Gosip Artis Malaysia |
- Wardina Tinggal Berlakon, Tetap Pengacara
- Wan Shades Tetap Saman Blogger
- Ibu Paling Gembira Apabila Ella Bertemu Jodoh
- Remy Ishak Tersinggung Tuduhan Pukul Tiz Zaqyah
- Michelle juri Oskar?
Wardina Tinggal Berlakon, Tetap Pengacara Posted: 04 Jul 2012 05:42 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tidak akan bersara daripada dunia hiburan sebaliknya mahu mengurangkan aktivit seni dengan mencuba perkara baru dalam hidupnya. Wardina berkata, dia berpendapat tiada istilah bersara dalam dunia hiburan kerana ramai selebriti mencari rezeki melalui industri tersebut dan mengakui rindukan kepada bidang pengacaraan. "Kalau bercakap pasal bersara sebagai pelakon itu benar kerana sudah lama saya tidak menerima tawaran berlakon tetapi tidak bersara daripada industri hiburan. "Saya masih menerima tawaran pengacaraan kerana itu adalah satu pekerjaan yang sangat saya gemari kerana saya suka bercakap dan berkongsi idea dan akan menerima jika bersesuaian," ujarnya pada Rabu. Wardina adalah pengacara program Al-Hadiyah yang disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 1 petang di TV3. Dalam pada itu, Wardina berkata, dia ingin mempunyai program bual bicara sendiri jika diberi peluang suatu hari nanti dan mahu menfokuskan kepada isu-isu semasa yang boleh memberi manfaat kepada penonton. Wardina berkata, dia bukan memilih tetapi lebih cenderung kepada program seumpama itu bersesuaian dengan pemikirannya yang lebih matang dalam memperkatakan perkara lebih serius. "Rasanya sudah tidak sesuai mengacarakan program-program yang lebih ke arah santai dan hiburan kerana lebih cenderung dengan topik yang lebih serius. Itu adalah minat saya," katanya. Dalam perkembangan sama, Wardina berkata, walaupun sudah tidak begitu aktif dalam bidang seni aktiviti hariannya padat setiap hari. "Selain menguruskan rumah tangga dan anak-anak, saya juga banyak terlibat dalam program-program turun padang dan sedang memberi fokus kepada pengajian dalam bidang psikologi yang berbaki setahun lagi," katanya. Sementara itu, bercakap mengenai kerjasamanya dengan jenama langsir terkenal iaitu Elyza's, Wardina memberitahu dia bersetuju berbuat demikian kerana selain merupakan pelanggan tetap dia tertarik dengan kualiti dan pilihan fabriknya yang pelbagai dan menarik. "Saya sudah lama menggunakan jenama ini untuk hiasan langsir kediaman saya dan apabila pihak Elyza's ingin menaja set langsir rumah baru saya, ia adalah saat indah untuk saya. "Bagaimanapun saya bukan bertindak sebagai duta jenama ini sebaliknya lebih kepada kerjasama antara dua belah pihak," katanya. - --- |
Wan Shades Tetap Saman Blogger Posted: 04 Jul 2012 05:28 PM PDT PETALING JAYA: Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan (Shades) akan meneruskan niatnya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah blog hiburan yang didakwa telah memfitnahnya sebagai suspek kes rogol anak tiri. Wan berkata, dia meneruskan tindakan itu kerana ingin memberi pengajaran kepada pihak tersebut dan mana-mana pemilik laman blog supaya lebih berhati-hati ketika menulis sesuatu selain lebih beretika. "Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua "blogger" di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan. "Saman ini adalah untuk memberitahu mereka walaupun berada dalam medium media bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis sesuka hati tanpa mengikut etika yang betul sehingga boleh mengaibkan ramai pihak," katanya. Wan yang popular dengan lagu "Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal" ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk 'Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?' pada 20 Februari lalu. Tajuk berkenaan menurut Wan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti dan kedudukannya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia, dekat sini. Dalam pada itu, Wan memberitahu dia telah bersemuka dengan pemilik blog berkenaan ketika dipertemukan dalam sebuah rakaman program berjudul Awal Lagi untuk siaran TV9 baru-baru ini. Katanya pihak blog berkenaan telah memohon maaf kepadanya secara terbuka dan dia menerima permohonan maaf tersebut dengan ikhlas. "Saya sebelum ini telah memberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf tetapi mereka langsung tiada inisiatif untuk berbuat demikian tetapi saya tetap maafkan. "Apabila "blogger" berkenaan menghulurkan kata maaf secara berdepan, kita sebagai seorang Islam kena terima dan saya telah memaafkan mereka tetapi dari segi kerjaya saya akan meneruskan saman terhadap pihak tersebut," ujarnya. Bagaimanapun Wan berkata, dia agak kecewa apabila pihak tersebut seperti tidak mengambil serius terhadap isu itu seolah-olah tiada apa yang berlaku sebaliknya permohonan maaf itu hanyalah sekadar di depan kamera. Sementara itu, Wan menafikan tindakannya itu adalah kerana ingin mencari publisiti selepas beberapa tahun menyepi dari dunia hiburan. Ujar Wan, dia tidak perlu berbuat demikian kerana yakin namanya masih dikenali oleh peminat muzik tempatan. "Ini bukan satu publisiti untuk menaikkan nama kerana peminat masih kenal siapa saya dan tidak perlu bukan gimik seperti ini kerana masih banyak cara lain yang boleh dibuat," katanya. Dalam perkembangan lain, Wan sedang dalam proses menghasilkan single solo pertamanya untuk para peminat sebelum menyusul dengan album baru. "Insya-Allah semuanya sedang dalam proses dan jika tiada halangan pasti sebuah singlebaru solo saya akan berada di pasaran," katanya. - --- |
Ibu Paling Gembira Apabila Ella Bertemu Jodoh Posted: 04 Jul 2012 05:26 PM PDT PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri. Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan. "Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu. Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini. Upacara akan nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja. Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini. Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya. Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 17 Julai lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak. Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan. "Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini," katanya. Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu. - --- |
Remy Ishak Tersinggung Tuduhan Pukul Tiz Zaqyah Posted: 04 Jul 2012 05:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak melahirkan rasa sedih dan tersinggung dengan tuduhan terbaru kononnya dia bersikap panas baran sehingga telah memukul kekasihnya pelakon Tiz Zaqyah, 24. Remy, 30, berkata, tuduhan itu benar-benar membuatkannya kecil hati kerana ia telah memberi gambaran buruk mengenai sikapnya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan insiden serupa. "Saya tidak pernah bersikap kasar kepada Tiz. Itu semua tidak benar. Saya agak sedih dan kecil hati apabila ada pihak yang membuat tuduhan itu. Tetapi saya sabar kerana saya tahu, sebagai artis, macam-macam usikan yang akan saya terima. "Tuduhan ini saya anggap sebagai "tuduhan nakal". Saya kuat untuk menempuh semua ujian-ujian itu," katanya selepas previu filem 29 Februari untuk editor-editor hiburan di Pavillion di sini, Rabu. Remy diminta mengulas tuduhan terbaru kononnya dia bersikap kasar terhadap Tiz yang kononnya tidak memberi perhatian terhadap Remy. Hubungan mereka juga dilaporkan sudah musnah. Mengulas mengenai dakwaan itu Remy berkata, dia tidak gemar untuk bercakap mengenainya kerana bimbang banyak persepsi negatif yang akan dibangkitkan oleh orang ramai. Malah dia sebaliknya tidak keberatan untuk memberitahu hubungannya dengan Tiz masih lagi berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. "Dakwaan mengatakan kami sudah putus hubungan itu pun tidak benar. Kami masih lagi berkawan macam biasa. Tapi saya tak nafikan, adat orang bercinta mestilah ada juga masalah-masalah kecil yang berlaku," katanya. Dalam pada itu kata Remy, isu berkenaan timbul apabila dia telah menulis satu luahan menerusi Twitter miliknya sehingga ada pihak yang salah membuat tafsiran terhadap maksud luahan tersebut. Katanya, ia ditulis ketika fikirannya berada dalam berkecamuk dan mengakui agak menyesal dengan sikap tersebut. "Masa saya tulis itu, saya mungkin stres. Jadi, macam-macam ayatlah yang keluar tetapi saya tidak bermaksud apa-apa. Mungkin orang yang salah tafsir. Apa-apa pun selepas ini saya akan lebih berhati-hari lagi untuk menulis sesuatu," katanya. Sementara itu mengani tiga buah lagu nyanyiannya menerusi filem 29 Februari Remy berkata, ia mengambil masa empat hari untuk dirakamkan dan tidak menghadapi masalah ketika proses berkenaan. Malah pelakon ini juga turut berterima kasih kepada Edry Abdul Halim kerana memberi peluang tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang amat istimewa. "Saya berharap peminat akan menyukai lagu nyanyian saya itu," katanya. Filem 29 Februari bakal menemui penonton pada 30 Ogos depan. - --- |
Posted: 03 Jul 2012 07:33 PM PDT » Aktres kelahiran Ipoh diundang jadi panel anugerah filem terulung antarabangsa Aktres Malaysia mencipta nama di Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh mengukir sejarah apabila diberi penghormatan menjadi ahli panel juri Academy of Motion Picture Arts & Sciences. Michelle adalah tokoh seni tempatan pertama diiktiraf badan antarabangsa itu. Laporan laman web hiburan menyebut, selain Michelle, aktor Matthew McConaughey dan pemenang anugerah Oscar 2012, Octavia Spencer turut diundang menjadi ahli panel Akademi yang antara lain bertanggungjawab dalam sesi penjurian trofi berprestij industri perfileman, Anugerah Oskar. Jika Michelle menerima undangan Akademi, pelakon berusia 49 tahun itu bakal memperkukuhkan portfolio hebatnya dalam industri perfileman. Ini kerana bukan calang-calang individu layak menduduki kerusi juri itu. Dengan undangan menduduki kerusi ahli panel Akademi, Michelle bakal menyertai kumpulan 176 penggiat seni dalam pelbagai bidang seperti pakar perfileman, komposer, pengarah dan penerbit yang menerima jemputan sama dari pada Akademi. Antara mereka ialah aktor Simon Baker, Sean Bean, Melissa McCarthy, Andy Serkis dan pelakon filem The Artist, Jean DuJardin dan Berenice Bejo. Turut diundang pakar sinematografi, Florian Ballhaus and Guillaume Schiffman serta pengarah Asghar Farhadi, Rodrigo Garcia, Terrence Malick dan Michel Hazanavicius. Selain itu, komposer Ludovic Bource Conrad Pope dan penerbit yang juga rakan kongsi pelakon George Clooney, Grant Heslov serta penulis cerita seram, Stephen King. Michelle mengharumkan nama negara apabila menjadi artis Malaysia pertama diterima industri perfileman di Hollywood. Tawaran untuk berlakon sebagai gadis Bond dalam filem Tomorrow Never Dies pada 1997 memberi impak hebat dalam portfolio seninya. Malah lakonan hebat yang ditonjolkan aktres ini dalam filem The Lady baru-baru ini, mendapat pujian pengkritik filem antarabangsa. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |