Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Jangan Bunuh Matahariku Siri 2 Lakonan Rita Rudaini Posted: 30 Nov 2011 11:18 PM PST Jangan Bunuh Matahariku Siri 2 Lakonan Rita Rudaini Kembali di TV2 Pastinya berita baik buat pengikut setia drama bersiri yang pernah singgah di hati penonton TV2 bertajuk Jangan Bunuh Matahariku lakonan pelakon cantik Rita Rudaini apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan kesinambungan drama rantai tersebut mulai 7 Disember depan, setiap Rabu, jam 9.00 malam di TV2. Mengekalkan 13 episod siarannya, Jangan Bunuh Matahariku siri 2 kali ini mengekalkan pelakon Rita Rudaini sebagai Suri di samping kemunculan Aqasha (Rahas), Azlee Khairi (Urwah), Geofrey Williams (Owen) dan Siti Fazurina dalam menghidupkan watak-watak penting dalam drama kekeluargaan, percintaan, pengkhianatan dan persahabatan ini. Ia mengisahkan selepas kekasihnya Rahas meninggalkan Cameron Highland, Suri hidup dalam kemurungan. Saban hari dia hanya menantikan kepulangan kekasihnya itu. Pada masa sama suasana di Cameron Highland juga berubah. Ramai pekerja Tuan Micheal yang meninggalkan ladang itu dan Pak Darip, ayah Suri adalah di antara orang yang risau dengan keadaan kampung mereka. Dia juga marah terhadap Rahas yang telah memporak-perandakan kawasan itu dan menghilangkan diri. Rahas sebenarnya melarikan diri ke kawasan pekan dan berkenalan dengan Ajak dan Urwah. Rahas kemudiannya menumpang tinggal bersama Ajak dan isterinya. Rahas begitu mempercayai Urwah hingga sanggup menceritakan segala-galanya termasuklah tentang cintanya pada Suri. Urwah pula mula menyiasat tentang Suri yang dimaksudkan Rahas dan dalam diam, Urwah menyintai Suri. Laila, tunang Urwah cemburu terhadap Urwah kerana selalu memerhatikan Suri. Tuan Michael pula menyarankan agar Owen segera berkahwin dengan Suri memandangkan kesihatan dia yang tidak menentu. Hanya pada Ana, tempat Suri meluahkan perasaannya. Ana berpakat membantu Suri mencari Rahas di pekan kerana Ana pernah terdengar orang kampung ternampak Rahas di sana. Suri membuat alasan ke rumah kakaknya, Dahlia tetapi tidak berjaya apabila Pak Darib mengetahui Suri menipunya. Pak Darib mahukan yang terbaik buat Suri lalu mendesak Suri mengahwini Owen. Urwah mencerobohi bilik Rahas lalu menemui beg yang mengandungi diari Rahas. Dia rupanya memiliki niat jahat untuk mendapatkan Suri dengan cara mudah. Melalui diari itu, Urwah belajar jadi seperti Rahas. Suri terpedaya apabila Urwah mengaku dirinya adalah Rahas kerana Suri yang dulunya buta tidak pernah melihat wajah Rahas. Suatu hari, Suri melarikan diri apabila Pak Darib sibuk menguruskan majlis perkahwinannya dengan Owen. Dalam perjalanannya, Suri terjumpa Urwah yang baginya Urwah itu adalah Rahas. Urwah menyelamatkan Suri dengan membawa Suri ke rumahnya. Lalu berjayakah Urwah mahu mengahwini Suri? Bagaimana pula situasi Suri apabila mengetahui penyamaran Urwah? Tags: Drama, Rita Ridaini, TV2Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Travelogue Dakwah Skuad Imam Muda Posted: 30 Nov 2011 10:58 PM PST ASTRO OASIS DEKATI MASYARAKAT MENAIKI MOTOR HOME BERGERAK KE SELURUH NEGARA Diam diam ubi berisi, pepatah inilah yang paling tepat untuk menggambarkan aktiviti dua Imam Muda, Nazrul dan Fakhrul setelah berakhirnya program pencarian Imam Muda musim kedua yang lalu. Jadual aktiviti harian mereka kini padat dengan pelbagai program dakwah dan kerohanian kepada masyarakat. Terbaru, mereka muncul dalam program terbaru berjudul Skuad Imam Muda yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 7 Disember 2011 menerusi Astro Oasis (Saluran 106) Skuad Imam Muda ialah sebuah program travelogue yang menonjolkan metodologi dakwah secara santai di samping memaparkan perjalanan dua orang Imam Muda musim kedua menggunakan pengangkutan "motor home" untuk begerak ke seluruh semenanjung Malaysia. Setiap lokasi dan pengalaman mereka didokumentasikan kepada sebuah realiti kehidupan untuk mendalami masalah dan keperluan masyarakat. Dua orang Imam Muda ini membantu dan menjalankan sesi motivasi dan bekerjasama dengan penduduk kampung untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, "Sebagai salah satu medium yang berperanan menyebarkan informasi kepada masyarakat, Astro sentiasa berusaha menawarkan variasi program secara santai tetapi mudah diterima oleh pelbagai lapisan penonton. Justeru itu, sudah menjadi amanah Astro Oasis sebagai sebuah saluran gaya hidup Muslim untuk menawarkan program-program berunsurkan keislaman termasuklah pendidikan, hiburan dan dokumentari seperti yang ditonjolkan menerusi Skuad Imam Muda ini. Kehadiran Imam Muda ternyata telah mencetuskan fenomena bukan sahaja kepada saluran ini malah ke seluruh negara sehingga mendapat perhatian dunia. Selama dua musim, 20 orang Imam Muda telah dilahirkan dan bersedia untuk kembali menabur bakti kepada masyarakat. Mengotakan janji sebelum ini, barisan pendakwah muda ini kian giat menyampaikan dakwah dan berkongsi ilmu serta pengalaman kepada masyarakat yang selama ini memberi perhatian dan sokongan kepada program Imam Muda." Golongan masyarakat yang dikunjungi antaranya adalah mendekati kehidupan Orang Asli Muslim, merasai pengalaman sebagai nelayan, mendekati pelajar kolej komuniti, menziarah saudara seislam di Pulau Ketam, Konvoi Mat Motor ke Gunung Ledang, menjalani rutin penarik beca dan pengalaman bersama warga Felda. Pada program ini juga ditonjolkan majlis perkahwinan salah seorang Imam Muda musim kedua, Amar. Tambah Hj Izelan lagi, "Jauh berjalan, luas pandangan. Pepatah itu menuntut kita untuk mencari pengalaman dan mendekati kehidupan masyakat untuk meluaskan pengetahuan dan memberi kesedaran tentang kehidupan. Jadi, diharapkan program seperti ini dapat berkongsi sisi kehidupan masyarakat yang dikunjungi untuk kita saling mengenali antara satu sama lain yang mungkin boleh dijadikan iktibar." Jangan lepaskan peluang untuk menonton program yang memaparkan perjalanan dakwah dua Imam Muda musim kedua dengan "motor home" berjudul Skuad Imam Muda yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 7 Disember 2011 menerusi Astro Oasis (Saluran 106). Selamat menonton! EPISOD TEMA 1 Kejadian tanah runtuh turut memberi kesan pada perkampungan orang asli Sungai Ruil. Mereka mendapat perhatian media dan sumbangan turut dihulurkan. Skuad Imam Muda juga tidak melepaskan peluang bersama orang asli Kampung Sungai Ruil untuk menghayati peranan mereka dalam berdakwah di samping beramah mesra dengan penduduk orang asli Sungai Ruil. 2 Skuad Imam Muda turut mengunjung ibu tunggal yang berada di kampung Pasir Panjang selesai dari kenduri doa selamat yang telah dianjurkan oleh masyarakat nelayan. Inilah nilai kemasyarakatan dan keprihatinan yang dituntut dalam islam. 3 Selain itu, Imam Muda Fakrul dan Imam Muda Nazrul juga aktif melakukan aktiviti bersama pelajar-pelajar kolej komuniti mengekplorasi Pulau Pinang dengan aktiviti-aktiviti anjuran Kolej Komuniti Bayan Baru selaku tuan rumah Eplorace Jejak Wira. Inilah aktiviti yang banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri remaja di samping mengajar mereka memanfaati masa muda dengan aktivit berfaedah berlandaskan cara hidup islam sebenar. 4 Seteguh tekad pendakwah menyampaikan seruan islam dapat disaksikan dengan terbinanya Balai Islam Pulau Ketam. Menziarahi saudara seislam di Pulau Ketam memantapkan lagi ukhuwah untuk bilangan yang minoriti ini. Bukan itu sahaja, Skuad Imam Muda turut menjejakkan kaki ke kelong untuk melihat sendiri bagaimana penternakan ikan di laut terbuka. 