borak kosong |
- Inilah Duit Syiling yang Mempunyai Nilai Seni Tinggi
- Pistol Mainan Nintendo Dimodifikasi Menjadi Pistol Laser [Video]
- Kaca Kecil dan Tipis Ini Dapat Menyimpan Data Untuk Selamanya
- Rawat cara ganas, 'pesakit' lari keadaan kaki berantai
- Alih dosa ke dalam air
- Polis tangkap lelaki godam akaun Facebook
- Nasib malang Jiang Manqi
- Ibu maut langgar anak
- Tragedi anak dara
- Adegan awal pagi
- Parah akibat panik
- Inilah Harta Milik Imelda Marcos Mantan First Lady Filipina Yang Dimakan Anai-anai. (foto)
- Beginilah Gaya Normal Seorang Lady GAGA.
- 7 Casing iPad Termahal Di Dunia
- Cara nak tidur sedap atas motor
- Unik..bahan buang komputer dijadikan peta dunia
- Wow...Atas Nama Seni Digital Puluhan Produk Apple Dihancurkan.
- Gadis Ini Punya Cara Unik Untuk Menurunkan Berat Tubuhnya
- Gila! Lelaki Ini Dapur Kayu Bakar Di Dalam Volvonya Sebagai Pemanas (Ada Unggun Api Dalam Kereta)
- Kemalangan yang Dahsyat
- Koleksi gambar kemalangan ngeri
- Perbezaan Lelaki dan Wanita???
- Ngeri tengok gambar ini
- Ada perkara ganjil kat gambar lama ini,apa dia?
- Perbezaan ketara lelaki dan wanita
Inilah Duit Syiling yang Mempunyai Nilai Seni Tinggi Posted: 25 Sep 2012 09:00 PM PDT Duit koin atau duit syiling mungkin mempunyai nilai yang tidak sepadan dengan duit kertas, dimana duit kertas mempunyai nilai nominal lebih besar. Namun, duit koin satu ini mempunyai nilai yang berbeza ketika ditukar mejadi karya seni oleh seniman asal Amerika Syarikat, Lou Skaggs. Seniman ini menggunakan duit koin sebagai kanvas untuk lukisan miniaturnya. Jangan dipertanyakan soal kualitas lukisannya, tingkat detailnya tidak jauh dengan lukisan yang berada di atas canvas. |
Pistol Mainan Nintendo Dimodifikasi Menjadi Pistol Laser [Video] Posted: 25 Sep 2012 08:30 PM PDT Masih ingat permainan Nintendo Duck Hunt ketika kamu masih kecil? Lihat seperti apa jadinya jika pistol yang kita gunakan dalam permainan itu diupgrade menjadi sebuah pistol laser berkekuatan tinggi. Kreatornya dari tim North Street Labs hanya punya laser meter berdaya ukur maksimal 2W, dan pistol yang sudah dimodifikasi dengan tambahan 44nm M140 dioda ini mampu melampui nilai tersebut dengan cepat. Asal tahu saja, laser berkekuatan 300mW sudah mampu dipakai untuk menyalakan puntung korek api dengan mudah. Dengan kekuatan setinggi itu, pistol ini tidak boleh lagi kita perlakukan sebagai sebuah mainan. Kamu harus memakai kacamata khusus ketika melihat pistol ini beraksi jika tidak ingin matamu cepat rusak. Dan jangan coba-coba tembakan laser ini ke kulit apalagi mata. Kulit dan matamu dijamin bakalan terbakar seketika. Jika kamu kebetulan masih menyimpan pistol dari NES ini dirumah dan ingin mengupgradenya menjadi senjata laser seperti di atas, North Street Labs telah mendokumentasikan cara membuatnya yang boleh kamu temukan di sini. Ingat ini bukan mainan! |
Kaca Kecil dan Tipis Ini Dapat Menyimpan Data Untuk Selamanya Posted: 25 Sep 2012 08:00 PM PDT Kecil, tipis, bening, dan mampu menyimpan data untuk selamanya tanpa degradasi data sedikitpun, inilah media penyimpanan data terbaru yang ditawarkan oleh Hitachi untuk memenuhi keperluaan penyimpanan data di masa mendatang. Berukuran 2cm2 dan dengan ketebalan cuma 2mm, siapa sangka jika irisan kaca kecil ini memiliki daya tahan yang superior? Benda ini mampu bertahan selama 2 jam pada panas 1000oC, tahan paparan berbagai macam bahan kimia, tidak terpengaruh dengan gelombang radio dan tahan air. Cukup ajaib bukan? Irisan kaca ini dibangun dari lapisan kaca kuarsa yang dicetak dengan permukaan berbintik. Setiap titik merepresentasikan data biner dan dapat dibaca dengan menggunakan lensa mikroskop. Kapasitai? Dalam hal ini memang tidak dapat dibandingkan dengan kapasiti penyimpanan keping DVD apalagi Blu-ray. Dengan ukurannya yang sekarang, data yang dapat disimpan baru kurang lebih setara dengan kapasiti penyimpanan data pada CD biasa. Tapi Hitachi boleh saja mengembangkan media yang sama dengan ukuran dimensi yang lebih besar. Lagipula, fitur utamanya bukan seberapa banyak data yang dapat kamu simpan, tapi untuk menjaga data film atau musik favoritmu tetap dalam kualiti sempurna* sepanjang zaman, tentu saja selama irisan kaca ini tidak kamu ketuk dengan tukul atau dilempar ke lava gunung berapi. *Data yang tersimpan di dalam hard disk, CD, DVD, Blu-ray, dan sejenisnya, selalu mengalami degradasi dalam jangka waktu pemakaian tertentu. |
Rawat cara ganas, 'pesakit' lari keadaan kaki berantai Posted: 25 Sep 2012 07:45 PM PDT KUALA TERENGGANU - Rahsia sebuah pusat pemulihan dadah persendirian di kawasan pantai Peranginan Merang, Setiu, yang mengamalkan sistem rawatan pemulihan dadah secara ganas kepada 'pesakit'nya, terbongkar petang kelmarin. Ia susulan penahanan salah seorang daripada 'pesakit' di situ yang nekad melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebuah chalet di kawasan pantai peranginan itu dalam keadaan kaki masih berantai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki berkenaan, kira-kira jam 6 petang. "Susulan panggilan itu, kami terus bergegas ke lokasi dimaksudkan dan berjaya menahan lelaki berusia 35 tahun itu di dalam semak berhampiran. "Setelah disoal siasat, lelaki berkenaan mendedahkan dia melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan dadah persendirian yang beroperasi di kawasan itu, disebabkan tidak tahan dengan 'keganasan' sistem rawatan diperkenalkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam. Menurut Manoharan, sejurus menerima maklumat daripada lelaki itu, sepasukan anggota dan pegawai polis menyerbu pusat pemulihan dadah itu dan mendapati dua lagi lelaki berusia 26 tahun dan 30 tahun dikurung di dalam sebuah bilik dengan kaki masing-masing masih terikat. "Kami telah menahan penjaga pusat pemulihan dadah persendirian terbabit yang berusia 24 tahun kira-kira jam 10 malam manakala pemilik pusat itu yang berusia 58 tahun, menyerah diri di IPD Setiu kira-kira jam 2.30 pagi, semalam. "Dalam serbuan itu, polis turut merampas gari, rantai dan peralatan yang digunakan untuk mengikat mangsa," katanya. Sementara itu, ketiga-tiga mangsa yang diikat termasuk lelaki yang melarikan diri itu membuat laporan di IPD Setiu, jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi berikutan tidak tahan dengan cara rawatan yang diterima mereka. Manoharan menjelaskan, siasatan mendapati pusat terbabit menawarkan rawatan pemulihan dadah berpakej dengan mengenakan sejumlah bayaran yang ditetapkan kepada individu yang menerima rawatan di pusat itu. "Kami difahamkan ahli keluarga turut dibenarkan menetap di kawasan pusat berkenaan sementara menunggu ahli keluarga mereka menerima rawatan dalam tempoh ditetapkan. "Kita faham niat murni pengusaha pusat itu untuk memulihkan penagih dadah namun cara dan pendekatan yang mereka perkenalkan itu tidak menepati peruntukan undang-undang sedia ada," katanya. Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 343 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah dan polis akan melihat aspek lain termasuk pusat pemulihan terbabit mempunyai kebenaran daripada pihak tertentu untuk menjalankan operasi mereka. sumber : sinar harian |
Posted: 25 Sep 2012 07:30 PM PDT BNEI BRAK, Israel - Sejumlah penduduk ortodoks Yahudi mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di sini kelmarin. Mereka kemudian berdoa bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air. Cebisan roti kemudian dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu. - Agensi sumber : kosmo online |
Polis tangkap lelaki godam akaun Facebook Posted: 25 Sep 2012 07:15 PM PDT MANILA - Polis Filipina semalam menangkap seorang lelaki yang didakwa menggodam akaun e-mel dan Facebook bekas teman wanitanya dengan tujuan untuk mengugut mangsa supaya melakukan hubungan seks dengannya. Polis dalam satu kenyataan memberitahu, Joewell Santos Chan, 28, telah menukar kata laluan mangsa dan meminta habuan seks sebagai pertukaran untuk kata laluan baharu tersebut. Lelaki itu ditangkap pada minggu lalu dalam satu operasi polis selepas mangsa membuat aduan. Mangsa berpisah dengan Chan pada tahun lalu. "Suspek meminta seks sebagai pertukaran untuk kata laluan mangsa. Ketika itu, mangsa membuat aduan polis kerana bimbang dia akan terus ditipu oleh suspek," kata kenyataan pihak berkuasa. Polis yang tidak mendedahkan usia mangsa, menyatakan mereka menemui beberapa mesej ugutan yang dihantar ke telefon bimbitnya. Beberapa gambar mangsa dalam keadaan memalukan yang dirakamkan ketika dia tidak sedarkan diri turut ditemui. Ekoran penangkapannya, Chan didakwa kerana menggodam dan melakukan penderaan terhadap wanita. Menurut polis, dia boleh dipenjara selama enam tahun jika didapati bersalah berhubung tuduhan tersebut. - AFP sumber : kosmo online |
Posted: 25 Sep 2012 07:00 PM PDT BEIJING: Diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, seorang remaja terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual. Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar. Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari. "Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan. "Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan. "Saya satu-satunya tempat dia bergantung," katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual. Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang. - DM sumber : mymetro |
Posted: 25 Sep 2012 06:45 PM PDT MELAKA: Kegembiraan seorang ibu empat anak mendapat motosikal roda tiga selepas dua tahun menunggu berakhir tragedi berdarah apabila dia maut selepas berlanggar dengan anaknya dalam kemalangan di Jalan Tunku Abd Rahman, Batu Berendam di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Sapiah Md Said, 42, menunggang motosikal jenis Honda EX5 manakala anaknya Muhammad Ikram Laksemana, 18, menunggang motosikal roda tiga berkenaan yang baru diserahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). Ketika kejadian, motosikal roda tiga itu berisi muatan barangan jualan 40 kilogram (kg) keledek serta 10 kg ikan keli dan Muhammad Ikram menunggangnya untuk ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah bagi membantu ayahnya, Laksemana Salim, 48, berniaga. Muhammad Ikram berkata, selepas selesai mengambil motosikal berkenaan di pejabat Fama, Ayer Keroh, dia dan ibunya bertolak ke kedai di UTC dengan menunggang motosikal secara berasingan. "Setiba di lokasi kejadian, saya yang berada di depan dikejutkan dengan satu dentuman kuat dan pada masa sama melihat ibu tercampak ke kanan jalan, manakala motosikal ditunggang ibu merempuh motosikal saya. sumber : mymetro |
Posted: 25 Sep 2012 06:30 PM PDT YAN: "Saya nampak darah memancut keluar dari lehernya ketika dia menggoncang pagar rumah saya minta bantuan," kata Rohani Omar, 54, saudara kepada Jamaliah Ali, 55, yang parah akibat dikelar di leher dalam kejadian samun di Kampung Teroi, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa yang ketika itu tinggal bersendirian berlari melalui pintu dapur rumahnya untuk meminta pertolongan sebelum dia rebah di depan pintu rumah saudaranya itu dengan darah masih keluar di lehernya. Mangsa dipercayai sempat berlari sejauh 20 meter meminta pertolongan sebelum rebah tidak sedarkan diri berikutan hilang banyak darah. Difahamkan, mangsa yang belum berkahwin tinggal bersama keluarga adiknya, namun ketika kejadian adiknya keluar menghantar anak ke sekolah, manakala adik iparnya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Rohani berkata, ketika itu dia memandikan bapanya yang lumpuh di bilik air di belakang rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi goncangan pintu pagar rumah yang kuat. sumber : mymetro |
Posted: 25 Sep 2012 06:15 PM PDT KAJANG: Dua daripada 15 lelaki yang memecah masuk sebuah pusat pameran kereta di Sungai Long, di sini, awal pagi semalam, berlakon sebagai pengawal keselamatan selepas menawan dua pengawal di situ sebelum melarikan lima kenderaan Honda bernilai lebih RM700,000. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit yang merancang rapi kegiatan mereka berpecah kepada tiga kumpulan sebelum masuk dalam premis berkenaan yang baru dibuka awal tahun ini. Sumber polis berkata, selepas masuk dalam premis itu melalui pintu belakang mereka mengikat dua pengawal keselamatan dan memaksa mereka menanggalkan baju seragam. "Dua daripada penjenayah terbabit memakai seragam itu dan terus ke pondok pengawal keselamatan untuk berpura-pura mengawal pos itu. "Pada masa sama rakan mereka yang lain menyelongkar pejabat dan peti simpanan pusat pameran itu," katanya, semalam. sumber : mymetro |
Posted: 25 Sep 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pelancong warga Vietnam patah tulang belakang selepas panik dan terjun dari tingkat dua dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel bajet di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, semalam. Difahamkan, lelaki terbabit, Do Thanh Trung, 24, menginap di bilik hotel bajet berkenaan bersama empat rakan senegaranya sejak beberapa hari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, api dikatakan bermula dari sebuah bilik yang tidak berpenghuni di tingkat dua bangunan berkenaan sebelum merebak ke bilik mangsa. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, mangsa dipercayai panik sehingga melompat keluar dari bahagian belakang hotel berkenaan. "Hasil pemeriksaan, sistem keselamatan hotel itu lengkap dan mangsa mungkin tidak akan mengalami sebarang kecederaan sekiranya keluar dari bangunan mengikut pintu depan seperti rakannya yang lain. "Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya, ketika kejadian hotel berkenaan dihuni tujuh penyewa bersama dua pekerja dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.14 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas itu. sumber : mymetro |
Inilah Harta Milik Imelda Marcos Mantan First Lady Filipina Yang Dimakan Anai-anai. (foto) Posted: 25 Sep 2012 05:30 PM PDT Dia terkenal dengan senang mengumpulkan koleksi kasut berharga sama seperti kebanyakan wanita lainya. Tapi bagian dari simpanan sepatu Imelda Marcos yang tertinggal setelah dia dan suaminya diusir dari Filipina, telah rusak parah oleh rayap dan banjir. Marcos melarikan diri dari Filipina pada puncak pemberontakan 'people power' yang didukung tentara pada tahun 1986 dan meninggalkan sejumlah barang-barang pribadi, pakaian dan benda-benda seni di istana, termasuk 1.220 pasang sepatu dari mantan ibu negara itu. Di antara sepatu yang rusak adalah sepasang putih Cardin heels Pierre, satu-satunya satu dihancurkan oleh rayap. Ratusan potong pakaian Ferdinand Marcos, termasuk pakaian asli resmi Barong kemeja yang dikenakannya selama dua dekade masa pemerintahannya, juga telah mulai berjamur setelah disimpan selama bertahun-tahun tanpa perlindungan di istana kepresidenan dan di Manila National Museum. Ironisnya lebih dari 150 kotak pakaian, aksesoris pakaian dan kasut dari Marcos dipindahkan ke Museum Nasional untuk diamankan dua tahun lalu setelah rayap, kelembaban dan jamur menguasai pakaian tersebut di Istana. • Di antara kasut rosak dalam koleksi mantan First Lady Pierre Cardin • Ironisnya lebih dari 150 kotak pakaian, gaun dan sepatu dari Marcos dipindahkan ke Museum Nasional Manila untuk diamankan dua tahun lalu tetapi telah rusak karena banjir bulan lalu • Seperti halnya sepatu, gaun panjang, yang dikenal 'Terno', yang hanya sekali dipakai oleh Imelda Marcos, adalah salah satu item yang rusak • Hanya beberapa dari 3.000 ditambah sepatu dalam koleksi mantan First Lady • Karena ini 1.986 sepatu gambar simpanan sepatu Imelda Marcos 'disimpan pada rak di ruang bawah tanah Istana Malacanang di Manila sebelum dipindahkan ke Museum Nasional • koleksi sepatu Imelda Marcos menjadi simbol berlebih di negara Asia Tenggara. Kecintaannya terhadap sepatu diperpanjang ke objek lain juga. • Imelda Marcos, terlihat tahun 1970 Claridges di London untuk bertemu Ratu, kanan mengantar anaknya di sekolah di Inggris, mengaku banyak sepatunya adalah hadiah dari pembuat sepatu di kota Marikina pinggiran kota Filipina. • suami Nyonya Marcos Ferdinand Marcos meninggal dalam pengasingan di Hawaii pada tahun 1989 • Ratusan potongan pakaian Ferdinand Marcos, termasuk kemeja resminya Barong asli, juga telah mulai berjamur setelah disimpan di istana kepresidenan dan Museum Nasional • Museum kurator National Orlando Abinion mengatakan menyimpan harta Marcos karena mereka memiliki tempat yang penting dalam sejarah Manila |
Beginilah Gaya Normal Seorang Lady GAGA. Posted: 25 Sep 2012 05:00 PM PDT Lady Gaga tidak pernah gagal untuk mengejutkan pengemarnya setiap kali dia melangkah keluar di depan umum. Dari mengenakan gaun daging, topi baja atau gaun pengantin, dia pasti tahu bagaimana membuat dan mengkombinasikan gayanya dengan pakaian eksentrik. Tapi, mengejutkan Gaga melangkah keluar dari hotelnya di Hanover, Jerman, pada Senin tampak normal. Penyanyi 26 tahun berpakaian yang tampaknya velour celana olahraga dengan jaket putih yang nyaris tak boleh menahan belahan dadanya. Dengan kacamata putih besar dan rambutnya seperti sarang lebah untuk bertemu fans di luar hotelnya. Penyanyi Bad Romance mengenakan platform heels beige saat ia