Adsense

Selasa, 9 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


14 Foto Terbaru Liyana Jasmay Di Bandar New York. Ah, Tunang Pun Ada Sekali…

Posted: 09 Oct 2012 09:14 PM PDT

Mengintai sejenak laman Instagram penyanyi serta pelakon, Liyana Jasmay, 24 yang kelihatan happy-go-lucky menghabiskan masa lapang menjelajah lokasi-lokasi menarik di New York seperti Central Park, Statue Of Liberty, dan Avenue of the Americas.

Apatah lagi, jikalau kunjungan itu turut diserikan dengan kehadiran tunang pada akhir September lalu, pasti seronok, kan?

Pelantun lagu Cinta Bersatu ini difahamkan sedang sibuk menjalani kursus lakonan & pengarahan di New York Film Academy. Liyana Jasmay tidak keseorangan, dia turut ditemani oleh ibunya sepanjang 6 bulan pengajiannya di sana. Sebaik sahaja tamat pengajian pada bulan Januari tahun depan, dia akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama Fathuddin Mazlan, seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun.

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Antara bait-bait yang terkandung dalam lagu Cinta Bersatu ini sesuai mengambarkan modnya di sana. Semoga Liyana Jasmay sukses selalu ya!

Foto selepas ini.

Foto Rossa Ayu Bertudung

Posted: 09 Oct 2012 07:20 PM PDT

Semua peminat sedia maklum penyanyi Indonesia yang terkenal denga lagu "Ayat-ayat Cinta," Rossa bakal mengerjakan ibadah Haji bulan ini.

Menerusi laman portal hiburan Indonesia, Detik Hot, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 34 dikatakan bakal berangkat ke tanah suci pada Jumaat ini (12 Oktober 2012).

Berikut merupakan beberapa foto penyanyi ini sewaktu mengikuti kursus Haji baru-baru ini. Maniskan Rossa bertudung?