Yuna Akui Sudah Berpisah Dengan Qi Posted: 19 Sep 2012 09:52 PM PDT Yunalis Zarai atau Yuna yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat hari ini mengakui yang hubungan percintaan bersama Qushairi Razali atau Qi tidak seperti dahulu lagi.. Mereka berdua dikatakan bersepakat untuk tidak terikat dan membawa haluan masing-masing bagi menumpukan sepenuh perhatian pada karier.. Namun mereka berdua masih berkahwan seperti biasa… "Saya akui sekarang ini we are taking a break from our relationship. Keputusan ini kami buat kerana mahu memberi tumpuan kepada karier masing-masing. Lagipun susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia di sini. Saya hormati kemahuan dia, dan dia juga hormati kemahuan saya. Kami saling memahami dan percaya keputusan ini memberi ruang kepada kami untuk melakukan perkara yang sepatutnya. Bagaimanapun, kami masih berkawan dan ada hubungan yang baik seperti dahulu. Saya pun baru sahaja lepak dengan Qi dua tiga hari lalu" Tambah Yuna lagi, antara punca keputusan ini dibuat ialah jarak jauh yang memisahkan mereka berdua ditambah dengan kerja yang menyulitkan lagi hubungan mereka berdua untuk diteruskan.. Walaupun Yuna sudah single sekarang, tapi not available kerana terikat dengan kerja.. Namun buat Qi, terpulang pada dia jika mahu mencari teman wanita lain.. "Saya mula rasa susah untuk teruskan hubungan kami sejak akhir-akhir ini. Jarak jauh memang menyulitkan untuk kami saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing. Lebih baik tidak ada sebarang komitmen di antara kami. Qi boleh mencari teman wanita lain jika dia mahukan begitu. Sama juga seperti saya. Tetapi saya lebih suka mengatakan status saya kini single but not available. Not available kerana saya terikat dengan kerja. Saya tidak punya masa untuk memikirkan soal cinta buat masa ini. Keutamaan saya adalah pada kerja," "Saya tahu ramai yang inginkan hubungan kami berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Jadi, doakanlah yang terbaik untuk kami. Tetapi apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh, adalah. Kami tidak boleh gembirakan semua orang. Sebaliknya, kami juga perlu gembirakan diri sendiri," (Gua) |