lapa Paz pada 17 Oktober lalu.

LA PAZ – Pereka fesyen Bolivia, Marion Macedo mencipta pakaian daripada surat khabar lama, beg plastik, cakera padat dan penutup botol soda.

Setiap pakaian yang dihasilkannya itu adalah mesra alam dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan dengan menggunakan tangan dan dijual pada harga AS$250 (RM785).

Macedo yang merupakan seorang wanita menghasilkan pakaian itu dengan menggunakan jarum gergasi.

"Bukan sahaja kami mengitar semula akhbar, tetapi kami juga menggunakan pewarna sayur-sayuran, kulit biji koko dan kami juga menghasilkan pelekat semula jadi," katanya. – AFP

/// kosmo //

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Pendedahan Hans, Vanida

Posted:

Pendedahan Hans, Vanida

Pendedahan Hans, Vanida

APABILA pelakon-pelakon hebat disatukan dalam sebuah karya seni, hasilnya sudah pasti menjanjikan impak yang terbaik. Malah, idea fantasi misteri yang diadun sedikit dengan elemen komedi di dalam karya terbaharu Afdlin Shauki iaitu Misteri Jalan Lama, menyuntik satu kelainan kepada filem yang hanya menjalani pengambaran selama 28 hari itu.

Watak llya yang dipegang oleh Que Haidar ternyata tidak perlu dipertikaikan lagi. Begitu juga, watak Indra yang dijayakan oleh Hans Isaac dan juga watak puteri bunian yang dibawakan oleh Vanida Imran.

Ternyata watak Indra yang dipegang oleh Hans diakui olehnya mempunyai kesamaan dengan diri sebenarnya.

Bagi Vanida atau lebih senang disapa Vee pula, dia mengaku cukup teruja apabila ditawarkan berlakon sebagai puteri bunian dalam filem Misteri Jalan Lama. Ia juga bukan lakonan pertama Vee dalam cerita arahan Afdlin tetapi sebelum ini isteri kepada Rashidi Ishak itu pernah berlakon dalam filem Setem dan Papadom.

Kosmo! berjaya mendapatkan cerita daripada Hans dan Vanida mengenai filem terbaharu lakonan mereka ini, sekali gus mendedahkan beberapa cabaran dan cerita kurang enak yang berlaku kepada mereka.

Hilang fokus


BABAK cemas membabitkan karakter Indra lakonan Hans Isaac didera kaum Gaus.


Sudah lama tidak melihat kelibat lakonan pelakon kacak Hans Isaac di layar perak. Kali terakhir Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 40, hanya muncul menerusi filem syarikat produksinya, Tall Order Productions iaitu Cuci pada tahun 2008.

Bukan merajuk atau tidak menerima tawaran tetapi menurut Hans dia tidak muncul di layar perak selama beberapa tahun kebelakangan ini kerana sibuk berlakon teater sepenuh masa. Begitupun, pelakon berdarah campuran India, Filipina, Sepanyol dan Serani itu juga mengaku tidak minat dengan genre filem yang ada ketika itu iaitu komedi slaptik dan seram.

"Saya memang selektif dengan kerja. Saya tidak tunggu kerja tetapi saya cari kerja sendiri. Mungkin saya boleh cakap macam ini sebab saya ada pilihan lain iaitu perniagaan saya, Tall Order Productions. Sejak terlibat dengan bidang lakonan lagi saya sudah ada hala tuju tidak mahu fokus pada lakonan semata-mata tetapi dalam masa yang sama bina bisnes sendiri.

"Mengenai filem, saya lebih suka melihat dulu karakter yang akan saya bawa berbanding dengan jalan cerita. Saya terima tawaran untuk membintangi filem ini bukan disebabkan saya baik dengan Adflin tetapi saya suka karakter Indra yang saya bawa begitu juga jalan ceritanya yang bukan hanya mengetengahkan elemen seram semata-mata," katanya ketika ditemui selepas previu filem Misteri Jalan Lama di Cineleisure, Mutiara Damansara.

Mengulas mengenai watak Indra, kata Hans, dia melihat karakter itu seakan-akan menyamai dirinya sendiri. Bersikap antagonis tetapi sebenarnya mempunyai hati yang baik.

Kelainan watak Indra juga berbeza dengan watak yang pernah dilakonkan Hans sebelum ini apabila ia lebih kepada kasih sayang seorang abang terhadap adik angkatnya, llya lakonan Que Haidar.

Dalam pada seronok bercerita mengenai pengalamannya menjayakan filem Misteri Jalan Lama, terselit satu kisah kurang enak yang berlaku kepadanya ketika pengambaran filem itu berlangsung. Hans dikatakan hilang fokus kerana terdapat gangguan daripada pihak luar yang hadir untuk 'menunggu' pasangannya berlakon. Namun hal itu akhirnya dapat diatasi.


JELITA. Penampilan Vanida sebagai permaisuri bunian dalam Misteri Jalan Lama.


"Banyak cabaran yang saya hadapi selama pengambaran filem ini. Selama dua bulan setengah saya tidak boleh cukur jambang. Saya juga kena minum air yang banyak untuk memboyotkan perut saya dan membesarkan badan saya untuk menjayakan watak Indra seorang kaki judi dan pelumba kereta.

"Selain itu, saya juga terpaksa mengambil alih peranan Afdlin sebagai pengarah selama tiga hari kerana dia ditahan wad akibat keracunan makanan. Saya terima tanggungjawab itu sebab dia kawan saya namun pada masa yang sama saya kerap ulang-alik ke hospital untuk meminta pandangannya.

Hans turut diminta untuk mengulas mengenai gandingan pertamanya bersama Que Haidar.

"Walaupun kami tidak rapat, sebagai seorang pelakon saya akui dia memang berbakat. Saya kecewa kerana sekarang dia tidak lagi berlakon," ulasnya.

Mengulas tentang Neelofa pula, kata Hans, dia dan pelakon jelita berasal dari Kelantan itu sedang berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Menurut Hans, jika persahabatan yang terjalin berjalan dengan lancar Hans terima dengan hati terbuka.

"Saya hanya boleh beritahu, kami sekarang sedang mengenali hati budi masing-masing. Saya tidak boleh berkata lebih lanjut kerana ia sensitif," ujarnya yang sebelum ini pernah bercinta dengan model dari Brazil.

Muka dilateks

Memegang watak sebagai puteri bunian, Vee ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, cabaran paling besar yang dihadapinya ketika menjayakan watak itu ialah apabila matanya terpaksa 'dilubangkan' dan seolah-olah dia tidak mempunyai muka.


AFDLIN SHAUKI (kanan) yang menghidupan karakter ketua kaum Gaus berlawan dengan karakter lakonan Que Haidar dalam satu babak menarik Misteri Jalan Lama.


"Selalunya orang akan berlakon dengan mempamerkan reaksi muka tetapi saya terpaksa menumpukannya pada pergerakan badan dan cara saya melontarkan dialog. Tiada reaksi muka langsung dan hampir 80 peratus saya tidak mempunyai wajah dalam filem ini. Muka saya dilatekskan serta mata saya dilubangkan setiap hari pengambaran. Memang saya kena banyak berlakon dengan menggunakan imaginasi. Tetapi itulah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai seorang pelakon, ujarnya.

Bercerita tentang wataknya, kata Vee, dia melakonkan watak sebagai ibu Que Haidar. Selepas suaminya dibunuh dia terpaksa mengambil alih sebagai permaisuri orang-orang bunian sebelum menunggu anaknya Que datang kembali untuk mengambil alih tampuk kepimpinannya.

Apabila diminta mengulas tentang pengacara baharu program Nona iaitu Neelofa dan fara Fauzana, Vee enggan memberi sebarang komen, sebaliknya berkongsi tentang cabaran yang dilalui sepanjang mengacarakan program tersebut.

"Ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana ketika itu saya bukan sahaja bekerja sebagai seorang selebriti, sebaliknya sebagai seorang wartawan," katanya ringkas.

Selepas habis kontrak bersama Nona, Vee tidak putus tawaran lain apabila dia kini terlibat sebagai pengacara untuk program baru Dumex terbitan Astro.

Dia juga kini sibuk dengan promosi sebagai duta susu Dumex, spa True Harmony dan ubat gigi Darlie.

Full content generated by Get Full RSS.

Muzik Stomp gegar KL

Posted:

Muzik Stomp gegar KL

Muzik Stomp gegar KL

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


STOMP telah memulakan persembahan mereka sejak 29 November lalu dan berakhir pada 4 Disember ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


PADA kebiasaannya peralatan seperti tong sampah, baldi atau penyapu adalah peralatan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian di rumah. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa ia boleh berfungsi sebagai alat muzik.

Itulah yang dibuktikan oleh sebuah kumpulan muzik yang dikenali sebagai Stomp. Uniknya tentang kumpulan berkenaan apabila mereka tampil dengan persembahan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menghasilkan ritma muzik yang menarik.

Serba sedikit tentang sejarah kumpulan yang mula dibentuk pada tahun 1991 di Brighton, United Kingdom, ia adalah hasil ilham dan kolaborasi dua orang sahabat iaitu Luke Cresswell dan Steve McNicholas.

Kini setelah 20 tahun ditubuhkan, kumpulan yang dianggotai oleh 12 anak muda daripada pelbagai negara itu telah membuat persembahan di merata tempat termasuk di West End dan Broadway.

Pengarah Persembahan Stomp, Danisha Brown ketika ditemui berkata, sehingga kini sudah 15 juta penonton telah dihiburkan dengan hanya menghasilkan ritma muzik menerusi peralatan seperti tong sampah atau baldi.

"Selain menggunakan peralatan yang biasanya terdapat di setiap rumah untuk menghasilkan pelbagai jenis muzik, kami turut menyelitkan elemen tarian dan komedi dalam setiap persembahan.

"Walaupun ahli Stomp terdiri daripada rakyat pelbagai negara seperti United Kingdom, Denmark, Australia dan Amerika Syarikat, mereka tidak sukar untuk mencari keserasian dalam menghasilkan muzik yang mempersonakan penonton," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Brown, untuk tampil dalam sesebuah pementasan, setiap anggota kumpulan memerlukan kekuatan fizikal memandangkan banyak tenaga dan stamina digunakan semasa membuat persembahan.

Menurutnya, setiap ahli kumpulan tersebut sememangnya memerlukan latihan yang lebih giat sehingga lapan jam sehari serta tempoh sekurang-kurangnya dua bulan bagi membentuk persembahan dengan rentak yang harmoni.

"Memang ia adalah sesuatu yang cukup meletihkan buat kami kerana adakalanya kami terpaksa mengangkat tong yang terlalu berat. Namun, apa yang membuat kami puas apabila penonton suka dengan persembahan yang ditampilkan," ujarnya.

Turut berkongsi tentang pengalaman bersama Stomp adalah Peter Nielsen yang memberitahu sejak menyertai kumpulan tersebut pada tahun 1995, ia telah banyak mempengaruhi kehidupan sehariannya.

Menurut Nielsen, Stomp seolah-olah adalah menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya. Misalnya, cara berpakaian ketika membuat persembahan adalah sama dengan kehidupan di luar pementasan.

"Walaupun latar belakang kami agak berbeza kerana berlainan negara, kami mampu menikmati kehidupan sebagai sebuah keluarga. Apatah lagi kami selalu pergi ke merata-rata tempat untuk membuat persembahan bersama.

"Tentang idea untuk menghasilkan ritma muzik pula, selalunya ia berdasarkan kepada keadaan bunyi yang didengari di sekeliling dan ia telah banyak memberi ilham untuk kami mencipta ritma persembahan,"ujarnya yang merupakan bekas pemain dram sebelum ini.


ANGGOTA Stomp perlu mempunyai stamina yang tinggi untuk membuat persembahan. Mereka menjalani rutin latihan lapan jam sehari.


Kembali ke Malaysia

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebelum ini kumpulan Stomp sebenarnya pernah membuat persembahan di Malaysia.

Ia berlangsung di Istana Budaya pada tahun 2005.

Setelah enam tahun berlalu, kumpulan berkenaan telah kembali semula membuat persembahan di negara ini yang bermula pada 29 November lalu dan berakhir pada 4 Disember ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Brown, kunjungan mereka ke Malaysia adalah sebahagian daripada siri jelajah Stomp '11 yang dilakukan di beberapa buah negara sempena sambutan ulang tahun yang ke-20 penubuhan mereka.

"Berbanding dengan pementasan pertama dahulu, kali ini kami akan tampil dengan aksi yang lebih menarik lagi.

"Antaranya ialah persembahan empat buah lagu baharu serta penggunaan peralatan tambahan seperti tayar lori, bola keranjang dan sinki dapur," jelasnya.

Mereka memilih Malaysia sebagai lokasi terakhir untuk siri jelajah pada tahun ini sebelum meneruskan perancangan untuk siri persembahan di beberapa buah negara Eropah pada tahun hadapan.

Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan Stomp boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi Tikcketpro (03-7880 7999) atau menerusi laman sesawang www.ticketpro.com.my. Tiket-tiket berharga RM305, RM265, RM215, RM165 dan RM75 (pelajar).

Full content generated by Get Full RSS.

Adele disaran berhenti merokok

Posted:

Adele disaran berhenti merokok

Adele disaran berhenti merokok


ADELE


BEKAS perokok tegar, penyanyi veteran Boy George menyarankan supaya penyanyi muda popular masa kini, Adele berhenti merokok. Vokalis kumpulan Culture Club itu berhenti merokok sejak awal tahun ini dan atas dasar keprihatinan terhadap bakat Adele dalam dunia muzik hari ini, Boy George merayu penyanyi lagu hit, Rolling in the Deep itu menghentikan tabiat buruknya itu sebelum terlambat.

Ini kerana Adele baru-baru ini telah mengalami masalah dengan vokalnya akibat daripada ketagihannya terhadap rokok.

Ujar Boy George kepada akhbar Daily Mirror: "Jika anda penyanyi, rokok bukan sesuatu yang baik untuk vokal anda. Saya sudah lama cuba berhenti merokok dan syukur kerana akhirnya kini berjaya menghentikan tabiat buruk itu. Jadi saya ingin berpesan kepada ikon masa kini, Adele yang menghadapi masalah vokal akibat merokok itu, hentikan sahaja tabiat buruk itu sebelum ia terlambat."

Adele sebelum ini terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang masalah kesakitan yang dialaminya pada bahagian tekak yang dikatakan impak daripada tabiat merokok sehingga dia terpaksa membatalkan konsert jelajahnya di Eropah dan Amerika Utara baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Impi konsert jelajah di luar negara

Posted: 01 Dec 2011 04:57 AM PST

SEPANJANG 16 tahun berkecimpung sebagai anak seni, apa yang tidak pernah dilalui Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, dalam mengharungi liku-liku menjadi penyanyi terkenal. Namun, semua itu dibiarkan saja dan menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus mengejar impian sucinya.

Kini, segala usaha gigih itu berhasil. Siti yang dulunya sekadar seorang gadis kampung biasa, sekarang adalah ikon muzik diminati ramai. Malah, pelbagai anugerah yang mengiktiraf bakatnya dari dalam dan luar negara sudah dimiliki Siti.

Bahkan, impian untuk membuat persembahan di dewan berprestij, Albert Hall, London juga sudah menjadi kenyataan malah melakar populariti yang tinggi di pasaran negara jiran, Indonesia.

Terbaru, Siti tampil berani dengan album sulung Inggeris, All Your Love untuk mencabar sejauh mana tahap kemampuan dirinya. Semakin popular dengan lagu Falling In Love, tetapi jualan album itu dikatakan agak sendu dan kurang mendapat sambutan.


Bagaimanapun, Siti yang ditemui selepas majlis ramah mesra sempena pembikinan dokumentari khasnya untuk tayangan History Channel, menafikan sambutan album itu kurang memberangsangkan.


Katanya, apa yang nyata, sejak berada di pasaran pada 26 September lalu, sambutannya memang baik dan jualannya mencatat puluhan ribu unit.

"Sekarang ini, kerja-kerja promosi masih diteruskan dan fokus sepenuhnya memang ditumpukan kepada penjualan album All About You. Saya gembira, ia diterima baik dan usaha ini boleh dianggap berjaya. Apapun, buat masa ini tiada perancangan untuk pembikinan album Inggeris seterusnya.

"Dalam soal pembikinan album, tidak boleh terburu-buru. Justeru, setakat ini saya masih belum terfikir untuk menghasilkan album lain. Biarlah, uruskan satu persatu dulu. Ia lebih mudah dan semua perancangan dibuat dengan teliti," katanya.

Menurut Siti, beliau sebenarnya menyimpan impian membuat konsert jelajah untuk pelajar di luar negara. Katanya, muzik tempatan juga boleh diterima dan akan mendapat tempat berikutan ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Berbicara mengenai perjalanan kariernya, Siti berkata beliau bersyukur kerana hingga kini masih diteruskan. Ujarnya jika tiada aral dan mengikut apa yang dirancang, beliau akan menjayakan satu persembahan istimewa di ibu kota tidak lama lagi.

"Sebagai penyanyi, semestinya saya mahu menjayakan konsert sendiri. Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada rezeki dan jika peluang itu datang dulu, saya terima. Apapun, sekarang saya juga sibuk menguruskan perniagaan produk SimplySiti.

"Jika diizinkan Tuhan, saya ingin mengembangkan perniagaan produk kosmetik ini sehingga ke pasaran antarabangsa. Bagaimanapun, semuanya masih dalam perbincangan lagi. Malah, saya mengikut apa saja prosedur ditetapkan untuk
tembusi pasaran luar," katanya.

Menurut Siti, beliau akan berangkat ke negara jiran, Indonesia untuk mengadakan perbincangan mengenai pemasaran produk keluaran syarikatnya. Kata anak jati Pahang ini, jadualnya nyata amat sibuk kerana perlu menguruskan banyak perkara.

Selain itu, Siti juga memaklumkan beliau juga merancang akan mengeluarkan biografi fotonya untuk peminat pada tahun depan. Namun, buat masa ini semuanya dalam proses lagi dan diuruskan kakak ipar merangkap pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

Suami sokong pembikinan dokumentari khas

SELEPAS Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, nampaknya Siti menjadi penyanyi wanita pertama negara yang kisah perjalanan karier seninya sejak mula hingga berada di puncak kegemilangan akan ditayangkan di History Channel.

Diterbitkan produksi Red Communications Sdn Bhd selama satu jam untuk tatapan penonton dan peminat penghibur ternama itu, pelbagai kisah menarik, suka dan duka Siti akan dikongsi bersama. Tidak terkecuali, kisah percintaan dan rumah tangga.

Berbicara mengenai dokumentari ini, Siti berkata beliau sangat teruja dan menerima tawaran itu dengan hati terbuka. Malah, paling penting, Siti mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang sangat memahami.

"Kalau diikutkan, pembikinan dokumentari istimewa ini nyaris-nyaris tidak jadi kerana tuntutan jadual saya yang sangat sibuk. Namun, pihak produksi sanggup menunggu waktu kelapangan saya serta mereka berusaha mengumpulkan pelbagai maklumat.

"Tak dinafikan, gambar ketika saya kanak-kanak dan remaja tidak banyak berikutan tidak memiliki kamera ketika itu. Bagaimanapun, saya sendiri terkejut kerana pihak produksi berjaya mendapatkannya daripada jiran, rakan, kenalan dan wakil media.

"Apapun, saya amat berbesar hati dengan pembikinan dokumentari ini dan ia amat bermakna. Ini kerana, kisah perjalanan karier saya selama 16 tahun akan ditayangkan di saluran antarabangsa. Ini satu penghargaan sangat besar dan indah buat saya.

"Kisah dokumentari seperti ini selalunya dirakamkan untuk mengingati kejayaan pernah disumbangkan tokoh ternama lagenda atau individu yang banyak berjasa dan sudah meninggal dunia. Namun, saya mendapat peluang ini ketika masih hidup," katanya.

Menurut Siti, beliau melihat pembikinan dokumentari khas ini dari aspek positif yang mana ia mungkin boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Katanya, tidak salah perkara baik yang membawa kepada kejayaan seseorang dirakam untuk dikongsi bersama.

Siti berharap dokumentari ini akan disaksikan peminatnya yang banyak memberi sokongan. Malah, barangkali ada perkara yang masih belum peminat tahu mengenai dirinya. Terutama, situasi beliau ketika berhadapan tekanan, gosip dan kontroversi. Dokumentari khas Siti ini akan disiarkan di History Channel (Astro 555) pada 11 Januari 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Kami tak cari publisiti murah’

Posted: 01 Dec 2011 04:43 AM PST

SEBUT saja nama Jeffrydin, pasti ramai mengenalinya sebagai artis evergreen biarpun dibayangi kemunculan ramai artis baru.

Malah, artis 60-an yang popular dengan lagu seperti Siti Aida, Kenanganku, Seruling Anak gembala dan banyak lagi masih bertahan dan tidak ketinggalan mewarnai pentas seni tanah air ketika ini.

Namun bagi Datuk Jeffrydin atau nama sebenar, Jefrydeen Imbrom Soekaman, 64, zaman kegemilangannya seakan merundum berikutan kehadiran ratusan artis yang digilap dari rancangan hiburan berbentuk realiti dan juga kebanjiran terlalu ramai artis dari luar.

Beliau yang masih ligat di pentas, meluahkan isi hatinya yang masih terkilan dengan setiap bayaran yang diterima dari pihak penganjur untuk setiap persembahan disertainya.


Katanya, tiada perbezaan nyata antara artis lama dan baru yang mana setiap yang dilahirkan sebagai artis punya kelebihan masing-masing dan peminat yang tersendiri serta kebolehan yang mungkin tidak ada pada orang lain.


"Saya agak kesal bila melihat artis-artis baru diberi layanan kelas pertama dan terima bayaran jauh lebih tinggi untuk setiap persembahan mereka berbanding dengan bayaran yang sepatutnya diterima artis lama seperti saya.

"Jika lihat pada era 60-an dulu, setiap artis baru akan menerima bayaran paling rendah berbanding dengan artis lama memandangkan mereka tiada pengalaman dan masih baru dalam bidang hiburan yang disertai terutamanya nyanyian.

"Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, artis baru diberi layanan istimewa diusung ke sana sini dan disanjung begitu gah serta menerima bayaran RM6,000 hingga ke RM7,000 untuk setiap undangan pentas," katanya ketika ditemui membuat persembahan di Karnival Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

Jeffrydin berkata, apabila perkara itu diusulkan kepada penganjur, mereka seperti 'kecut perut' bimbang populariti artis-artis 60-an tidak mampu meraih keuntungan sekiranya dibayar dengan satu jumlah yang begitu tinggi.

Beliau yang dalam proses merakamkan single kedua bersama syarikat Luncai Emas Sdn Bhd berkata, ramai artis baru sekarang tidak menghormati artis lama dengan mencari publisiti murahan untuk mempopularkan diri mereka.

"Kalau masa era 60-an dulu, kami berkawan dengan wartawan bukan untuk mencari publisiti murahan, tetapi kami berkawan bagi mempopularkan lagu-lagu yang didendangkan. Buktinya, hingga kini lagu-lagu kami masih kedengaran.

"Mereka (artis baru) kini mudah gunakan pegawai perhubungan awam atau pengurus artis untuk menguruskan aktiviti mereka sedangkan zaman saya dulu kena bergerak sendiri dan tiada istilah mencari publisiti murahan," katanya.

Menurut Jefrydin, permintaan yang tinggi menyebabkan artis yang masih baru mengambil pembantu untuk menguruskan aktiviti mereka dan pihak penganjur terpaksa membayar lebih biarpun sedar kurang meraih populariti.

"Artis sekarang sakit gigi pun nak masuk majalah. Sebenarnya, bukan itu cara kita nak publisiti, banyak cara lain lagi nak tarik perhatian peminat. Artis dulu tak tahu buat perkara sebegini.

"Alhamdullilah, sokongan peminat terhadap lagu-lagu 60-an masih mendapat sambutan dan undangan pentas pun adalah dua atau tiga untuk setiap bulan cuma masalahnya sekarang bayaran kurang memuaskan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Khamis, 1 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Rayu Buangkan Gambar-Gambar” – Shida Harmi Pinta Bersihkan Maruahnya.

Posted: 01 Dec 2011 09:58 PM PST

Shida Harmi, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek telah dihubungi oleh wartawan OHBULAN! bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas, sekitar pukul 1230 tengah hari tadi.

Apabila ditanya mengenai kesahihan mesej-mesej yang terkandung dalam screenshot Blackberry Messenger (BBM), Shida Harmi menegaskan ia bukan datang daripada dirinya.

"Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact."

Berkenaan penyebaran gambar-gambar tersebut, Shida Harmi mengesyaki penglibatan orang ketiga dalam usaha menjatuhkan reputasi Apek.

"Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita," tegas Shida Harmi.

Eksekutif muda ini turut merayu kepada orang ramai agar membuang gambar tersebut dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga yang bakal dibina dalam masa terdekat.

"Saya minta jasa baik semua pihak agar membuang gambar-gambar berkenaan kerana ia membabitkan maruah keluarga saya dan bakal mertua. Untuk pengetahuan, saya akan melangsungkan perkahwinan sekitar 2 minggu lagi dan cerita sebegini sememangnya mengugat kepercayaan tunang terhadap saya. Bagaimanapun, kami akan tetap meneruskan perkahwinan," rayu Shida Harmi kepada orang ramai melalui wartawan OHBULAN!.

Full content generated by Get Full RSS.

Gossip: Bekas Suami Aktress Kacukan Beralih Arah Pada Wanita Oriental!

Posted: 01 Dec 2011 07:45 PM PST

Cerita mengenai sepasang kekasih ini sama sekali bukan dari golongan selebriti ataupun public figure, cumanya ia sedikit berunsur 'selebriti' apabila si jejaka ini pernah bersangkut paut dengan aktres berdarah campuran nan jelita dan jadi sebutan masa kini, atau boleh jadi saat dan ketika ini (cheh berpujangga pula, terbawa-bawa mood buku cereka.

Kalau si aktres terkenal dengan kecantikan dan kelembutan 'internasional' namun penuh ketimuran, si jejaka nan kacak, tough ala-ala Jacob Black (Twilight) pula lagilah, asli made from negara orang putih.

Bak merpati dua sejoli, cinta berputik lalu mengetuk pintu jodoh dan mereka disatukan(kan dah kata tadi mood buku cereka sangat),sah bergelar suami isteri. Namun sayangnya bahtera rumah tangga yang dilayari tiba-tiba seakan tidak berpengemudi. Akhirnya musnah dibadai ombak (Perghhh jiwang), dan pasangan tadi membawa haluan masing-masing.

Ok, selepas episod awan nano nan hitam, si aktres macam biasa, masih dengan karier seni yang terus-terus memuncak. Apa jadi dengan bekas suami? Tidaklah dapat dipastikan statusnya sama ada dia juga sudah beralih karier daripada seorang ______ (isi tempat kosong) kepada seorang pelakon. Tidak pasti juga kalau ada pengarah Hollywood memanggilnya berlakon menggantikan Christian Bale untuk watak Batman ataupun ganti Dwayne Johnson aka The Rock untuk filem 'Toothfairy 2′.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini penulis ternampak si jejaka ini bersama dengan seorang wanita oriental ketika berada di kaunter bayaran sebuah pasaraya terletak dalam mall mewah. Pasangan ini betul-betul berada di hadapan penulis. Bukan auta, kerana ada enam lagi mata yang memerhati (kawan penulis sendiri).

Pasangan ini dilihat membeli aiskrim 'import' dan sedikit barang keperluan. Sambil menunggu Q-line, mereka bercanda mesra, si jejaka mengusap-usap rambut si wanita dan si wanita pula tersenyum manja, kemesraan mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih apatah lagi mereka berpimpinan tangan sejurus keluar dari pasaraya tersebut. Senario seakan melihat Bella Swan dan Jacob Black! Hehehe.

Kalau dilihat, wanita yang berada di sebelahnya mungkin tidaklah dapat menandingi kejelitaan aktress merangkap bekas isteri jejaka tadi. Namun wajah orientalnya tetap punya kecantikan tersendiri. Baguslah kalau sudah ada pengganti baru dalam hidupnya. Tutup buku lama, mula buku baru. Apatah lagi tinggal beberapa hari saja lagi kita berada di tahun 2011. Goodbye 2011 dan hello 2012!

Tapi sebut pasal buku baru, tahun baru, terdetik di dalam hati, apakah si jejaka tadi masih berada di landasan agama yang sama ketika dia menikahi aktress jelita tadi, ketika dia mengucap Kalimah Syahadah. Atau pudarkah sudah kecintaannya terhadap Islam sepertimana pudarnya cinta yang pernah terpahat di hati dia dan bekas isterinya itu suatu ketika dulu, sehingga kembali semula kepada agama asal? Wallahualam… Soal agama ini terlalu sensitif dan dalam untuk dirungkai apatah lagi penulis bukanlah orang yang tepat untuk membahaskan soal hukum hakam ini lebih-lebih. cuma terdetik sedikit rasa simpati.

Kisah ini boleh jadi satu perkongsian cerita dan rasa, mungkin boleh dijadikan renungan bersama di hari Jumaat nan mulia ini. Mungkin cerita ini sedikit tergantung kerana penulis sendiri seakan terkedu ketika menulis entri ini. Bacalah entri ini baik-baik dan fahamkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis (tanpa sebarang prejudis di hati). Menghela sedikit nafas sambil di hati berkata, "semoga kita sentiasa diberi perlindungan, keberkatan dan hidayah dari-Nya".

Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu

Posted: 01 Dec 2011 11:01 PM PST

Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu

Budiey nak ucap tahniah buat pelakon cun, Lisa Surihani yang telah terpilih sebagai salah seorang daripada lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika ini.

Lisa Surihani tidak menggangap anugerah itu mempunyai agenda politik, sebaliknya melihatnya sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaiannya dalam dunia lakonan.

Sudah menonton filem Ombak Rindu? Kalau korang yang dah tonton, pasti akan geram dengan karakter Mila yang diperan oleh Lisa Surihani. Menurut Lisa, beliau sangat menantikan komen dari peminat kerana wataknya kali ini sangat lain dari apa yang dilakonkan sebelum ini. Ternyata ramai yang berpuas hati dan jika kita baca betul-betul novel ni, kita tak rasa nak benci sangat watak Mila ni kerana kita faham jalan ceritanya memang begitu.

Lisa berharap agar peminat filem boleh faham dengan setiap karakter kerana bukan mudah untuk membawa sebuah naskah novel ke layar perak.

Good luck, Lisa!

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Lisa Surihani di Karpet Biru ABPBH2010
  • Gambar Lisa Surihani di Pelancaran Mimpi Kita
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Maya Karin di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Gambar Dafi AF5 di Anugerah Era 07
  • Gambar Seksi Fasha Sandha di Pelancaran Majalah Lisa
  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Berbuka ASTRO
  • Gambar Lisa Surihani Bertapa di Perlis
  • Gambar Kekasih Gewe Boyfriend Pelakon Lisa Surihani
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Voize Independent Music Awards 2011

    Posted: 01 Dec 2011 10:31 PM PST

    Tahniah buat penyanyi Andi Merican yang telah tercalon dalam VIMA 2011. Andi tercalon dalam kategori Best Pop Song, Best R&B Acts, Best Mixed Genre dan Best MTV for 'SOLO'. Congrats Andi! Kalau tak silap, Yuna pernah menang anugerah ini beberapa tahun sudah.

    Andi A Merican Cover Album SOLO

    VIMA adalah singkatan dari Voize Independent Music Awards yang dianjurkan untuk semua penyanyi dan pemuzik indie. Berbanding dengan anugerah komersil yang lain, pemilihan VIMA bergantung sepenuhnya terhadap kualiti muzik artis tersebut tanpa mempunyai unsur 'biased', dan focus mereka lebih kepada artis yang mengamalkan corak pemasaran independent. Yang lebih menarik, anugerah ini melibatkan bukan sahaja artis Malaysia, malah di sekitar Asia Tenggara dan Asia.

    Baru-baru ini Budiey sempat menemubual Andi…

    Apakah perasaan you bila dapat tahu nama tercalon?
    Sangat gembira bila tercalon untuk 4 kategori dalam VIMA 2011. Ternyata, segala usaha saya membuahkan hasil, dan saya bersyukur atas penghormatan tersebut. Pada tahun2 sebelumnya, saya berjaya memenangi kategori lagu pop terbaik bersama Infinatez 'Ada Masa', Luscious 'Khabarkan' dan pada masa yang sama tercalon untuk kategori penerbit terbaik

    Apa Pendapat you tentang anugerah ini?
    Pada pendapat saya, anugerah ini memberi impak yang positif untuk industri muzik tanahair. Ianya memberi peluang serta penghormatan untuk pemuzik yang bergerak secara independent, agar pemuzik mampu berkarya lebih tanpa menghiraukan batas2 komersil dan mainstream. Pada masa yang sama, anugerah ini membuka peluang untuk artis Malaysia keluar mencuba nasib ke pasaran antarabangsa. Antara artis yang lahir dari VIMA adalah Yuna, Iz Zulaini dan Amanda Imani

    Harapan Andi?
    Harapan saya agar peminat di luar sana menyokong aktiviti muzik saya, serta penggiat seni yang lain juga. Jangan berhenti menyokong artis tempatan yang berkualiti. Saya juga berharap agar badan2 korporat di luar sana akan tampil memberi bantuan, memberi penajaan, agar anugerah ini mampu bertahan demi memertabatkan industri muzik tanahair.

    Untuk mengundi, korang boleh ke SINI

    For more info on the awards and full nominees do checkout: http://bitemymusic.com

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • Voice Independent Music Awards VIMA AWARDS Nominees
  • Photos Lady Gaga Inside An Egg 53rd Annual Grammy Awards
  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Winners of the 2008 MTV Asia Awards
  • Profile Liyana Fizi
  • 8th Annual Boh Cameronian Arts Awards Nominations Announced
  • Kelly Clarkson To Release New Album Stronger
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Jennifer Hudson Red Carpet 2011 Grammy Awards
  • Full content generated by Get Full RSS.