Adsense

Khamis, 5 Julai 2012

Celebrity News

Celebrity News


Wan Shades Saman Penulis Blog Hiburan

Posted: 05 Jul 2012 06:47 AM PDT

Sebelum ini ZoOM pernah berkongsi dengan anda mengenai kisah Wan Shades yang dituduh merogol anak amantiri. Dan si penulis blog hiburan tersebut juga sudah memohon maaf kepada beliau tetapi ia tidak menghalang niatnya ingin memberi pengajaran kepada penulis blog diluar sana agar lebih berhati-hati dengan sebarang penulisan yang tanpa usul periksa.

Dan berikut beberapa jawapan Wan Shades mengenai niat beliau untuk menyaman penulis blog tersebut :
"Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua "blogger" di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan.
"Saman ini adalah untuk memberitahu mereka walaupun berada dalam medium media bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis sesuka hati tanpa mengikut etika yang betul sehingga boleh mengaibkan ramai pihak," katanya.

Wan yang popular dengan lagu "Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal" ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk 'Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?' pada 20 Februari lalu.

Tajuk berkenaan menurut Wan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti dan kedudukannya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia, dekat sini.

Dalam pada itu, Wan memberitahu dia telah bersemuka dengan pemilik blog berkenaan ketika dipertemukan dalam sebuah rakaman program berjudul Awal Lagi untuk siaran TV9 baru-baru ini.

Katanya pihak blog berkenaan telah memohon maaf kepadanya secara terbuka dan dia menerima permohonan maaf tersebut dengan ikhlas.
"Saya sebelum ini telah memberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf tetapi mereka langsung tiada inisiatif untuk berbuat demikian tetapi saya tetap maafkan.
"Apabila "blogger" berkenaan menghulurkan kata maaf secara berdepan, kita sebagai seorang Islam kena terima dan saya telah memaafkan mereka tetapi dari segi kerjaya saya akan meneruskan saman terhadap pihak tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun Wan berkata, dia agak kecewa apabila pihak tersebut seperti tidak mengambil serius terhadap isu itu seolah-olah tiada apa yang berlaku sebaliknya permohonan maaf itu hanyalah sekadar di depan kamera.

Sementara itu, Wan menafikan tindakannya itu adalah kerana ingin mencari publisiti selepas beberapa tahun menyepi dari dunia hiburan.

Ujar Wan, dia tidak perlu berbuat demikian kerana yakin namanya masih dikenali oleh peminat muzik tempatan.
 
"Ini bukan satu publisiti untuk menaikkan nama kerana peminat masih kenal siapa saya dan tidak perlu bukan gimik seperti ini kerana masih banyak cara lain yang boleh dibuat," katanya.
ZoOM: Kisah penulis blog di saman bermula lagi !!!!

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Satria Neo Baru – 4 Gambar Proton Artiga

Posted: 04 Jul 2012 07:20 PM PDT

Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.

Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo.





Sumber : Sembang Auto


ZoOM: Nampak menarik tetapi jika anda mempunyai keluarga, janganlah berangan nak beli sebab nanti menyusahkan anda untuk bawa anak jalan-jalan. Sesuai untuk orang yang masih bujang dan masih belum mempunyai anak ramai (Tips je)
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Proton Preve Sapphire Baru

Posted: 04 Jul 2012 07:11 PM PDT

Proton Preve adalah kereta keluaran Proton yang paling baik sekali. Baru-baru ni, Proton telah memberi gimik dengan memperkenalkan Proton Preve Sapphire yang dilengkapkan dengan bodykit sporty. Sportrim bersaiz 18 inci jenama Lenso digunakan bersama brek Lotus.

Bagi menyerlahkan Proton Preve Sapphire, warna gun-metal matte digunakan bersama bumbung hitam berkilat. Bagaimanapun Proton Preve Sapphire ini masih belum dilancarkan secara rasmi dan harga juga tidak diketahui, sama-sama kita nantikan. Jom kita tengok gambar Proton Preve Sapphire baru di bawah ini :



ZoOM: Berminat ke !!!?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!