Adsense

Rabu, 4 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Review Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur

Posted: 04 Jul 2012 09:49 AM PDT

Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur : Tempat untuk bertemu!
oleh Shah Shamshiri

Bila berjalan-jalan ke KL, pastikan anda memilih hotel yang tepat dengan keperluan anda. Dengan adanya ratusan jenis, kadangkala susah juga untuk membuat pilihan. Apatah lagi kalau kita cerewet dalam memilih bentuk penginapan. Seandainya anda inginkan hotel bertaraf lima bintang yang masih menawarkan harga berpatutan, janganlah beranggapan bahawa kombinasi lima bintang dan harga berpatutan ini tidak wujud di tengah-tengah kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, kerana ada hotel yang mampu memberikan kemudahan tersebut.

Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur

Hotel Crowne Plaza Mutiara yang bertaraf lima bintang merupakan salah satu hotel tersohor di Kuala Lumpur. Terletak di pusat Kuala Lumpur, hotel ini mempunyai lokasi yang sangat strategik kerana kedudukannya tidak jauh dari pusat perdagangan. Selain daripada itu, hotel ini juga berada benar- benar di hadapan stesen monorel Raja Chulan untuk memudahkan pergerakan para pengunjung dari satu tempat ke tempat yang lain. Lebih menarik lagi, ia juga beberapa langkah sahaja dari pusat membeli-belah Pavilion yang sememangnya menjadi pusat membeli-belah tumpuan di Jalan Bukit Bintang.

Hotel ini dilengkapi dengan 559 buah bilik tamu, 28 buah bilik mesyuarat, sebuah kolam renang, gymnasium serta pusat kesihatan, dan macam-macam lagi. Ia dibina dalam kawasan seluas 5 ekar di sebuah taman yang terletak di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur. Berserta kemudahan-kemudahan hotel yang lain seperti beberapa buah restoran dan juga spa, hotel ini memang sesuai buat anda yang menyenangi kemewahan dalam taman.

Selain itu, di setiap ruang dan bilik hotel terdapat hiasan yang melambangkan keindahan tema mutiara di hotel ini. Setiap bilik memenuhi citarasa senireka dalaman masa kini dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan teknologi tercanggih. Untuk kemudahan para tamu, kemudahan internet juga ada tersedia di dalam bilik.

Berlandaskan tagline "The Place To Meet" Crowne Plaza Mutiara benar-benar menjiwai kata-kata tersebut kerana dengan aneka pilihan perkhidmatan yang tersedia ia memang merupakan tempat yang paling sesuai untuk bertemu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur! Sekiranya anda ingin menikmati sekilas kemewahan di ibunegara kita, bermalamlah di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Ia pasti satu pengalaman eksklusif yang tidak akan anda lupakan!

Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Pelakon Fasha Sandha di Anugerah EH! 2012

Posted: 04 Jul 2012 07:13 AM PDT

Gambar Pelakon Fasha Sandha di Anugerah EH

Dah lama tak nampak, kini muncul di Anugerah EH. Walaupun berbadan dua, Fasha tetap maintain kurus dan tak lah nampak berisi. Tampil elegan dengan busana serba hitam. Sesuai dengan Anugerah EH!. Rekaan dari pereka Amelia Hassan.

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Fasha Sandha Anugerah EH

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: