Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Nadia Penyanyi Salam Untuk Kekasih Buat Comeback Posted: 25 Sep 2012 08:11 PM PDT Kalau sebut Nadia sahaja, mungkin ramai yang keliru, Nadia yang mana satu ek? Tapi kalau Budiey sebut Nadia yang nyanyi lagu Salam Untuk Kekasih tu… Pasti ramai yang ingat. Ooooh yang itu! Ternyata, lagu Salam Untuk Kekasih telah melonjakkan nama beliau berbelas tahun lalu. Sehingga kini pun, lagu Salam Untuk Kekasih masih lagi berkumandang di radio. Berita tentang Nadia buat comeback nih dalam Budiey dengar. Ya, selepas 13 tahun menyepi diri, kini tiba giliran Nadia mengubat rindu peminatnya. Semalam, tanggal 25 September 2012 telah menemukan Budiey dengan penyanyi bersuara husky serak-serak basah ini secara kebetulan. Masa tu, Budiey tengah lepak di sebuah cafe di The Curve, Mutiara Damansara. Tiba-tiba, Budiey disapa oleh seorang lelaki yang juga merupakan PR kepada Nadia. Lalu diperkenalkan Budiey kepada Nadia. Di situ, Budiey mula mengorek cerita terbaru tentang penyanyi balada rock ini. Melihat kepada wajah Nadia ni, mengingatkan Budiey dengan bintang AF iaitu Mas yang juga berasal dari Sabah. Suara pun lebih kurang sama. Ada husky. Terbaru, Nadia akan kembali menemui peminat dengan lagu terbarunya berjudul 'Hanya Untukmu'. Nadia sempat mengadakan promosinya di dalam Wanita Hari Ini di TV3 dan sempat menyanyikan dua buah lagu. Penyanyi ini mengakui sedang dalam proses menyiapkan album yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan. Sekarang tengah mengumpul material. Biasanya, lagu yang dibuat adalah ciptaannya sendiri memandangkan Nadia ini sebenarnya singer songwriter. Single terbaru, Hanya Untukmu yang ditulis dan dicipta sendiri oleh Nadia mengisahkan tentang orang yang sentiasa merindui kekasihnya yang telah lama pergi atau yang telah meninggal dunia. Lagu ini bukannya kisah Nadia tapi beliau mengambil kisah orang sekelilingnya untuk dijadikan lagu. Nadia juga ada mengkhabarkan kepada Budiey yang dia akan merakam semula lagu Salam Untuk Kekasih dan akan berduet dengan seorang penyanyi lelaki popular untuk menyanyikan semula lagu ciptaannya itu. Nak tahu dengan siapa Nadia berduet, tunggu lah tahun depan. Nadia juga mengubah sedikit lagu ciptaanya agar sesuai dengan trend muzik di zaman sekarang. Nadia juga sempat berkongsi perkembangan terbaru dan tentang aktiviti hariannya sepanjang menyepi daripada bidang seni. "Sebenarnya sekarang saya sedang sibuk menguruskan perniagaan motel milik keluarga 'Timahs Motel' yang terletak di Sipitang, Sabah. Motel ni terletak di sempadan antara Brunei dan Sarawak. Selain daripada itu, saya juga sentiasa menghasilkan lagu-lagu baru untuk simpanan sendiri." Sementara itu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nadia sudah pun kembali solo selepas bercerai dengan suaminya yang bernikah pada tahun 1999 sedikit masa lalu. Penyanyi kelahiran Tawau, Sabah ini juga gigih membesarkan dua anaknya, Arif dan Farah yang masing-masing berusia 10 dan 6 tahun.
Budiey sempat bertanya tentang Nadia dan sosial media. Adakah Nadia boleh dihubungi melalui Twitter? Menurut Nadia, selepas bercerai dengan suami, dia terus buka fanpage di facebook untuk berhubung dengan peminatnya. Buat masa ini, Nadia belum ada akaun Twitter. Gambar Terbaru Nadia Penyanyi Salam Untuk Kekasih: No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Sinopsis Drama Trilogi Cinta 2 Posted: 25 Sep 2012 05:42 PM PDT Sinopsis Drama Trilogi Cinta 2. DRAMA 4O episod, Trilogi Cinta 2 terus meruntun perasaan penonton dengan perbalahan dua beradik, Norjinah (Fouziah Gous) dan Norseha (Siti Fazurina). Pergeseran mereka berdua berterusan selepas Norseha melahirkan anaknya. Drama arahan Amie Maziah itu mampu membuatkan penonton untuk terus mengikuti apa kesudahan di antara Norjinah, Norseha dan ibu mereka, Mak Nab yang fikirannya asyik terganggu selepas bapa mereka meninggal dunia dan susah hatinya melihatkan perbalahan dua anaknya itu. Drama berdurasi selama 60 minit setiap kali bersiaran itu disiarkan di TV1, setiap Khamis dan Jumaat, jam 10 malam. Drama hebat itu turut dilakonkan Rosyam Nor (sebagai Razif), Rita Rudaini (Suraya), Yuswaisar (Badrul), Rabecca Nur Al Islam (Sharifah Yasmin), Saiful Ghaz (Anuar), Zulin Aziz (Kartini), Aida Khalida (Aida), Raissuddin Hamzah (Taufik), Syazana Firas (Amira) dan Fureena (Balkis). Kisah baru musim kedua bermula selepas setahun Norseha melahirkan anaknya. Sengketa Norjinah dengan Norseha terus berpanjangan kerana Norjinah masih belum dapat memaafkan adiknya. Setiap kali bersemuka dengan Norseha kebencian dan kemarahannya muncul. Dia tidak mahu berjumpa Norseha langsung dan setiap kali Norseha datang ke rumahnya dia tidak mahu keluar bilik. Kesedihan Norseha terhadap sikap Norjinah bertukar menjadi benci dan marah. Bukan itu saja, malah Badrul dengan anaknya juga menjadi mangsa kemarahannya. Badrul dengan Razif cuba mendamaikan kedua-duanya, tetapi jalan perdamaian seperti tidak ada. Permusuhan kedua-duanya sampai ke kemuncak apabila pada majlis perkahwinan Anuar dengan Kartini menjadi kecoh gara-gara pertengkaran mereka. Ketika pengantin bersanding, mereka bertengkar kerana Norseha merungut Amirul asyik menangis dan mengganggu tidur anaknya, Lukman. Majlis menjadi kecoh dan pertengkaran mereka menjadi tontonan tetamu. Anuar yang sedang bersanding meninggalkan pelamin dan terus menampar kedua-dua adiknya. Mak Nab menanggung malu kepada tetamu yang datang dan Anuar sedih dengan sikap mereka. Bagi Norjinah apa yang berlaku satu tamparan kepadanya dan keluarganya. Bagi Razif pula Norjinah patut memaafkan Norseha kerana apa yang berlaku bukan salahnya seorang. Norjinah sentiasa menjawab kata-kata Razif dan membuatkan Razif hilang sabar. Pertengkaran Razif dengan Norjinah membuat anak-anaknya ketakutan dan lari ke rumah datuk mereka. Dalam pada itu, Razif mahu Norjinah menerima takdir Allah dengan sabar, tetapi Norjinah tetap tidak boleh menerima apa yang berlaku. Norseha sudah berzina dan melakukan dosa besar. Razif bimbang jika Norjinah terus bersikap begitu, rahsia Norseha akan terbongkar dan Mak Nab serta Anuar akan mengetahuinya. Mak Nab mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku lalu dia datang bermalam di rumah Norseha dan dapat tahu yang Norseha serta Badrul tidur di bilik berasingan. Norseha pula mulai trauma dengan keadaan yang dilaluinya dan dia ingin kembali bekerja, tetapi anaknya dianggap sebagai penghalang pula, lalu dia meminta Mak Nab menjaganya. Badrul pula tertekan kerana Norseha tidak dapat menerimanya dan bercadang menceraikannya. Dalam kekalutannya, Badrul terserempak dengan Sharifah Yasmin dan dia meluahkan masalahnya kepada Sharifah Yasmin atas dasar sahabat. Sharifah Yasmin bersedia membahagiakan Badrul kerana dia memang cintakan Badrul dan bukannya Razif. Sementara itu Norjinah yang kembali belajar, diminati seniornya Fazli dan Shah yang menghidap barah hati. Mereka berdua tidak tahu Norjinah sudah bekahwin. Tags: Aida Khalida, Fouziah Gous, Fureena, Penamat drama, Rabecca Nur Al Islam, Raissuddin Hamzah, rita rudaini, Saiful Ghaz, Sinopsis Drama Trilogi Cinta 2, Siti Fazurina, Syazana Firas, Ulasan Drama Trilogi Cinta 2, Video Drama Trilogi Cinta 2, Yuswaisar, Zulin Aziz Tags: Aida Khalida, Fouziah Gous, Fureena, Penamat drama, Rabecca Nur Al Islam, Raissuddin Hamzah, rita rudaini, Saiful Ghaz, Sinopsis Drama Trilogi Cinta 2, Siti Fazurina, Syazana Firas, Ulasan Drama Trilogi Cinta 2, Video Drama Trilogi Cinta 2, Yuswaisar, Zulin AzizClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |