Himpunan Kisah Sensasi |
Pakaian dari barang terbuang dijual RM785 Posted: 01 Dec 2011 11:17 AM PST SALAH satu fesyen ciptaan Marion Macedo yang diperbuat daripada barang terbuang dipamerkan di Lapa Paz pada 17 Oktober lalu. LA PAZ – Pereka fesyen Bolivia, Marion Macedo mencipta pakaian daripada surat khabar lama, beg plastik, cakera padat dan penutup botol soda. Setiap pakaian yang dihasilkannya itu adalah mesra alam dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan dengan menggunakan tangan dan dijual pada harga AS$250 (RM785). Macedo yang merupakan seorang wanita menghasilkan pakaian itu dengan menggunakan jarum gergasi. "Bukan sahaja kami mengitar semula akhbar, tetapi kami juga menggunakan pewarna sayur-sayuran, kulit biji koko dan kami juga menghasilkan pelekat semula jadi," katanya. – AFP /// kosmo // Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |