OHBULAN! |
Nazim Othman & Puteri Sarah Romantis Hiasi Majalah Remaja Posted: 10 Oct 2012 09:00 PM PDT Segar dan baru! Buat kali ke 2, majalah "Remaja" edisi Oktober tampil dengan konsep muka depan yang mampu memberikan tarikan sempurna kepada setiap pembaca. Nushrul Alif bin Othman atau lebih dikenali sebagai Nazim Othman, 28 tahun yang popular dalam drama "Kau Yang Terindah" bergandingan hebat disamping kekasih Ammar Alfian Aziz iaitu Puteri Sarah Liyana atau lebih popular dengan panggilan Puteri Sarah, 25 tahun. Pelakon kacak itu tampil dengan kemeja kuning lengan panjang dikombinasikan dengan barangan vintaj untuk tampak lebih berstail dan trendy manakala Puteri Sarah tampil dengan baju polos stail "Oldschool" yang dipadankan bersama skirt berona merah jambu dan kaca mata hebat. Penangan hebat gaya kedua-dua pelakon itu menyerlahkan stail serba boleh yang menarik. Malah, bagi anda yang gemarkan gaya vintaj, majalah "Remaja" kali ini membawakan idea dan tips menarik gaya vintaj yang boleh dipraktikkan di rumah. Selain itu, terdapat pelbagai isu menarik yang dikupas dalam majalah "Remaja" edisi Oktober ini antaranya "Tip Menghilangkan Masalah Bau Kaki Dalam Kecantikan", "Do & Don't Sebelum Dating Agar 'Risikan' Si Dia Berjaya dalam Cinta Oh Cinta", "Cerita Suki Low dalam Showbiz", "Haruan Makan Anak", dan banyak lagi isu menarik yang dikupas untuk anda! |
Watak Tun Siti Hasmah Bertukar Tangan, Eja Gantikan Sofia Jane Posted: 10 Oct 2012 08:32 PM PDT Melalui pemerhatian OHBULAN!, boleh dikatakan untuk membawa watak Tun Siti Hasmah sememangnya adalah satu perkara yang sukar. Apa tidaknya, selepas beberapa lama, kini pelakon untuk watak Tun Siti Hasmah ditukar buat kali ketiga dan kali ini Eja pula yang telah dipilih oleh pihak produksi teater. Menurut Eja, dia sudah pun menjalani latihan sejak awal bulan Oktober lagi dan berbesar hati menerima tawaran ini dari Umie Aida. "Memang betul saya dipilih untuk membawakan watak Tun Siti Hasmah. Dan saya sudah menjalani latihan sejak awal Oktober lagi. Saya menerima tawaran yang diberikan oleh Umie Aida bukan atas faktor kawan semata-mata, sebaliknya lebih kepada kerjaya saya sendiri," jelas Eja. Eja turut memberitahu berlakon teater adalah satu perkara yang agak besar buat dirinya dan menjelaskan dia pernah menolak beberapa tawaran sebelum ini. "Di usia 40 tahun ini, berlakon teater adalah yang cukup besar buat diri dan kerjaya saya. Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan, namun saya menolak. Kini, sudah tiba masanya untuk saya cabar diri sendiri. Untuk itu, saya sudah bersedia menerima segala kritikan dan teguran semua pihak." Berita lanjut di Media Hiburan. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |