Adsense

Isnin, 25 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Tips Kecantikan Fazura

Posted: 25 Jun 2012 10:32 PM PDT

Fazura merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Gadis jelita  kelahiran Pekan, Pahang ini bukan sahaja cantik malah merupakan seorang artis yang bijak dalam menguruskan bidang perniagaan beliau, iaitu Butik House Of Doll yang terletak di Bangsar.

Fazura juga merupakan salah seorang artis yang dilantik sebagai duta mandian Lux, sekaligus menyertai barisan jelitawan selebriti tempatan seperti Sheila Majid, Fauziah Latif, Erra Fazira dan Amy Mastura.

Berikut merupakan beberapa tips kecantikan yang diamalkan oleh Fazura :

  1. Melakukan aktiviti lulur dan tidak meminum minuman yang sejuk. Ini bagi mendapatkan kulit badan yang cantik dan sihat.
  2. Amalkan makan jamu dan sayur-sayuran supaya keanjalan kulit terpelihara dan terhindar daripada masalah kedutan.
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  4. Amalkan pengambilan green tea bagi mendapatkan kulit yang cerah dan cantik, dalam masa yang sama dapat mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga kanser.

Diharapkan tips kecantikan yang diamalkan oleh Fazura ini berguna untuk para wanita yang ingin kekal cantik sepanjang masa.

Artis Menggayakan Busana Daripada Pereka Fesyen Nazreen Idris

Posted: 25 Jun 2012 09:37 PM PDT

Nazreen Idris merupakan salah seorang pereka fesyen tempatan yang telah banyak mereka pakaian untuk artis-artis tempatan seperti Aida Aris, Maria Farida, Diana Danielle, Intan Ladyana dan sebagainya. Kebanyakan busana rekaan Nazreen Idris ini lebih berkonsepkan gaun labuh dan dihiasi dengan perincian manik-manik dibahagian hadapan busana, dan ini bagi membangkitkan lagi keanggunan dan pesona si pemakai.

Selain itu, Nazreen Idris merupakan seorang graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beliau mula berjinak-jinak dalam dunia rekaan fesyen sejak memenangi tempat kedua dalam pertandingan Animax Fashion Ability pada tahun 2007.

Berikut merupakan beberapa koleksi busana hasil rekaan Nazreen Idris yang pernah digayakan oleh artis-artis tempatan :

Aida Aris

Busana berona hijau turquoise ini sangat menarik dan cantik digayakan oleh si tinggi lampai Aida Aris. Padanan perincian berona perak dan keemasan menyerlahkan lagi penampilan Aida Aris.

Maria Farida

Busana berona keemasan yang digayakan oleh Maria Farida ini kelihatan sangat cantik dan menyerlahkan lagi keanggunaan beliau. Tambahan perincian manik-manik menambahkan lagi kejelitaan Maria Farida dan potongan sedikit kembang dibahagian bawah busana, membuatkan busana ini kelihatan sedikit klasik.

Diana Danielle

Busanan yang kelihatan ringkas ini sangat sesuai digayakan oleh Diana Danielle. Tambahan sedikit renda-renda, les dan reben berona hitam dibahagian hadapan busana menyuntik sedikit  gaya english style dalam penampilan Diana Danielle.

Intan Ladyana

Busana berona coklat perang yang digayakan oleh Intan Ladyana ini kelihatan sangat cantik dan menarik. Padanan perincian manik-manik yang sedikit sarat dibahagian atas busana ini menyerlahkan lagi keayuan dan keterampilan Intan Ladyana.

Bagi individu yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan rekaan Nazreen Idris, anda boleh layari blogspot beliau di nazreenidris.blogspot.com.

Sumber : Nazreenidris.blogspot.com