Adsense

Khamis, 20 September 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Hollywood Terbaru Di Astro Best

Posted: 20 Sep 2012 07:20 PM PDT

FILEM HOLLYWOOD TERBARU DI

Setiap hari Budiey sibuk dengan kerja, hadiri event dan menulis blog. Sampai tak sempat untuk menonton filem di pawagam. Kadang-kadang rasa macam ketinggalan pun ada sebab tak semua filem yang ada di pawagam dapat ditonton.

Sekarang dunia dah makin maju. Walaupun tak dapat tonton di pawagam. Jangan risau, masih ada peluang lagi untuk menonton secara santai di rumah.

Korang pernah tak rasa atau terfikir, masa duduk kat sofa di rumah tu, "Apa yang aku nak tonton hari ni? Atau mungkin korang terfikir, "Okay, hari ni aku nak tonton filem The Avengers." Jika anda terdetik je nak tonton, sebenarnya kini dah ada satu channel yang menawarkan filem-filem Hollywood dan Asia terbaru.

Ya, Budiey ulangi kat sini… terbaru!

Lepas ni, kita tak perlu nak kejar-kejar untuk ke pawagam sebab tengok kat rumah pun boleh. Lagi senang, jimat masa dan santai.

Generasi sekarang sepatutnya berterima kasih kepada teknologi yang semakin maju, membuatkan kita tak perlu nak membuang masa mengharung jalan sesak dan mencari tempat parking kereta semata-mata untuk menonton filem di pawagam.

Astro Best

Baru-baru ini, Budiey telah menghadiri satu Pelancaran Astro Best, sebuah saluran di mana ia menghidangkan kepada anda semua kandungan hiburan seperti filem-filem terbaik antarabangsa dan Asia yang boleh didapatkan melalui sistem satelit dan IPTV. Haa, dapat pula menonton dalam bentuk HD. Rasanya lebih gempak dari biasalah!

Selain dihidangkan dalam bentu definisi tinggi, filem-filem terbaik yang mana tiga bulan ditayangkan di pawagam, akan disajikan di Astro Best yang membawa konsep 'Pay Per View'. Jika tak sempat nak tonton di rumah, sebenarnya, kita boleh tonton di mana sahaja, bila-bila masa dengan menggunakan telefon bimbit mahu pun PC tablet atau gadget lain.

Pulang sahaja dari pelancaran itu, Budiey pun nak cubalah untuk menonton sebuah filem Marvel's The Avengers.

Budiey rasa, bayaran yang dikenakan untuk sebuah filem sangat berpatutan iaitu RM10. Dan kit boleh menonton selama 48 jam (2 hari) selepas langganan. Lebih kurang seperti melanggan juga.

Budiey tak fikir yang Astro Best boleh menjejaskan kutipan tiket di panggung sebab sekurang-kurangnya, kita tonton filem yang dah 3 bulan selepas ditayangkan di pawagam.

Tapi dari segi harga, Budiey kira filem di Astro Best lagi murah la sebab filem Melayu di Astro First harganya RM15. Jadi, Budiey rasa berbaloi. Sangat berbaloi. Daripada kita beli DVD cetak rompak atau muat turun dari mana-mana. Betul tak?

Sampai je di depan TV, Budiey ambil remote dan tekan saluran Astro Best iaitu saluran 481. Kita kena tunggu beberapa saat untuk download. Kemudian muncul di paparan beberapa poster filem yang dihidangkan. Kat situ, kita boleh pilih filem mana yang kita nak. Kemudian Budiey teruk klik OK untuk Marvel Avenger's. Oh ya, disediakan juga untuk filem yang kita nak langgan.

Kemudian, ada paparan: "Order Now: Please select the movie you wish to order. HD available to Astro B.yond HD customers only.

Kat bawah tu pula Budiey diberi tiga pilihan filem. Ada Marvels The Avengers, ada The Hunger Games dan I AM. Siap dengan harganya sekali iaitu RM10 untuk sebuah filem dalam bentuk HD.

Kemudian, Budiey klik CONFIRM ORDER.

Selepas itu, ada beberapa prosedur untuk arahan pembayaran. Tak sampai 5 minit pun. Selepas mendapat pengesahan melalui SMS. Budiey dah dapat tonton filem Marvel's The Avengers.

Tonton video sekitar pelancaran:

Oh ya, paling terkini, Budiey rasa ramai yang tak tahu, anda juga boleh menonton filem Hollywood kegemaran anda di Facebook.

Astro Best

Jadi, anda sekarang boleh ketawa berdekah-dekah depan Facebook atau anda sekarang dah boleh jerit kuat-kuat bukan sahaja di pawagam, haa sekarang boleh tonton filem Melayu anda di Astro First di Facebook.

Disebabkan Budiey belum lagi menonton filem Seram Sejuk di pawagam, jadi Budiey pun mahu cuba menonton filem ni di Facebook dengan hanya melayari
https://www.facebook.com/Astroworldofmovies/app_129725310506851

Astro Best

Budiey dah pun cuba menonton filem Seram Sejuk dengan menggunakan aplikasi Facebook ni. Hanya bayar RM18 untuk sebuah filem. Cara pembayaran boleh menggunakan Paypal. Jadi, bagi yang tak ada akaun Paypal, nak senang, kenalah buat akaun Paypal dulu.

Astro Best

Dengan aplikasi Facebook Astro First ni, kita bukan sahaja dapat menonton cerita wayang terkini, malah kita juga boleh berborak dengan rakan-rakan di Facebook!

Selain dapat borak, anda juga boleh baca sinopsis filem di aplikasi ini.

Astro Best

Yang penting, aplikasi yang ohsem ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja (termasuk mereka yang tidak mempunyai akaun Astro).

Nah! Sekarang Budiey dah tonton filem Seram Sejuk lakonan Angah Raja Lawak dan ramai lagi. Sambil menonton boleh pulak borak-borak dengan kawan-kawan di Facebook. Sangat best! Ohsem!

Sebenarnya, bukan sahaja filem antarabangsa yang hebat, malah, program hiburan popular, konsert, drama box-set, dokumentari, program Catch Up juga disajikan untuk pengguna Astro Byond .

Seharusnya, terima kasih perlu diucapkan kepada Astro sebab membawakan filem-filem terunggul ini dengan kolaborasi bersama studio-studio antarabangsa seperti The Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance, Sony Pictures Television, Fortune Star, CJ Media dan Unitel Classica. Pada masa depan, pasti banyak lagi filem-filem dari studio yang lain pula akan masuk ke Channel 481 ini.

Astro B.yond VOD ialah perkhidmatan internet yang disediakan bagi servis Video-On-Demand (VOD) yang menawarkan pelbagai program-program terhangat unutuk dinikmati oleh pelanggan Astro.

Di antara filem-filem yang telah disediakan dalam Astro B.yond VOD ialah filem-filem terhangat seperti "50/50," "Man On A Ledge" "Abduction," "Here," "Teddy Bear" termasuk juga filem-filem Asia dan Bollywood seperti "Nightmare," "Ghost On Air" "Ashoka" "Chalte Chalte" "Penny Pinchers" dan banyak lagi.

Program-program yang terdapat dalam Catch Up TV termasuklah "Oh My English," drama-drama Korea dan Cina seperti "City Hunter," "Palace II," dan "The Other Truth," serta program-program Disney terhebat seperti "Phineas and Ferb" dan "Upin and Ipin" dengan banyak lagi program-program yang akan disediakan setiap hari.

Kandungan VOD terpilih juga boleh didapatkan dalam talian dan juga menerusi servis Astro On-The-Go yang masih percuma bagi semua pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang Astro Best dan Astro B.yond VOD, sila layari www.facebook.com/Astroworldofmovies

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Shila Amzah Menang Juara Tempat Pertama di Asian Wave 2012

Posted: 20 Sep 2012 07:10 PM PDT

Sejurus Budiey sampai rumah dari event Grand Opening Butik H&M, Budiey telah menerima satu perkhabaran yang Budiey kira ianya satu berita yang menggembirakan dan membanggakan buat peminat Shila Amzah #Shilalas dan warga Malaysia di mana Shila Amzah telah memenangi juara tempat pertama di yang berlangsung di Shanghai, bermula jam 8.30 malam tadi.

Dengan kemenangan ini, Shila Amzah bawa pulang RM2.5juta hasil jadi juara Asia Wave 2012. Wow, sekelip mata jadi jutawan.

Shila Amzah Menang Asian Wave 2012

Congrats beb @Shilaamzah kerana anda telah menjulang dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asian dan antarabangsa. Jumlah yang tonton pertandingan ni pun bukan sikit. Kat Youtube pun ramai jugak yang tonton. Memang tak sangka betul Shila Amzah boleh menang sebab persaingan cukup sengit.

Patutlah juri gelar Shila Amzah ni superstar. Rupanya, dia dah kasi hint yang Shila Amzah akan menang rupanya.

Pada malam final tadi, Shila Amzah nyanyi 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

nyanyi lagu GRENADE di Final Asian Wave membawa gelaran Juara:

Video Shila Amzah nyanyi lagu Mandarin di Final Asian Wave 2012

Jika anda tonton video di atas ni, kita boleh tengok, semasa diumumkan sebagai juara, Shila Amzah ada menyelitkan ucapan terima kasih kepada ayahnya dan memeluk ayahnya dengan disaksikan oleh semua penonton. Budiey percaya, ramai yang menonton di You Tube ini turut terharu dan menitiskan airmata. Benarlah fakta mengatakan, restu ibu dan ayah sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi, mohonlah restu dari mereka ya.

Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.

Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:

Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting :) Lets trending #TahniahShilaAmzah :)

Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan semua penyokong Shila Amzah dan warga Malaysia yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah.

Pengorbanan dan penat lelah penyanyi negara, Shila Amzah akhirnya berbaloi setelah menang bertarung dengan 5 lagi finalis dari beberapa negara lain dalam pertandingan final Asian Wave yang akan berlangsung pada malam tadi.

Dalam pertandingan final Asian Wave ini, Shila Amzah bersaingan sengit dengan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Pada mulanya, peserta daripada negara China mendahului di tangga teratas dengan undian secara online yang tertinggi iaitu melebihi 140,000 di mana ketika itu, Shila hanya mampu berada di tempat kedua dengan undian 69,000. Namun, Shila Amzah berjaya mengatasi persaingan ini.

VIDEO SHILA AMZAH PERFORM DI ASIAN WAVE 2012

Forever Love

Set Fire To The Rain

Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut.

Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.

Lebih teruja lagi, apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

"Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar," ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

"Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi," ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.

"Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar," tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

Tahniah Shila Amzah!

Shila Amzah menang Asian Wave 2012

Shila Amzah Menang Juara Asian Wave 2012

Gambar Shila Amzah bertudung di Asian Wave 2012 Competition. Cantik dan elegan. Rezeki bertudung namanya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: