Adsense

Selasa, 9 Oktober 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Black mahu saman penulis gosip

Posted:

Black mahu saman penulis gosip

DIA tekad mahu menyaman penulis gosip itu. Itu kenyataan terbaharu daripada penyanyi yang dikenali dengan nama Black ini. Nama Black tiba-tiba menjadi kontroversi apabila dia dikhabarkan bercuti bersama kekasihnya dan menginap di sebuah hotel di sana.

Biarpun sudah mengakui kepada media bahawa percutian bersama kekasihnya pada awal tahun lalu itu turut disertai oleh tiga lagi rakan mereka, namun Black kesal apabila isu tersebut dikaitkan pula dengan agama.

Selepas gosip tersebut muncul menerusi sebuah akhbar mingguan, amarah Black sememangnya tidak dapat dibendung lagi.

Ini kerana penulis gosip tersebut bukan sekadar mendakwa Black dan kekasihnya itu bersekedudukan, tetapi turut melabelkan Black sebagai tidak ada agama kerana melakukan perkara itu (bersekedudukan).

Berkesempatan mengadakan sesi fotografi khas bersama Black, pemilik nama sebenar, Hanifah Md. Hanafiah, 25, meluahkan isi hatinya kepada Kosmo! bahawa tuduhan tersebut sangat tidak berasas dan dia nekad mahu menyaman penulis gosip tersebut.

"Kenapa isu ini boleh timbul sekarang, sedangkan cerita saya pergi bercuti bersama kekasih yang kini merupakan bekas kekasih dan rakan-rakan ke Pulau Redang sudah lama.

"Kami pergi ke sana pada bulan Januari lalu. Kalau ingin menulis cerita mengenai saya sekalipun, janganlah sehingga mengaitkan isu agama," ujarnya yang marah dengan penulis ruangan gosip akhbar mingguan tersebut.

Bercadang mahu menyaman penulis gosip tersebut jika dia tahu siapa gerangan individu tersebut, akui Black, sebagai seorang Islam dia masih tahu batas-batas agama dan tidak akan sesekali melakukan perbuatan terkutuk (bersekedudukan) itu.

Kata Black, dia mempunyai ibu dan bapa yang mendidiknya dengan baik. Malah, dia juga tahu hukum agama hasil pengajian menerusi sekolah agama ketika bergelar pelajar.

"Orang tengok saya sentiasa senyum dan baik, tetapi janganlah buli saya. Mungkin saya tidak ada kontroversi dan penulis tersebut sengaja menciptanya. Kalau kontroversi itu membina, saya boleh terima. Namun yang menjatuhkan (reputasi), saya tidak boleh terima," jelasnya yang sehingga kini masih terasa hati dengan penulisan penulis gosip tersebut.

Ditanya adakah dia menyesal dengan perbuatannya pergi bercuti bersama rakan-rakan, ungkap Black, sebagai individu, dia ada hak untuk bercuti dengan siapa dan ke mana sahaja. Dia tidak perlu berasa kesal kerana tidak melakukan perbuatan yang dilarang ketika bercuti.

Kaki perempuan

Mengulas mengenai hubungan cintanya, jelas Black, sejak beberapa bulan lalu dia dan kekasihnya itu sebenarnya sudah tidak bersama lagi.

"Kalau ikutkan kami akan bertunang pada Hari Raya Haji ini, tetapi nak buat macam mana sudah tidak ada jodoh," jelasnya yang sudah menjalinkan hubungan cinta dengan gadis yang dirahsiakan identitinya itu sejak empat tahun yang lalu.

Masih bersedih dengan perpisahan itu, ujar Black, dia kini trauma untuk bercinta lagi.

"Buat masa ini saya masih trauma untuk bercinta lagi setelah hubungan saya dan dia yang sekian lama terjalin putus," ungkapnya.

Dikaitkan dengan isu 'kaki perempuan' dan ramai kawan wanita sebagai punca perpisahannya dengan kekasihnya itu, bidas Black, ia bukan disebabkan orang ketiga tetapi perpisahan mereka angkara kurang persefahaman.

"Muka macam saya ini boleh jadi playboy ke? Sebenarnya saya ramai kawan wanita. Mungkin bila saya keluar, mereka yang melihat kata saya sedang bercinta. Saya hanya mempunyai seorang kekasih. Hanya dia sejak dulu lagi. Namun, hubungan kami juga sudah terputus," ceritanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita idamannya, kata Black, wanita tersebut harus melebihi ibunya. Ulasnya, jika ibunya dapat menjaga dirinya dengan baik, dia mahukan wanita yang dapat menjaganya lebih baik daripada ibunya sendiri.

Kuasai carta iTunes

Buat masa ini lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Malique begitu popular di carta iTunes. Menduduki carta nombor satu selama seminggu, akhirnya lagu tersebut tewas dengan lagu Psy, Gangnam Style. Menariknya, Teman Pengganti telah meraih tontonan melebihi 700,000 sejak enam hari dimasukkan ke dalam laman web YouTube.

Menurut Black, dia bersyukur kerana lagu-lagu nyanyiannya termasuk Teman Pengganti diterima peminat.

"Alhamdulillah, sejak single pertama saya lagi, Aku Cinta Sayang Kamu dan single seterusnya iaitu Sofea Jane, peminat dapat menerimanya," ujarnya.


SEJAK menjadi penyanyi lebih tiga tahun lalu, ini merupakan kali pertama karier Black dilanda kontroversi. Dia didakwa bersekedudukan dengan bekas kekasihnya sewaktu bercuti ke sebuah pulau pada awal tahun ini.


Berterima kasih kepada Malique kerana memilihnya untuk menyanyikan lagu Teman Pengganti, kata Black, kejayaan lagu itu sebenarnya disebabkan lirik dan melodi yang indah.

Black juga mengakui cukup bertuah kerana Malique memilihnya untuk menyanyikan lagu tersebut.

"Sebelum ini, Malique banyak memilih penyanyi-penyanyi hebat untuk menyanyikan lagu-lagu dia seperti Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir. Mungkin saya dipilih kerana saya ada kelebihan," akuinya merendah diri.

Ditanya mengenai kontroversi kematian Malique menerusi lagu Teman Pengganti, dedah Black, lirik yang ditulis Malique terlampau mendalam sehingga menyebabkan peminat yang mendengarnya mengaitkan lagu tersebut dengan diri Malique.

Menurut Black lagi, Malique kelihatan sihat dan tidak menderita sebarang penyakit.

"Semasa sesi rakaman lagu Teman Pengganti, Malique kelihatan sihat sahaja. Malah, dia banyak memberi panduan kepada saya untuk mendapatkan feel lagu ini," dedah Black.

Linda rahsiakan tarikh dirisik Beego

Posted:

Linda rahsiakan tarikh dirisik Beego

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


LINDA HASHIM mengakui terpikat dengan keikhlasan hati Beego dalam berterus terang tentang segala kontroversi yang telah melanda dirinya sebelum ini.


DIGOSIP menjalinkan hubungan dengan janda jelita tetapi bakal berkahwin dengan anak dara sunti.

Menariknya, janda jelita yang dikaitkan dengan dirinya itu pernah digosip bercinta dengan beberapa selebriti muda lelaki lain, manakala anak dara sunti yang bakal dikahwininya itu juga pernah 'panas' dengan dakwaan dikatakan merupakan seorang lesbian.

Itu hakikat yang bakal dialami pelakon bergelar duda sejak tahun 2009, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah.

Gagal melepaskan dirinya daripada perangkap kontroversi, sejak bergelar duda, Beego sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa orang wanita.

Setelah bercerai dengan Intan Shahira Mohd. Shahru, nasib Beego ditimpa malang apabila terbabit pula dengan kes pertuduhan khalwat dengan dua kenalan wanita iaitu Azlina Yazit@Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar yang sehingga kini masih belum selesai perbicaraan di mahkamah.

Di sebalik gosip menjalinkan hubungan istimewa dengan aktres Rozita Che Wan, meskipun kedua-duanya sudah menafikan perkara tersebut, Beego membuat kejutan apabila baru-baru ini menerusi kenyataan media mengakui bakal merisik pelakon filem Tanda Putra, Linda Hashim untuk menjadi isterinya bila-bila masa sahaja pada bulan Oktober ini.

Justeru, Kosmo! telah menghubungi Linda yang pernah 'panas' dengan gosip yang mendakwa dirinya seorang lesbian suatu ketika dahulu untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut.

Kosmo!: Adakah benar kenyataan Beego yang mahu merisik Linda pada bulan (Oktober) ini?

LINDA: Ya, apa yang dinyatakan oleh Beego itu memang benar dan keluarga Beego akan menghantar rombongan merisik. Namun, saya tidak boleh mendedahkan tarikh yang sebenar buat masa sekarang.

Selama ini Linda dan Beego tidak pernah dikaitkan mempunyai sebarang hubungan istimewa. Kenapa kalian berdua tiba-tiba sepakat untuk berkahwin?

Sebenarnya saya dan Beego memang sudah saling mengenali kerana sering berlakon bersama-sama. Pada awal tahun ini, barulah hubungan kami menjadi bertambah rapat dan saya pernah membuat kenyataan mengenainya kepada pihak wartawan. Cuma saya tidak mahu mendedahkan sejak bila kami mula bercinta kerana sekarang belum masa yang sesuai untuk beritahu. Biarlah saya bercerita dengan lebih lanjut ketika tibanya hari perkahwinan kami nanti.

Apakah yang membuatkan Linda tertarik untuk menerima Beego sebagai bakal suami?

Sepanjang kami berkawan dia sudah menceritakan segala-galanya tentang apa yang berlaku terhadap dirinya dan ini sudah cukup membuktikan bahawa dia merupakan seorang lelaki yang baik dan jujur. Melihat kepada keikhlasannya untuk berterus-terang membuatkan saya semakin tertarik dan bersetuju menerima dirinya sebagai teman hidup saya. Insya-Allah, kalau semuanya berjalan lancar kami rancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan (2013).

Adakah Linda tidak kisah tentang (kontroversi) diri Beego yang pernah diperkatakan sebelum ini?

Bagi saya, seseorang individu itu pasti ada beberapa kekurangan kerana tidak ada manusia yang hidupnya serba lengkap. Maka, bermakna saya tidak boleh terlalu memilih sangat kerana paling penting lelaki yang akan menjadi suami saya itu perlulah seorang yang bertanggungjawab.

Adakah dengan keputusan yang dibuat ini akan menutup terus dakwaan yang mengatakan Linda seorang lesbian?

Itu semua merupakan cerita lama yang rasanya tidak perlu diungkitkan lagi. Secara jujurnya saya memang kurang selesa apabila diajukan dengan pertanyaan yang sama dan ingin saya nyatakan keputusan mendirikan rumah tangga ini langsung tidak ada kaitan dengan dakwaan tersebut.

Bagaimana dengan penerimaan peminat apabila mengetahui Linda dan Beego bakal mendirikan rumah tangga?

Setakat ini semua pihak termasuk ahli keluarga serta peminat memberikan sokongan menerusi laman Twitter dan Facebook apabila mereka tahu saya dan Beego bercinta dan akan dirisik dalam tempoh terdekat ini. Jadi, sekarang saya cuma meminta doa daripada semua pihak agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Lagipun pada usia saya sekarang yang sudah mencecah 28 tahun, memang sudah tiba masanya saya mendirikan rumah tangga.

Rani bakal kahwin bila-bila masa

Posted:

Rani bakal kahwin bila-bila masa


RANI MUKHERJEE mengakui dirinya suka berkhayal.


RANI MUKHERJEE mengakui dirinya suka berkhayal.RANI MUKHERJEE berangan-angan ingin membina sebuah rumah untuk bakal suaminya. Menerusi web BollywoodWorld.com, Rani mengakui bahawa dia seorang yang suka berkhayal, sama seperti Meenakshi Deshpande, karakter lakonannya dalam filem Aiyyaa >yang bakal ditayangkan pada 12 Oktober ini.

"Saya seorang yang suka berkhayal. Saya rasa semua orang suka bermimpi, " ujar Rani.

Jelasnya lagi: "Saya sudah berjaya membina sebuah rumah untuk kedua-dua ibu bapa saya. Kini, saya mengimpikan untuk membina sebuah rumah untuk bakal suami saya pula."

Ditanya bilakah dia merancang untuk merealisasikan mimpinya itu, Rani memberitahu, dia belum ada perancangan untuk berkahwin tetapi tidak menolak yang dia bakal berkahwin pada bila-bila masa sahaja.

"Kematian, kelahiran dan perkahwinan adalah tiga perkara yang berbeza, kita tidak boleh rancang atau ramal," ujarnya.

Aktres berusia 34 tahun yang sudah berlakon selama 15 tahun menerusi 40 buah filem itu sudah lama digosip menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit filem, Aditya Chopra. Mereka dikatakan sudah merancang untuk berkahwin.