Adsense

Jumaat, 7 Januari 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Laman gosip ‘panas’ di Britain

Posted: 06 Jan 2011 12:00 PM PST

du 09.1 Laman gosip panas di Britain

LAMAN web LittleGossip.com yang semakin terkenal dalam kalangan pelajar di Britain.


LONDON – Laman web LittleGossip.com yang menggalakkan pelajar sekolah menyiarkan komen mengenai rakan sebaya mereka yang kemudian akan dinilai sebagai benar atau palsu oleh pengguna lain di laman itu kini amat popular di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, banyak komen dalam laman web tersebut dianggap biadap sehingga menimbulkan kebimbangan para guru dan ibu bapa.

"Seorang gadis dikhabarkan telah meniduri sekurang-kurangnya 45 lekaki…. legenda atau jalang," kata satu komen di laman web itu yang disiar dalam sebuah akhbar Britain semalam.

Laman LittleGossip.com dihasilkan oleh beberapa penghasil laman web di Belize, Amerika Tengah.

Pelajar boleh memilih negara dan sekolah tempat mereka belajar supaya rakan sebaya lain boleh melihat mesej berkaitan dengan mudah.

Ia dilancarkan di Britain pada November lalu dan popularitinya melonjak selepas ramai remaja menyebarkan berita mengenainya di laman sosial lain termasuk Facebook dan Twitter. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.