Adsense

Jumaat, 2 Disember 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


6 Petanda Lelaki Meminati Wanita Itu

Posted: 01 Dec 2011 04:15 PM PST


Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.



1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.