Adsense

Khamis, 5 Julai 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tuah Cristina Suzanne

Posted:

Tuah Cristina Suzanne

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Begitulah ungkapan yang layak ditujukan buat bekas peserta program realiti Pilih Kasih musim kedua ini, Cristina Suzanne atau nama penuhnya Cristina Suzanne Stockstill.

Mula menempa nama melalui drama Bicara Hati, bakat Cristina Suzanne atau lebih mesra disapa sebagai Cris kelihatan sedikit demi sedikit melalui drama-drama lakonannya seperti Kasih Najihah, Dia Bukan Mariam, dan Memberku Hawa.

Seorang yang peramah, mudah mesra dan berterus terang membuatkan sesiapa sahaja mudah mendekati wanita berusia 27 tahun ini. Tidak dinafikan, ketika sesi temu ramah dijalankan juga, penulis berasa amat senang berbicara dan Cris sentiasa terbuka dalam menjawab apa juga persoalan yang dilemparkan kepadanya.

"Saya memang seorang yang terbuka dan memang tidak dinafikan perwatakan saya juga tidaklah selembut mana. Pada hari biasa, saya lebih selesa memakai jean dan kemeja T sahaja," tuturnya semasa ditemui dalam sidang akhbar sebelum penggambaran filem sulung penglibatannya, Jwanita yang bertempat di Paradiso Cine Lounge, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Setelah dua tahun pembabitannya dalam dunia lakonan, Cris telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh penggarap filem pecah panggung, Ombak Rindu iaitu Osman Ali bagi memegang watak utama sebagai Julaika dalam filem berjudul Jwanita. Selain Chris, filem tersebut turut dibintangi Maya Karin, Bront Palarae dan Marsha Milan Londoh.

Mengakui terasa kecil apabila namanya terpilih untuk berdamping dengan nama-nama besar industri perfileman, dia bagaimanapun berasa syukur kerana walaupun agak baharu dalam bidang ini, Osman berani mempertaruh kredibilitinya untuk naskhah terkini beliau.

Dalam filem tersebut, Cris memegang watak sebagai seorang isteri kepada doktor yang bernama Dr. Farhan, lakonan Bront Palarae yang juga merupakan seorang ibu urban yang berkerjaya yang mempunyai dua orang anak.

"Ini merupakan filem pertama saya dan memegang watak utama. Saya terima kerana watak Julaika itu sendiri. Saya rasa bertuah dan beruntung kerana dapat peluang untuk berlakon dengan nama-nama besar.

PERTAMA kali berlakon filem, Cristina mahu memastikan dia mampu memikul tanggungjawab yang diberi dengan baik.


"Saya sebenarnya tidak tahu mengapa saya dipilih oleh Osman Ali dalam Jwanita. Ini kerana saya akui, saya masih baharu dalam industri ini. Namun, mungkin ia rezeki saya dan Osman ingin mengajar saya kerana percaya pada bakat yang ada dalam diri," tuturnya yang sentiasa ketawa dan mengukir senyuman sepanjang temu ramah berlangsung.

Sementara itu, menurut Osman, pemilihan Cris adalah kerana bakat yang dilihat sepanjang tempoh pelakon muda itu menceburkan diri dalam bidang lakonan.

"Apa yang saya lihat, Cris mempunyai bakat dan sesuai dengan watak yang ingin dibawa iaitu Julaika. Saya pernah melihat lakonannya juga semasa sesi latihan, Cris mampu membawa karakter Julaika dengan baik," komen Osman tentang Cris.

Mengangkat genre seram dan suspen, Jwanita yang dimainkan oleh Maya Karin, mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya.

Bagi Maya, ini merupakan projek yang keempat dirinya bersama pengarah Osman mengatakan keselesaan bekerjasama antara salah satu faktor tawaran ini diterima.

"Watak ini juga lain dari apa yang saya pernah bawa sebelum ini. Sejujurnya, saya tidak suka untuk membuat rujukan watak lain kerana khuatir akan terpengaruh dengan pembawakan watak tersebut.

"Jadi, saya hanya mengulangkaji watak melalui skrip dan apa yang pengarah mahukan. Saya juga tidak mahu berbicara panjang kerana saya sebenarnya masih lagi mempersiapkan diri. Namun ia memang banyak bermain dengan emosi," tutur Maya yang teruja ingin membawakan watak tersebut.

Bercinta dengan Bront

Cris bukan sahaja bakal berlakon bersama Bront, namun, mereka juga dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa setelah ada yang mengatakan mereka berdua kelihatan mesra berbalas komen dalam laman Twitter masing-masing sejak beberapa bulan yang lalu.

BARISAN karyawan filem Jwanita bergambar pada majlis sidang akhbar mereka baru-baru ini.


Namun, persoalan yang ditebak kepadanya, dijawab dengan terbuka dan katanya tanpa berselindung, mereka memang sedang berkawan.

"Kami sebenarnya berkawan. Saya juga tidak mahu gunakan jawapan yang kami sedang mengenali harti budi masing-masing. Ini kerana memandangkan kami akan bergandingan menjadi suami isteri, jadi mungkin chemistry dapat diwujudkan dari situ agar lakonan kelihatan natural.

"Saya selesa berkawan dengan Bront kerana dia seorang yang relaks, baik dan tidak sombong. Jujur saya akui, jika ingin dibandingkan jumlah rakan lelaki dan wanita, bilangan rakan lelaki lebih ramai. Apapun, kita perlu mengenali seseorang sebelum melangkah ke peringkat yang lebih serius," jelasnya mengenai khabar angin yang bertiup antara dirinya dan Bront.

Tambahnya lagi, dia pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan. Jadi, kini dia mahu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kelak. Namun, jujur berbicara, jika ada jodoh bersama Bront, dia tidak akan menolak dan terima seadanya.

"Saya bukan jenis yang suka merancang. Jika ditakdirkan bersama sesiapa sahaja, insya-Allah akan saya terima, baik artis mahupun orang biasa. Kata orang, kita jangan cakap besar atau takbur, kerana yang dibenci atau tidak disukai itu yang akan kita peroleh. Apa yang depan mata, jika bersesuaian, akan saya terima," akhiri wanita yang gemar bersembang ini.

Kemenangan Jaekyung

Posted:

Kemenangan Jaekyung

JAEKYUNG Rainbow baru-baru ini berhadapan dengan satu gosip yang telah menyentak dirinya. Sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan bedah plastik telah menggunakan gambarnya sebagai promosi mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Ia menunjukkan imej Jaekyung sebelum dan selepas dibedah.

Tersentak dengan hal itu, Jaekyung segera mengambil langkah tegas dengan membawa kes tersebut ke mahkamah dan tindakannya berbaloi apabila dia memenangi kes tersebut.

Jaekyung berjaya memenangi ganti rugi tersebut kerana ia memberi kesan terhadap mental penyanyi itu selain memberi satu gambaran bahawa dia benar-benar menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.

Selain itu, klinik tersebut juga gagal memberi bukti kukuh bahawa Jaekyung pernah melakukan pembedahan plastik di premis mereka.

"Klinik tersebut harus membayar sekitar RM80, 000 kepada Jaekyung sebagai kos ganti rugi terhadap perbuatan mereka," ujar satu sumber tentang keputusan pihak mahkamah yang dibuat pada 2 Julai lalu.

Adi Putra, Aida bahagia

Posted:

Adi Putra, Aida bahagia

Oleh HARYATI KARIM

ADI PUTRA memberitahu situasi rumah tangganya dengan Aida semakin baik selepas kemelut yang melanda sebelum ini sehingga hampir membuat mereka bercerai.


BINTANG filem yang semakin popular sejak muncul dalam filem KL Gangster dan drama Tentang Dhia, Adi Putra pernah menimbulkan kontroversi sekitar Mei lalu apabila menghantar permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kemelut rumah tangga aktor yang berasal dari Singapura itu kembali reda apabila Adi tampil menjernihkan keadaan dalam satu sesi sidang media dan menarik balik permohonan cerai tersebut.

Adi yang ditemui baru-baru ini pada sidang media majlis ulang tahun pertama kelab peminatnya yang diberi nama Hotlovers di Saloma Bistro juga memberitahu, dia kini dalam proses menunggu kelulusan permohonan status penduduk tetap negara ini selepas memohon sejak berkahwin dengan isterinya, enam tahun yang lalu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Adi yang turut menjemput peminatnya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyambut ulang tahun pertama kelab peminatnya Hotlovers pada 14 Julai depan.

KOSMO!: Bagaimana keadaan rumah tangga Adi selepas kontroversi menghantar permohonan cerai itu?

ADI: Alhamdulillah, semuanya kembali seperti biasa. Saya lebih yakin tetapi sebagai hamba Allah, saya berserah kepada qada dan qadar.

Maknanya selepas kontroversi itu, keadaan rumah tangga anda semakin berada dalam suasana positif?

Buat masa ini positif sungguhpun begitu, saya tidak berani ambil satu perspektif mengatakan semuanya bagus belaka. Saya takut jika saya kata begitu, esok lusa lain pula jadinya.

Apa komen atau pandangan yang diterima anda daripada peminat selepas kontroversi rumah tangga itu?

Peminat sentiasa memberi sokongan dan mereka tidak galakkan saya untuk hidup berpecah-belah.

Adakah anda mengambil kira pandangan peminat berhubung kemelut rumah tangga?

Bagi saya, tidak boleh mengambil pandangan orang luar sahaja kerana pucuk pangkalnya saya sendiri yang jalani, hanya saya dan isteri tahu keadaan yang sebenar. Cukuplah untuk peminat tahu keadaan saya masih okey.

Isteri anda memahami situasi yang suaminya mempunyai ramai peminat wanita?

Isteri saya tahu bagaimana keadaannya ketika saya bersama peminat dan dia tidak kisah. Bagaimanapun saya tetap akan bahagikan masa untuk bersama isteri. Kebiasaannya selepas habis kerja saya akan terus pulang ke rumah.

Khabarnya anda akan menunaikan umrah buat kali ketiga pada bulan Ramadan kelak tetapi pergi tanpa ditemani isteri, kenapa?

Mengikut perancangan, saya akan pergi menunaikan umrah pada 6 Ogos tanpa ditemani isteri. Bukan sengaja, tetapi isteri saya tidak mempunyai cuti, kami ada merancang untuk menunaikan umrah bersama pada bulan Februari tahun depan.

Buat pertama kalinya anda akan mengadakan sebuah majlis ulang tahun kelab peminat Adi yang diberi nama Hotlovers, apa tujuannya?

Sebenarnya saya tidak pernah sangka akan ada kelab peminat sendiri, syukur selepas setahun kewujudan Hotlovers pada 14 Julai ini, kami akan menyambut ulang tahun yang pertama. Tujuannya untuk bertemu peminat yang tidak jemu memberi sokongan kepada saya. Buat peminat yang ingin hadir di PWTC, anda boleh hubungi Yuhanis di talian 010-780 2240 atau 017-377 8531 (Sarah), bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk seorang.