Adsense

Rabu, 30 November 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Fesyen dalam notasi muzik

Posted:

Fesyen dalam notasi muzik

Fesyen dalam notasi muzik

LUNAK suaranya, lembut bertiup menyusup ke rongga telinga. Tenang dan mendamaikan. Dalam pada menyanyi dan menggubah lagu bercirikan indie pop kepulauan (island indie pop), sesekali jiwa gadis kelahiran Sarawak dengan nama pentas Zee Avi ini membentak.

Bukan kerana benci melagukan irama yang dia sendiri sukar tafsirkan, tapi kadangkala timbul pertanyaan dalam diri aliran apa yang harus dibawanya.

"Apabila orang bertanya apa genre saya, susah sebenarnya untuk menjawab soalan itu. Tapi jawapan saya ia adalah muzik yang enak didengar.

"Sehinggalah mereka (di Amerika Syarikat) menamakan genre saya ini island indie pop," katanya kala pertemuan di pejabat Universal Malaysia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tidak hairan kebanyakan lagunya memasukkan elemen tiupan angin, desiran air dan ensemble instrumen seperti di kepulauan Hawaii.

Pemilik nama Izyan Alirahman, 26, itu turut menambah, kerjayanya sebagai penyanyi di rantau orang yang nyata sekali asing baginya tidak pernah terduga pada awalnya.


ZEE AVI memukau pencintanya di Malaysia dalam siri konsert sempena mempromosi album terkininya, Ghostbird.


"Saya tidak tahu apa erti sebenarnya menjadi seorang yang terkenal dan saya tidak melihat kemasyhuran sebahagian daripada diri saya, kerana perspektif saya menilai kerjaya saya sebagai satu penghargaan oleh orang sekeliling," bicara si genit yang sering muncul bersama alat muzik ukulele.

Berjalan lancar karier yang dibina sejak pertama kali menginjak bumi New York, Amerika Syarikat sejak berusia 17 tahun, ujar Zee Avi lagi dia terkejut dengan penerimaan lagu-lagu berbahasa Melayu miliknya.

"Cuba bayangkan ada antara penduduk di sana (Amerika Syarikat) tahu lirik dan boleh menyanyikan lagu Kantoi dan Siboh Kitak Nangis, aneh bukan?" selitnya teruja.

Pernahkah Zee Avi berputus asa dan siapa yang menjadi pembakar semangatnya untuk terus berlari di landasan sukses? Jawabnya ringkas - ibu dan keluarga.

"Tipu kalau saya cakap tidak pernah berputus asa, tapi saya sentiasa fikir positif. Saya ada keluarga yang sentiasa di belakang menyokong dan memberi kepercayaan.

"Kata-kata ibu sentiasa berlegar dalam ingatan dan saya mendisiplinkan diri berfikir bahawa saya datang daripada tempat yang secara budaya dan tradisinya menghormati banyak perkara.


WALAU sudah lama menetap di Amerika Syarikat, kasih sayang terhadap bumi Malaysia cukup menebal di hatinya.


"Dalam masa yang sama, saya mohon kepada yang Maha Esa berikan kekuatan dalam setiap kerja yang saya lakukan," getusnya yang melihat diri sebagai model untuk rakan-rakan lain contohi.

Membelek kembali sejarah awal kemunculan Zee Avi dan membandingkan dirinya terkini, katanya, banyak pengalaman yang mendewasakannya.

"Pastinya Zee Avi sekarang miliki rambut yang lebih pendek. Secara jujur, banyak yang boleh berlaku dalam masa satu jam apatah lagi tiga tahun.

"Banyak pengalaman pahit manis yang dipelajari begitu juga ilmu pengetahuan yang berguna," tutur penyanyi yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Jack Johnson's Brushfire Records dan label Ian Montone bersulam tawa kecil.

Burung hantu

Sempena mempromosikan album terbaharunya, Ghostbird, Zee Avi telah menjelajah segenap pelosok bandar dan desa dari timur ke barat Amerika Syarikat sebelum melebarkan kepaknya ke negara Asia.

"Saya berhenti di setiap bandar dari Los Angeles ke San Francisco, dan bersyukur kerana di kebanyakan tempat album saya sudah habis terjual.

"Selepas dua minggu berehat, saya memulakan jelajah Asia dari Tokyo, Jepun ke Seoul, Korea dan juga ke Bali, Indonesia sebelum akhirnya saya berjaya juga pulang ke Malaysia," luah Zee Avi gembira.


SELAIN Malaysia, Zee Avi terlebih dahulu telah singgah di Jepun, Korea dan Indonesia untuk mengisi dahaga peminatnya.


Ghostbird, yang diinterpretasikan oleh Zee Avi 'burung hantu' adalah ironi buat dirinya sendiri dan memuatkan 11 buah lagu antaranya Swell Window, The Book of Morris Johnson, Madness, Concrete Wall dan sebuah lagu berbahasa Sarawak, Siboh Kitak Nangis.

Melihat dunia lebih luas daripada kaca mata seumpama seekor burung, bebas dan boleh bercerita, album itu seolah-olah terapi buatnya berkarya.

"Dalam album ini, trek kegemaran saya adalah Swell Window. Ia merupakan satu terma yang digunakan oleh peluncur air bermaksud ombak paling sempurna.

"Ia adalah satu kesimpulan keseluruhan album sebab lagu itu mencerminkan sisi romantik dalam setiap momen. Sama juga seperti dua kebarangkalian bertemu seseorang yang pernah kita temui sebelum ini," laju meluncur falsafah yang dibina Zee Avi dari bibirnya.

Manakala, lagu Siboh Kitak Nangis (yang bermaksud Jangan Kamu Menangis dalam bahasa Sarawak) muncul dengan sendirinya dan ada sedikit sebanyak berkait realiti kehidupan Zee Avi yang sebenar.

Fesyen dan santai

Sibuk mempromosikan albumnya termasuk mengikuti festival muzik seperti SXSW, Outside Lands, Bonnaroo dan sesi jelajah mega antaranya Lilith Fair, Zee Avi juga seperti insan biasa.


ZEE AVI suka menyuai padan saat mahu memperaga sesuatu fesyen. Dia gemar dengan gaya vintaj.


Katanya ketika tidak terlibat dengan rakaman atau sesi jelajah: "Saya akan berehat di rumah menonton televisyen, kalau ada masa lapang saya akan melukis. Kadangkala saya suka menghasilkan karya seperti kolaj atau lukisan krayon dan tahun ini sudah ada sebahagiannya terjual."

Sementara itu, mengulas fesyen dan stail sehari-harian, jujur Zee Avi katakan dia tidak merujuk sebarang ikon untuk berpakaian.

"Saya lebih selesa memadan dan menyesuaikan pakaian atau aksesori yang sudah saya ada. Gaya saya selesa dan pakai saya apa yang saya ada.

"Bagaimanapun, saya sukakan barangan vintaj dan kalau di sana (Amerika Syarikat) saya gemar ke pusat pakaian murah atau jika di Malaysia kita panggil bundle," jelas bekas penuntut jurusan rekaan fesyen Universiti American InterContinental.

Ditanya tentang status hubungannya yang terkini, jawab Zee Avi penuh misteri: "It's complicated!"

Full content generated by Get Full RSS.

Kembara lasak Henry Golding

Posted:

Kembara lasak Henry Golding

Kembara lasak Henry Golding

Oleh HARYATI KARIM


HENRY GOLDING juga diberi peluang 'terbang' dalam salah satu episod Without Boundries: The Great Outdoors.


SELEPAS mengemudi program pengembaraan Without Boundaries: Islands and Beaches, pengacara Henry Gloding kembali lagi untuk musim kedua dengan program Without Boundaries: The Great Outdoors yang akan mula ditayangkan di 8TV pada pukul 9.30 malam, bermula 7 Disember depan.

Program sebanyak 10 episod itu akan menampilkan pelbagai lokasi menarik untuk melakukan aktiviti lasak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Jika musim pertamanya tertumpu kepada pulau dan pantai untuk musim kedua pula ia lebih tertumpu kepada gunung, hutan, gua dan haiwan.

Menurut Henry, melalui program itu juga, penonton dapat akan dibawa meninjau Miri dan Betong, Sarawak yang merupakan kampung halamannya. Jejaka berusia 24 tahun yang berdarah Inggeris dan Iban itu, mengakui seronok kerana dapat bertemu dengan datuk neneknya serta saudara-maranya di sana.

"Memang cukup seronok menjadi pengacara program ini, selain saya dapat merasai sendiri pengalaman melakukan pelbagai aktiviti lasak, saya juga dapat mempertemukan penonton dengan keluarga saya di Sarawak," katanya yang boleh berbahasa Iban.

Selain Sarawak, program ini turut menampilkan aktiviti seperti pendakian di Gunung Tahan dan juga Gunung Kinabalu, Sabah, memancing di Tasik Kenyir, Perak, latihan juruterbang di Subang dan paragliding di Bukit Jugra, Selangor, permainan sukan air White Water Rafting di Slim River, Perak, melihat gajah di Kuala Gandah, Pahang, serta aktiviti lasak di Hutan Belum.

"Melalui program ini, diri saya lebih dekat dengan alam semula jadi, saya mahu penonton yang menontonnya akan mendapat idea untuk mencuba aktiviti lasak terutamanya untuk orang yang belum pernah mencuba sebarang aktiviti yang dipertontonkan.

"Walaupun letih kerana melakukan penggambaran tanpa henti tetapi disebabkan saya seorang yang suka mencuba perkara baharu, program ini benar-benar dekat dengan jiwa saya," ujarnya yang cukup sinonim dengan pelbagai program pengembaraan dan pelancongan.

Sempat berkongsi pengalamannya, Henry berkata pengalaman baharu serta paling sukar buatnya adalah ketika mendaki Gunung Tahan bersama krew penggambaran sehingga ke puncak.


HENRY teruja bersama pakar paragliding sewaktu mencuba aktiviti lasak tersebut di Bukit Jugra, Selangor.


"Bagi saya pengalaman pendakian naik hingga ke puncak Gunung Tahan paling seronok dan sukar pernah saya alami sepanjang hidup. Mendaki tanpa henti dalam cuaca sejuk selama lima hari untuk berada di ketinggian 2,185 meter memang mencabar fizikal diri saya.

"Selain itu, lokasi paling diingati adalah Kuala Gandah. Saya tidak pernah naik atas gajah dan melihat sendiri kehidupan mereka. Jadi, pengalaman melihat sendiri bagaimana proses pemuliharaan gajah dilakukan di sana sungguh menyentuh hati kerana pada saya gajah merupakan haiwan yang sungguh menakjubkan," ujarnya yang juga merupakan duta kamera jenama Canon di Malaysia.

Henry yang turut mengacarakan program Welcome To The Rail World dan Now Everybody Can Fly To New Zealand itu mengakui secara peribadi dia seorang yang suka menggembara dan bertuah kerana kerja dia dapat melawati pelbagai lokasi menarik di dunia.

"Memang program pelancongan dan pengembaraan sinonim dengan saya kerana saya seorang yang suka melancong. Apabila dapat berkongsi pengalaman menarik saya bersama orang lain merupakan satu kepuasan buat saya. Disebabkan itu, saya berterusan mengacarakan program pengembaraan dan pelancongan.

"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pengacara program seperti itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Kalau boleh saya teringin untuk terlibat dengan program yang menjelajah lokasi menarik di seluruh Asia Tenggara," jelasnya yang suka melawat Tokyo, Jepun.

Tidak sahaja terikat dengan pengacaraan, kata Henry dia juga jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi disebabkan jadualnya terikat dengan penggambaran program televisyen tanpa henti, dunia lakonan diketepikan buat sementara waktu.

