Adsense

Rabu, 30 November 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Rahsia Dato’ Siti Nurhaliza Bukan Lagi Rahsia!

Posted: 30 Nov 2011 08:00 PM PST

Buka pekung di dada? Jangan risau, penyanyi nombor satu negara ini akan terus mekar mengharumkan nama negara, tetap terpahat di hati sekalian rakyat Malaysia dan sudah pasti jauh dari sebarang kontroversi liar.

Apa yang hendak diceritakan disini adalah mengenai pendedahan eksklusif Siti Nurhaliza yang mungkin tiada siapa tahu waima peminat fanatiknya sendiri.

Bukan hanya bercerita mengenai kisah seorang gadis kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang ketika kecilnya menjual kuih muih, berpendidikan hanya lepasan SPM, menaruh masa depan sebagai anak seni lalu tersohor di segenap pelusuk tanah air dan gah di seluruh nusantara sebagai penyanyi berprolifik tinggi.

Bukan itu saja yang akan dikongsikan Siti menerusi dokumentari khas bertajuk 'Siti Nurhaliza' yang bakal disiarkan di saluran History (ASTRO 555) pada 11 Januari 2012, jam 10 malam, sama tarikh dengan tarikh lahir Siti.

Diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd, dokumentari selama 1 jam itu bakal membawa penonton mengimbau perjalanan karier Siti sekaligus memperlihatkan sisi penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagu 'Jerat Percintaan' pada tahun 90-an.

Menurut Siti, dokumentari tersebut akan menceritakan kisah kehidupannya sedari zaman kanak-kanak sehinggalah dia dikenali ramai sebagai penyanyi nombor satu Malaysia seterusnya sukses sebagai usahawanita tersohor.

Antara yang menarik, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali turut mendedahkan bahawa Siti pernah menyertai ujibakat untuk program Asia Bagus di Singapura sewaktu berusia 14 tahun.

Diterbitkan oleh penerbit filem 'Pisau Cukur', Lina Tan dan Bernard Chauly selaku penerbit eksekutif dan pengarah dokumentari,antara individu yang diwawancara dan berkongsi kisah mengenai Siti adalah pengurus juga kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, Jennifer Thompson (penerbit malam AIM), Zainal Alam Kadir (wartawan), Adnan Abu Hassan (komposer), Nurul Shukor (jurusolek) dan pereka fesyen kegemaran Siti, Michael Ong.

Full content generated by Get Full RSS.

“Terpulang Pada Mata Masing-Masing & Ya, Saya Selesa Bersamanya” – Shila Hamzah Respon Isu Gedik & Sharnaaz Ahmad

Posted: 30 Nov 2011 06:45 PM PST

"Setiap orang ada perspektif tersendiri. Macam saya sendiri kalau dikalangan peminat atau kawan-kawan saya, saya dianggap seorang yang terlebih peramah. Tapi dikalangan mata orang-orang yang tidak mengenali saya, mereka menganggap sikap peramah saya dianggap satu kegedikan bagi mereka, jadi itu terpulang pada mata masing-masing," ujar Shila Hamzah menjawab isu dan kritikan segelintir pihak yang melabelkan dirinya 'gedik'.

Tambahnya lagi, meskipun menerima kritikan pedas dek sikap 'gedik' yang diluahkan oleh segelintir pihak di laman Twitter-nya, Shila menjadikan kritikan tersebut sebagai pengajaran dan iktibar buat dirinya.

"Orang-orang yang mengkritik ini sebenarnya sayang pada saya. Kalau peminat tegur saya, mereka akan tegur saya dengan cara yang baik. Mereka sukakan saya, saya peramah, saya selalu layan diorang kan? Tapi kalau orang yang tidak menyukai saya, mereka mendidik saya dengan cara berbeza, mungkin menggunakan kata-kata yang kasar, but that just the way they are."

"Secara jujurnya, saya memang sedih. Tapi bila saya pandang di sudut positif pula, saya sedar orang yang tidak menyukai saya rupa-rupanya mengambil tahu tentang saya, jadi saya rasa benda ini sebagai kelebihan pada saya. Tuhan tidak bagi semua. Alhamdulillah hidup saya best. Kalau semua orang suka suka saya, "alamak, rasa macam dah bagus pula", jadi bila ada benda macam ini baguslah, kerana ia membuatkan saya sentiasa beringat dan mematangkan saya mengendalikan hal-hal sebegini,"

Menyentuh soal hubungannya dengan aktor baru, Sharnaaz Ahmad yang sekarang ini dikatakan sedang bermain-main cinta, gadis berusia 21 tahun ini tampil menjelaskan status perhubungan mereka.

"Orang banyak cakap, dah tak payahlah sorok-sorok. Kalau dah bercinta, cakap sajalah. Tapi masalahnya sekarang, kami masih belum di tahap bercinta lagi," ujar Shila.

Namun apabila pihak media berseloroh mengatakan dia dan Sharnaaz nampak seperti pasangan kekasih bukan seperti 'kawan' seperti yang dikatakannya, Shila menjawab;

"So far, kami memang selesa bersama, barangkali itu istilah yang lebih tepat berbanding mengatakan kami bercinta. Cakap 'I Love You' pun belum lagi," terang Shila berseloroh.

Ditanya tentang keistimewaan Sharnaaz yang membuatkan hatinya tertarik, Shila menyatakan dia melihat Sharnaaz sebagai cermin dirinya.

"Kami sama-sama gila, dan masing-masing tidak pandai cover cun. Saya dah jumpa ramai orang, ramai kawan lelaki begitu juga sebaliknya dengan Sharnaaz. Dan kebanyakan kawan lelaki saya, walaupun dah selalu jumpa masih lagi control macho. Tapi macam Sharnaaz, dia seorang yang very let go, dia seorang yang fun,"cerita Shila penuh gembira mengenai Sharnaaz yang mulai berkawan rapat sejak pembikinan klip video 'Patah Seribu',"

"Saya tak berani nak cakap banyak kerana orang selalu salah anggap dengan saya, bila saya kawan dengan orang ini, orang tu orang cakap saya bercinta. Lepas tu orang cakap saya player pula," ujar Shila lagi ketika ditemui di sidang media Konsert Semangat Inspirasi di One World Hotel, petang semalam.

Ketika diajukan soalan bila agaknya dia mengakhiri zaman bujang, Shila memberi tempoh empat tahun lagi untuk menuju ke alam berumah tangga.

"Insyaallah, kalau tidak ada aral melintang, mungkin dalam empat tahun lagi. kalau ada jodoh. Tak tahulah siapa jodoh saya. Belum tentu saya berkahwin dengan orang yang saya berkawan sekarang kan? Saya berserah pada jodoh saja," jelas Shila mengakhiri perbualan.

Full content generated by Get Full RSS.