Berita Harian: Hip |
Posted: 30 Nov 2011 03:35 PM PST Hip Nafi minta bayaran melampauKEHADIRAN Nur Fathia Abd Latiff di dalam arena lakonan, lebih banyak dilingkari cerita busuk daripada kisah kejayaan kerjaya seninya yang baru hendak berkembang mekar. Dari kisah membaling telefon bimbit ke arah pengarah drama bersiri Stanza Cinta, diikuti kisah tidak memulangkan baju tajaan sehinggalah cerita dia menegur seorang pelakon lebih senior supaya tidak mengganggu seorang jejaka.Saya sedar kehadiran ke dalam industri ini masih baru dan banyak yang perlu saya pelajari. Saya juga sedar di mana tahap saya, takkan saya mahu meminta bayaran yang melampau. - Nur Fathia Semua itu sudah cukup untuk mencalarkan kredibiliti dan namanya dalam dunia yang baru diceburi iaitu sebagai pelakon.Baru-baru ini, nama gadis berusia 24 tahun itu sekali lagi dipalit kontroversi apabila dia dikatakan sudah mula meletak harga yang tidak selari dengan usia bakatnya yang baru setahun jagung. Menerusi ruangan Normah Becok dalam HIP pada Isnin lalu, gara-gara sikap Fathia yang sudah pandai meminta-minta, ada pengarah dan produser pening kerana tidak mampu membayar jumlah dipinta. Kononnya, sebaik mengetahui dirinya menjadi pilihan stesen TV, Fathia menaikkan bayaran lakonannya sekali ganda. Katanya, dia tidak sempat membaca surat khabar kerana terlalu sibuk di lokasi. Nafasnya ditarik panjang, malah nada kecewa jelas kedengaran di hujung talian. "Saya sedar kehadiran ke dalam industri ini masih baru dan banyak yang perlu saya pelajari. Saya juga sedar di maha tahap saya, takkan saya mahu meminta bayaran yang melampau. "Sejujurnya saya tidak masuk campur soal bayaran, urusan meletak harga ditentukan pengurus saya, Hisham. Saya terima tawaran daripada produksi itu kerana memikirkan watak ditawarkan berbeza daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini. Tempoh penggambaran pun tak lama cuma empat hari. Jadi saya rasa tidak salah untuk mencuba," kata Fathia. Bagaimanapun jelas pelakon ini, dimaklumkan syarikat produksi berkenaan tidak mampu membayar harga yang diminta, dia menyangka pengurusnya sudah menolak tawaran berkenaan. Sebaliknya dia masih bertolak ansur dengan mengurangkan sedikit harga, tetapi mereka merayu dikurangkan lagi sehinggalah berpuas hati. "Mungkin tidak puas hati berurusan dengan pengurus, mereka menghubungi saya sendiri untuk berbincang mengenai harga. Tetapi saya tidak boleh buat keputusan sendiri, apa-apa keputusan harus melalui pengurus. "Kalau saya buat keputusan sendiri bermakna tidak menghormati kerjanya, sedangkan dia diupah untuk lakukan kerja ini," katanya. Ujar Fathia lagi, harga diletakkan pengurusnya bukanlah terlalu tinggi. Bagi produksi yang sudah biasa bekerja dengannya, memang itulah harga yang biasa diminta. Lagipun katanya, dia perlu membayar khidmat pengurusnya. Sekiranya meletakkan harga terlalu rendah, tentulah tidak berbaloi untuk periuk nasinya. Berbesar hati dalam senarai ABPBH2011 Sebagai orang baru, ujar gadis kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini, dia memang memerlukan pengurus yang berpengalaman bagi mengelakkan dirinya dari ditipu. Bagi mengelakkan salah faham juga, Fathia awal-awal lagi sudah memaklumkan perkara itu kepada stesen berkenaan kerana tidak mahu namanya tercemar. "Saya memang tertekan kerana tak sudah-sudah diburukkan. Jika saya ada buat silap, tanya saya sendiri betul atau tidak perkara itu. Janganlah asyik hendak mengaibkan saya. Saya berusaha untuk memperbaiki diri tetapi seolah-olah ada pihak yang tidak senang dengan diri saya. Tapi saya percaya, peminat tahu menilai kebenaran," katanya. Nurfathia ketika ini adalah antara nama yang tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011). Pencapaian seperti itu sudah cukup membuatkan gadis manis ini berasa amat besar hati. Katanya, usia pembabitannya masih setahun jagung, justeru dia tidak menjangka dirinya layak. "Alhamdulillah, saya gembira dengan pencalonan ini tetapi saya tidak meletakkan sebarang harapan kerana diri saya masih baru. Namun saya tetap menganggap diri saya bertuah kerana sudah ada yang mula menyedari kehadiran saya dalam bidang lakonan," katanya. |