5 Mat motor juga tidak melepaskan peluang bersama Imam Muda untuk bertanyakan panduan dan berkongsi permasalahan dalam sesi luahan yang lebih santai dan bersahaja. Aktiviti riadah santai seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah di samping berdakwah dengan cara yang ringan di samping menerapkan nilai-nilai cintakan negara dan agama apabila berkunjung seketika ke Bukit Kepong sebelum tiba di Gunung ledang. 6 Skuad Imam Muda turut menimba pengalaman menyediakan makanan tradisional seperti dodol, gula melaka dan wajik. Inilah yang menjadi sumber pendapatan penduduk kampung dan usaha mereka dalam menjadikan produk makanan tradisional lebih komersil. 7 Kunjungan Skuad Imam Muda ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menambahkan keceriaan kepada kanak-kanak istimewa yang belajar di situ. Inilah peranan seorang Imam yang cuba ditonjolkan supaya sentiasa bersedia berbakti pada orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan dan memberikan motivasi serta panduan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup berdikari. Kebanyakkan pelajar di PDK berumur dalam lingkungan 8 hingga belasan tahun dan pastinya ada diantara mereka yang telah berjaya berdikari mencari rezeki. 8 Namun demikian, Skuad Imam Muda tidak lupa juga mengundang Puan seorang ibu tunggal untuk turut merasai kemeriahan majlis perkahwinan di samping merapatkan ukhuwah dengan penduduk kampung. Semangat kejiranan inilah antara medium yang berkesan untuk memupuk silahturrahim sesama manusia demi mencari redha Illahi. 9 Skuad Imam Muda meluangkan masa bersama anak-anak yatim Rumah Barkat menjalani rutin seharian mereka. Pelbagai aktiviti berkumpulan dan beriadah diadakan bersama adik-adik. Pengisian yang berunsurkan dakwah serta mengaitkannya dengan kehidupan seharian pastinya dapat memberikan pengalaman berharga buat adik-adik Rumah Barkat. 10 Skuad Imam Muda turut menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban mereka. Inilah peranan yang wajar diterapkan ke dalam masyarakat supaya terus perihatin dan saling berbantu antara satu sama lain. Memberi sedekah akan menambah keberkatan dalam hidup kita. 11 Selain itu juga, Skuad Imam Muda juga meluangkan masa bersama seorang adik yang cukup istimewa iaitu adik Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi. Adik Qayyim merupakan insan yang cukup istimewa dengan kelebihannya membaca al-quran braille dan juga mengalunkan tarannum yang mengusik jiwa. Beliau juga banyak memenangi anugerah dan pertandingan bacaan al-Quran. 12 Menziarahi pesakit dan mendoakan mereka adalah medium yang terbaik untuk mendekati diri dengan pencipta. Imam Muda turut menziarahi kanak-kanak di wad pediatrik serta mendalami permasalahan mereka terutama keluaraga yang truma. Bukan itu sahaja, Imam Muda juga menziarahi adik Fadli yang terlantar di rumahnya akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini. Ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab kita sebagai mukmin menjaga saudara mukmin kita yang lain. 13 Menariknya, apabila Imam Muda turut menjalani rutin dan latihan yang mendebarkan di atas kapal. Inilah realiti kehidupan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertungkus lumus menjaga keselamatan perairan negara. Latihan diadakan untuk meningkatkan kecekapan anggota. Di samping itu, pengajian agama juga turut dititikberatkan sebagai pengisian dan panduan hidup. Tidak dilupakan aktiviti sukan juga giat dilaksanakan untuk memastikan jasmani sentiasa dalam keadaan sihat. Tags: AstroClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |