Adsense

Jumaat, 7 Januari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


‘Tegurlah kalau tersilap’

Posted: 06 Jan 2011 03:22 PM PST

Hip

pix_gal0
Sebagai bintang baru, Nur Fathia akui banyak perkara perlu dipelajari

MENYEDARI dirinya masih setahun jagung dalam lakonan, bakat baru, Nur Fathia lebih suka mengambil pendekatan membuka mata dan telinga, memerhatikan gaya persembahan artis lebih berpengalaman di sekelilingnya, serta menerima segala pandangan dan teguran demi memantapkan aksi di depan kamera.

Apatah lagi dia bukannya hadir daripada dunia mahupun kelas seni. Justeru, ilmu yang ditimba sudah semestinya menjelma daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang itu, sama ada pengarah, pelakon mahupun kru bertugas. Semua pendapat mereka didengar gadis berusia 23 tahun ini, bagi mengutip sedikit pengetahuan dalam bidang yang kian menambat hatinya.

"Sebagai pelakon baru, saya perlu menerima pandangan dan teguran orang lain. Saya bukanlah insan ataupun pelakon yang sempurna. Lebih daripada itu, saya tidak mempunyai asas lakonan atau pernah menyertai kelas sedemikian. Jadi, teguran merekalah yang menjadi ilmu berguna," katanya. Pelakon yang semakin mendapat tempat di hati peminat dek kemunculannya sebagai Hani dalam drama bersiri menggunakan nama wataknya sebagai judul yang mengisi slot Lestary di TV3 itu bagaimanapun berkata, selepas pengajiannya tamat sedikit masa lagi, pastinya dia akan memberikan tumpuan yang lebih kepada lakonan, termasuk mengikuti kelas yang disediakan.

Ketika ini, Fathia berada dalam tahun ketiga pengajian undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurutnya, dalam masa dua tahun lagi, dirinya layak bergelar peguam, itu pun selepas berjaya mendapatkan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Ditemui pada sesi mencuba barang kemas Rafflesia di butik terkenal itu sebelum melangkah ke acara permaidani merah Anugerah Skrin 2010 baru-baru ini, anak sulung daripada empat adik-beradik ini memberitahu, jika rezeki menyebelahinya, dia tidak mahu membuat pilihan, sebaliknya ingin berjaya dalam kedua-dua bidang.

"Lakonan bidang yang mula memikat hati saya sebaik saja serius membabitkan diri di dalam seni sekitar 2010, manakala pelajaran pula mampu menjadi penyokong kehidupan kita pada masa depan apabila khidmat dalam lakonan mungkin tidak lagi kencang," katanya.
Walaupun tumpuannya berbelah-bagi pada saat ini, dengan seni dilihat sebagai karier separuh masa, namun Fathia memastikan dirinya sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap kali sesuatu drama ataupun filem dijayakan olehnya.

"Saya juga hanya akan menerima tawaran berlakon sesuatu watak utama pada cuti semester, supaya tumpuan yang lebih mampu diberikan kepada watak berkenaan. Hani, umpamanya, bukanlah watak yang senang untuk saya hidupkan. Ia peranan yang begitu mencabar apabila drama terbabit memerlukan saya beraksi sebagai gadis buta.

"Nasib saya amat baik kerana dapat bekerja di bawah pengarah Heykal Hanifah yang mengajar pelakonnya sebagaimana dia mendidik anak sendiri. Biarpun ada ketika nada suaranya agak tinggi, tetapi saya terima kerana dia cuba membentuk lakonan saya agar menjadi lebih baik lagi. Saya suka dengan caranya bekerja.

"Jika pada mula-mula berlakon dulu, saya boleh rasakan aksi saya agak kaku apabila beraksi di depan kamera, tetapi dengan bantuan pengarah seperti Heykal saya dapat rasakan adanya peningkatan dalam lakonan. Inilah yang saya maksudkan dengan pelajaran yang dipungut daripada mereka yang lebih berpengalaman, ketika di lokasi.

"Lagipun, saya tidak mahu peminat mengenali Nur Fathia menerusi cerita bukan-bukan, sebaliknya biarlah melalui persembahan saya yang baik di skrin kecil mahupun layar lebar. Atas alasan itu, setiap kali menerima sesuatu watak, saya sedaya upaya memberikan persembahan yang meyakinkan," ujarnya.

Hijab jadi filem pertama

Sekiranya ketika ini peminat dapat menyaksikan lakonannya dalam Hani, drama yang baru saja tamat penggambarannya 23 Disember lalu, pada 2011 ini pula mereka dijangka menonton aksi Fathia di layar lebar pula menerusi filem Hijab, arahan Pierre Andre. Filem hasil tangan pengarah muda itu dirakam sekitar Jun tahun lalu.

"Saya juga mahu terus berlakon pada 2011 ini, kerana minat saya dalam bidang terbabit kian bercambah dari sehari ke sehari. Bukan kerja yang muda, tetapi dengan bantuan semua pihak, saya yakin dapat melakukannya dengan lebih baik," kata gadis manis yang menjadikan Shah Alam sebagai rumahnya.

Terlanjur bercerita mengenai Hani, Fathia yang turut aktif dalam lakonan iklan komersial dan pernah muncul dalam drama Nur Kasih ini mengaku cukup serasi bekerja di sisi Rozita Che Wan, yang berlakon sebagai ibunya dalam drama berkenaan.

