Adsense

Rabu, 4 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Selepas Bercerai, Raja Azmi Diintai Tan Sri Pula?

Posted: 04 Jul 2012 10:55 PM PDT

Terkejut sebentar apabila membaca artikel dari rakan media, portal hiburan Murai.

Menurut Murai, Raja Azmi yang baru sahaja selesai dengan proses perceraiannya bersama Jailani Sidek kini telah menjadi perhatian beberapa orang peminat termasuklah Tan Sri. Wah, untung badan, melimpah-ruah rezeki didepan.

Dikhabarkan, Tan Sri berkenaan sudah lama berkenan dengan Raja Azmi yang juga seorang pengarah filem ini. Namun disebabkan Raja Azmi sudah mempunyai suami, Tan Sri berkenaan menyimpan hasratnya. Kecohnya berita mengenai perceraian antara Raja Azmi & Jailani Sidek telah memberikan peluang kepada Tan Sri tersebut untuk lebih mendekati Raja Azmi.

Apa yang pasti, menurut Murai, Tan Sri berkenaan seorang yang mempunyai perniagaan sendiri dan sentiasa berulang-alik ke luar negara.

Showdown 2012 : Dem Lepak Boyz Bawa Pulang RM50,000 & Bakal Ke Jerman

Posted: 04 Jul 2012 10:33 PM PDT

Tahniah OHBULAN! ucapkan pada kumpulan Dem Lepak Boyz yang telah menjuarai rancangan Showdown 2012 (Musim Ke-3).

Semalam, rancangan realiti Showdown 2012 telah menemui penghujungnya apabila Dem Lepak Boyz telah diumumkan sebagai pemenang mengalahkan 2 lagi pesaing sengit, Project Elementz dan Soul Gang. Juara untuk rancangan realiti Showdown 2012 ini telah membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga diberi peluang untuk menghadiri "The Urban Dance Camp" di Lorrach, German.

Dengan menampilkan gimik seperti persembahan "smurf" dan 2 orang budak kecil untuk persembahan pertama, Dem Lepak Boyz atau DLB telah berjaya mencuri hati penonton dan menghiburkan peminat. Tidak cukup disitu, persembahan kedua Dem Lepak Boyz turut menampilkan gimik seorang wanita bermain biola. Dicampur dengan persembahan yang bertenaga, OHBULAN! pasti persembahan DLB adalah antara persembahan terbaik sepanjang Showdown diadakan dari tahun 2010.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan, semoga para pemenang akan terus mengharumkan nama negara. Mari kita tonton video ucapan Dem Lepak Boyz selepas memenangi Showdown 2012 semalam!