"Mungkin tahun depan saya akan aktif berlakon pula kerana saya memang suka berlakon. Meskipun kedua-duanya ditayangkan di televisyen, lakonan dan pengacaraan merupakan dua perkara yang amat berbeza. Tetapi saya akan terus belajar dan mencuba sesuatu yang baharu, saya bersyukur kerana diterima penonton sehingga ke hari ini," katanya yang sudah tiga tahun menjadi pengacara.

Pengarah dan penerbit program Without Boundries: The Great Outdoors, Ahmad Khairi Zulkifli memberitahu kepetahan dan personaliti bersahaja Henry merupakan daya penarik dalam program itu.


AKTIVITI 'bermesra' dengan gajah turut menjadi salah satu aktiviti Henry dalam program Without Boundries The Great Outdoors.


"Walaupun dia baharu berusia 24 tahun, dia bijak menyusun skripnya sendiri kerana kami hanya memberi point-point penting kepadanya, selebihnya terpulang kepadanya untuk mencorakkan skrip program mengikut caranya sendiri," ujar Ahmad Khairi.

Tambah Ahmad Khairi lagi, meskipun bajet untuk program ini terhad tetapi itu tidak menghalangnya dan krew produksi memberi yang terbaik buat penonton.

Full content generated by Get Full RSS.

Far East Movement di Bukit Kiara

Posted:

Far East Movement di Bukit Kiara

Far East Movement di Bukit Kiara

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


FAR EAST MOVEMENT akan menggegarkan ibu kota dengan muzik mereka pada 3 Disember ini.


SINGLE hit Like A G6 dan Rocketeer meledakkan nama grup kuartet hip hop Amerika Asia, Far East Movement. Sesuai dengan jenama yang diberikan, kumpulan yang dianggotai oleh Kev Nish (Kevin Nishimura), Prohgress (James Roh), J-Splif (Jae Choung), and DJ Virman (Virman Coquia) itu bakal menggegarkan arena tertutup Taman Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 3 Disember ini.

Dipersembahkan oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid serta Levi's, Moovment 2011 akan diserikan lagi dengan penampilan DJ Earthworm.

Tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut kerana kumpulan yang berpangkalan di Los Angeles itu sudah cukup mengejutkan dunia menerusi lagu tema filem The Fast and The Furious: Tokyo Drift berjudul Round Round sehingga dijadikan runut bunyi untuk versi permainan video.

Far East Movement pada dasarnya hanyalah sebuah band yang dianggotai oleh tiga orang ahli sebenarnya, Kev Nish, Prohgress, and J-Splif yang bergabung pada tahun 2001 atas dasar antusias dalam aliran muzik sejak di bangku sekolah.

Ketika itu nama Emcees Anonymous digunakan. Sehingga pada tahun 2006, jenama baharu diberikan bersempena dengan judul salah sebuah lagu dalam album pertama mereka, Folk Music iaitu Far East Movement.

Sejajar dengan perkembangan positif itu, kumpulan itu giat mencipta nama di kelompok negara Asia dan Amerika Syarikat.

Sehingga kini, Far East Movement sudah membikin dua buah album selepas Folk Music berjudul Animal pada tahun 2009 dan Free Wired pada tahun lalu.

Manakala, menyusuri perjalanan yang sama pada tahun depan, album keempat Dirty Bass pula akan dilancarkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghangatkan arena tertutup Taman Ekuestrian Bukit Kiara bermula pukul 8 malam pada 3 Disember ini yang pastinya menjanjikan persembahan bertenaga dan aksi yang penuh memukau.

Tiket berharga RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone) sudah mula dijual bermula 26 Oktober lalu, hubungi 03-8775 4666 untuk

sebarang pembelian.

Informasi Movement 2011 boleh didapati di www.marctensia.com atau 03-2092 1199 dan www.universalmusic.com.my atau 03-7958 7433.

Full content generated by Get Full RSS.