Adsense

Rabu, 30 November 2011

Sensasi

Sensasi


Aktress Wanita yang mengadu bekas suami (VIP) enggan memberi Nafkah sepatutnya,mengandung anak luar nikah

Posted: 29 Nov 2011 10:49 AM PST

Sensasi rasa pasti ramai yang menduga aktress yang dimaksudkan adalah "N" kerana sebelum ini kecoh tentang isu nafkah anak sehingga keluar masuk mahkamah,namun akhirnya permohonannya ditolak mahkamah.Aktress ini mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinannya dengan VIP tersebut,

Lebih mengejutkan kononnya aktress yang mempunyai kekasih selama beberapa tahun itu,kini mengandung dan tinggal di Bali sementara menunggu kelahiran untuk mengelakkan dari dihidu media dan masyarakat.

Kekasihnya dikatakan enggan bertanggungjawab kerana mengetahui si aktress ini telah "tidur" dengan orang lain untuk mendapatkan watak lakonan.

Linda Jasmine ,Isteri Que Haidar hamil 4 bulan

Posted: 29 Nov 2011 10:40 AM PST


Linda Jasmine, 39, telah disahkan oleh doktor hamil 4 bulan dan mempunyai 95 peratus kemungkinan ia adalah bayi perempuan dan kelahiran bayi ini mungkin di sekitar bulan Mei 2012.

"Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru. Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan," ujar Linda

Linda juga dikatakan mempunyai alahan terhadap ubat tahan sakit, dan sama seperti sebelumnya, kali ini alahan tersebut berkurangan dari biasa.

"Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang," ujar Linda.

Sebagai ibu, Linda yang pernah menjadi guru tari di sebuah rancangan realiti berkata bahawa dia sanggup berkorban untuk anak dalam kandungannya walaupun dia mengalami alahan kepada ubat tahan sakit.

Shida Harmi sudah bertunang dan bakal saman Penyebar gambarnya dengan Khairul Fahmi Che Mat,Apex

Posted: 29 Nov 2011 10:28 AM PST

Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh.Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke. Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas

Apek ataupun Khairul Fahmi che Mat yang merupakan penjaga Gol harimau Malaya sekali lagi dilanda Kontroversi dengan kisah peribadinya ..

Kali ini dengan seorang perempuan yang bernama shida Harmi,menurut Apex ,Gambar beliau dengan shida diambil sekitar bulan March sebelum bertunang dengan bekas tunangnya iaitu Elia.

Yang mengejutkan melalui screenshot BBM yang didakwa milik Apex dan Shida,Apex dikatakan pernah tido dengan Shida.

Bagaimanapun,Apex menyatakan bahawa semua itu adalah fitnah dan menyuruh org yang menyebarkan gambar tampil memberi bukti kukuh.


Screenshots BBM yang menunjukkan kononnya Apek pernah meniduri Shida


Terbaru Shida menafikan bahawa dia menyebarkan gambar-gambar dan screen shot tersebut.Org yang menyebarkannya bakal disaman untuk membersihkan nama mereka berdua (KFCM dan Shida)


Shida Harmi juga sudah bertunang pada bulan Jun tahun ini dengan seorang jejaka yang merupakan kekasihnya setelah bersama selama 7 tahun.



Nabila Kutuk bekas suami di Twitter

Posted: 29 Nov 2011 10:01 AM PST

Begitulah lumrah bila berpisah ,mulalah keluar semua benda yang buruk dan tak baik tentang pasangan...

Kali nie Nabila Huda menyuarakan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap bekas suaminya yang dikatakan memburukkan Nabila Huda terlebih dahulu.

Mungkin kerana sedang marah ,Nabila tak berfikir panjang dan terus menghentam bekas suaminya dengan mengatakan yang selama nie Nabila dn keluarga yang mengeluarkan wang utk bersalin, barangan anak dan sebagainya.

Kadang-kadang memang menjadi satu masalah besar dalam sesebuah rumahtangga apabila tanggungjawab kewangan tak dapat dipenuhi suami...

Tapi Sensasi rasa tak patut Nabila buat mcm nie,sebab Nabila seorang selebriti jadi satu Malaysia akan tahu cerita dalam kain anda berdua..secara tak langsung mencalar maruah kedua-dua mereka..


Luna Maya sudah punya pengganti,hubungan dengan Ariel putus

Posted: 29 Nov 2011 08:05 AM PST


Pasangan selebriti Indonesia terkenal, Luna Maya dan Nazril Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel daripada kumpulan Peterpan dikhabarkan sudah memutuskan hubungan mereka selepas hampir tiga tahun bersama sejak Disember 2008.

Dipetik daripada laporan KapanLagi.com, status hubungan mereka hangat diperkatakan selepas Luna tidak melawat kekasihnya itu selama dua bulan lebih yang sedang menjalani hukuman penjara di Kebon Waru Bandung atas kesalahan berkaitan pita seks mereka yang tersebar pada Jun 2010.

Tambahan pula pengacara rancangan televisyen muzik terbitan RCTI, "Dahsyat", Ola Syahputra dan Raffi Ahmad pula mengkhabarkan bahawa aktres berusia 28 tahun sudah pun mempunyai teman lelaki baru.

Walaubagaimanapun pengurus Peterpan, Budi Soeratman menegaskan dia tidak mengetahui status hubungan mereka kerana tidak mengambil tahu masalah peribadi dua selebriti ini.

Manakala pengurus Luna pula, Vitalia Ramona memberitahu kesibukan dengan penggambaran filem dan promosi jenama di Jakarta membuatkan Luna tidak berkesempatan bertemu Ariel, tetapi menegaskan bahawa ia bukanlah dua bulan seperti yang dilaporkan dan hubungan mereka tiada sebarang masalah.

Video Johan & Ogy mengacara FFM 24 ,Ogy mahu saman Johan

Posted: 29 Nov 2011 09:34 AM PST

Ogy dan Johan telah disatukan buat pertama kali menjadi Pengacara untuk Majlis FFM ke 24 di PICC,Putrajaya dimana pada pendapat Sensasi semasa menonton,Johan memang pandai buat lawak dan Ogy pula kelihatan begitu sporting..

Tapi disebalik kemeriahan dan lawak jenaka malam itu,rupanya Ogy memendam rasa kecewa dan marah terhadap Johan sebab membuat lawak yang baginya seolah2 merendahkan maruahnya.

Pada pendapat Sensasi Johan memang jenis yang suka buat lawak "laser" tapi taklah keterlaluan,mungkin bagi Johan menyebut Ogy sebagai "orang tua" adalah suatu yang kelakar tapi Ogy rasa seperti dihina Johan.

Ramai orang yang berpendapat Ogy nak Saman Johan memang tak patut sebab mcm takda sebab yang kukuh nak saman Johan..bukannya Johan menfitnah Ogy atau memalukan Ogy sehingga menjejaskan perniagaan,maruah atau sebagainya... saman sebab tak tahan dengan lawak kasar Johan..

Sensasi rasa Ogy hanya perlu menyuarakan ketidak puasan hati kepada Johan melalui Media dan Johan harus meminta maaf kepada Ogy kerana mungkin tak sedar Lawaknya mengguris perasaan org yang lebih tua darinya..

Ogy dulu pun memang laser dan banyak mengeluarkan statement yg boleh mengguris hati orang lain juga,tapi mungkin sebab Ogy dah semakin berumur dan memerlukan org supaya lebih menghormatinya.

Siapa yang salah skrg nie?mungkin pihak yang menyatukan mereka sebagai pengacara yang salah kot..ehe..

Jom layan Video semaa mereka menjadi pengacara FFM 24











"Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

"Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

"Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu," katanya.

"Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

"Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

"Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

"Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

"Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali," kesalnya.

Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.

Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

Gambar Aishwarya Rai yang Chubby semasa mengandung

Posted: 29 Nov 2011 10:54 AM PST



Gambar kat atas nie adalah gambar Aishwarya Rai semasa masih kurus...

Biasalah bila mengandung pasti berat badan ibu mengandung akan naik kerana perlu makan makanan berkhaiat untuk bayi dalam kandungan selain perubahan hormon.


Sebelum nie ramai selebriti tempatan,hollywood mahupun bollywood yang selim melim jadi chubby dan comel semasa mengandung...tapi selepas beberapa ketika mereka slim down balik dengan usaha gigih..


Bila lagi nak tengok aktress jelita jd chubby kan...jom layan