Adsense

Jumaat, 7 Januari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


‘Tegurlah kalau tersilap’

Posted: 06 Jan 2011 03:22 PM PST

Hip

pix_gal0
Sebagai bintang baru, Nur Fathia akui banyak perkara perlu dipelajari

MENYEDARI dirinya masih setahun jagung dalam lakonan, bakat baru, Nur Fathia lebih suka mengambil pendekatan membuka mata dan telinga, memerhatikan gaya persembahan artis lebih berpengalaman di sekelilingnya, serta menerima segala pandangan dan teguran demi memantapkan aksi di depan kamera.

Apatah lagi dia bukannya hadir daripada dunia mahupun kelas seni. Justeru, ilmu yang ditimba sudah semestinya menjelma daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang itu, sama ada pengarah, pelakon mahupun kru bertugas. Semua pendapat mereka didengar gadis berusia 23 tahun ini, bagi mengutip sedikit pengetahuan dalam bidang yang kian menambat hatinya.

"Sebagai pelakon baru, saya perlu menerima pandangan dan teguran orang lain. Saya bukanlah insan ataupun pelakon yang sempurna. Lebih daripada itu, saya tidak mempunyai asas lakonan atau pernah menyertai kelas sedemikian. Jadi, teguran merekalah yang menjadi ilmu berguna," katanya. Pelakon yang semakin mendapat tempat di hati peminat dek kemunculannya sebagai Hani dalam drama bersiri menggunakan nama wataknya sebagai judul yang mengisi slot Lestary di TV3 itu bagaimanapun berkata, selepas pengajiannya tamat sedikit masa lagi, pastinya dia akan memberikan tumpuan yang lebih kepada lakonan, termasuk mengikuti kelas yang disediakan.

Ketika ini, Fathia berada dalam tahun ketiga pengajian undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurutnya, dalam masa dua tahun lagi, dirinya layak bergelar peguam, itu pun selepas berjaya mendapatkan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Ditemui pada sesi mencuba barang kemas Rafflesia di butik terkenal itu sebelum melangkah ke acara permaidani merah Anugerah Skrin 2010 baru-baru ini, anak sulung daripada empat adik-beradik ini memberitahu, jika rezeki menyebelahinya, dia tidak mahu membuat pilihan, sebaliknya ingin berjaya dalam kedua-dua bidang.

"Lakonan bidang yang mula memikat hati saya sebaik saja serius membabitkan diri di dalam seni sekitar 2010, manakala pelajaran pula mampu menjadi penyokong kehidupan kita pada masa depan apabila khidmat dalam lakonan mungkin tidak lagi kencang," katanya.
Walaupun tumpuannya berbelah-bagi pada saat ini, dengan seni dilihat sebagai karier separuh masa, namun Fathia memastikan dirinya sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap kali sesuatu drama ataupun filem dijayakan olehnya.

"Saya juga hanya akan menerima tawaran berlakon sesuatu watak utama pada cuti semester, supaya tumpuan yang lebih mampu diberikan kepada watak berkenaan. Hani, umpamanya, bukanlah watak yang senang untuk saya hidupkan. Ia peranan yang begitu mencabar apabila drama terbabit memerlukan saya beraksi sebagai gadis buta.

"Nasib saya amat baik kerana dapat bekerja di bawah pengarah Heykal Hanifah yang mengajar pelakonnya sebagaimana dia mendidik anak sendiri. Biarpun ada ketika nada suaranya agak tinggi, tetapi saya terima kerana dia cuba membentuk lakonan saya agar menjadi lebih baik lagi. Saya suka dengan caranya bekerja.

"Jika pada mula-mula berlakon dulu, saya boleh rasakan aksi saya agak kaku apabila beraksi di depan kamera, tetapi dengan bantuan pengarah seperti Heykal saya dapat rasakan adanya peningkatan dalam lakonan. Inilah yang saya maksudkan dengan pelajaran yang dipungut daripada mereka yang lebih berpengalaman, ketika di lokasi.

"Lagipun, saya tidak mahu peminat mengenali Nur Fathia menerusi cerita bukan-bukan, sebaliknya biarlah melalui persembahan saya yang baik di skrin kecil mahupun layar lebar. Atas alasan itu, setiap kali menerima sesuatu watak, saya sedaya upaya memberikan persembahan yang meyakinkan," ujarnya.

Hijab jadi filem pertama

Sekiranya ketika ini peminat dapat menyaksikan lakonannya dalam Hani, drama yang baru saja tamat penggambarannya 23 Disember lalu, pada 2011 ini pula mereka dijangka menonton aksi Fathia di layar lebar pula menerusi filem Hijab, arahan Pierre Andre. Filem hasil tangan pengarah muda itu dirakam sekitar Jun tahun lalu.

"Saya juga mahu terus berlakon pada 2011 ini, kerana minat saya dalam bidang terbabit kian bercambah dari sehari ke sehari. Bukan kerja yang muda, tetapi dengan bantuan semua pihak, saya yakin dapat melakukannya dengan lebih baik," kata gadis manis yang menjadikan Shah Alam sebagai rumahnya.

Terlanjur bercerita mengenai Hani, Fathia yang turut aktif dalam lakonan iklan komersial dan pernah muncul dalam drama Nur Kasih ini mengaku cukup serasi bekerja di sisi Rozita Che Wan, yang berlakon sebagai ibunya dalam drama berkenaan.

"Bukan saja cantik, tetapi dia seorang yang sangat baik hati. Walaupun jauh lebih popular daripada saya, tetapi dia tidak lokek ilmu ketika di lokasi.
Apabila tiba babak membabitkan kami berdua, saya jadi cukup seronok kerana Kak Ita sentiasa bijak mewujudkan keserasian antara kami," kata wanita yang mempunyai darah Arab-Melayu ini.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pengalaman baru Siti

Posted: 06 Jan 2011 03:18 PM PST

Hip

SITI NURHALIZA dan Tun Dr Mahathir ketika rakaman program bicara Siti... Hiburan dan Inspirasi.

SITI NURHALIZA dan Tun Dr Mahathir ketika rakaman program bicara Siti... Hiburan dan Inspirasi.

Impikan jadi pengacara program TV sehebat Oprah Winfrey

DUNIA nyanyian sudah pun berjaya ditaklukinya. Bidang perniagaan yang baru diceburinya itu kini secara perlahan-lahan semakin mengembangkan pengaruhnya.
Manakala untuk lakonan pula, walaupun tidak aktif namun tercatat juga dalam lembaran sejarah peribadi miliknya apabila pernah terbabit dalam sebuah teater muzikal berskala mega. Lalu, apa lagi yang didambakan penyanyi nombor satu negara ini?

Ternyata, walaupun ramai yang menyifatkan bahawa dia kini sudah memiliki segala-galanya, namun bagi Datuk Siti Nurhaliza, masih ada kekurangan dan perlu diisi. Dalam diam, Siti berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan. Mengendalikan program berkonsepkan bual bicara, rancangan berbentuk majalah bertajuk Siti... Hiburan Dan Inspirasi itu akan menampilkan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu sebagai perantara. Satu pengalaman baru buat penyanyi ini.
Menyaksikan sendiri rakaman program yang diterbitkan rumah produksi Global Station ini yang dijalankan di Filem Negara, petang kelmarin, Siti memang mempunyai bakat semula jadi untuk menjadi seorang pengacara. Suara gemersiknya itu bukan saja mampu memukau penonton apabila menyanyi tetapi juga mampu melontarkan soalan demi soalan kepada tetamu undangan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya, apakah Siti sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi pengacara memandangkan sebelum ini tidak terdengar sebarang ura-ura yang Siti mahu menceburi bidang itu.

"Memang sebelum ini ramai yang pernah bertanyakan Siti sama ada mahu mencuba bidang pengacaraan. Tapi jawapan Siti pada masa itu adalah tidak, kerana Siti sendiri belum bersedia. Namun selepas Siti merasakan yang masanya sudah tiba dan Siti juga sudah bersedia, maka terhasillah program Siti.
Begitupun, konsep program bual bicara Siti... Hiburan Dan Inspirasi tidaklah tertumpu kepada hiburan semata-mata.

"Sebagai sebuah program yang mengkhusus kepada cerita berkonsepkan motivasi, Siti bersama-sama pihak penerbit memilih sendiri siapakah tetamu yang layak untuk diundang ke studio.

"Ini adalah kerana mereka akan berkongsi pengalaman dan kisah suka duka yang terpaksa mereka lalui sebelum menempa kejayaan,"kata Siti ketika ditemui pada sidang media sejurus rakaman program itu berakhir.

Sambil mengakui menjadikan pengacara tersohor luar negara, Oprah Winfrey sebagai idolanya, Siti juga menaruh harapan untuk berjaya dalam bidang pengacaraan ini dan mengikut jejak langkahnya.

Diusik dengan pertanyaan apakah Siti juga bercita-cita untuk menghadiahkan pelbagai barangan kepada penonton setianya, Siti membalas pertanyaan itu dengan ketawa yang memanjang.

"Tunggulah, kalau program ini mendapat sambutan dan ada pihak yang sudi untuk menaja pelbagai barangan untuk diberikan kepada penonton program ini, Siti amat mengalu-alukannya," jawab penyanyi ini sambil menguntumkan senyuman manisnya.
Tidak semua orang mungkin akan suka mendengar perkhabaran terbaru ini.
Barangkali akan ada suara-suara nakal yang akan mempertikaikan hasrat Siti melangkahkan kaki ke dalam bidang pengacaraan kerana seolah-olah penyanyi ini mahu mencaras kerjaya mereka.

"Siti menceburi bidang perniagaan hanyalah mahu menguji diri Siti dan bukannya untuk menguji orang lain," jawabnya ringkas.

Program Siti ini akan menemui penonton pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam mulai Februari depan menerusi saluran Astro Ria.

Gementar menemubual idola

SEKIAN lama dia menjadikan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 ini sebagai idolanya.Meskipun pernah bersua muka dan saling berbicara, namun inilah julung kalinya Siti menemubual Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkongsi rahsia dengan penonton program itu.Sepanjang hampir 20 minit temubual itu berlangsung, Siti banyak bertanyakan rahsia kejayaan tokoh negarawan berusia 85 tahun itu serta mengimbas sedikit zaman remajanya.

Pun begitu, kata Siti walaupun sudah biasa berdepan dengan kamera, namun entah mengapa perasaan gugup dan gementar tetap ada.

"Bukan mudah untuk menjadi pengacara. Mujurlah aura yang Tun miliki sepanjang temubual ini membuatkan saya semakin selesa untuk melontarkan setiap soalan," kata Siti sambil mengaku teruja dengan pujian Tun yang mengatakan dia mampu menjadi seorang pengacara yang baik satu hari nanti.

Dalam pada itu Siti juga melahirkan perasaan gembiranya kerana berpeluang mengadakan persembahan Interlude untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-25 Ahad ini.

"Persembahan Interlude ini juga akan menyaksikan Siti, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain membuat persembahan. Tapi kami tak adalah digandingkan bersama.Siti gembira juga apabila pihak TV3 sudi menjemput Siti untuk menjayakan malam anugerah itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mengingati diri Siti,"katanya yang mahu berehat selama beberapa hari selepas AJL sebelu kembali menyambung rakaman program bual bicaranya itu.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.