"Bukan saja cantik, tetapi dia seorang yang sangat baik hati. Walaupun jauh lebih popular daripada saya, tetapi dia tidak lokek ilmu ketika di lokasi.
Apabila tiba babak membabitkan kami berdua, saya jadi cukup seronok kerana Kak Ita sentiasa bijak mewujudkan keserasian antara kami," kata wanita yang mempunyai darah Arab-Melayu ini.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pengalaman baru Siti

Posted: 06 Jan 2011 03:18 PM PST

Hip

SITI NURHALIZA dan Tun Dr Mahathir ketika rakaman program bicara Siti... Hiburan dan Inspirasi.

SITI NURHALIZA dan Tun Dr Mahathir ketika rakaman program bicara Siti... Hiburan dan Inspirasi.

Impikan jadi pengacara program TV sehebat Oprah Winfrey

DUNIA nyanyian sudah pun berjaya ditaklukinya. Bidang perniagaan yang baru diceburinya itu kini secara perlahan-lahan semakin mengembangkan pengaruhnya.
Manakala untuk lakonan pula, walaupun tidak aktif namun tercatat juga dalam lembaran sejarah peribadi miliknya apabila pernah terbabit dalam sebuah teater muzikal berskala mega. Lalu, apa lagi yang didambakan penyanyi nombor satu negara ini?

Ternyata, walaupun ramai yang menyifatkan bahawa dia kini sudah memiliki segala-galanya, namun bagi Datuk Siti Nurhaliza, masih ada kekurangan dan perlu diisi. Dalam diam, Siti berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan. Mengendalikan program berkonsepkan bual bicara, rancangan berbentuk majalah bertajuk Siti... Hiburan Dan Inspirasi itu akan menampilkan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu sebagai perantara. Satu pengalaman baru buat penyanyi ini.
Menyaksikan sendiri rakaman program yang diterbitkan rumah produksi Global Station ini yang dijalankan di Filem Negara, petang kelmarin, Siti memang mempunyai bakat semula jadi untuk menjadi seorang pengacara. Suara gemersiknya itu bukan saja mampu memukau penonton apabila menyanyi tetapi juga mampu melontarkan soalan demi soalan kepada tetamu undangan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya, apakah Siti sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi pengacara memandangkan sebelum ini tidak terdengar sebarang ura-ura yang Siti mahu menceburi bidang itu.

"Memang sebelum ini ramai yang pernah bertanyakan Siti sama ada mahu mencuba bidang pengacaraan. Tapi jawapan Siti pada masa itu adalah tidak, kerana Siti sendiri belum bersedia. Namun selepas Siti merasakan yang masanya sudah tiba dan Siti juga sudah bersedia, maka terhasillah program Siti.
Begitupun, konsep program bual bicara Siti... Hiburan Dan Inspirasi tidaklah tertumpu kepada hiburan semata-mata.

"Sebagai sebuah program yang mengkhusus kepada cerita berkonsepkan motivasi, Siti bersama-sama pihak penerbit memilih sendiri siapakah tetamu yang layak untuk diundang ke studio.

"Ini adalah kerana mereka akan berkongsi pengalaman dan kisah suka duka yang terpaksa mereka lalui sebelum menempa kejayaan,"kata Siti ketika ditemui pada sidang media sejurus rakaman program itu berakhir.

Sambil mengakui menjadikan pengacara tersohor luar negara, Oprah Winfrey sebagai idolanya, Siti juga menaruh harapan untuk berjaya dalam bidang pengacaraan ini dan mengikut jejak langkahnya.

Diusik dengan pertanyaan apakah Siti juga bercita-cita untuk menghadiahkan pelbagai barangan kepada penonton setianya, Siti membalas pertanyaan itu dengan ketawa yang memanjang.

"Tunggulah, kalau program ini mendapat sambutan dan ada pihak yang sudi untuk menaja pelbagai barangan untuk diberikan kepada penonton program ini, Siti amat mengalu-alukannya," jawab penyanyi ini sambil menguntumkan senyuman manisnya.
Tidak semua orang mungkin akan suka mendengar perkhabaran terbaru ini.
Barangkali akan ada suara-suara nakal yang akan mempertikaikan hasrat Siti melangkahkan kaki ke dalam bidang pengacaraan kerana seolah-olah penyanyi ini mahu mencaras kerjaya mereka.

"Siti menceburi bidang perniagaan hanyalah mahu menguji diri Siti dan bukannya untuk menguji orang lain," jawabnya ringkas.

Program Siti ini akan menemui penonton pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam mulai Februari depan menerusi saluran Astro Ria.

Gementar menemubual idola

SEKIAN lama dia menjadikan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 ini sebagai idolanya.Meskipun pernah bersua muka dan saling berbicara, namun inilah julung kalinya Siti menemubual Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkongsi rahsia dengan penonton program itu.Sepanjang hampir 20 minit temubual itu berlangsung, Siti banyak bertanyakan rahsia kejayaan tokoh negarawan berusia 85 tahun itu serta mengimbas sedikit zaman remajanya.

Pun begitu, kata Siti walaupun sudah biasa berdepan dengan kamera, namun entah mengapa perasaan gugup dan gementar tetap ada.

"Bukan mudah untuk menjadi pengacara. Mujurlah aura yang Tun miliki sepanjang temubual ini membuatkan saya semakin selesa untuk melontarkan setiap soalan," kata Siti sambil mengaku teruja dengan pujian Tun yang mengatakan dia mampu menjadi seorang pengacara yang baik satu hari nanti.

Dalam pada itu Siti juga melahirkan perasaan gembiranya kerana berpeluang mengadakan persembahan Interlude untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-25 Ahad ini.

"Persembahan Interlude ini juga akan menyaksikan Siti, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain membuat persembahan. Tapi kami tak adalah digandingkan bersama.Siti gembira juga apabila pihak TV3 sudi menjemput Siti untuk menjayakan malam anugerah itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mengingati diri Siti,"katanya yang mahu berehat selama beberapa hari selepas AJL sebelu kembali menyambung rakaman program bual bicaranya itu.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Laman gosip ‘panas’ di Britain

Posted: 06 Jan 2011 12:00 PM PST

du 09.1 Laman gosip panas di Britain

LAMAN web LittleGossip.com yang semakin terkenal dalam kalangan pelajar di Britain.


LONDON – Laman web LittleGossip.com yang menggalakkan pelajar sekolah menyiarkan komen mengenai rakan sebaya mereka yang kemudian akan dinilai sebagai benar atau palsu oleh pengguna lain di laman itu kini amat popular di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, banyak komen dalam laman web tersebut dianggap biadap sehingga menimbulkan kebimbangan para guru dan ibu bapa.

"Seorang gadis dikhabarkan telah meniduri sekurang-kurangnya 45 lekaki…. legenda atau jalang," kata satu komen di laman web itu yang disiar dalam sebuah akhbar Britain semalam.

Laman LittleGossip.com dihasilkan oleh beberapa penghasil laman web di Belize, Amerika Tengah.

Pelajar boleh memilih negara dan sekolah tempat mereka belajar supaya rakan sebaya lain boleh melihat mesej berkaitan dengan mudah.

Ia dilancarkan di Britain pada November lalu dan popularitinya melonjak selepas ramai remaja menyebarkan berita mengenainya di laman sosial lain termasuk Facebook dan Twitter. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


(Gambar) Ramona Dewi Remaja & Pelabagai Teman Lelaki

Posted: 06 Jan 2011 04:43 PM PST






google: ramona zam zam, ramona zam zam facebook, ramona zam zam blog, ramona zam zam seksi, ramona zam zam hot, ramona zam zam twitter, ramona zam zam myspace, ramona zam zam seksi, ramona zam zam hot, ramona zam zam panas, ramona zam zam bogel, ramona zam zam buah dada, ramona zam zam dan teman lelaki, gambar ramona zam zam, terkini ramona zam zam, terbaru ramona zam zam, foto ramona zam zam dan teman lelaki, photo ramona zam zam, teman lelaki ramona zam zam, boyfriend ramona zam zam

(Gambar) Anith Aqilah dan Teman Lelaki, Pakai seksi pulak tuh

Posted: 06 Jan 2011 04:40 PM PST

Kredit gambar: OhBulan.com







google: anith aqila, anith aqila seksi, anith aqila hot, anith aqila panas, anith aqila dan teman lelaki, gambar anith aqila dan teman lelaki, anith aqila dan boyfriend, anith aqila dan kekasih, gambar foto anith aqila dan kekasih, anith aqila seksi gila, anith aqila bogel, anith aqila buah dada, anith aqila pakai seksi, terkini anith aqila, terbaru anith aqila, kontroversi terbaru anith aqila

(Gambar) Anith Aqilah dan Teman Lelaki, Pakai seksi pulak tuh

Posted: 06 Jan 2011 04:40 PM PST







google: anith aqila, anith aqila seksi, anith aqila hot, anith aqila panas, anith aqila dan teman lelaki, gambar anith aqila dan teman lelaki, anith aqila dan boyfriend, anith aqila dan kekasih, gambar foto anith aqila dan kekasih, anith aqila seksi gila, anith aqila bogel, anith aqila buah dada, anith aqila pakai seksi, terkini anith aqila, terbaru anith aqila, kontroversi terbaru anith aqila

Gambar fasha sandha berbikini... woowwww!!!

Posted: 06 Jan 2011 04:35 PM PST

Kredit gambar di SINI







google: fasha sandha, fasha sandha seksi, fasha sandha hot, fasha sandha bogel, fasha sandha bikini, fasha sandha pakai bikini, fasha sandha panas, terbaru fasha sandha bikini, terkini fasha sandha bikini, fasha sandha bikini di bali, fasha sandha bikini percutian,

Pierre Andre Dan Sharifah Amini Kembali 'Bercinta'

Posted: 06 Jan 2011 04:24 PM PST


PETALING JAYA: Setelah sekian lama tidak menyaksikan gandingan mantap antarapelakon Pierre Andre dan Sharifah Amani sejak drama Cinderalla, kini mereka kembali bergandingan menerusi drama cinta, Tiramisu yang akan ditayangkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Drama bersiri 28 episod terbitan FIlscape itu diarahkan oleh Faizal Ishan dan skripnya ditulis oleh Eddie Mazlan.

Tiramisu mengisahkan cinta antara dua teman rapat iaitu Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre) yang dikenali sejak zaman persekolahan.

Dani merupakan seorang pelajar yang sering menjadi perhatian oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya, tetapi tidak pula buat Melur.



Tania Hudson
Personaliti Melur yang berbeza berbanding pelajar perempuan lain membuatkan Dani ingin berkenalan dan mendampingi Melur.

Kedua-dua mereka mula rapat setelah Dani cuba mengatasi masalah Melur yang sering diganggu oleh pemiutangnya.

Keserasian mereka membuatkan Dani dan Melur mula menyimpan perasaan terhadap diri masing-masing tetapi enggan memikirkan tentang cinta kerana usia masih lagi muda.



Zain
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang tukang masak pastry walaupun bunya, Gai (Shiela Mambo), mengharapkannya untuk menjadi seorang peguam yang berjaya.

Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuat kek Tiramisu. Akhirnya Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajarannya ke London, Dani berjanji pada Melur, sekiranya mereka masih lagi bujang di usia 28 tahun, mereka akan berkahwin.

Bagaimanapun, selepas Dani ke London, perhubungan mereka menerusi emel hanya seketika dan hubungan mereka terputu dan membawa haluan masing-masing.

Setelah beberapa tahun berlalu, Dani kembali ke tanah air sebagai pastry Chef terkenal di London dan dia bercadang untuk membina nama pula di Malaysia.

Pada masa yang sama Dani ingin mencari Melur, namun dia telah pun berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan dulu mula menaruh harapan agar Dani jatuh cinta padanya.

google: tania hudson, tania hudson facebook, tania hudson blog, tania hudson twitter, tania hudson myspace, tania hudson wiki, tania hudson bio, tania hudson profile, tania hudson profil, tania hudson biography, tania hudson biografi, tania hudson seksi, tania hudson hot, tania hudson panas, tania hudson bogel, buah dada tania hudson, terkini tania hudson, terbaru tania hudson, gambar tania hudson, foto tania hudson, photo tania hudson

Pelakon Bertudung Dapat Perhatian Shiela Rusly

Posted: 06 Jan 2011 04:21 PM PST


PETALING JAYA: Produser drama Shiela Rusly membuka lebih peluang kepada pelakon-pelakon bertudung untuk berlakon dalam drama-drama terbitan syarikatnya, JS Pictures Sdn Bhd.

Menurut Shiela, ia disebabkan dia memahami kesukaran pelakon-pelakon yang bertudung untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bidang seni.

Justeru, drama terbaru slot Legenda berjudul Sakti Delima menampilkan pelakon-pelakon baru dan lama yang telah berhijrah dengan penampilan menutup aurat.

"Saya faham agak sukar bagi mereka untuk mendapat watak-watak yang mencabar terutamanya watak jahat. Kebiasaannya bila bertudung mereka akan diberikan watak kecil dan sampingan.

"Saya juga melalui situasi tersebut jadi tanggungjawab saya untuk beri peluang kepada mereka menonjolkan bakat dalam drama-drama saya," katanya.

Antara pelakon yang dimaksudkan ialah Bienda, Safura, Aida Kahlida, Catriona Ross, dan Liza Hanim yang diberi kepercayaan terlibat dalam dramanya itu.

Jelas Shiela, dia mahu membuka mata setiap produksi dan masyarakat agar tidak membatasi bakat yang ada pada seseorang pelakon hanya kerana penampilan mereka.

"Kalau boleh saya nak ubah persepsi produksi di Malaysia. Sayang jika bakat mereka terbiar begitu sahaja. Disebabkan itu juga ramai artis yang mengambil keputusan untuk berhenti berlakon

"Saya beri watak antagonis pada Catriona dan saya lihat dia dapat bawa watak itu dengan baik sekali," katanya.


Antara barisan pelakon yang menjayakan Delima Sakti
Manakala menurut pengarah, Azman Yahya atau Jinggo cabaran utama dalam drama berkenaan ialah bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Melayu Deli.

"Kami tidak menetapkan satu tempoh masa untuk drama ini dan menggunakan bahasa Melayu lama atau bahasa Melayu Deli. Ia merupakan cabaran utama kami,.

"Alhamdulillah pelakon-pelakon dapat memberi kerjasama yang terbaik sepanjang penggambaran, " katanya.

Drama Sakti Delima yang dihasilkan sebanyak 20 episod ini sudah ditayangkan sejak 3 Januari lalu. Ia merupakan drama adaptasi dari filem klasik Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas kalung yang menjadi rebutan ramai.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini ialah Engku Ismail, Iqram Dinzly, Shiela Rusly dan Yalal Murai.

Syamsul Tiada Musuh Dengan Diana Danielle Kerana Farid

Posted: 06 Jan 2011 04:20 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Syamsul Yusof, 27, tidak menyimpan perasaan marah terhadap bekas kekasihnya Diana Danielle Danny Beeson, 20, apabila tidak bersalam dengan wanita itu semasa menerima anugerah bagi kategori Lakon Layar Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2010 (ASK2010),24 Disember lalu.

Syamsul berkata, semasa menerima anugerah tersebut dia begitu terkejut dengan kemenangan berkenaan sehingga menyebabkan dia terlupa untuk menghulurkan salam kepada Diana.

"Memang saya tak sedar yang saya tidak bersalaman dengan Diana. Mungkin ketika itu saya terlalu teruja dengan kemenangan itu. Maaflah jika ada sesiapa yang terasa. Selepas menerima anugerah itu kami bersalaman di belakang pentas dan Diana mengucapkan tahniah kepada saya.

"Tetapi kami tidak bermusuhan pun, malah kami berkawan seperti biasa," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Dalam rancangan yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 itu, Syamsul dilihat terus berlalu apabila Diana yang bertindak sebagai penyampai trofi memberikan hadiah kemenangan itu kepadanya.

Peristiwa itu menyebabkan ramai pihak yang beranggapan Syamsul masih mempunyai perasaan dendam terhadap Diana berikutan perbalahan berikutan Farid Kamil memberi kritikan pedas terhadap Syamsul yang menang anugerah Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia k3 23 (FFM23) lalu.

Ini kerana Diana Danielle dikatakan kekasih baru Farid selepas berpisah dengan Syamsul.

Bagaimanapun, kata Syamsul, dia tidak akan boleh mempertimbangkan untuk mengambil Diana berlakon dalam filem-filemnya akan datang jika bersesuaian dengan aktres itu.

"Saya tak letakkan syarat untuk mengambil Diana berlakon kerana saya mengambil sikap profesional. Kenapa tidak jika ada watak yang sesuai untuknya?

"Apa yang berlaku sebelum ini disebabkan perasaan kecil hati saya terhadap Farid kerana saya dah lama berkawan dengan dia dan saya agak terasa bila Farid memberikan kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Tapi saya sudah maafkan dia dan saya juga mahu meminta maaf daripada Farid sekiranya saya ada buat salah terhadapnya," ujar Syamsul.

Siti Nordiana & Rosmunira Hapus Dendam Selepas Kematian Faizal

Posted: 06 Jan 2011 04:17 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop,33, mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid, 27.Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.
Bagaimanapun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari lalu, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.
"Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia (Rosmunira) dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.Rosmunira (kiri) menyiram air mawar di pusara arwah suaminya yang meninggal dunia pada 1 Januari lalu. Gambar: Utusan Malaysia"Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.Pelakon Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.Siti Nordiana berkata, hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka."Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain.Faizal Yusof"Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini."Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham," katanya.Dalam pada itu, menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham meminta mereka berdua agar berbaik.
"Rosmunira ada beritahu saya sebelum meninggal dunia, Faizal pernah banyak kali meminta agar kami dapat berbaik dan tidak lagi berdendam," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya tentang riak wajahnya yang dikatakan kelihatan seolah-olah tidak begitu sedih pada hari kematian tersebut, dia memberitahu tidak mampu untuk menangis lagi.
"Saya sangat sedih sehinggakan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata. Ketika Allahyarham nazak saya berada di sisinya. Namun begitu saya juga tidak mahu anak saya lihat saya terus berkeadaan begitu.
"Rayyan sendiri bertanya kepada saya mengapa semua menangis di hadapan ayahnya," katanya.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Dakwah melalui pengacaraan

Posted:

Dakwah melalui pengacaraan

Dakwah melalui pengacaraan

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN



IRONINYA, dua hos yang digandingkan dalam sebuah program baru terbitan Astro Oasis, Musafir yang merupakan dua bekas peserta program realiti berbentuk Islamik, Imam Muda, Mohd. Taufek Mohd. Noh dan Hizbur Rahman, tidak mempunyai minat yang sama.

Mohd Taufek yang juga telah menggendalikan sebuah program keagamaan berbentuk kuiz, Famili Sarjana, misalnya memang menggemari dunia pengacaraan.

"Saya suka bidang ini dan sedang merancang untuk pergi lebih jauh lagi jika diberi peluang. Dalam masa terdekat ini juga saya akan memasuki kelas pengacaraan.

"Pada saya berdakwah bukan sahaja melalui ceramah-ceramah bebas tetapi boleh juga melalui medium ini. Malah ia lebih meluas kepada semua golongan," ujarnya ketika ditemui semasa penggambaran program Musafir di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Berbeza buat Hizbur yang pertama kali menjadi hos, secara jujur, dia lebih senang untuk menyampaikan dakwah dengan memberi ceramah dan forum secara terus kerana berpendapat ia lebih rapat dengan masyarakat.

Tetapi dia tetap berani menyahut cabaran menjadi hos.


SALAH sebuah perkampungan Islam di Bangkok, Thailand yang sempat dilawati krew Musafir.


"Apabila saya diberi peluang untuk mengacarakan rancangan ini, saya tidak menolak kerana bagi saya ini merupakan satu peluang untuk saya mencuba dunia pengacaraan.

"Sebelum ini saya hanya melihat gaya serta penyampaian pengacara televisyen, nampak seperti mudah tapi selepas saya merasainya sendiri, ia ternyata susah," ujar naib juara Imam Muda ini yang mendapat sambutan hangat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk penggambaran di sana.

Bagaimanapun mereka sepakat dalam Musafir dengan satu misi, menyebarkan syiar Islam.

Bersama menyelusuri dan mendekati budaya serta cara agama Islam dipraktikkan di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei, Taufek dan Hizbur sependapat menyatakan latar budaya serta agama yang berbeza tidak menjadi jurang buat pengamal agama berlainan itu bertoleransi dalam isu agama.

Hizbur, 28, menjelaskan 'keintiman' masyarakat majmuk yang dilihat di Singapura telah membuka minda tentang keterbukaan amalan agama yang berbeza di sana.

"Sewaktu membuat rakaman di Singapura, saya kagum apabila melihat masyarakat bukan Islam juga dibenarkan memasuki masjid. Barulah saya tahu, rupa-rupanya di luar sana ada pelbagai budaya dan pendekatan untuk berdakwah menyebarkan syiar Islam," kata Hizbur sambil menyifatkan rakaman program Musafir di Brunei merupakan kenangan terbaik kerana negara tersebut banyak menekankan aspek-aspek keIslaman.


HIZBUR tidak melepaskan peluang melaungkan azan di sebuah masjid yang dikunjungi di Bangkok, Thailand.


Sementara bagi Taufek pula, penggambaran di negara-negara yang dihuni minoriti penduduk Islam seperti di Kemboja, telah membuka mindanya mengenai kedaifan masyarakat Islam di luar sana.

Sepanjang rakaman program 13 episod itu, Taufek senantiasa mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dirinya dilahirkan di Malaysia sebuah negara yang bebas mengamalkan cara hidup dan budaya Islam.

"Saya tidak henti memanjat kesyukuran kepada Allah SWT, kerana masyarakat Islam khususnya di Indonesia, Thailand dan Kemboja terlalu dahagakan ajaran Islam, walaupun Islam dikatakan mula tersebar di sesetengah daerah negara-negara tersebut. Berbeza di Malaysia, agama Islam dipraktik dan diamalkan dengan sebaik-baiknya," katanya yang sedih apabila melihat anjing yang bebas berkeliaran di perkarangan masjid di Kemboja.

Teruja di Bangkok

Berpeluang mengikuti penggambaran bersama krew produksi ke Bangkok, Thailand yang dirakamkan di sebuah masjid tertua iaitu Masjid Kudi Cho Fa, terletak di Attuyatha dan Masjid Banglung, Bangkok, nyata memberi pengalaman berharga.


KENANGAN. Hizbur (empat dari kiri), Taufek (enam dari kiri) dan Pengurus Saluran Astro Oasis,Izelan Basar (kanan sekali) bergambar dengan individu yang banyak membantu mereka di Bangkok, Thailand.


Kami dibawa melawat sekitar masjid yang ditadbir serta dibiayai sendiri oleh masyarakat Islam setempat melalui kutipan derma dan sewaan tanah sekitar masjid tersebut.

"Pertama kali memasuki masjid ini, saya terkejut melihat rekaan mimbar di kedua-dua masjid tersebut yang seperti rekaan tokong Buddha tetapi setelah dilihat dengan lebih dekat ia hanyalah ukiran biasa dan difahamkan ia direka bentuk seperti itu ratusan tahun dulu untuk berdakwah secara 'halus' bagi menarik perhatian bukan Islam," jelas Taufek yang turut dipersetujui Hizbur.

Sementara itu, Penolong Penerbit dan penulis skrip syarikat produksi Firdaus Maju Sdn. Bhd., Norhaidatul Azian Tajul Ariffin, berkata, program Musafir bukan sahaja memaparkan perkembangan Islam tetapi juga kekuatan umat Islam yang bersatu biarpun dalam kedaifan.

"Ia dibuktikan melalui program ini yang menjejaki sejarah perkembangan Islam di Malaysia seperti Kedah, Kelantan serta Melaka dan terus mendalami sejarah perjuangan Islam yang bertapak di negara jiran seperti Brunei, Indonesia, Kemboja, Singapura dan Thailand," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Raudhah taruhan terbaru TV9

Posted:

Raudhah taruhan terbaru TV9

Raudhah taruhan terbaru TV9

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (belakang lima dari kiri) ditemani Johan (belakang tujuh dari kanan) bergambar bersama pengacara yang terlibat pada majlis pelancaran Program Raudhah dan Akademi Al-Quran 5 TV9 bertempat di Sri Pentas baru-baru ini.


STESEN televisyen TV9 nampaknya semakin sinonim dengan pelbagai program berunsur keagamaan. Menyedari kekuatan mereka terletak kepada program-program berunsur demikian, TV9 membuka tirai 2011 dengan memperkenalkan Raudhah iaitu penjenamaan baru yang merangkumi kesemua program-program keagamaan di saluran tersebut.

Raudhah, merangkumi lapan program ilmiah yang terdiri daripada Akademi Al-Quran 5 (AQ5) yang juga merupakan program utama dalam penjenamaan Raudhah. Ia diikuti dengan Halaqah, Semanis Kurma, Usrah, Saffiya, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah serta Adik dan Al-Quran.

Menurut Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar, penjenamaan semula Raudhah diperkenalkan sebagai satu destinasi untuk kesemua penonton Muslim moden mencari isi kandungan rohaniah mereka sekali gus mempelbagaikan ilmu pengetahuan.

"Kami percaya ramai di luar sana yang mengharapkan program-program sebegini wujud dan kami berjanji akan memberi kualiti yang terbaik untuk penonton," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Raudhah di Sri Pentas baru-baru ini.

Sementara itu, program baru, Safiyya pula, ia memartabatkan wanita zaman moden yang menitikberatkan imej muslimah serta nilai-nilai keIslaman.

Kekuatan Akademi Al-Quran

AQ5 yang merupakan signature program bagi TV9 yang mendapat sambutan mengalakkan sehingga mencecah 1.5 juta penonton pada musim lalu telah membuatkan program ini muncul lagi dengan beberapa perubahan untuk musim kelima.

Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzman yang merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan natarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang merupakan adik kepada Ustaz Zamri Zainuldin.

AQ5 akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu, pukul 9 malam bermula esok.

AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut bakal menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini sejak musim pertama.

Sementara, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasihah para peserta yang bakal membawa pulang habuan RM30,000, al-Quran yang bertatahkan emas bernilai RM35,000 sumbangan Yayasan Restu, pakej mengerjakan Umrah dan banyak lagi.

"Menariknya, musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit setiap Isnin hingga Jumaat di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tetang perkara seharian yang dilakukan para peserta secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan kita.

"Sementara di sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini yang akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat bermula pukul 6.30 petang, penonton juga dapat lihat gelagat serta aktiviti para peserta di dalam kelas-kelas agama,"jelas penerbitnya, Shukri Ibrahim.

Selain AQ5, TV9 akan meneruskan beberapa lagi program lama yang mendapat sambutan penonton, antaranya Halaqah yang akan disiarkan secara langsung pada setiap Selasa. Halaqah akan tampil lebih segar dan berdaya saing dengan perbincangan-perbincangan ilmiah serta hukum-hakam agama berdasarkan konsep persembahan melihat, mendengar dan merasa.

Kepada mereka yang mempunyai kemusykilan dalam pengisian Islam bolehlah kemukakan permasalahan mereka menerusi program Tanyalah Ustaz pada 7 pagi dan Tanyalah Ustazah yang mula disiarkan bermula hari ini pada pukul 11.30pagi.

Selain itu, turut dimuatkan ialah program Usrah yang diberi nafas baru.

Tidak dilupakan golongan kanak-kanak juga akan disajikan dengan sebuah program menarik iaitu Adik dan Al-Quran.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Siti tangguh buat album

Posted: 06 Jan 2011 06:15 AM PST

pix_topright

PERCUBAAN sulung dan pengalaman pertama - itulah yang boleh dikatakan mengenai Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang kini menceburi bidang pengacaraan pula.

Menerusi program bual bicaranya Siti... Hiburan dan Inspirasi, penyanyi Cindai ini cuba mencabar diri sendiri.


Mengakui personaliti ternama Hollywood, Oprah Winfrey sebagai sumber inspirasi, Siti tetap merendah diri dan berasa tidak layak untuk dibandingkan dengan kehebatan idolanya itu. Beliau berkata siapalah dirinya untuk dikaitkan sebagai 'Oprah Malaysia'.

"Bidang pengacaraan adalah fasa baru dalam karier Siti. Justeru, banyak yang harus Siti perbaiki dan buat masa ini masih bertatih-tatih. "Malah, tak dinafikan Siti memang gementar setiap kali mewawancara namun kena cuba mengawalnya.


"Alhamdulillah, selepas episod pertama dan kedua dirakam, Siti sudah mula tahu mengawal perasaan gementar itu dengan sebaik mungkin. Bahkan, Siti juga menonton program dihoskan orang lain untuk melihat cara dan gaya mereka ketika menemubual tetamu. "Tidak terkecuali, imej juga harus diambil kira. Apapun, bagi Siti keselesaan bergantung kepada diri kita sendiri dan asalkan bersedia. "Namun, Siti bersyukur mendapat pasukan produksi yang banyak membantu menyediakan pelbagai maklumat," katanya.


Menurut beliau, secara tidak langsung ia memudahkan kerjasama dan proses rakaman pun berjalan lancar di Studio Filem Negara Malaysia (FNM) sejak lima hari lalu. Siti juga berkata dalam sehari, dia perlu membuat rakaman tiga episod, sekali gus dan ia sangat memenatkan.

"Bagaimanapun, inilah pengorbanan baru yang harus Siti lakukan. Malah, Siti sangat seronok sepanjang menjadi pengacara kerana minda kita lebih terbuka. "Banyak pengalaman berharga dan baru Siti rasai ketika bertanyakan soalan.


"Bagi Siti, setiap soalan itu sangat ilmiah. Umpamanya, dalam sesi temuramah bersama tetamu undangan di kalangan individu sudah berjaya, Siti dapati mereka bermula dari bawah, pernah hidup susah dan gigih berusaha.

"Atas sikap rajin dan ingin maju dalam hidup, mereka akhirnya berjaya mengecap kehidupan mewah. Oleh itu, Siti mahu penonton yang menyaksikan program Siti... Hiburan dan Inspirasi mendapat satu motivasi.


"Siti tak mahu penonton sekadar mendapat hiburan semata-mata daripada program ini. Maka, ada enam segmen dimuatkan seperti Opening Gambit dan Muzikal yang memberi peluang kepada Siti dan jemputan untuk tonjol bakat seni lakonan," katanya.


Menerusi segmen Interaksi, Siti akan beramah mesra dengan penonton sama ada ketika menyanyi atau berbual sambil bertanya soalan. Bagi segmen Perspektif, Siti akan berkongsi pandangannya mengenai isu semasa yang berlaku. Bukan itu saja, bersandarkan sikap rakyat Malaysia yang prihatin, Siti juga turun padang di beberapa lokasi untuk meninjau serta menyelami perasaan golongan memerlukan bantuan menerusi segmen Sentuhan Kasih. Manakala, segmen akhir, Siti dan Bakat Istimewa Minggu Ini. Antara individu yang diundang ialah Ismail Gergaji, Parijan, Bahtiar Abdullah (kumpulan Pensol) dan Ujang (kumpulan Gereteh) yang mempunyai kemahiran dalam bidang muzik tertentu.


Ditanya apakah ada persamaan antara program bual bicaranya dan Anita yang dihoskan Anita Sarawak, Siti memaklumkan ia sama sekali berbeza. Kata Siti, antara dia dan Anita, mereka ada cara masing-masing.


"Saya melihat program Siti... Hiburan dan Inspirasi lebih menjurus kepada keseimbangan setiap isu untuk memberi motivasi kepada penonton. Justeru, masing-masing ada cara tersendiri dan bukannya hendak bersaing," katanya.


Dalam pada itu, Siti menyimpan impian hasrat untuk menjayakan sebuah konsert berskala besar pada 2011 ini. Siti turut memaklumkan pembikinan album solo terbarunya terpaksa ditangguh buat masa ini kerana dia mahu memberi tumpuan sebagai pengacara sekalipun 'material' lagu sudah ada. Apa yang nyata, Siti tidak nampak kekok di pentas pengacaraan. Rakaman episod pertama program Siti... Hiburan dan Inspirasi, kelmarin menonjolkan bakat Siti menemubual mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama setengah jam.


Umum tahu Dr Mahathir juga adalah idola terhebat Siti. Sekalipun gementar mewawancara Dr Mahathir, Siti akhirnya mendapat rentak untuk mengawal situasi. Dia nampak sungguh teruja melontarkan pelbagai soalan bercorak santai kepada Dr Mahathir.


Rancangan ini akan mula ke udara di Astro Ria (Saluran 104) mulai 12 Februari ini, jam 9 malam, selama sejam. Ia terbitkan Global Station Sdn Bhd yang sebelum ini lebih banyak menghasilkan telemovie dan drama rantaian. Tahun lalu, Siti pernah mencuba bakat sebagai menjadi hos program masakan terbitan syarikat yang sama.

Profil:
NAMA: Siti Nurhaliza Tarudin

PANGGILAN PENTAS: Siti

TARIKH LAHIR: 11 Januari 1979

Usia: 32 tahun

ASAL: Kuala Lipis, Pahang

STATUS: Berkahwin

SUAMI: Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa

KARIER: Penyanyi, penulis lirik, model iklan, usahawan, pengacara

PROGRAM TV: Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza, Siti... Hiburan dan Inspirasi

ANUGERAH/PENCAPAIAN:

Antaranya Juara Bintang Hiburan Minggu Ini (1995) Juara Lagu - Jerat Percintaan (1996), Artis Baru Wanita Terbaik AIM (1997), Penyanyi Wanita Popular ABPBH, Persembahan Terbaik Juara Lagu - Aku Cinta Padamu (1997), Juara Lagu - Cindai (1998), Persembahan Vokal Terbaik AIM (1999), Bintang Paling Popular ABPBH (2000), Penyanyi Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik Singapura (2001), Artis Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik Singapura (2002), Pemenang Grand Prix Voice Of Asia di Kazakhstan (2002), Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Terbaik (2003), Anugerah Industri Muzik Anugerah Kembara (2004), Persembahan Vokal Terbaik Wanita AIM (2006), Anugerah Planet Muzik Lagu Terbaik - Biarlah Rahsia (2007), Anugerah Malaysian Artiste Professional Award Recipient - Malaysian Professional Centre (2008), Anugerah Industri Muzik - Album Terbaik: Lentera Timur (2009), Bintang Paling Popular ABPBH (2009).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Banyak tak mesti ok!

Posted: 06 Jan 2011 05:43 AM PST

BILANGAN filem tempatan bertambah pada setiap tahun memberi persepsi industri perfileman tempatan semakin meriah. Namun, mungkin tidak ramai yang peka filem kita sebenarnya berdepan banyak masalah membabitkan aspek kualiti.

Perkara ini didedahkan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau Mat London yang menyatakan masalah yang berlaku berpunca pada sikap profesionalisme pengarah dalam memberikan hasil kerja terbaik.


Katanya, filem paling banyak mengundang masalah berbanding drama apabila pengarah tidak menitikberatkan standard yang sepatutnya ada pada filem dihasilkan.

"Masalah ini boleh merujuk seperti intonasi tidak kemas, orientasi lari dan 'frame' tidak betul yang dilihat membawa masalah serius. Aspek teknikal ini umpama masalah tatabahasa yang harus diperbetulkan.


"Jika drama, stesen TV boleh menegur, tetapi filem sebaliknya. Di FDAM, kami mempunyai etika kerja, tetapi pengarah harus berjumpa dengan kami jika mahu belajar.


"Buat masa ini, tiada pengarah datang berjumpa kami dan masalah ini terus berlaku sejak empat hingga lima bulan lalu hinggakan FDAM berasakan perlu memberi teguran.

"Bagi pengarah yang tidak aktif mengarah dalam tempoh tiga hingga empat tahun atau tidak berwibawa dalam menunjukkan kualiti sebagai pengarah, dia akan dipecat daripada menganggotai FDAM.


"Tindakan ini juga tertakluk pada 20 ahli yang tidak aktif termasuk ahli yang gagal membayar yuran tahunan selama tiga tahun berturut-turut akan digugurkan," katanya.

Mat London berkata, FDAM kali ini serius dalam mengemaskini senarai ahli mereka menerusi program Gerakan Pemutihan Keahlian yang menjadi agenda tahun ini. Bagi ahli yang berdepan masalah yuran, mereka masih boleh aktif semula dengan syarat menjelaskan yuran tertunggak termasuk bayaran denda.


"Saya cabar ahli yang bermasalah datang bertemu kami dan mengikuti kursus pengarahan anjuran FDAM tanpa saya menghebahkan nama mereka di media.


"Kami juga akan menganjurkan Kem FDAM untuk mewujudkan lebih ramai pelakon berkualiti. Dalam pada itu, FDAM sudah memberitahu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), hanya pengarah mempunyai 'surat kelayakan mengarah, boleh memohon geran atau pinjaman yang disediakan.


"Aktiviti lain dirancang tahun ini adalah menggerak Kelab FDAM ke seluruh negara, menganjurkan kejohanan golf terbuka dan majlis Anugerah FDAM buat julung kali," katanya.


Pada majlis Sidang Media Agenda FDAM 2011 yang diadakan di Finas, Hulu Klang Selangor, hadir sama Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin.


Jins berkata, pengarah digalak menambah ilmu dengan mengikuti kursus atau melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.


"Bagi pengarah kurang ilmu, mereka boleh mengikuti kursus seperti yang dianjurkan FDAM. Saya percaya pengalaman dan pengetahuan harus disatukan. "Ketika ini, saya berpandangan kualiti pengarah kita makin meningkat. Apa yang penting, penggiat seni harus memberi sokongan satu sama lain.


"Tidak semua pengarah bermula dari atas tetapi mereka juga perlu terus belajar. Untuk itu, saya turut mencadangkan Akademi Filem Malaysia yang pernah diperkenalkan sebelum ini ditukar nama kepada Institusi Pengajian P Ramlee dan diwujudkan kembali," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.