berjalan keluar ke kerumunan pengikut setia untuk tanda tangan. Penyanyi yang baru-baru ini mencukur sebagian rambutnya untuk mendapatkan tato baru di bagian belakang kepalanya. Dia mengatakan kepada sebuah radio lokal Elvis Duran bahwa dia tidak merasa buruk tentang berat badan baru-baru ini, bukannya mengutip warisan Italia dirinya sebagai alasan lain untuk lekuk tubuhnya muncul. Dia berkata: "Ayahku membuka sebuah restoran, sangat menakjubkan itu begitu freaking lezat, tapi aku bilang aku mendapatkan £ 5 setiap kali aku pergi ke sana. " "Jadi ayah saya ingin saya untuk makan di restorannya, tapi aku harus pergi ke mana pun dimana aku boleh minum jus hijau." Lady Gaga meninggalkan hotelnya untuk konser di Arena TUI di Hanover, Jerman |
7 Casing iPad Termahal Di Dunia Posted: 25 Sep 2012 04:30 PM PDT |
Cara nak tidur sedap atas motor Posted: 25 Sep 2012 04:00 PM PDT Langkah 1: Jenis Motor & Aturan Dasar Hal pertama yang harus kamu ketahui adalah tidak semua motor boleh dijadikan tempat tidur yang nyaman. Kamu akan sulit tidur di motor macam Kawasaki Ninja, mengingat tempat duduk mereka kecil sekali. Ya bisa aja kalo kamu maksa, tapi gak nyaman. Motor yang paling enak buat tidur adalah motor yang tempat duduknya lurus, macam RX King. Satu hal lain yang perlu kamu perhatikan adalah motor tersebut harus punya stand tengah (stand dua). Kamu harus memasang standart dua kalo mau tidur di motor, kerana kalau kamu pakai stand samping, kemungkinan kamu bakal jatuh ke samping pas tidur. Langkah 2: Posisi Badan Usahakan posisi badan kamu telentang sempurna di jok motor. Inilah pentingnya memiliki motor yang joknya lurus. Kenapa harus telentang? Karena kalo miring lebih susah tidurnya. Langkah 3: Posisi Kaki Letakkan kaki kamu di atas stang motor. Posisi ini luar biasa nyaman, apalagi kalau kamu habis seharian jalan kaki dan merasa kaki kamu pegal-pegal. Seperti yang kamu tahu, kalau kaki lagi pegal kan lebih baik posisi kakinya lebih tinggi saat tidur. Langkah 4: Posisi Kepala Rebahkan kepala kamu di jok bagian belakang. Dengan demikian, kepala kamu akan merasakan empuknya jok motor kamu. Ini akan membuat tidur kamu terasa lebih nyaman. Langkah 5: Selamat Tidur!Atau dalam bahasa Itali, Buonanotte. Selamat menikmati pengalaman tidur di atas motor yang nyaman dan tidak terlupakan! |
Unik..bahan buang komputer dijadikan peta dunia Posted: 25 Sep 2012 10:00 AM PDT |
Wow...Atas Nama Seni Digital Puluhan Produk Apple Dihancurkan. Posted: 25 Sep 2012 09:45 AM PDT Jika Anda sedang jatuh cinta dengan iPhone atau iPad, mungkin anda sebaiknya tidak melihat gambar-gambar ini. Seorang seniman merusak puluhan produk Apple dengan palu, menembaknya atau menaruhnya di rel kereta api kemudian dia menyusun kembali menjadi sebuah karya patung yang menggagumkan. Hasilnya aneh tapi indah, dari barang yang menjadi mimpi sebagian orang yang terobsesi ingin memiliki komputer atau smartphone tersebut. Setiap produk Apple yang dihancurkan memiliki foto sendiri termasuk 'modus penghancurannya', seperti kapak yang dijatuhkan diatas iPhone 4.(karob) Mr Tompert juga menembak iPhone sekali di kaca dengan Heckler dan Koch Pistol. Gambar lain menunjukkan bagian belakang iPhone yang memiliki lubang di mana peluru menembusnya. Beberapa iPod Nano 8GB ditempatkan di bawah rel kereta api. Mr Tompert memulai karirnya di Stuttgart, Jerman, sebagai crew magang di salah satu tipografer sebelum pindah ke San Francisco.
• menembak iPhone 3G 2009 dengan Heckler & 9mm Pistol Koch • iPod Nano hancur di bawah roda kereta api menyebabkan kerusakan besar • Setiap iPod Nano tercabik-cabik oleh roda sebuah kereta yang lewat meninggalkan setiap perangkat terentang di tanah • Sebuah besi keprajuritan dihancurkan di atas tablet ikonik Apple meskipun desain yang kokoh tetaplah hasilnya seperti ini • 2.008 MacBook Air dihancurkan dengan palu framing dan obor solder • A Magic Mouse akan diiris dengan gergaji tangan • Michael Tompert (memegang pistol) dan fotografer Paul Fairchild, pencipta 12LVE • Sebuah Macbook Air dihancurkan dengan Heckler & 9mm pengobatan Koch pistol 12 peluru langsung menghancurkan gadged ini ( Mail | Yudi ) |
Gadis Ini Punya Cara Unik Untuk Menurunkan Berat Tubuhnya Posted: 25 Sep 2012 09:30 AM PDT Meskipun cahaya yang buruk, dengan cermin tidak menarik dan ruang yang sempit, seorang gadis bernama Julia Kozerski, 28, mengambil gambar dirinya sendiri di kamar pas antara tahun 2010 dan 2011, untuk melihat langsung perubahan berat badannya dalam program menurunkan berat badan. Dari pakaian renang dan ballgowns, sepatu hak tinggi, Ms Kozerski mengabadikan dirinya dalam 200 model pakaian yang berbeda, untukmenunjukkan perubahan fisik dan emosionalnya dengan lensa kamera handphone I Phone. "Saya ingin mengubah gaya hidup, jadi saya berhenti makan berlebihan dan saya mulai berolahraga, menghitung kalori yang saya konsumsi setiap hari. Kadang-kadang dia juga melakukan segala sesuatu yang yang paling menyenangkan tapi membuat bobot tubuh anda menjadi kurang proposional lagi, diantaranya istirahat yang cukup serta komsumsi vitamin agar dia bisa melakukan aktifitasnya sehari-hari. " Dia mengatakan"Gambar-gambar ini memungkinkan saya untuk langsung melihat bahwa saya membuat suatu kemajuan. Tanpa gambar ini, saya tidak yakin saya akan memiliki motivasi untuk bergerak maju. " • gambar Mrs Kozerski setelah dia berubah drastis gaya hidupnya • Dari pakaian renang dan ballgowns, sepatu hak tinggi, Ms Kozerski mengabadikan dirinya dalam 200 pakaian yang berbeda.
• mencoba pada ukuran yang lebih kecil dan kepuasan merasa lebih menarik' • Ms Kozerski mengatakan dia berhasil menurunkan berat dadan 10 kg pada satu bulan pertamanya • Ms Kozerski mengatakan dia padanya 'bahagia sekarang' dengan hasil pencapaiannya (DM | Yudi) |
Gila! Lelaki Ini Dapur Kayu Bakar Di Dalam Volvonya Sebagai Pemanas (Ada Unggun Api Dalam Kereta) Posted: 25 Sep 2012 09:15 AM PDT Disebabkan cuaca di Eropah pada musim dingin agak ekstrem dan kereta Volvo 240 keluaran tahun 1990 brmasalah dengan sistem pemanasnya, maka Pascal Prokop asal Zurich, Swiss, "mengupgrade" sistem pemanas pada keretanya dengan memasang dapur pemanas. Ekstremnya, dapur pemanas tersebut menggunakan kayu bakar sebagai bahan bakarnya. Dan kerananya, maka terpaksalah kerusi penumpang di bahagian depan harus menjadi "tumbal" alias menyerahkan tempatnya bagi keberadaan alat gila ini. Mungkin kita bertanya-tanya, ini mana mungkin? Boleh saja para penumpang kereta ini bakalan keracunan gas karbon monoksida dan karbon dioksida. Itu tidak akan terjadi, sebab Pascal secara ekstrem melubangi kap keretanya dan memasang cerobong asap. Benar-benar edan si Pascal ini. (Metro, Newlyswissed) |
Posted: 25 Sep 2012 09:00 AM PDT |
Koleksi gambar kemalangan ngeri Posted: 25 Sep 2012 08:06 AM PDT |
Perbezaan Lelaki dan Wanita??? Posted: 25 Sep 2012 08:00 AM PDT 1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. 2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga. 3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus. 4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya. 5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak. 6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan. 7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda. 8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama; 9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi. 10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. 11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres. Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan. Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. |
Posted: 25 Sep 2012 07:30 AM PDT |
Ada perkara ganjil kat gambar lama ini,apa dia? Posted: 25 Sep 2012 07:00 AM PDT |
Perbezaan ketara lelaki dan wanita Posted: 25 Sep 2012 06:30 AM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |