Gosip Artis Malaysia |
Posted: 23 Oct 2012 09:12 PM PDT PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM dan pelawak, Ahmad Nabil Ahmad menolak dakwaan popularitinya sebagai artis komedi semakin tenggelam sehingga memaksanya menyertai kumpulan Boboi untuk bertanding dalam program Maharaja Lawak 2 (MLM 2). Nabil, 28, sebaliknya berkata, penyertaannya dalam kumpulan yang disertai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik itu dibuat secara sukarela selepas mendapati mereka mempunyai keserasian sejak bekerjasama dalam pementasan Lawak Ker Der 2 baru-baru ini. "Tidak timbul soal populariti saya sudah tenggelam kerana apa yang saya lakukan ini adalah kehendak diri sendiri memandangkan kami mempunyai keserasian dalam satu kumpulan. "Malah Afdlin dan Harun setuju dengan cadangan saya bergabung bersama mereka dalam MLM 2 pada tahun ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran program itu, di sini, Isnin lalu. Bakal Juara MLM 2012 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000. MLM 2012 akan bersiaran secara langsung bermula 16 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Ia akan di adakan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini. Dalam pada itu, Nabil mengakui keputusannya menyertai kumpulan Boboi kerana tertekan apabila terpaksa melakukan sketsa komedi secara solo seperti sebelum ini. Nabil berkata, bukan mudah untuk menghiburkan penonton secara seorang diri terutamanya dalam pertandingan besar seperti MLM 2. "Saya pernah masuk pertandingan Maharaja Lawak secara solo. Walaupun mendapat tempat ketiga tetapi sebenarnya ia bukanlah mudah seperti yang disangka kerana tekanannya sangat hebat," ujarnya. Tidak menganggap kredibilitinya sebagai pelawak tercalar, Nabil berkata, gabungan itu adalah sebagai salah satu tanda kerjasama di antara pelawak-pelawak di negara ini. - --- |
Jihan Raja Lawak Jaga Penampilan Posted: 23 Oct 2012 09:10 PM PDT PETALING JAYA: Pelawak Jihan mengakui perkembangan karier lakonan sebagai pelawak sehingga memperoleh pendapatan lumayan membuatkan dia mula peka untuk menjaga kecantikan wajah. Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa berkata, keadaan itu memaksanya melakukan langkah awal dengan menjalani rawatan membetulkan susunan giginya. "Alhamdulillah, kerjaya seni saya berkembang sedikit demi sedikit. Dan saya tahu sebagai seorang yang dikenali, penampilan diri amatlah penting. "Bermula pada penghujung tahun lalu, tawaran lakonan sudah mula memenuhi jadual kerja dan pendapatan saya juga semakin stabil. "Sebab itu saya mula membetulkan gigi saya untuk mendapatkan wajah yang lebih kemas dan cantik," katanya. Tambah naib juara rancangan Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009 itu, walaupun dia mula melaburkan wangnya untuk tujuan kecantikan, namun pelakon itu enggan terlalu berboros. Malah Jihan juga berharap agar dia tidak melakukan perkara yang lain seperti pembedahan plastik semata-mata ingin kelihatan lebih cantik. Sementara itu, bekas juruteknik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu juga bersyukur kerana tawaran yang diterima juga disebabkan dia kurang mendapat saingan daripada pelawak wanita lain. "Bagi pihak produksi, kekurangan pelawak wanita menyukarkan mereka untuk mencari pelakon yang sesuai untuk sesebuah program yang diterbitkan. "Tetapi daripada sudut saya pula, ia adalah rezeki kerana kehadiran saya tidak ada banyak saingan," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Jihan bakal muncul menerusi sebuah telefilem Landasan Korban yang akan disiarkan di TV3 bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Pelakon ini juga bakal muncul dalam Elak-Elak, sebuah rancangan komedi berkonsepkan keagamaan yang akan disiarkan setiap Khamis bermula 20 Disember depan, pada pukul 10 malam. - --- |
Restoran Cheng Ho Amy Search Ditutup Posted: 23 Oct 2012 09:08 PM PDT PETALING JAYA: Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy (Search) akhirnya terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju dekat sini pada Selasa. Menurut laporan Kosmo pada Rabu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan itu berdepan pelbagai masalah. "Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya. Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya. Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah. Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini. Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut. Amy kini mencari pelabur baharu bagi mengusahakan kembali restoran itu atas jenama sama di lokasi lain yang sedang dikenalpasti. Katanya, pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama boleh menghantar e-mel di amysearch@gmail.com. Pada 24 September 2008, seorang pelanggan Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman terhadap penyanyi itu bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran tersebut. Penyanyi itu diperintahkan Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada Mei 2010 untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada keluarga Nik Zahir. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |