OHBULAN! |
Hangat! Top 12 Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)! Posted: 02 Dec 2011 10:53 PM PST Daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan di separuh akhir Muzik-Muzik bermula 18 November lepas, hanya 12 lagu bertuah yang berjaya dan layak ke Anugerah Juara Lagu kali ke-26 (AJL26). Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, komposer dan seorang gadis yang sedang mencipta nama iaitu Yuna telah berjaya layak ke AJL 26 dengan 2 buah lagunya, "Gadis Semasa & Penakut". Mungkin kali ini kita akan melihat keputusan yang berlainan pula dari Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) yang lepas. Tidak ketinggalan, lagu "Sedetik Lebih" yang dibawa oleh Jaclyn Victor turut berjaya menempah slot ke AJL 26 dan ini pasti akan menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat. Aizat & Anas Amdan pula berjaya ke AJL 26 dengan lagu "Sungai Lui" dan ini merupakan kali ke-4 Aizat Amdan ke Anugerah Juara Lagu. Apa yang lebih mengejutkan adalah lagu "Cinta Muka Buku" oleh Najwa Latiff telah berjaya mengalahkan lagu "Pokok" pada separuh akhir ke-2 yang lepas dan turut berjaya layak ke AJL 26 mengalahkan lagu "Cinta Teragung" oleh Hazama dan "Mata Hati" oleh Nubhan. Berikut adalah senarai penuh 12 lagu yang akan ke Anugerah Juara Lagu 26 pada 29 Januari 2012 nanti. 1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas) |
Dicop Remaja Sosial, Erin Malek Azam Mahu Berubah Posted: 02 Dec 2011 04:00 PM PST Suatu ketika dulu, remaja yang mula menempa nama menerusi filem 'Tentang Bulan' ini tanpa segan dan silu membuat pendedahan eksklusif lewat sebuah program hiburan dengan menunjukkan lidahnya yang bertindik malah mengakui dirinya seorang yang kuat bersosial. Pengakuan berani matinya Erin Malek, 17 itu sekaligus menjadi bualan ramai tidak kurang juga kecaman pedas yang melabelkan tingkah laku remaja bermasalah ini keterlaluan sekaligus mencemarkan imejnya sebagai seorang muslim. "Tindakan saya itu disebakan terikut-ikut dengan perbuatan kawan-kawan yang gemar meniru-niru budaya artis luar selain didorong rasa ingin tahu," "Saya sedar semua itu satu kesilapan. Selepas kejadian itu saya berasa tidak senang hati dan sukar untuk berdepan dengan situasi. Saya jadi seorang yang suka bersendirian dan tidak pulang ke rumah," ujarnya dipetik dari laman mStar. Nekad meninggalkan segala episod 'gelap' yang sentiasa membayanginya , Erin kini nekad ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia berazam untuk menjaga tingkah laku dan tidak mahu lagi melakukan sebarang perbuatan yang mencetuskan kontroversi pada dirinya. Bakal membintangi drama 'Aishiteru' yang akan ditayangkan di TV9, Erin ingin fokus pada kerjaya lakonannya selesai saja kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan. Disamping itu, dia juga merancang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang pengarahan filem. "Itu sebahagian daripada impian saya, tapi kalau boleh saya ingin belajar menggunakn duit hasil titik peluh saya sendiri," ujar Erin lagi. Foto: Kredit Life Photo Production Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |