Berita Harian: Hip |
Posted: 29 Nov 2011 02:50 PM PST Hip Pelakon Ombak Rindu mengaku berdebar jayakan babak ranjangSESUNGGUHNYA, tidak mudah melakukan adegan ranjang. Lebih-lebih lagi apabila pasangan gandingan sudah bergelar suami mahupun isteri orang. Namun kerana tanggungjawab pada kerja, semua perasaan segan dan gementar dibuang jauh-jauh demi menghidupkan watak diberikan. Itulah yang terpaksa dihadapi Maya Karin apabila perlu beraksi intim dengan jejaka pujaan ramai, Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu, yang mula ditayangkan 1 Disember. Mungkin kerana mereka sangat komited terhadap tanggungjawab yang tergalas di bahu juga, babak aksi ranjang dilakukan sekali saja tanpa perlu diulang. Biarpun perasaan malu menerjah diri, dia dan Aaron sangat serius ketika menjayakan babak berkenaan."Sebelum melakukan penggambaran untuk babak itu, saya mengaku ada semacam perasaan pelik terbit dalam hati. Satu jam sebelum penggambaran pula, saya akui berdebar-debar bercampur takut kerana tidak pernah menjayakan adegan sedemikian rupa. "Ketika penggambaran, saya membuat permintaan hanya mereka yang berkenaan saja dibenarkan masuk. Kami tak ambil masa yang lama pun untuk melakukan babak itu kerana kami masing-masing bersikap profesional dan faham, babak itu hanya untuk tujuan kerja," kata Maya yang berjaya membawakan watak Izza dengan berkesan. Tambahnya, Ellie Suriaty nyata banyak menolongnya menghayati watak Izza yang perlu bermain dengan perasaan dalaman. Watak Izza dalam filem arahan Osman Ali itu juga sememangnya menjadi idamannya. "Filem ini memecah rekod lakonan saya selama ini kerana banyak membabitkan adegan air mata. Memang tak dinafikan ia sedikit memenatkan kerana saya perlu menangis hampir setiap masa dan perlu mengekalkan mood yang sama. Tapi bantuan Ellie Suriaty sebagai penasihat lakonan banyak membantu saya dari segi teknikal. "Dia sering mengingatkan saya jangan sesekali terlepas mood, kerana sekali terlepas lakonan saya akan goyang. Tetapi saya seronok kerana saya memang mengidamkan watak Izza. "Bagi memastikan mood tidak lari, saya sering terbawa-bawa watak Izza sehingga keluar set. Waktu sarapan pagi, atau makan tengahari, karakter Izza terus melekat dalam diri kerana saya ingat pesanan Ellie. Saya juga beruntung kerana Aaron memahami saya. Dia tidak pernah kacau kerana dia tahu saya berada dalam karakter," katanya yang terpaksa mendengar muzik tradisional Terengganu dan berkunjung ke tempat tumpuan ramai wanita Melayu bertudung semata-mata untuk menghayati watak berkenaan. 'Tiada masalah babak ranjang' - Aaron WATAK Hariz lakonan Aaron Aziz pasti membuai perasaan ramai peminat apabila filem itu mula diputarkan kepada umum. Hariz, lelaki yang sukar diduga dan pada mulanya membenci Izza, tetapi lama-kelamaan mula jatuh cinta pada wanita itu juga berjaya ditangani dengan baik oleh pelakon kelahiran Singapura ini. Kata Aaron, isterinya cukup memahami kerjayanya sebagai pelakon. Wanita yang amat dicintainya itu juga tahu dia bakal melakukan babak ranjang, tetapi Diana Halik ternyata seorang yang cukup terbuka. Malah dia turut membaca skrip filem lakonan si suami. "Saya tidak risau melakonkan babak ranjang kerana saya yakin pengarah tahu batas-batas yang perlu dijaga. Isteri pun tiada masalah, dia tahu saya berkerja malah dia sendiri berada di set penggambaran. "Sebenarnya watak seperti seperti Hariz bukan kali pertama saya lakonkan. Dalam Badai Semalam, saya memegang watak Karim dan bagi saya watak itu tidak jauh bezanya dengan Hariz. Cuma sebagai Hariz, saya perlu lebih banyak bermain dengan emosi, sehingga saya sendiri tidak sedar yang saya mudah mengalirkan air mata dalam filem ini," kata Aaron. Tidak kisah walaupun tidak berpeluang bersaing dalam Festival Filem Malaysia untuk merebut gelaran pelakon terbaik, bapa kepada tiga cahaya mata ini sebaliknya lebih mementingkan kepuasan peminat. Sekiranya peminat berpuas hati dengan lakonannya, ia sudah memadai dan dianggap sebagai anugerah yang tidak ternilai. "Walaupun tidak layak untuk dicalonkan, ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk memberikan lakonan yang berkesan. Bagi saya kepuasan peminat lebih penting buat diri saya. Jika peminat suka lakonan saya dan memberikan pujian, itu sudah buat saya rasa sangat puas hati," katanya. |
Jawablah! Bukan kerana populariti jatuh Posted: 29 Nov 2011 02:23 PM PST [unable to retrieve full-text content]TIADA angin, tiada ribut, minggu lalu tersiar berita Aznil Nawawi bakal meninggalkan tugasnya sebagai penyampai radio Era selepas hampir tiga tahun berkhidmat di stesen itu. Berdasarkan maklumat disampaikan sumber berita itu, Aznil berbuat demikian kerana mahu menumpukan perhatian terhadap bidang pengacaraan televisyen. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |