Pemohonan Taraf Penduduk Tetap Adi Putra Belum Diluluskan Posted: 03 Jul 2012 09:46 PM PDT Jika sebelum ini pemohonan Aaron Aziz untuk status penduduk tetap (PR) telah diluluskan tapi berbeza pula dengan Adi Putra, warga negara Singapore yang telah memohon status PR sejak berkahwin dengan Aida Yusof yang juga warga negara Malaysia enam tahun yang lalu tetapi masih belum juga diluluskan.. "Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia. Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan," (mstar) Adi Putra yang telah berkecimpung selama 10 tahun dalam industri lakonan di Malaysia juga mengakui yang statusnya sebagai orang luar tidak pernah menghalang perkembangan kerjaya seninya di sini.. Namun beliau mengakui sebagai orang luar beliau perlu menghormati sesetengah majlis anugerah yang hanya untuk warga tempatan.. |
Adira Tidak Suntik Muka Untuk Kelihatan Cerah Berseri Posted: 03 Jul 2012 09:03 PM PDT Ramai yang tertanya-tanya apakah yang Adira lakukan pada kulitnya sehingga kulitnya nampak ketara cerah dan berseri-seri dari sebelum ini.. Akibat perubahan ketara pada kulit Adira itu, ramai yang telah membuat spekulasi yang artis genit ini menyuntik collagen dan vitamin C ke wajahnya.. Adira yang sedar akan dakwaan beberapa pihak itu lantas menafikan segalanya.. "Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya dengar orang cakap saya membuat suntikan pada wajah untuk kelihatan cantik. Namun semuanya tidak benar, kerana kulit saya sekarang adalah kulit asli saya dan tidak melakukan apa-apa bahan yang drastik, selain hanya menjaga pemakanan dan penjagaan kulit yang betul." "Saya mengamalkan makan makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan kesihatan diri saya. Lagipun, kini saya sudah menggunakan produk yang sesuai dengan kulit saya berbanding dulu kerana kulit saya sangat sensitif dan tidak mudah untuk terima apa jua jenis produk penjagaan kulit yang ada di pasaran," "Terus-terang, kalau hendak diikutkan kulit saya lebih cerah waktu saya tinggal di Sabah dahulu. Selepas menetap di Semenanjung, saya perlu menyesuaikan kulit saya dengan cuaca di sini yang lebih panas berbanding di Sabah. Kini sudah beberapa tahun tinggal di Semenanjung, kulit saya mula dapat menerima dengan perubahan cuaca di sini," (Murai) Agak klise jawapan Adira kan.. Tapi itulah hakikatnya.. Tambah Adira lagi dia juga melakukan rawatan facial sekali dalam masa dua bualan selain mengamalkan pemakanan yang sihat.. |