Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Cabaran Solekan Catwalk to Sidewalk Maybelline Posted: 10 Oct 2012 09:14 PM PDT Dapatkan gaya berilhamkan Pentas peragaan di Cabaran Solekan Catwalk to Sidewalk Maybelline Maybelline membawakan gaya solekan terbaru dari pentas peragaan Minggu Fesyen New York ke Malaysia menerusi cabaran solekan yang akan berlangsung sepanjang September hingga November tahun ini. Bertemakan Catwalk to Sidewalk, konsep cabaran ini adalah untuk setiap peserta mendapat ilham daripada gaya solekan ketika Minggu Fesyen Maybelline bagi musim luruh 2012, dan menghasilkan gaya yang menarik namun sesuai dipakai setiap hari buat dirinya sendiri. Kemudian ambil gambar gaya dan solekan tersebut dan muat naik gambar ke laman Facebook Maybelline Malaysia di www.facebook.com\maybellinenysimplyfab.
Untuk menyertai cabaran ini, anda hanya perlu menonton tutorial solekan yang sedia ada di Facebook Maybelline Malaysia dan mendapat ilham daripada gaya yang ditampilkan untuk pentas peragaan musim ini. Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak biasa menyolek atau menggayakan diri sendiri, cabaran ini masih boleh disertai menerusi roadshow yang digayakan oleh pakar transformasi gaya yang dikenali sebagai Catwalk Crew. Pakar-pakar yang terlibat termasuklah mekap artis, penggaya fesyen serta jurugambar yang akan membantu setiap peserta mengubah gaya 'catwalk' Maybelline kepada gaya 'sidewalk' yang menarik dan gambar akan diambil secara percuma!
Peserta boleh memilih sebarang gaya yang ditampilkan di cabaran ini sebagai ilham atau titik permulaan transformasi mereka. Selain daripada gaya Maybelline New York di pentas peragaan, mereka juga boleh memilih empat gaya harian, yang digayakan oleh duta jenama, Elfira Loy. Keistimewaan gaya Sidewalk Quirky Queen oleh Elfira ialah kulitnya yang sempurna, yang boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan BB White dalam tona Natural; pipi yang kemerah-merahan serta bibir yang berkilat, menggunakan Angelfit Blusher dalam tona Peachie Sweetie serta gincu Color Sensational Jewels dalam warna Pink Tourmaline; serta bulu mata yang kelihatan bagaikan bulu mata palsu menggunakan Maskara VEX Falsies. Gaya yang ceria dan manis ini boleh dicantikkan lagi dengan gaya rambut yang ranggi serta spontan! Untuk mendapatkan gaya Sidewalk Sophisticated seperti Elfira, solekkan bahagian mata menggunakan pembayang mata Hyper Cosmos CP-1 dan Hyper Glossy Liquid Liner untuk membentuknya dengan cantik; dan lengkapkan dengan melentikkan bulu mata menggunakan VEX Hypercurl. Lengkapkan gaya ini dengan menyapu gincu Color Sensational Jewels bertona Rose Quartz. Kemudian gayakan rambut anda yang ikal atau lurus, dan serlahkan kecantikan mata anda pada kamera! Berasa patriotik sempena Hari Malaysia yang baru berlangsung? Luahkannya seperti Elfira dengan gaya Sidewalk Pretty Patriot. Keistimewaan gaya ini termasuklah warna dan motif dari bendera negara kita, yang menyerlahkan bibir dan mata anda! Selain daripada menyapukan pembayang Hyper Diamonds dalam tona biru (BU-1), jadikan mata anda tampak besar dengan menggariskan bahagian dalam dan luar mata dengan menggunakan warna-warna kontra, Master Liner White dan Drama Gel Liner (hitam). Warnakan bibir dengan Color Sensational Jewels bertona Blushing Berry dan lengkapkan gaya tersebut dengan gaya rambut yang kemas. Serlahkan semangat anda! Bagi gaya hangat yang menarik, dapatkan ilham daripada gaya Sidewalk Sexy Siren Elfira. Dapatkan mata yang menarik dengan Hyper Diamonds GY-1, Drama Gel Liner bertona hitam dan gunakan Maskara VEX Falsies. Kontrakan solekan berani pada mata dengan warna bibir yang tampak semula jadi dengan Color Sensational All In One bertona Honey, dan jangan lupa mengilatkannya menggunakan Watershine Pure bertona BC11. Anda boleh lengkapkan solekan ini dengan gaya rambut yang kemas dan tidak menutupi bahagian mata, agar nampak lebih menyerlah.
Maybelline New York merupakan jenama solekan #1 di dunia yang menggalakkan wanita di seluruh dunia untuk bersolek dan menyerlahkan keyakinan dan keceriaan diri. Jenama ini mempercayai kepentingan dalam membolehkan wanita menyerlahkan diri mereka melalui solekan menggunakan produk yang mudah dipakai dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, walaupun gaya pentas peragaan dijadikan ilham bagi peserta dalam cabaran transformasi Catwalk to Sidewalk ini, matlamat utama cabaran ini adalah agar setiap peserta wanita dapat menyerlahkan personaliti masing-masing menerusi fesyen dan solekan. Bagi maklumat lanjut akan cabaran dan roadshow ini, layari laman Facebook Maybelline Malaysia di www.facebook.com/maybellinenysimplyfab. No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Pertandingan Mimpi Ke Bintang Zon Timur Posted: 10 Oct 2012 09:09 PM PDT 14 Peserta Wakili Zon Timur Dalam Episod Pertama Pertandingan Mimpi Ke Bintang Mimpi 14 peserta bertanding untuk menjadi bintang bakal direalisasikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila mereka berjaya melayakkan diri mara ke peringkat seterusnya dalam pertandingan pencarian bakat kreatif, Mimpi ke Bintang. Menerusi episod pertamanya yang berlangsung di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu, Kuala Terengganu pada 6 Oktober lalu, sambutan baik diterima dengan jumlah penyertaan ramai peserta berminat mencuba bakat lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik yang unik, kebolehan kreatif mencipta sesuatu, kepantasan luar biasa, kebolehan luar biasa anggota tubuh / minda, formasi kreatif, kebolehan meniru bunyi / suara dan keberanian luar biasa. Disiarkan secara langsung di TV2, 30 peserta bertanding nyata berjaya mencuri tumpuan juri, Dato' Fazley Yaacob, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Othman Zainuddin namun hanya 14 peserta yang terpilih mewakili Zon Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) bakal bertanding di Angkasapuri kelak. Peserta yang melayakkan diri termasuklah Mazlan Zakaria (bakat bermain muzik), Stanley Lau Ji Sheng (bakat bermain yoyo), Shafiq Abdullah (bermain silap mata), Sharifuddin Marzuki (bakat tiru suara), Mohd Nor Khairi (bakat akrobatik), Iskandar Mohd Kayubi (bakat tiru suara), Mohd Rafiuzin Abdullah (bakat sikap mata), Ahmad Haziq Ramli (bakat main muzik), Hairuddin (bakat main muzik) dan Mohd Radzuan (bakat main muzik). Menariknya turut sama mengiringi mereka layak ke peringkat seterusnya termasuklah Kumpulan Gasing Terbang (bermain gasing terbang), Kumpulan Dashing (bakat akrobatik), Kumpulan Irama Rakyat Kelantan (bakat bermain alat muzik 1Malaysia) dan Kumpulan Inai (bakat akrobatik). Sepanjang sejam setengah siarannya, program ini turut menguji kemampuan pelakon Azad Jasmin yang muncul buat pertama kalinya sebagai hos program siaran langsung. Meskipun masih 'hijau' dalam bidang pengacaraan, lawak spontan Azad berjaya mencuit hati penonton yang memenuhi segenap ruang Auditorium Kompleks JKKN Terengganu, Kuala Terengganu. Penonton yang kebanyakkannya hadir bersama seisi keluarga menyokong peserta bertanding turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan perkusi dan artis Imran Ajmain yang menyampaikan single terbaharunya bertajuk Dikalung Kasihan. Pencarian uji bakat episod seterusnya cuba menarik penyertaan daripada kalangan peserta berbakat yang tinggal di sekitar Zon Utara (Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang) bertempat di RTM Alor Setar Kedah mulai 8 hingga 5 Oktober 2012. Malam penentuan siapakah yang layak mewakili Zon Utara diadakan pada 13 Oktober 2012, jam 9.00 malam menemui penonton TV2. Menyusul lokasi uji bakat berikutnya bertempat di RTM Kuching Sarawak (15 hingga 18 Oktober 2012), Kompleks JKKN Melaka (5 hingga 8 November 2012), Kompleks JKKN Sabah (3 hingga 6 Disember 2012) dan lokasi terakhir di RTM Seremban, Negeri Sembilan (10 hingga 13 Disember 2012). Proses uji bakat dikesemua lokasi bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |