Adsense

Jumaat, 2 Disember 2011

Celebrity News

Celebrity News


Lisa Surihani Di Perhimpunan UMNO 2011

Posted: 01 Dec 2011 07:43 PM PST

Bagi ahli politik didalam dan luar negara sudah pasti perhimpunan UMNO kali ini akan menjadi perhatian, dari segenap sudut orang ramai akan memerhati apa yang berlaku. Dan setiap aktiviti yang berlaku juga akan menjadi bualan mulut dan idea bagi wartawan dan penulis blog pembangkang atau penyokong.

Post ZoOm hari ini berkisar mengenai artis kita yang berkecimpung dalam dunia politik samada secara langsung ataupun tidak. Terbaru dalam perhimpunan UMNO kali ini Lisa Surihani tampil menghiasi dunia blog dengan pelbagai tanggapan, mungkin tidak disengajakan atau ingin menunjukkan sesuatu.

Tetapi bagi ZoOm tidak salah dan ia hak individu masing-masing, seperti biasa pihak pembangkang dan penyokong ada pro dan kontranya.


Baru-baru ini Lisa Surihani tampil dengan memakai baju kurung merah jambu (tema perhimpunan puteri UMNO), yang melambangkan keayuan seorang gadis melayu. Tidak salah jika ZoOm katakan Yusri adalah insan yang bertuah kerana berjaya menambat hati seseorang yang sudah pasti menjadi idaman ramai jejaka dan golongan VIP atau VVIP diluar sana.

Untuk pengetahuan anda Lisa Surihani terpilih menjadi pemenang dan penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno kali ini.

Apa pun tanggapan anda buat masa sekarang saham dan populariti Lisa Surihani sudah pasti akan menjadi sebutan samada dalam bidang politik ataupun hiburan di Malaysia.

Dan Berikut beberapa gambar Lisa Surihani semasa menghadiri perhimpunan UMNO baru-baru ini :



ZoOm : Apa Kata Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Masakan : Puding Roti

Posted: 01 Dec 2011 06:50 PM PST

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang makan )

  • roti gardinear 1 buku ( yang kecil )
  • 1 kotak santan (yang kecil tu)
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 1 / 2 cawan air
  • secubit garam
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. susu pekat dan air disatukan kemudian diketepikan
  2. siat atau koyak koyak kan roti tersebut dan letak didalam bekas besar
  3. masukkan santan , telur, garam dan air yang telah bercampur dengan susu pekat ke dalam bekas yang ada roti tadi
  4. biarkan selama 5 ke 10 minit supaya roti tersebut kembang
  5. kemudian boleh dikukus atau bakar pada suhu 180c, 45 minit
  6. boleh dihidangkan bersama susu cair dan coklat
  7. ** kalau nak kelainan , boleh tambahkan perisa strawberry, pandan dan juga boleh letakkan jem di dalam adunan tadi
 Info : MyResepi
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!