OHBULAN! |
“Rayu Buangkan Gambar-Gambar” – Shida Harmi Pinta Bersihkan Maruahnya. Posted: 01 Dec 2011 09:58 PM PST Shida Harmi, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek telah dihubungi oleh wartawan OHBULAN! bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas, sekitar pukul 1230 tengah hari tadi. Apabila ditanya mengenai kesahihan mesej-mesej yang terkandung dalam screenshot Blackberry Messenger (BBM), Shida Harmi menegaskan ia bukan datang daripada dirinya. "Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact." Berkenaan penyebaran gambar-gambar tersebut, Shida Harmi mengesyaki penglibatan orang ketiga dalam usaha menjatuhkan reputasi Apek. "Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita," tegas Shida Harmi. Eksekutif muda ini turut merayu kepada orang ramai agar membuang gambar tersebut dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga yang bakal dibina dalam masa terdekat. "Saya minta jasa baik semua pihak agar membuang gambar-gambar berkenaan kerana ia membabitkan maruah keluarga saya dan bakal mertua. Untuk pengetahuan, saya akan melangsungkan perkahwinan sekitar 2 minggu lagi dan cerita sebegini sememangnya mengugat kepercayaan tunang terhadap saya. Bagaimanapun, kami akan tetap meneruskan perkahwinan," rayu Shida Harmi kepada orang ramai melalui wartawan OHBULAN!. Full content generated by Get Full RSS. |
Gossip: Bekas Suami Aktress Kacukan Beralih Arah Pada Wanita Oriental! Posted: 01 Dec 2011 07:45 PM PST Cerita mengenai sepasang kekasih ini sama sekali bukan dari golongan selebriti ataupun public figure, cumanya ia sedikit berunsur 'selebriti' apabila si jejaka ini pernah bersangkut paut dengan aktres berdarah campuran nan jelita dan jadi sebutan masa kini, atau boleh jadi saat dan ketika ini (cheh berpujangga pula, terbawa-bawa mood buku cereka. Kalau si aktres terkenal dengan kecantikan dan kelembutan 'internasional' namun penuh ketimuran, si jejaka nan kacak, tough ala-ala Jacob Black (Twilight) pula lagilah, asli made from negara orang putih. Bak merpati dua sejoli, cinta berputik lalu mengetuk pintu jodoh dan mereka disatukan(kan dah kata tadi mood buku cereka sangat),sah bergelar suami isteri. Namun sayangnya bahtera rumah tangga yang dilayari tiba-tiba seakan tidak berpengemudi. Akhirnya musnah dibadai ombak (Perghhh jiwang), dan pasangan tadi membawa haluan masing-masing. Ok, selepas episod awan nano nan hitam, si aktres macam biasa, masih dengan karier seni yang terus-terus memuncak. Apa jadi dengan bekas suami? Tidaklah dapat dipastikan statusnya sama ada dia juga sudah beralih karier daripada seorang ______ (isi tempat kosong) kepada seorang pelakon. Tidak pasti juga kalau ada pengarah Hollywood memanggilnya berlakon menggantikan Christian Bale untuk watak Batman ataupun ganti Dwayne Johnson aka The Rock untuk filem 'Toothfairy 2′. Nak dijadikan cerita, baru-baru ini penulis ternampak si jejaka ini bersama dengan seorang wanita oriental ketika berada di kaunter bayaran sebuah pasaraya terletak dalam mall mewah. Pasangan ini betul-betul berada di hadapan penulis. Bukan auta, kerana ada enam lagi mata yang memerhati (kawan penulis sendiri). Pasangan ini dilihat membeli aiskrim 'import' dan sedikit barang keperluan. Sambil menunggu Q-line, mereka bercanda mesra, si jejaka mengusap-usap rambut si wanita dan si wanita pula tersenyum manja, kemesraan mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih apatah lagi mereka berpimpinan tangan sejurus keluar dari pasaraya tersebut. Senario seakan melihat Bella Swan dan Jacob Black! Hehehe. Kalau dilihat, wanita yang berada di sebelahnya mungkin tidaklah dapat menandingi kejelitaan aktress merangkap bekas isteri jejaka tadi. Namun wajah orientalnya tetap punya kecantikan tersendiri. Baguslah kalau sudah ada pengganti baru dalam hidupnya. Tutup buku lama, mula buku baru. Apatah lagi tinggal beberapa hari saja lagi kita berada di tahun 2011. Goodbye 2011 dan hello 2012! Tapi sebut pasal buku baru, tahun baru, terdetik di dalam hati, apakah si jejaka tadi masih berada di landasan agama yang sama ketika dia menikahi aktress jelita tadi, ketika dia mengucap Kalimah Syahadah. Atau pudarkah sudah kecintaannya terhadap Islam sepertimana pudarnya cinta yang pernah terpahat di hati dia dan bekas isterinya itu suatu ketika dulu, sehingga kembali semula kepada agama asal? Wallahualam… Soal agama ini terlalu sensitif dan dalam untuk dirungkai apatah lagi penulis bukanlah orang yang tepat untuk membahaskan soal hukum hakam ini lebih-lebih. cuma terdetik sedikit rasa simpati. Kisah ini boleh jadi satu perkongsian cerita dan rasa, mungkin boleh dijadikan renungan bersama di hari Jumaat nan mulia ini. Mungkin cerita ini sedikit tergantung kerana penulis sendiri seakan terkedu ketika menulis entri ini. Bacalah entri ini baik-baik dan fahamkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis (tanpa sebarang prejudis di hati). Menghela sedikit nafas sambil di hati berkata, "semoga kita sentiasa diberi perlindungan, keberkatan dan hidayah dari-Nya". Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |