Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Buku Diari Heliza Helmi & Pelancaran Fesyen Terbaru Get Gorgeous Posted: 25 Jun 2012 11:04 PM PDT Sekarang ini, ada 3 agenda penting dalam hidup seorang figura bertudung Heliza Helmi… 1. Selaku hos untuk program yang membawanya mengembara merentasi benua dalam program kembara makan-makan RASA HALAL ANTARABANGSA yang bakal menemui penonton pada hari Khamis ini. 2. Wah, kata Heliza Helmi lagi, buku hasil tulisannya – DIARI HELIZA HELMI sudah pun berada di pasaran. Peminat boleh mendapatkannya di toko buku terkenal sekarang dengan harga RM25 sahaja. 3. Akhirnya, Heliza Helmi sudah ada butik dan juga busana miliknya sendiri di mana tak lama lagi akan dilancarkan. Semasa bertemu Heliza semalam, Budiey dihadiahkan buku terbarunya. Terima kasih Heliza! Awak sangat nais. Menggantikan tempat Farah Anuar, Heliza tak berapa nak bimbang dengan keadaan dirinya yang susah nak gemuk. Makan banyak pun tak apa. Namun, kena hati-hati juga. Apa-apa pun, Budiey dah tonton beberapa babak menarik sekitar lawatan Heliza di lima buah negara ini dan Budiey dapat rasakan Heliza cukup selesa menjadi pengacara program yang ditayangkan di Astro Oasis setiap Khamis jam 7.30 malam bermula 28 Jun ini. Budiey difahamkan semua episod dirakam dalam bentuk HD dan mengikut kata Tuan Haji Izelan Basar, Pengurus Saluran Astro Oasis mengatakan pastinya pelanggan Byond bakal menonton dalam bentuk definisi tinggi di saluran Mustika HD nanti. Kalau Iqbal pengacara baru Jalan-Jalan Cari Makan letak jawatan sebagai pengacara program itu sebab dah naik berat badan, berlainan pula dengan Heliza Helmi yang ternyata tidak pernah risau dengan situasi tersebut. "Tidak terfikir pun pasal berat badan akan naik kerana sehingga kini berat badan saya sama sahaja. Mungkin kerana kami mempunyai jadual yang ketat dan harus bergerak dengan cepat untuk menyiapkan penggambaran pada setiap lokasi. Lagipun program ini bertajuk Rasa Halal Antarabangsa jadi saya banyak merasa makanan tersebut dan bukan makan semua sehingga habis," ujarnya sambil berseloroh. Kali ini Rasa Halal Antarabangsa menjelajah ke lima buah negera di tiga benua berbeza iaitu Australia, Korea, United Kingdom, Perancis dan Turki. Menurut Heliza lagi dia telah membuat beberapa persiapan bagi melancarkan perjalanannya ketika menjalankan tugas sebagai pengacara. Ditanyakan mengenai cabaran menjadi pengacara Rasa Halal Antarabangsa, Heliza ternyata positif dan dia mahu mempelajari selok belok untuk menjadi pengacara yang baik. "Saya teruja ketika dipilih untuk menjadi pengacara dan dalam amsa yang sama saya dapat belajar budaya yang baru. Merasai makanan yang berbeza disamping belajar bahasa negara yang dilawati dan menambah pengetahuan. Penat sudah semestinya tetapi itu semua saya letakan di bawah sekali kerana komitmen kepada kerja lebih penting dan saya harapkan ia akan memuaskan hati kepada mereka yang menonton,"tambahnya lagi. Heliza kini sibuk memperluaskan langkahnya dengan menjadi perunding imej setelah mendapat sijil dalam bidang berkenaan. Rezekinya juga terus bertambah setelah dilantik menjadi duta kepada minuman Cool Blog selain Sunsilk dan Garnier yang kini sudah memasuki tahun ketiga. Tidak lupa bidang fesyen yang diminatinya di mana dia telah berkolaborasi bersama Get Gorgeous untuk koleksi Heliza Helmi by Get Gorgeous dengan 10 koleksi eksklusif khas untuk Lebaran selain Heliza Helmi Hijab dan Instant Telekung. Dia juga baru sahaja menerbitkan Diari Heliza Helmi iaitu jurnal kisah hidupnya yang kini telah pun berada di pasaran. Tags: Heliza AF5Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Peraduan Menang Pass Menonton GIG TRIPLE PLAY TV9 Posted: 25 Jun 2012 10:34 PM PDT Peraduan Menang Pass Menonton GIG TRIPLE PLAY TV9 Salam buat semua pembaca setia Budiey.com, Budiey ada 50 keping pass untuk anda menonton secara langsung pertarungan muzik band terkemuka BUNKFACE, HUJAN & NIDJI di GIG TRIPLE PLAY anjuran TV9 yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, 30 Jun, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119). KL Live akan menjadi saksi kepada aura ketiga-tiga kumpulan yang akan mempersembahkan kehebatan masing-masing di hadapan 1000 orang penonton. TV9 membawa kumpulan popular dari Indonesia, Nidji yang dianggotai oleh Giring (vokal), Rama dan Ariel (gitar), Adri (dram), Andro (bass) dan Run-D (keyboard) untuk berkongsi pentas dengan dua kumpulan hebat tanahair, Bunkface dan Hujan, demi meraikan muzik dan kreativiti tanpa batasan. Nidji yang telah menempa nama bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, malahan di Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat amat berbesar hati untuk berkongsi kreativiti dan seterusnya menghiburkan komuniti Nidjiholic di Malaysia. Bunkface yang diterajui oleh tiga anak muda berkaliber iaitu Sam, Youk dan Pa'an banyak menghasilkan lagu-lagu bergenre pop punk dan punk rock. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2005 dan telah memenangi beberapa anugerah seperti 'Anugerah Bintang Popular 2009' (ABP 2009) dalam kategori 'Penyanyi Duo/Kumpulan Popular,' 'Anugerah Shout! 2009' bagi kategori 'Break Out Award', 'Rockstar Award' dan 'The Ultimate Shout Award' serta 'Anugerah Shout! 2010' bagi kategori 'Rockstar Award' dan 'Music Video Award'. Kumpulan indie Hujan yang baru-baru ini menjuarai Versus, dianggotai oleh Noh, Dimas, Izzat, AG dan Am, mula dikenali ramai sejak ditubuhkan pada 2006. Alunan muzik mereka diberi penghargaan apabila meraih Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM 2009) menerusi 'Album Terbaik "Hujan"' dan 'Lagu Rock Terbaik "Bila Aku Sudah Tiada.' " Malahan Hujan turut mempunyai peminat setia yang menggelarkan diri mereka Raingers. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi www.tv9.com.my/gigtripleplay dan di laman twitter @tv9malaysia melalui #gigtripleplay. Mahu memenangi sepasang pass untuk ke GIG TRIPLE PLAY TV9 ini? Sertailah peraduan anjuran TV9 ini. Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan: Soalan 1: Soalan 2: Soalan 3: Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan: Saya mahu menonton GIG TRIPLE PLAY kerana… Sertakan juga maklumat peribadi: Hantarkan jawapan anda kepada: Tarikh tutup peraduan: 28 JUN 2012 Tajuk Email: Peraduan Menang Pass Menonton GIG TRIPLE PLAY SYARAT & PERATURAN:
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Tags: Peraduan, TV9Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |