Adsense

Selasa, 25 September 2012

Zon Artis

Zon Artis


Remy Ishak Akui Sudah Berpisah Dengan Tiz Zaqyah

Posted: 25 Sep 2012 11:26 PM PDT

REMY ISHAK DAN TIZ ZAQYAH PUTUS CINTA

Terjawablah segala teka-teki mengenai update Twitter Remy Ishak yang ditulisnya pada 20 September lalu apabila akhbar Kosmo! hari ini melaporkan yang Remy Ishak telah mengesahkan bahawa hubungannya dengan Tiz Zaqyah sudah menemui penghujungnya selepas tiga tahun bersama.

Bagi yang belum tahu, berikut Twitter update Remy itu:-

TWITTER REMY ISHAK

TWITTER REMY ISHAK

Remy mengakui bahawa apa yang ditulisnya itu merupakan satu kenyataan rasmi berhubung status percintaannya dengan Tiz yang sentiasa ingin diketahui. Menurut Remy, itu adalah cara terbaik untuk dia menyatakan kepada peminat yang hubungannya dengan Tiz sudah berakhir walaupun tidak secara langsung.

Namun melalui media, Remy tampil memberi kenyataan yang lebih jelas. Menurutnya, dia patut tampil membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang dia dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Juga untuk tidak memburukkan lagi keadaan.

"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan,"

"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut,"

Mengenai dakwaan wujudnya orang ketiga sehingga menyebabkan hubungannya dan Tiz berakhir, Remy dengan tegas menafikannya. Menurut Remy, keputusan yang diambil bukan kerana wujudnya orang ketiga tetapi disebabkan mereka sudah tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen. Kata Remy:-

"Saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen,"

Related Posts with Thumbnails