OHBULAN! |
“Rasanya Mungkin Ada Salah Faham Di Antara Kami” – Dato’ Fazley Jawab Isu Berkaitan Azwan Ali Posted: 20 Sep 2012 10:39 PM PDT Menerusi laporan Murai.com hari ini, selebriti terkenal Dato' Fazly yang juga juara untuk program Masterchef Selebriti Malaysia yang lalu telah menjawab isu salah faham yang berlaku antara dirinya dan pengacara sensasi Azwan Ali. Menurut Dato' Fazley, dia sendiri tidak pasti punca sebenar krisis antara dirinya dan Azwan Ali, akan tetapi dia telah tampil dan berjumpa dengan Azwan secara pribadi untuk memohon maaf sejak dari awal lagi selepas merasakan wujudnya rasa tidak senang hati pengacara sensasi tersebut di dalam akaun Twitter peribadi miliknya. "Rasanya mungkin ada salah faham di antara kami tetapi saya sendiri kurang pasti apa isunya. Namun, apa pun isunya saya terlebih dahulu sudah bertanyakan sendiri serta meminta maaf kepada Azwan secara peribadi, jika saya ada membuat hatinya terluka," Ujar Dato' Fazley merendah diri. Disamping itu, Dato' Fazly turut akui yang dia tidak merasa kecil hati dengan kata-kata Azwan Ali malah memberitahu kini hubungan mereka sangat baik umpama hubungan adik beradik. Namun begitu menerusi laporan Murai semalam, Azwan Ali sendiri akui pernah berkecil hati serta baran dengan sikap Dato' Fazley ketika mereka sama-sama berada di akhir-akhir program masakan Masterchef Selebriti Malaysia pertama dahulu. Meskipun begitu, Azwan memberitahu yang dia sendiri tidak berniat untuk memanjangkan lagi isu tersebut dan merasa kagum dengan sikap Dato' Fazley yang sangat merendah diri serta mengormati dirinya. |
Anugerah Blokbuster : Senarai Finalis Layak Ke Peringkat Akhir Posted: 20 Sep 2012 08:59 PM PDT Buat julung kalinya, Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah menganjurkan sebuah anugerah yang memberikan keputusan seratus-peratus ditangan peminat sebagai juri. Anugerah Blokbuster dianjurkan bertujuan untuk mengiktiraf kesemua bakat-bakat yang ada dan apa yang paling penting, tiada isu keputusan berat sebelah akan timbul kerana anda sendiri yang akan menentukan siapa yang layak menang. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mengundi artis-artis pilihan anda menerusi Online dan SMS, sila layari website rasmi di www.anugerahblokbuster.com.my. Peringkat kedua undian Anugerah Blokbuster kini sudah bermula! 10 calon tertinggi bagi setiap kategori hasil dari undian anda sebelum ini secara rasmi telah disenaraikan disini. Untuk undian peringkat kedua, anda boleh melakukan undian secara SMS dan secara ONLINE bermula pada 19 September 2012, jam 12 tengahari sehingga 6 Oktober 2012, jam 6 petang. Untuk menentukan pemenang bagi setiap ketegori, undian akan dikira berdasarkan 50% undian secara ONLINE dan 50% lagi undian secara SMS. Semua keputusan undian bagi setiap ketegori akan diumumkan pada Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster yang akan bersiaran langsung pada 6 Oktober 2012, jam 9 malam, eksklusif di Astro Ria. Untuk maklumat lanjut layari www.anugerahblokbuster.com.my. Akhirnya, selepas undian fasa pertama secara online iaitu bermula 3 September sehingga 18 September tamat, kesemua finalis bagi setiap kategori telahpun diumumkan. Dibawah adalah senarai bagi finalis-finalis untuk setiap kategori. ANUGERAH FILEM TERHEBAT 1 Ombak Rindu ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT 1 Syamsul Yusof (Kl Gangster) ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT 1 Ernie Chen ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT 1 Hikayat Merong Mahawangsa ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT 1 Bini-Biniku Gangster ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT 1 Khurafat ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT 1 Sekali Lagi ANUGERAH HERO TERHEBAT 1 Zizan Razak ANUGERAH HEROIN TERHEBAT 1 Yana Samsudin ANUGERAH WATAK PENYANGAK TERHEBAT 1 Khir Rahman ANUGERAH LAGU FILEM TERHEBAT 1 Ombak Rindu ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT 1 Shahir ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT 1 Mia Sara Nasuha Anda boleh undi siapakah yang layak menang dengan memasuki pautan disini sekarang, Astro Gempak. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |