Adsense

Selasa, 25 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Anzalna Nasir Hiasi Muka Depan EH! Malaysia Edisi Oktober

Posted: 25 Sep 2012 10:42 PM PDT

Bagi para pemerhati industri, OHBULAN! tahu anda mesti setuju jika kami katakan Anzalna Nasir kini sedang meningkat naik.

Bukan sahaja di kaca-kaca televisyen, Anzalna kini juga sering menghiasi majalah-majalah dengan wajahnya yang jelita. Terbaru dari majalah EH! Malaysia, Anzalna Nasir yang mula dikenali menerusi Dewi Remaja telah dipilih sebagai gadis cover muka depan majalah yang berteraskan fesyen, kecantikan dan hiburan ini.

Apa yang pasti, walau dalam apa gaya, solekan mahupun pose, Anzalna sememangnya seorang yang berwajah jelita dan mempunyai potongan tubuh yang 'awesome'.

Mahu lihat lebih lanjut foto-foto Anzalna Nasir serta apakah yang dibualkan Anzalna bersama EH!, anda boleh dapatkan majalah ini untuk edisi Oktober 2012 nanti. Anda boleh dapatkan info lanjut di laman rasmi EH! Malaysia.

Ella Sedia Menimang Cahaya Mata

Posted: 25 Sep 2012 10:33 PM PDT

Ratu Rock, Ella yang kini memegang status sebagai isteri kepada Azhar Ghazali berkongsikan akan kehidupannya selepas berkahwin semakin bertambah baik dan lebih sempurna berbanding sebelum ini.

Ini membuatkannya amat teruja untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik buat suaminya, walaupun di awal perkahwinan dahulu mereka mengalami sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Ella turut memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kerana itu merupakan lambang kasih sayang antara dirinya dan suami.

"Ella bersedia sekiranya dianugerahi cahaya mata. Ella sememangnya menantikannya kerana itulah lambang kasih sayang kami. Terima kasih peminat Ella yang sentiasa mendoakan kebahagiaan Ella dan suami," ujarnya.

Sumber berita : Sinar Harian