Adsense

Selasa, 9 Oktober 2012

Celebrity News

Celebrity News


Kisah Suami Yang Romantik

Posted: 09 Oct 2012 03:00 AM PDT

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…
Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..
"Lah..awat tak tanya…"
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
"Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe.."
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi

bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..
Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..
"Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??…."
Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,



"bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free"…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight….kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:



Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
"Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! "
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu "bungkusan" nih…hihi
Love,
Suamimu


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Petua Untuk Lelaki : Ayat Pedih Daripada Seorang Perempuan

Posted: 08 Oct 2012 10:31 PM PDT

(1) Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


(2) Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


(3) Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.



(5) Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


(6) Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab "sama-sama"… hehehehe


(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.


(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …




 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Belajar Solat Menurut Ustaz - Kisah Sedih Solat

Posted: 08 Oct 2012 10:14 PM PDT

Kisah 1:

Dalam satu solat jemaah, kelihatan seorang lelaki yang tergesa-gesa masuk ke dalam masjid. Tatkala itu imam dan jemaah yang lain sedang bersolat. Oleh itu, lelaki itu agak tergesa-gesa agar sempat mendapat rakaat bersama imam. Lagak pakaiannya dengan berjubah 'ala tabligh', berjanggut lebat, seolahnya nampak seperti seorang yang bukan 'calang-calang' dari sudut ibadatnya dan ilmunya. Lalu sampai saja pada saf ... imam pun 'Allahu akbar' dan rukuk.

Dalam keadaan kelam-kabut, lelaki itu pun terus mengangkat tangan bertakbiratul ihram... Allahu Akbar. Baru saja lelaki itu nak rukuk, tiba-tiba imam pun iktidal... sami`allahu liman hamidah'. Tanpa berlengah lagi, lelaki itu pun rukuk dan terus iktidal untuk mengejar imam. Dalam hatinya berkata "Nasib baik sempat". Pada rakaat terakhir apabila imam memberi salam, lelaki itu pun turut serta memberi salam.

Pada sangkaannya solatnya selesai dah sah. Tapi malangnya akibat kedangkalan ilmu, dia masih tak tahu membezakan solat sah atau tidak. Sedangkan sebagai makmum masbuk dia perlu rukuk dan tomakninah dalam ruku bersama imam barulah dapat rakaat. Tapi oleh kerana tiada ilmu, maka begitulah jadinya.... Pakaian tidak melambangkan ilmu seseorang... walau pakai jubah, tetapi kalau tidak menuntut ilmu... ia tetap berada dalam kejahilan.


Kisah 2:

Seorang yang kelihatan sudah berusia emas berjalan perlahan-lahan menuju ke masjid. Satu persatu anak tangga masjid dilangkahi dengan penuh kepayahan. Kadang-kala kelihatan dia berhenti sebentar pada anak tangga masjid untuk menarik nafas dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan menaiki tangga masjid. Bukanlah tinggi sangat tangga masjid tu, tapi dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan, ditambah diri yang semakin dimamah usia, menyebabkan agar sukar untuknya menapak laju ketika menaiki tangga masjid.

Tapi kesabaran dan keazaman yang tinggi membuatkan dia tidak peduli akan segala kesusahan dan kepayahan itu. Akhirnya dia berjaya masuk ke dewan masjid.... dan berdiri dalam saf. Matanya meliar mencari sesuatu.... Ya... dia sudah jumpa, kerusi kecil yang ditinggalkannya di masjid itu sudah dijumpai. Dia memang meletakkan kerusi di tepi dinding masjid yang digunakannya untuk menunaikan solat. Kakinya
yang sakit dan lutut yang tidak boleh dibengkokkan menyebabkan beliau tidak boleh sujud macam orang lain. Dia hanya boleh sujud sambil duduk atas kerusi. Seketika imam pun bertakbiratul ihram... Allahu Akbar.

Lantas orang tua ini pun duduk atas kerusi di hujung saf dan memperbetulkan sedikit ikatan kain pelikatnya... dan dia pun .... Allahu Akbar... bertakbir dengan berniat mengikut imam. Malang sungguh orang tua ini kerana walau usia sudah senja tapi masih tidak tahu hukum hakam tentang solat. Akibatnya, solatnya tidak sah. Ini kerana sepatutnya dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, selepas tu kalau dah tak larat baru duduk. Bukannya terus duduk dalam keadaan yang memang dia mampu berdiri.

Sumber : Ustazshauqi

ZoOM : Sesungguhnya jika sebelum ini anda adalah salah seorang yang pernah melaluinya, fikir-fikirkanlah dan ubahlah. Dan jika ia adalah ilmu yang berguna kepada rakan-rakan atau keluarga anda war-warkanlah.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Cerita Indonesia : Cerita Sedih Pasangan Bercinta

Posted: 08 Oct 2012 10:02 PM PDT

Cerita sedih tentang cinta yang kami sediakan dibawah ini untuk anda semua mungkin akan berguna buat anda semua,Cerita sedih tentang cinta dan cerita sedih cinta dibawah ini kami sudah sediakan untuk anda semua,Mungkin saat sekarang ini anda semua lagi sibuk memikirkan kata kata cinta dan puisi ibu  untuk diberikan kepada pacar anda semua yang lagi pergi jauh meninggalkan anda sendiri,Nah untuk anda semua mungkin saat-saat ini ingin membaca artikel cerita sedih tentang cinta dan kata kata puisi cinta atau puisi islami yang kami sediakan untuk anda semua dan anda semua bisa melihatnya semua dibawah ini,

Tanpa terasa 2 tahun telah berlalu. Hubungan Lala dan Anto tetap terjalin meskipun tidak ada seorang pun karyawan kantor yang mengetahui hubungan mereka. Pada suatu hari Anto berkata ingin melamar Lala. Pada awalnya Lala bingung memutuskan pilihan. Salah satu dari mereka harus ada yang keluar dari kantor kalau memang benar ingin menikah. Di satu sisi dia merasa sayang untuk melepaskan jabatan yang sudah diperolehnya, namun di sisi lain dia ingin menikah dengan Anto. Atas petimbangan yang matang, Lala memutuskan untuk mengalah dan keluar dari kantor tanpa meneruskan bekerja kembali.

Meskipun hari pernikahan sudah di depan mata, pekerjaan yang ditekuni oeh Anto tidak memberikannya waktu untuk bersantai. Keseharian Anto malah semakin sibuk ketika dia dipromosikan untuk jabatan yang lebih tinggi. Tidak jarang Anto harus dinas ke luar kota untuk keperluan pekerjaan. Lala hanya bisa pasrah dengan kesibukan Anto. Toh dia juga seperti itu untuk masa depan mereka juga.

Hingga pada suatu hari datang kabar duka dari Anto. Travel yang ditumpangi oleh Anto mengalami kecelakaan parah. Lala yang mendengar kabar tersebut langsung menuju rumah sakit tempat Anto dirawat. Anto mengalami pendarahan di otak. Kaki kanannya harus diamputasi karena terjepit. Lala hanya bisa
menangis melihat keadaan yang seperti itu. Selama 2 hari Anto di rawat di rumah sakit tidak pernah seharipun Lala meninggalkannya. Kondisi kesehatan Anto makin buruk dari hari ke hari. Pada hari ke 3 Anto dinyatakan meninggal.


Andre dan Sherly adalah sepasang kekasih yang serasi walaupun keduanya berasal dari keluarga yang jauh berbeda latar belakangnya. Keluarga Sherly berasal dari keluarga kaya raya dan serba berkecukupan, sedangkan keluarga Andre hanyalah keluarga seorang petani miskin yang menggantungkan kehidupannya pada tanah sewaan.

Dalam kehidupan mereka berdua, Andre sangat mencintai Sherly. Andre telah melipat 1000 buah burung kertas untuk Sherly dan Sherly kemudian menggantungkan burung-burung kertas tersebut pada kamarnya. Dalam tiap burung kertas tersebut Andre telah menuliskan harapannya kepada Sherly.

Banyak sekali harapan yang telah Andre ungkapkan kepada Sherly. "Semoga kita selalu saling mengasihi satu sama lain","Semoga Tuhan melindungi Sherly dari bahaya","Semoga kita mendapatkan kehidupan yang bahagia",dsb. Semua harapan itu telah disimbolkan dalam burung kertas yang diberikan kepada Sherly.

Suatu hari Andre melipat burung kertasnya yang ke 1001. Burung itu dilipat dengan kertas transparan sehingga kelihatan sangat berbeda dengan burung-burung kertas yang lain. Ketika memberikan burung kertas ini, Andre berkata kepada Sherly:

"Sherly, ini burung kertasku yang ke 1001. Dalam burung kertas ini aku mengharapkan adanya kejujuran dan keterbukaan antara aku dan kamu. Aku akan segera melamarmu dan kita akan segera menikah. Semoga kita dapat mencintai sampai kita menjadi kakek nenek dan sampai Tuhan memanggil kita berdua ! "

Saat mendengar Andre berkata demikian, menangislah Sherly. Ia berkata kepada Andre:

"Ndre, senang sekali aku mendengar semua itu, tetapi aku sekarang telah memutuskan untuk tidak menikah denganmu karena aku butuh uang dan kekayaan seperti kata orang tuaku!"

Saat mendengar itu Andre pun bak disambar geledek. Ia kemudian mulai marah kepada Sherly. Ia mengatai Sherly matre, orang tak berperasaan, kejam, dan sebagainya. Dan Akhirnya Andre meninggalkan Sherly menangis seorang diri.

Andre mulai terbakar semangatnya. Ia pun bertekad dalam dirinya bahwa ia harus sukses dan hidup berhasil. Sikap Sherly dijadikannya cambuk untuk maju dan maju. Dalam Sebulan usaha Andre menunjukkan hasilnya. Ia diangkat menjadi kepala cabang di mana ia bekerja dan dalam setahun ia telah diangkat menjadi manajer sebuah perusahaan yang bonafide dan tak lama kemudian ia mempunyai 50% saham dari perusahaan itu. Sekarang tak seorangpun tak kenal Andre, ia adalah bintang kesuksesan.

Suatu hari Andre pun berkeliling kota dengan mobil barunya. Tiba-tiba dilihatnya sepasang suami-istri tua tengah berjalan di dalam derasnya hujan. Suami istri itu kelihatan lusuh dan tidak terawat. Andre pun penasaran dan mendekati suami istri itu dengan mobilnya dan ia mendapati bahwa suami istri itu adalah orang tua Sherly.

Andre mulai berpikir untuk memberi pelajaran kepada kedua orang itu, tetapi hati nuraninya melarangnya sangat kuat. Andre membatalkan niatnya dan ia membuntuti kemana perginya orang tua Sherly.

Andre sangat terkejut ketika didapati orang tua Sherly memasuki sebuah makam yang dipenuhi dengan burung kertas. Ia pun semakin terkejut ketika ia mendapati foto Sherly dalam makam itu. Andre pun bergegas turun dari mobilnya dan berlari ke arah makam Sherly untuk menemui orang tua Sherly.

Orang tua Sherly pun berkata kepada Andre:
"Ndre, sekarang kami jatuh miskin. Harta kami habis untuk biaya pengobatan Sherly yang terkena kanker rahim ganas. Sherly menitipkan sebuah surat kepada kami untuk diberikan kepadamu jika kami bertemu denganmu."
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip : Rozita Che Wan Kantoi !!

Posted: 08 Oct 2012 08:50 PM PDT

Kantoi memang kantoi artis meletoppp bernama Rozita Che Wan (RCW), kita ni. setiap sudut ditubuh beliau sudah pasti akan menjadi perhatian dan bualan sesiapa sahaja yang melihat. Maklumlah artis kita ini kanak-kanak pun kenal jika kelibat beliau berada didepan mata.

Apatah lagi jika wartawan media hiburan yang berada didepan beliau, dan ia ternyata beberapa hari lepas wartawan di web Murai sekali lagi dapat menghidu sesuatu yang sudah dikongsi bersama dengan pembaca. Gambar diatas ZoOm dapat daripada laman forum yang juga MENJUMPAI SUMBER berkenaan daripada web Murai.

Nasib badan la wahai RCW, anda dah terkenal dan secebis zarah sekali pun orang akan perkatakan.

Tetapi kalau boleh jangan bagi sedikit pun peluang orang diluar sana mengkritik anda dengan benda remeh temeh  ni...

Anyway...Awak memang cantik dan meletop.. :) 

Note : KANTOI TAK POTONG KUKU KAKI JE TAU !!!!

Apa komen anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Artis : Hannah Tan Menderita Di Jepun

Posted: 08 Oct 2012 08:34 PM PDT

Pengalaman dua tahun mengembangkan karier seni di Jepun, mungkin ramai beranggapan dia cukup bertuah mendapat peluang sebegitu. Namun hakikatnya sepanjang membina kerjaya di sana merupakan satu pengalaman pahit tapi manis bagi model, penyanyi juga personaliti TV popular, Hannah Tan. Figura kacukan Cina-Kelabit ni merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan album di Jepun.

Berkongsi pengalaman dengan malaysiadigest.com, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Sarah Tan berkata setahun yang pertama penghijrahan di matahari terbit itu, boleh dikata setiap hari dia menangis. Berdepan dengan jadual kerja yang sangat padat, menerima tekanan daripada pihak pengurusan juga orang sekeliling yang mahukan dia melakukan yang terbaik setiap masa. Melalui kehidupan dalam suasana serta budaya yang berbeza termasuklah bahasa pertuturan. Ditambah dengan persaingan yang sangat sengit daripada artis negara itu sendiri. Itu antara cabaran yang terpaksa dilalui.

Namun wanita berusia 31 tahun ni tiada pilahan lain melainkan perlu bekerja keras setiap hari demi menjadikan pengorbanannya berbaloi. Sekaligus membuktikan anak Malaysia tidak mudah berputus asa dan mampu berjaya.

"Setahun yang pertama setiap hari saya menangis. Saya telefon ibu saya dan katakan padanya yang saya mahu balik Malaysia. Sampai satu tahap, saya terasa seperti saat itu juga mahu dapatkan tiket kapal terbang dan balik!"

"Di sana saya dibuli. Budaya kerja di sana sangat berbeza dengan di sini. Pihak pengurusan saya sangat tegas. Setiap hari saya menerima tekanan ditambah dengan jadual kerja yang padat. Tak cukup tidur. Pendek kata, kerja, kerja dan kerja. Persaingan di sana sangat sengit.



"Dalam masa enam bulan pihak pengurusan mahu saya mahir bertutur dan membaca dalam bahasa Jepun. Saya ikuti kelas sepanjang itu. Selain tu saya pernah dijadualkan membuat persembahan di 40 buah tempat seluruh Jepun dalam masa dua bulan. Beerti saya membuat dua persembahan dalam sehari.

Pergaulan saya juga terbatas. Saya tak boleh membuat apa-apa sesuka hati. Ke mana saya pergi, ada pengawal yang mengiringi. Saya tak ada ramai kawan. Bila balik ke sini, ramai sangka saya ada teman lelaki berbangsa Jepun. Tapi hakikatnya memang tak ada. Tak sempat pun nak cari", ceritanya dengan panjang lebar sambil tersenyum.

Hannah Tan ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan dari Jepun, Lumine, di Pavilion baru-baru ini.

Walaubagaimanapun dengan sokongan ibu, anak kelahiran Pulau Pinang ni bersyukur kerana pengalaman dan 'penderitaan' yang dialami menjadikan dia seorang yang kuat dan bangga sebagai anak Malaysia.

"Ibu sayalah yang banyak memberi semangat kepada saya. Katanya, saya tidak boleh mudah putus asa kerana ramai lagi diluar sana yang ternanti-nanti untuk mendapat peluang seperti saya. Kata ibu lagi, saya juga menjadi harapan ribuan rakyat Malaysia untuk mengharumkan nama negara di sana. Seperkara yang saya belajar, kita takkan tahu tahap keupayaan kita untuk menghadapi sesuatu itu, selagi kita belum menempuh cabaran yang hebat.

"Saya bertuah kerana selama di sana juga belajar banyak perkara. Selain tu, semasa membuat persembahan di sana, ramai orang Malaysia datang dan saksikannya. Saya gembira. Setiap kali saya di wawancara, sering ada soalan yang membuatkan saya akan bercerita tentang Malaysia. Saya teruja, seronok, bangga dan lebih menghargai Malaysia bila dapat bercerita tentang negara sendiri pada orang-orang di sana",
ujarnya lagi.

Kini sudah hampir setahun Hannah pulang dan dia memutuskan untuk menetap di sini. Seronok dengan kehidupan sekarang Hannah sedang rancak mengusahakan perniagaan dalam bidang software danprogramming. Seiring dengan itu, dalam diam-diam Hannah sedang mengumpulkan material untuk album terbarunya.

"Saya balik ke sini sejak kejadian Tsunami lalu. Disebabkan radiasi, saya ambil keputusan untuk terus tidak balik lagi ke sana. Lagipun saya tidak berapa sihat pada ketika itu. Kontrak saya masih belum tamat namun pihak pengurusan memahami. Dan satu kelebihan dalam muzik, kita boleh rakamkan lagu di sini dan kemudian hantar ke sana.

"Buat masa sekarang saya mahu menumpukan kepada pernigaan dulu. Saya juga baru saja memperbaharui kontrak sebagai pengacara MYEG Xtra Time saluran ESPN bersama Diana Danielle dan Sazzy Falak. Sambil-sambil tu kalau ada masa, saya tulis lagu dan tulis jurnal", katanya lagi.

Cuba menyelami tentang cerita cintanya, Hannah pantas memberitahu dia kini masih solo. Sudah bersedia mahu mendirikan rumah tangga cuma masih lagi belum menemui jejaka yang sesuai dan mampu mencuri hatinya.

"Saya ni seorang yang bosan. Kalau tidak bekerja, saya suka habiskan masa duduk rumah. Saya suka masak. Saya tak suka lepak di luar. Sebab tu mungkin susah nak dapat teman lelaki. Bukan memilih tapi susah nak cari lelaki yang betul-betul memahami diri saya", katanya yang mengimpikan ciri-ciri lelaki yang bersederhana, suka makan, tak merokok dan bukan kaki minum.

sumber :Malaysiandigest

ZoOM : Bak kata orang Lain Lubuk Lain Jugalah Ikannya....Hujan Emas dinegeri Orang Hujan Batu di negeri sendiri (betul ke :)...)  Apa-apa pun Good Luck Hannah Tan...

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!