Posted: 30 Nov 2011 02:42 PM PST Hip Nik Shareena (kiri) dan Mardhiah Syahida di La Vida Lounge Holiday Villa Subang. SEGALA-GALANYA bermula dengan Vanessa Mae, si pemain biola wanita yang terkenal di serata dunia. Ketika itu dia berusia 10 tahun namun gemersik gesekan melodi yang menusuk ke telinganya seakan membuai rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Jauh di sudut hati, dia memasang niat mendalami peralatan muzik yang dirasakan terlalu istimewa namun menyedari keluarganya kurang berkemampuan, hajat itu hanya dipendamkan. Sembilan tahun berlalu, anak kedua dari lima bersaudara itu akhirnya berpeluang menggapai impian lalu apabila berjaya memasuki kelas muzik menggunakan wang simpanan yang sememangnya disimpan berdikit-dikit.Kini Nik Shareena Rosly, 28, wajar berbangga dengan diri sendiri kerana bukan saja diundang mempersembahkan gesekan biolanya di majlis gah malah bergelar guru muzik, sesuatu yang tidak pernah diimpikan sebelum ini. "Saya anggap semua ini ujian. Kesabaran serta semangat membolehkan saya gigih mempelajari biola dan membaca nota muzik. Barangkali ada yang sinis apabila hanya pada usia 19 tahun baru memasuki kelas muzik tetapi bagi saya tiada istilah terlambat asalkan kita bertekad. "Sambil bekerja, saya mencuri masa ke kelas malam hingga memperoleh sijil. Sokongan keluarga juga antara pendorong yang membulatkan hasrat menyambung pengajian selain mula berani bergerak mengadakan persembahan," kata penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Nik Shareena atau mesra disapa Sheena antara pemain biola wanita yang rancak meraih undangan pihak korporat, tidak terkecuali mengadakan persembahan di hotel serta pusat hiburan. Melihat aksinya bersama teman gandingan, Mardihiah Syahida Ahmad Nasarudin, 22, ketika beraksi di La Vida Lounge Holiday Villa Hotel & Suites Subang, jelas terserlah keasyikan menggesek biola yang dianggap sebagai teman karib. Mengakui suka duka dilalui sebelum menguasai peralatan muzik yang menjadi dambaannya selama ini membuatkan bekas pelajar Sekolah Muzik Yamaha itu menghargai setiap detik terutama ketika menguasai pentas. Baginya saat berada di hadapan penonton dan berkongsi melodi yang membuai perasaan adalah momen terindah yang sentiasa dibayangkan tatkala zaman kanak-kanak sekali gus apabila hajat itu direalisasikan, Sheena enggan berpaling lagi. Tegasnya, apabila diberi peluang memegang amanah memberi bimbingan kepada individu yang baru berjinak-jinak dengan biola terutama golongan berusia, dia mencurahkan ilmu sepenuh hati kerana merasakan suatu ketika dulu pernah berada di tempat mereka. "Bagi ibu bapa berkemampuan, tiada masalah menghantar anak sekecil lima tahun ke kelas muzik, tetapi saya yakin di luar sana ramai orang dewasa yang teringin belajar. Sebenarnya tiada masalah, selagi punya minat dan kesungguhan ia tidak sesukar mana. "Saya sendiri membimbing pelajar dari semua peringkat usia malah paling senior sudah melebihi 50-an," tambahnya lagi yang sudah lebih lima tahun menjadi guru muzik. Sementara itu, Mardihiah Syahida menganggap peluang mengadakan persembahan di sebuah hotel terkemuka seperti itu bersama rakan karibnya sebagai pengalaman mengujakan. Jika selama ini sebagai penuntut ASWARA, dia sekadar beraksi untuk persembahan di kolej bersama khalayak di dalam lingkungan pelajar mahu pun teman seangkatan lain, kesempatan yang julung kali terbentang di depan mata tidak dilepaskan. Mengakui sedikit gementar apatah lagi berpadu tenaga dengan Sheena yang berpengalaman luas mengadakan persembahan di ruang ekslusif, gadis kecil molek itu cuba memberikan persembahan terbaik. "Ini pengalaman pertama mengadakan persembahan di tempat seperti ini. Kalau di ASWARA memang kami kerap beraksi untuk tugasan pengajian atau majlis khas namun dalam lingkungan kelompok penonton sama, cuma apabila tempat seperti ini, auranya nyata berbeza. "Berbanding Sheen, saya dihantar ke kelas muzik ketika di bangku sekolah. Selepas tamat peringkat menengah, saya mengambil jurusan muzik di akademi ini. Sama ada cepat atau lewat mempelajari muzik, paling penting adalah rasa cinta," katanya anak bongsu yang bakal menggenggam Ijazah Sarjana Muda tidak lama lagi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |