Adsense

Isnin, 25 Jun 2012

Celebrity News

Celebrity News


Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan AFC - Malaysia VS Filipina

Posted: 25 Jun 2012 09:47 AM PDT


Untuk makluman, tiada siaran langsung diadakan pada perlawanan ini yang bermula pada 25 Jun 2012 , 4.45 petang waktu Malaysia. Dan berikut adalah keputusan bagi perlawanan semalam di Myanmar :

Malaysia vs Filipina 7-0 (4-0)
Kesebelasan utama:-
                   [---Izham---]
Fandi--Fadhli Shas--Shahrul saad--Ariff
Rozaimi,—-Ashri,—–Gary—wan Zahrulnizam
------——-Irfan (c)—————-
==———- Thamil———-
Malaysia – Minit ke 3 ( Rozaimi )
Malaysia – Minit ke 33 ( Fandi Othman )
Malaysia – Minit ke 35 ( Rozaimi )
Malaysia – Minit ke 40 ( Wan Zaharulnizam )

Malaysia – Minit 69 ( Rozaimi )
Malaysia – Minit 75 (Rozaimi )
Malaysia – Minit 90 (Saarvindran)



Tahniah Sekali lagi dan nampaknya pasukan bimbingan Ong Kim Swee mengamuk pada hari ini. Penyerang dari Sabah, Rozaimi pula membuktikan kemasukan sebagai kesebelasan utama tidak sia-sia apabila menjaringkan 4 gol. Semoga prestasi ini dapat diteruskan sehingga mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Zoom Artis : Amy Wine House Tinggalkan Surat Wasiat

Posted: 25 Jun 2012 09:28 AM PDT

KISAH cinta mendiang Amy Winehouse dan Blake Fielder-Civil yang sering dilanda badai bukanlah satu perkara pelik kerana mereka sentiasa bertengkar sehingga bercerai pada tahun 2009.

Namun, penceraian itu tidak pernah mematahkan rasa cinta Amy yang sangat mendalam terhadap Blake dan ini terbukti apabila terdapat sepucuk surat yang ditulisnya buat lelaki itu.

Menurut laporan Dailymail, penyanyi yang meninggal dunia pada usia 27 tahun itu rupanya teringin memiliki anak bersama Blake. Baginya, berita kehamilan adalah satu hadiah 'Hari Kekasih' yang paling diidamkannya.

Ibu Blake, Georgette memberi keterangan itu selepas membaca isi kandungan surat tersebut yang ditunjukkan Blake.
"Membaca surat itu membuatkan Blake berasa bersalah kerana dia juga sangat mencintai Amy walaupun ketika itu mereka sudah bercerai.
"Kedua-dua mereka saling mencintai antara satu sama lain. Surat itu menunjukkan Amy begitu tergila-gilakan pada Blake," kata Georgette.

Dalam surat itu, Amy turut menyatakan bahawa dia sudah pun memilih nama bakal anak mereka iaitu Lucky.

Sumber : Mstar

ZoOM: Walaupun sudah bercerai tetapi masih mempunyai sekelumit perasaan sayang diantara mereka. Sedih dan menyayat hati bagi yang sedang dan pernah merasainya, semoga ia menjadi pengajaran bagi anda yang terasa ye.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Zoom Artis : Nurul Wahab Tidak Jahil Ajar Suami Tentang Islam

Posted: 25 Jun 2012 09:21 AM PDT

Pengantin baru ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka dengan pelamin indah yang mereka bina. Namun ada yang sudah dan berusaha ingin cucuk jarum (bahasa lembut sikit). Pantang tengok orang bahagia ada sahaja yang cuba dikupas dan dihebahkan.

Namun empunya diri tampil menjawap persoalan dan tindakan yang beliau rasakan perlu seperti dibawah :

"Jangan ingat luaran saya berimej moden dan saya tidak tahu apa-apa tentang agama yang dianuti. Saya tidak perlu menunjuk atau membuktikan kepada sesiapa kerana ia adalah di antara saya dan Allah sahaja yang mengetahui.
"Lagipun, untuk membimbing seorang mualaf mengenali Islam bukannya boleh dibuat dalam masa sehari. Nabi Muhammad S.A.W pun mengambil masa lama untuk menyebarkan agamanya," katanya yang ditemui pada pelancaran duta produk kecantikan Skinz Infinate di Flora Terrace, di sini, petang Isnin.

Nurul diminta mengulas kononnya dia gagal membimbing suaminya yang baru memeluk Islam untuk menjadi seorang Muslim yang mengamalkan ilmu-ilmu agama itu.

Tambah Nurul, dia juga mempunyai cara tersendiri dalam membimbing hal-hal agama terhadap suaminya yang berusia 47 tahun itu dan berharap isu suaminya tidak diberi pendedahan Islam sewajarnya tidak lagi timbul.
"Mujurlah Eriq seorang yang begitu positif dalam memandang kehidupan dan isu-isu sebegini tidak mengecilkan hatinya pun. Setakat ini dia faham dengan amalan harian yang saya lakukan iaitu menunaikan solat lima waktu serta mengaji kitab Al-Quran.
"Kita tidak boleh terlalu memaksa kerana dia juga mempunyai pegangan agama lain sebelum ini, cuma untuk berubah arah semua itu perlu dibuat perlahan-lahan," tegasnya.
Sumber : Mstar

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Ramona Perasaan Popular !!

Posted: 25 Jun 2012 01:29 AM PDT

Baru sebentar tadi ZOoM berkongsi dengan anda mengenai coretan Raja (wartawan Bpop) yang menghentam Melia, dan ini adalah sumber terbaru daripada forum Cari mengenai Raja yang menghentam Ramona Zam Zam yang dikatakan terlalu memilih dan perasaan GLAMOUR.

Mungkin ada sesuatu yang berlaku menyebabkan Raja (Wartawan) menulis sedemikian, dan apa yang ZoOM baca daripada gambar artikel diatas menunjukkan beberapa permintaan Ramona ingin digandingkan dengan artis popular sahaja.

Nak buat macam mana yer Ramona...dah menjadi asam garam menjadi artis di Malaysia ni.


Apa Komen Anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Semasa : PERKASA buat demo paksa orang Singapura dihalau

Posted: 25 Jun 2012 01:12 AM PDT

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mengadakan satu perhimpunan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur untuk mendesak supaya negara itu supaya menarik balik tiga orang diplomatnya.

Presiden NGO tersebut Datuk Ibrahim Ali berkata, PERKASA membantah kehadiran diplomat berkenaan yang didakwa terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Katanya, kehadiran diplomat berkenaan "memberi persepsi bahawa Singapura ingin campur tangan dalam urusan Malaysia".

Singapura juga perlu meminta maaf atas atas tindakan berkenaan yang dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada hubungan Malaysia-Singapura, katanya lagi dalam memorandum yang diserahkan ke kedutaan berkenaan.

Ibrahim tiba ke pejabat misi tersebut pada kira-kira jam 1 petang dengan sorakan "Hidup Melayu", "Berambus Singapura", dan "Aman Malaysia" oleh kira-kira 300 orang para penyokongnya.

Memorandum berkenaan diterima seorang setiausaha kedutaan berkenaan yang berjanji untuk menyerahkannya kepada kerajaan Singapura, kata Ibrahim kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertemu kakitangan tersebut.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah empat orang pemimpin tertinggi PERKASA. -Mkini
 ZoOM : Baru tahu ada juga orang seberang tambak yang join, tetapi siapa yang benar biarlah orang politik yang membicarakannya.

Apa Komen Anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Terkini: Bob Lokman Terlantar Di Hospital kerana Makan Durian !

Posted: 25 Jun 2012 01:02 AM PDT

Hari ini email kami dikejutkan dengan beberapa keping gambar Bob Lokman terlantar dihospital. Menurut info email yang dikirimkan kepada kami Bob Lokman kini terlantar di hospital akibat sesak nafas setelah selesai satu majlis di Kuala Kangsar.

Menurut pengirim email itu juga Bob Lokman yang kini aktif bersama parti politik dikhabarkan telah ditempatkan di wad kecemasan Hospital Taiping pada pagi ni (24 Jun 2012). 


Apa yang menarik perhatian kami tentang email yang dikirimkan, disebutkan punca sesak nafas yang dialami Bob Lokman ialah akibat buah durian yang menjadi santapan beliau bersama YDP Taiping, Ustaz Fakhruddin setelah selesai program 8 X 24 di Kuala Kangsar. Apa pun puncanya semoga Bob Lokman Kembali sihat seperti sedia kala.


Credit : Buahmulut.com


ZoOM: Durian kalau tak terkawal dan pantan sure akan jadi sesuatu yang tidak diingini. Dan bukan sekali dua ZoOM dengar kisah seseorang yang memakan raja durian dan kesannya.

Semoga Bob Lokman kembali sembuh daripada sakit dan dugaan olehnya. Insyallah







Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Panas Melia Kaki Hutang Di Majalah BPOP

Posted: 25 Jun 2012 12:50 AM PDT

Nampaknya kisah gadis bernama Melia ini kini kembali lagi, dan terbaru mengisahkan gossip panas oleh wartawan BPOP yakni Raja Nurfatimah Mawar yang menghebahkan gossip Melia kaki hutang.

Bukan main hebat si wartawan hentam gadis dan artis yang baru menapak dalam industri hiburan ini. Mungkin ada bukti yang sahih sehinggakan Raja (wartawan) menghentam Melia sampai sedemikian rupa. 

ZoOM baca tajuk pun terkejut, dan kadang-kadang tajuk adalah gimik semata-mata, namun lain pula yang berlaku dengan tulisan dimajalah tersebut yang sama hangat dengan tajuknya.

Dan paling menarik perhatian ZoOM ayat dibawah :

"RAJA:Teringatkan kisah seorang ibu artis muda yang berangan hidup macam orang kaya sedangkan hutang keliling pinggang".

 ZoOM: Tengah tunggu maklumbalas Melia mengenai gossip terbaru ini.

Apa Komen Anda?
 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

[Panas] Madonna hapus DNA sendiri

Posted: 25 Jun 2012 12:33 AM PDT

RATU penghapus asid deoksiribonukleik (DNA)! Mungkin itu gelaran terbaharu yang boleh dilabelkan terhadap Madonna.

Bintang tersohor itu sememangnya diketahui umum terkenal dengan lagak seorang diva, terutama dalam menetapkan syarat-syarat dan menyenaraikan benda-benda tertentu yang diinginkan setiap kali muncul dalam persembahan konsertnya.

Namun, Madonna mungkin satu-satunya selebriti yang bersikap ekstra diva apabila satu kumpulan pensterilan telah ditubuhkan khusus untuk membersihkan sebarang DNA dirinya yang terdapat dalam bilik khas tempat dia bersolek dan berehat di belakang pentas MDNA World Tour.

Ikon berusia 53 tahun itu juga menegaskan kepada pihak penganjur konsert jelajah terbaharunya itu bahawa hanya orang-orang tertentu yang disenaraikan oleh dirinya dibenarkan memasuki kawasan belakang pentas yang menempatkan bilik khas itu.

Promoter konsert jelajah itu, Álvaro Ramos yang menguruskan konsert jelajah Madonna di Portugal mendedahkan kepada akhbar The Mirror: "Kami dikehendaki menghapuskan segala bentuk DNA Madonna yang terdapat dalam bilik khas di belakang pentas konsertnya itu.
"Kami sendiri tidak dibenarkan masuk ke situ kecuali selepas Madonna keluar dari bilik itu sehinggalah segala DNA dirinya di situ telah dibersihkan. Malah, kami dilarang sama sekali menyentuh bilik tersebut jika proses pembersihan DNAnya itu belum selesai."

Tambahnya: "Kami hanya dibenarkan masuk ke bilik tersebut selepas segala DNA Madonna di situ telah dihapuskan yang termasuklah helaian rambutnya. Saya faham ia dilakukan untuk menjaga hak peribadinya tetapi bagi saya, ia sangat melampau."
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Drama : Sinopsis Drama Dejavu di Kinabalu

Posted: 24 Jun 2012 10:42 PM PDT

Bagi Anda yang meminati drama ini dalam slot Akasia di TV3 yang menampilkan pelakon handalan dan terlepas,  bolehlah jengok laman web tonton.com.my yang menyiarkan dan berkongsi dengan pelawat web berkenaan.
Dan berikut adalah sinopsis Drama untuk bacaan anda :

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Kredit : Budiey.com

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Konsert K-pop Terbesar Di Hong Kong

Posted: 24 Jun 2012 10:20 PM PDT

HONG KONG - Beribu-ribu peminat tidak melepaskan peluang menonton konsert besar-besaran K-pop yang diadakan di sini kelmarin.

Konsert tersebut merupakan bukti terbaharu lonjakan populariti muzik pop dari Korea Selatan itu.

Dikenali sebagai Bank Muzik, acara tersebut membariskan empat penyanyi popular Korea Selatan dan merupakan konsert K-pop terbesar pernah berlangsung di pulau berkenaan.

Kumpulan pop lelaki, TVXQ dan penyanyi comel, IU merupakan antara artis yang menyanyi dan menari di hadapan lautan peminat pada konsert itu.

"Saya berasa amat gembira kerana Hong Kong mampu menganjurkan konsert K-pop secara

besar-besaran seperti ini.

"Saya juga sangat gembira kerana budaya Korea memiliki pengaruh di seluruh dunia," kata penyanyi kumpulan wanita popular, Wonder Girls yang turut beraksi pada konsert berkenaan.

Konsert gemilang kelmarin menyusul selepas beberapa kumpulan pop Korea Selatan seperti Girls' Generation dan 2PM mengadakan persembahan di sini pada tahun ini.


Sumber : Kosmo

Dekat Malaysia pun dah jadi ikutan dengan artis K-pop ni, entah apa yang best dengan tema ni, anda diluar sana apa cerita !?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Terkini : Apek Dan Rakan-Rakan Bebas Hukuman Penjara

Posted: 24 Jun 2012 09:54 PM PDT

Ini berita yang terbaru ZoOM baca di dalam web berita online Mstar, mengenai kes dadah Saiful Apek dan rakan-rakan yang berlangsung di Mahkamah Majistret. Dan berikut adalah berita mengenai kes tersebut :
 
PETALING JAYA: Pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama tiga rakannya dibebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka dua tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Mereka semua sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, dekat sini pada 12 Jun 2010 kira kira pukul 11 malam.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Info : Mstar Online
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita : Empat penari bikini dicekup

Posted: 24 Jun 2012 09:31 PM PDT

KUALA LUMPUR – Hajat empat gadis Melayu untuk meraih bayaran RM300 setiap seorang bagi mempersembahkan tarian bikini di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy di sini semalam berakhir dengan mereka dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ketika serbuan pada pukul 12 tengah malam, empat penari yang berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 18 hingga 22 tahun itu bersedia untuk menari dengan berpakaian bikini di atas pentas di kelab itu.

Ketua penari yang dikenali sebagai Baby, 22, berkata, mereka sampai ke kelab malam tersebut pada pukul 10.30 malam selepas menerima tawaran mempersembahkan tarian di kelab itu.

"Kami akan menari secara bebas selama 10 minit dengan pakaian bikini dan setiap seorang akan dibayar RM300.

"Ketika menari, kami tidak membenarkan pelanggan menyentuh atau melakukan perkara tidak senonoh terhadap kami," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dakwa Baby, sebelum ini mereka telah banyak menerima jemputan mengadakan tarian di kelab malam ini tetapi terkejut kerana kali ini, kami diminta berpakaian seksi ketika mengadakan persembahan.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hot : Hijab Julia Perez Terbuka Ketika Cium Hajar Aswad

Posted: 24 Jun 2012 08:59 PM PDT


Sembilan hari selepas berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah bersama keluarga, kelibat penyanyi dan pelakon sensasi dari seberang pastinya dinantikan oleh wartawan yang ingin bertanyakan mengenai pengalamannya di sana.


"Setibanya di Mekkah, saya terus menunaikan solat. Sedih sangat dan ini merupakan satu-satunya tempat yang buat saya tidak berhenti menangis," ujar pelantun 'Belah Duren' ini dipetik dari laman Kapanlagi.com.

Tambahnya lagi, sebelum berangkat ke Tanah Suci, Jupe menyimpan hasrat untuk menyentuh Kaabah dan hasratnya tercapai pada hari pertama dia berada di sana.
Walaubagaimanapun, artis sensasi ini punya kisah menarik untuk dikongsi.


"Hari pertama saya bisa menyentuh Kaabah dan dalam hati saya berkata, "Ya Allah, aku sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki ke sini, lalu saya berniat mahu mencium Hajar Aswad.

"Pada hari ketiga, saya berjaya mencium Hajar Aswad namun ketika mencium batu hitam yang terletak di sebelah tenggara Kaabah itu, hijab saya terbuka gara-gara ditarik oleh seorang wanita. Semuanya terlepas.

"Banyak yang mengharapkan untuk berada betul-betul di hadapan Hajar Aswad seperti saya ketika itu. Orang-orang di belakang saya berebut-rebut untuk mencium Hajar Aswad. Saya nangis dan cuma berdoa agar dosa saya diampuni, doa soal jodoh, rezeki dan sebagainya saya sudah tidak ingat lagi. 

Tidak dapat menahan tolakan, saya akhirnya berundur, " cerita pelakon filem 'Arwah Goyang Karawang ini lagi.- (yahoo!)

ZoOM : Nasib baik Hijan/Tudung sahaja yang terbuka, bukan ingin mengata tetapi jika anda melihat kepada pakaian yang dipakai semasa ingin mengerjakan umrah.

Apa Komen anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!