Harian Metro: Rap |
Posted: 09 Oct 2012 06:33 AM PDT BUKAN sehari dua jika ingin mengasah bakat seseorang bagi menjadi yang terbaik. Sama situasinya seperti pekerjaan lain, seni lakon juga perlu melalui proses pembelajaran dan pengalaman untuk menggilap kemampuan seseorang. Bintang muda yang kian menyerlah kelahiran negara jiran, Randy Dionisius Pangalila mengakui, sebelum mengenal erti lakonan, dia sendiri pernah ditempelak dengan dakwaan lakonannya seperti kayu. "Saya mulai berlakon ketika berusia 15 tahun dan hakikatnya saya tidak pernah impikan kerjaya ini kerana cita-cita saya mahu menjadi petugas marin atau atlet dalam seni mempertahankan diri taekwando (memiliki tali pinggang hitam) kerana mahu mengharumkan nama Indonesia. "Bagaimanapun, takdir menemukan saya dengan Pak Teddy yang bertindak sebagai pengurus saya selama lima tahun sebelum meninggal dunia pada November tahun lalu. Beliaulah orang yang bertanggungjawab mengajak saya ke Jakarta dan memperkenalkan saya kepada industri hiburan.
"Hinggakan pernah saya merasakan saat ke set itu seperti berada di neraka. "Namun, selepas itu saya dimarahi lagi tetapi saya tidak apa-apa kerana akhirnya saya terima pujian daripadanya. Bagaimanapun, sehingga kini kami masih bersahabat dan ketika kerja kami bersikap profesional," katanya. Daripada pelakon kayu, pemuda bakal meraikan ulang tahun ke-22 pada 19 Oktober itu, tiba-tiba menggegar persada lakonan dan menjadi kegilaan anak gadis apabila membintangi Cinta Fitri juga drama bersiri paling panjang pernah dijayakannya dengan tempoh penggambaran selama lima tahun. Bagaimanapun di Malaysia, pemuda berdarah kacukan Belanda, Menado dan Jawa itu mula dikenali menerusi lakonan sebagai Galang dalam Cinta Kirana bersama Nia Ramadhani. Selepas itu, Cinta Melody sebagai Elang bersama Chelsea Olivia dan semakin popular menerusi sinetron Nada Cinta sebagai Ricky bersama Mikha Tembayong, Luna Maya dan Dewi Sandra. Populariti dimiliki Randy membuka peluang buatnya berkarya di Malaysia apabila bertemu Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli di Jakarta, dua tahun lalu sewaktu mengadakan promo untuk Astro. Raqim juga individu yang memperkenalkannya kepada pengarah, Michael Ang. "Raqim ingin mengadakan satu projek untuk mencari kelainan khusus buat tontonan pelanggan Astro dan Michael dipertanggungjawab merealisasikan hal itu. "Tidak lama kemudian pengurus saya memaklumkan saya cuma punya cuti seminggu jadi mahu 'shooting' atau tidak. Lantas Michael terus bersetuju. Bekerja dengan Michael memang menyeronokkan kerana saya tidak pernah ketemu pengarah yang gila seperti dia. Kebanyakan pengarah drama atau filem di negara saya berperwatakan serius," katanya yang suka menghabiskan masa di rumah sambil mencipta lagu. Suasana penuh tawa dan keserasian bekerja di bawah arahan Michael antara sebab mengapa dia kembali beraksi dalam produksi, Cube Film Sdn Bhd milik pengarah itu untuk naskhah terbaru, Dalam Hati Ada Taman selepas membintangi Mimpi Sampai Ke Bintang. Jujur pengakuannya terharu apabila dimaklumkan Mimpi Sampai Ke Bintang mencatat rating penonton paling tinggi dalam sejarah penyiaran drama siaran Astro dengan jumlah melebihi satu juta penonton. Berbeza dengan drama pertamanya di Malaysia, Dalam Hati Ada Taman bukan saja kembali menggandingkannya dengan pelakon cantik, Elfira Loy tetapi juga dua lagu hasil ciptaan pemegang ijazah jurusan muzik dari Kolej MusikPlus, Indonesia itu digunakan sebagai runut bunyi drama itu. "Tidak seperti pertama kali bertemu, Elfira agak malu-malu dan saya yang sering mulakan perbualan. Mungkin babak pertama kami jayakan adalah babak romantis. "Justeru, penyatuan kali kedua ini lebih mudah ekoran keserasian yang terbina dulu. Kita tidak perlu bergantung pada skrip dan penyampaian