Adsense

Rabu, 10 Oktober 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zed Zaidi – Penganjur Wajar Pilih Tema Islamik

Posted: 09 Oct 2012 07:36 PM PDT

Zed Zaidi - Penganjur Wajar Pilih Tema Islamik
Gara-gara ramai yang menghentam penampilan seksi Nabila Huda di malam Anugerah Blockbuster baru-baru ini.. Presiden SENIMAN, Zed Zaidi pula berpendapat artis tidak wajar dipersalahkan seratus peratus.. Tetapi pihak penganjur juga perlu bertanggungjawab.. Pihak penganjur wajar memilih fesyen islamik sebagai tema majlis, Ini kerana artis yang hadir akan memilih fesyen pakaian bergantung pada tema yang diberikan..

"artis tidak wajar disalahkan seratus peratus, sebaliknya pihak penganjur wajar memilih fesyen islamik sebagai tema majlis dalam usaha memastikan artis mengenakan pakaian sopan.

"Jadi, penganjur perlu membuat tema yang lebih kepada islamik. Kalau tema fesyen islamik digunakan, lama-lama semua artis pakai tudung."

"Ini salah satu dakwah yang berlainan kerana apabila tema fesyen islamik sudah ditetapkan, tidak mungkin artis itu datang dengan terdedah sana sini."

"Jika artis itu datang dengan pakaian seksi, artis itu memang bermasalah," (Sinar Harian)

MyGosip rasa cadangan Zed Zaidi ni sangat bagus.. Kami harap selepas ini akan ada pihak penganjur yang berani menyahut cadangan Zed Zaidi ni..

Hanez Suraya Minta Maaf Kepada Amy Search Kerana Tidak Senyum

Posted: 09 Oct 2012 10:13 AM PDT

Hanez Suraya Minta Maaf Kepada Amy Search Kerana Tidak Senyum
Baru-baru ini penyanyi rock Amy Search telah menegur Hanez Suraya melalui akaun twitternya gara-gara kelihatan sombong, kononnya Hanez Suraya tidak senyum ketika malam kemuncak Anugerah Blockbuster yang berlangsung sabtu lalu.. Tweet Amy Search yang dimaksudkan itu berbunyi seperti dibawah…

@AkuAmySearch
"Mlm tdi bergaul dgn pelakon2 n we respect each other. Anis suraya tu alahai senyum pn tak".

Hanez Suraya yang dihubungi oleh portal Gua menafikan dakwaan itu, menurutnya dirinya tidak sombong seperti yang didakwa.. Dia mungkin terlalu respek dan menghormati penyanyi lagenda Amy Search dan disebabkan itulah dia segan untuk menegurnya..

"Pada mulanya saya tidak tahu-menahu langsung mengenai isu ini sehinggalah diberitahu oleh orang lain. Saya pelik kenapa dituduh sombong dan tidak senyum kerana saya tegur semua orang pada malam itu. Saya tak sangka langsung perkara ini boleh terjadi dan agak terkejut bila abang Amy tegur nama saya di Twitternya."

"Mana ada saya sombong sedangkan staf Astro yang saya tak kenal pun saya tegur malam itu. Masa di belakang pentas pun, Hanez lepak sekali beramai-ramai dengan artis yang lain antaranya Kak Ziana dan juga Kak Erra. Setakat ini saya memang bukan seperti yang dikatakan,"

"Mungkin saya terlalu respek sangat dengan dia dan sebab itulah agaknya saya segan untuk menegur dia waktu itu. Saya dah selalu kena macam ini sebab orang salah faham dengan cara saya. Pandangan pertama memang orang selalu ingat saya sombong namun saya ini memang seorang yang pendiam pada mulanya. Namun, kalau dah kenal lama, saya akan mesra dengan sesiapa saja."

"Lagipun, kenapa perlu dia 'tembak' saya macam ini. Jika betul saya sombong dan buat silap, saya minta maaf. Sebenarnya saya tak macam itu. Sebagai artis muda, saya ambil teguran abang Amy sebagai satu pengajaran. Saya tak nak isu ini jadi melarat dan saya tidak akan buat lagi selepas ini."