Adsense

Rabu, 24 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Johan Bagaikan Striker Kami – Radio Era

Posted: 24 Oct 2012 10:56 PM PDT

"Johan adalah sebahagian daripada ramuan yang kami sajikan untuk pendengar setia radio Era Fm. Bagaimana pun, seperti sebuah pasukan bola, setiap pemain ada peranan dan kehebatan masing-masing. Ada yang bermain sebagai striker, ada yang bermain sebagai pertahanan. Justeru, keputusan Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2012 yang menobatkan radio Era di kedudukan nombor 1 pada hari Selasa lepas adalah atas kerjasama semua pihak yang memainkan peranan masing-masing. Johan sebagai striker, manakala saya sebagai coach, " jelas Pengurus Program Era Fm, Nazri Noran menepis dakwaan bahawa Johan adalah faktor utama kejayaan radio berkenaan.

Kata Nazri Noran lagi, terdapat juga beberapa segmen lain seperti Petang Era bersama Adi & Zahid dan Slot Dr Love Aaron Aziz yang mendapat perhatian pendengar sekaligus menjadi sebahagian daripada penyumbang utama kepada rating berkenaan.

"Insyallah, kami berhasrat untuk menggunakan khidmat Aaron Aziz lagi,' ujarnya.

Ditanya apakah perancangan radio Era untuk mengekalkan kedudukan tersebut pada tahun seterusnya, beliau menjawab :

"Baru-baru ini Era menjadi penaja utama untuk Piala Malaysia 2012. Langkah agresif sebagai penaja utama ini diambil kerana menyedari potensi bola sepak tempatan yang semakin mendapat perhatian daripada seluruh penduduk Malaysia. Selain itu, kami turut menjadi penyiar radio rasmi untuk konsert jelajah Jennifer Lopez Dance Again yang akan berlangsung pada 2 Disember 2012 di Stadium Merdeka.

"Bagi mengukuhkan lagi jenama Era, kami akan mengadakan roadtour ke destinasi terpilih di seluruh Malaysia termasuk dengan beberapa perancangan yang tak boleh didedahkan lagi."

Foto: Bakal Isteri Khairul Fahmi (Apex) Yang Cantik, Leuniey Natasha

Posted: 24 Oct 2012 09:35 PM PDT

Apa yang mahu dikata lagi? Sememangnya bakal isteri Khairul Fahmi, 23, adalah seorang gadis yang cantik dan OHBULAN! sendiri suka melihat raut wajah gadis kelahiran Kelantan ini.

Nampaknya khabar gembira sudah semakin hampir. Teka-teki mengatakan pasangan ini akan berkahwin pada hujung tahun ini semakin terjawab. Melalui laporan Kosmo! hari ini, Khairul Fahmi & Leuniey, 21, bakal bernikah diantara 28 Disember sehingga awal Januari 2013. Berita gembira ini dikongsi oleh bapa Apek, Che Mat Hussain yang turut menjelaskan bahawa tarikh sebenar akan diputuskan oleh Khairul Fahmi sendiri.

"Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya," jelasnya.

Berbalik pada Leuniey, gadis cantik berusia 21 tahun ini haruslah dicontohi oleh ramai orang muda. Disebalik segala kontroversi yang berlaku, Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri merupakan seorang pemilik butik pengantin dan tidak hairanlah jika kita lihat Leuniey rapat dengan Ezuwan Ismail, seorang pereka fesyen yang hebat.

Apa pun, mari lihat foto-foto Leuniey selepas ini yang diambil dari laman Instagram-nya.