juga lebih bersahaja. Elfira adalah teman rapat saya di sini. Dia seorang yang berbakat, sahabat dan pendengar yang baik. "Seronoknya bekerja dengan Elfira kerana dia membuatkan saya kelihatan lebih tinggi walaupun saya sebenarnya bertubuh kecil. "Sekadar memperdengarkan kepada Michael koleksi lagu ciptaan saya masa 'shooting' yang pertama dulu, tanpa disangka dia menyukai lagu Selalu Milikmu. Mengulas wataknya menerusi drama bersiri 13 episod yang bakal bersiaran mulai 29 Oktober di Astro Ria, dia memegang watak menggunakan namanya sendiri iaitu Randy. Randy adalah anak orang kaya yang melarikan diri ke Paris dan bekerja di kedai roti tempat Bella (Elfira) bekerja. Dia menyukai Bella namun Bella pula sebaliknya. Sehingga satu hari, ibu Bella merancang untuk menjodohkannya dengan Danial. Bella yang belum bersedia meminta bantuan Randy untuk mengaku sebagai tunangannya. "Akhirnya Bella jatuh cinta kepada kedua-duanya. Saat dia harus membuat pilihan dan menyedari lebih mencintai Randy, lelaki itu hilang secara tiba-tiba," katanya ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Amp Walk, Ampang, Kuala Lumpur. Satu pengalaman indah dapat menjalani penggambaran di kota Paris selama hampir dua minggu, namun dia berdepan dengan situasi cemas ketika di Dubai gara-gara masalah visa. Bakal muncul dengan dua filem bersama Michael iaitu KL Meroyan dan Darah Daging, Randy akan mempamerkan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri. "Bilang orang sini, wajah saya 'jambu' dan kerana faktor itu juga saya sukar dapat watak yang saya inginkan sekalipun sekadar mahu menjadi rockers. Uji bakat untuk karakter sebegitu yang saya sertai sering gagal. Kata produser dan pengarah mukanya tidak sesuai. "Berbeza di sini, Michael mahu berikan saya peluang dan ia sememangnya saat yang amat saya nanti-nantikan," kata kekasih kepada pelakon remaja, Michella Putri, juga pelakon siri Nada Cinta. Memandangkan dirinya diterima baik di negara ini, apakah Randy merancang untuk menimba pengalaman bekerja dengan produksi tempatan lain, nyata tawaran itu ada namun kesibukan yang membataskan dirinya. "Penggambaran di Indonesia mengambil masa yang panjang lebih-lebih lagi drama bersiri. Pihak stesen televisyen akan melihat sejauh mana penerimaan penonton dan jika ia bagus, siri itu akan dipanjangkan episodnya sehingga mengambil bertahun-tahun tempoh penggambaran. "Pokoknya, siapa yang mahu menawarkan saya harus berurusan dengan Michael," seloroh pemuda yang sedang terikat dengan penggambaran drama bersiri, Raja & Aku sesudah membintangi drama Si Miskin Si Kaya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09 |
Posted: 09 Oct 2012 06:16 AM PDT JAWATAN Presiden kepada mana-mana persatuan atau pertubuhan sememangnya dianggap kerusi panas. Jika silap percaturan, pemegang tampuk kepimpinan itu terpaksa mengorbankan kedudukannya untuk memuaskan hati segelintir pihak di dalam mahupun di luar yang sentiasa memerhati tindak-tanduknya. Faktor ini sedikitpun tidak menggusarkan pengarah terkenal, Othman Hafsham yang menerajui Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) sejak 31 Mac lalu. Di tangannya sudah terbentang pelbagai agenda bertujuan menggerakkan FDAM seperti matlamat asal penubuhannya. Bagaimanapun, setiap perkara dilakukan pasti ada pro dan kontranya. Di sebalik sokongan diterima, ada juga yang mengeji dan menunggu masa untuk menjatuhkannya. Sedar akan itu, Hafsham sedia mengambil risiko mempertaruhkan jawatan yang dipegang. Kata-katanya bukan cakap kosong kerana dia sudah berbuat begitu sebelum ini. Apakah agaknya agenda besar yang ingin dibuat Hafsham di bawah kepimpinannya? Wartawan RAP, Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my) mendapatkan penjelasan beliau. Kita ikuti perbualan menarik ini.
HAFSHAM: Waktu itu saya tengok FDAM bagaikan tiada energi. Kedudukan kewangan tenat dan pentadbiran pula lusuh. Sesetengah orang memang tak sanggup, tapi saya nak uji diri sendiri ambil cabaran. Saya nak cabar diri sendiri apakah FDAM boleh berdiri teguh? Banyak yang perlu dibuat antaranya nak mereka merajuk dan kecil hati dengan FDAM kembali semula kepada persatuan. RAP: Kenapa sanggup pikul tanggungjawab ini? HAFSHAM: Saya dah banyak makan jasa di bidang seni. Jadi, saya nak pulang–kan semula jasa ini dalam bentuk sumbangan kepada industri sekarang. Sungguhpun kecil pendapatan diraih, tapi alhamdulillah kewangan saya stabil hingga dapat hantar anak belajar di luar negara. RAP: Boleh jelaskan kenapa FDAM nak buat penjenamaan semula? HAFSHAM: Sebenarnya saya bukan nak buat penjenamaan semula, tapi lebih kepada penstrukturan semula FDAM. Saya nak beri suntikan balik kepada FDAM dari segi keyakinan supaya ahli dan orang dalam seni kreatif yakin kepada FDAM. Sepatutnya semakin lama FDAM semakin menyengat, tapi sekarang FDAM semakin malap. Patutnya ada transaksi darah lama yang digantikan dengan darah baru. RAP: Kenapa perlu perkara ini diambil perhatian? HAFSHAM: Kami sekarang tampilkan moto Seperjua–ngan, Alang-Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan. Bangsa Melayu sebenarnya mempunyai bahasa yang indah. Saya nak sedarkan orang seni yang kita kena kuat dan bersatu. Kalau tak tunjuk begini, kita akan dipermainkan dan kena tindas. Dalam hal begini kita kena bergabung. Orang tua perlukan tenaga orang muda manakala orang muda perlukan fikiran orang tua. Gabungan ini iaitu pengalaman, kekuatan dan pengetahuan akan menjadikan kita kuat. FDAM tak nak dianggap penggerak utama tapi sebaliknya penggerak bersama persatuan lain. RAP: Apakah agenda yang dirangka dalam penjenamaan ini? HAFSHAM: Kami merancang menganjurkan Jamuan Mesra FDAM yang bakal berlangsung di Finas, Hulu Kelang pada 14 Oktober ini, jam 3 petang. Kami akan menjemput semua pengarah senior dan muda untuk sama-sama duduk semeja dan bertukar idea. Ramai dijemput antaranya Datuk L Krishnan, Kamarul Ariffin, Deddy M Borhan serta Datuk Yusof Haslam, Datuk Paduka Shuhaimi Baba, Afdlin Shauki, Syamsul Yusoff dan ramai lagi. Ini adalah hari santai buat kami di mana kami dapat berjumpa kawan-kawan lama serta bergaul mesra antara satu sama lain. Sekali lagi saya perlukan kerjasama pengarah muda untuk hadir kerana perlukan suntikan idea mereka. Walaupun saya dah lama dan banyak pengalaman dalam pengarahan, saya kena prihatin juga dengan perkembangan semasa. RAP: Apakah mereka yang hadir dikenakan bayaran? HAFSHAM: Penyertaan dibuka secara percuma kepada semua ahli FDAM. Mereka yang tak bayar yuran ahli persatuan, perlu melunaskannya untuk turut serta. RAP: Apa lagi agenda lain dirancang? HAFSHAM: Saya juga merancang menganjurkan Konsert Seperjuangan, Alang-Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan yang membabitkan penyanyi, pelakon, pelawak, penggiat teater dan puisi serta semua yang berkaitan seni. Barisan artis yang dijemput antaranya Datuk Siti Nurhaliza. Menariknya setiap artis yang terbabit hanya akan dibayar sebanyak RM1 tanpa mengira status mereka. Bayaran masuk buat peminat juga dikenakan sebanyak RM1. Konsert ini dirancang dilangsungkan pada 13 Januari 2013 dan lokasi yang paling sesuai ialah Stadium Negara. Sekarang saya sedang cari penaja. Kalau boleh saya nak barisan teknikal meliputi set rekaan pentas, sistem bunyi dan cahaya juga berikan khidmat mereka secara percuma kerana mereka juga sudah kaut untung hasil dunia seni. Kutipan konsert ini akan dimasukkan dalam Tabung Kesejahteraan yang akan diwujudkan nanti. RAP: Apa harapan Hafsham terhadap konsert ini? HAFSHAM: Sudah tentu saya mahu peminat hadir memenuhi seluruh stadium. RAP: Bagaimana pula agenda untuk membantu industri seni? HAFSHAM: Saya akan mencadangkan supaya diadakan kongres ekonomi perfileman dan kreativiti. Kami nak buat kajian semula di mana industri perlu disusun kembali. Kami akan jemput pakar intelektual, pengamal dan penggiat filem dan pakar dari luar negara. Ini satu projek besar dan saya akan cuba dapatkan dana untuk merealisasikannya. RAP: Apa pandangan mengenai dana RM6 juta untuk bidang seni dalam Belanjawan 2013? HAFSHAM: Ia satu pengumuman disambut baik karyawan dan seniman. Namun ia akan dibahagikan kepada banyak NGO. RM10,000 untuk satu persatuan, satu jumlah kecil tapi kami tetap berterima kasih kepada kerajaan. Cuma, kena ada pihak jelaskan pembahagiannya adakah kepada semua NGO. RAP: Perkembangan mengenai kedudukan dalam Gafim pula? HAFSHAM: Kami akan masuk semula dalam Gafim. Saya akan tulis surat secara rasmi kepada mereka. Penyertaan semula ini dibuat untuk kebaikan industri. RAP: Apakah Hafsham akan meletak jawatan sekiranya agenda yang dirancang gagal? HAFSHAM: Ya, ini perkara serius. Saya tak main-main dengan apa dikatakan. Sebelum ini saya pernah buat perkara sama ketika menerajui PFM dan tak mustahil saya akan melakukannya lagi. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |