Adsense

Khamis, 14 Jun 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rooftop Penanda Aras Baru Program Hiburan NTV7

Posted: 14 Jun 2012 09:51 PM PDT

ROOFTOP: RANCANGAN MUZIK MALAYSIA PERTAMA DI PUNCAK BUMBUNG

Rancangan Terbaru ntv7 Bawa Artis Melalak di Bumbung

Seringkali kita melihat artis-artis kita membuat persembahan mereka di acara pentas seperti konsert, majlis keramaian, pertandingan, pesta mahupun di karnival. Namun agak pelik jika mendengar mereka bakal melalak di atas bumbung. Benarlah kalau dinamakan penyanyi berbakat campak ke mana pun mereka tetap akan menghiburkan peminat mereka.

Itulah dimensi baru yang bakal penonton saksikan di dalam sebuah rancangan siri muzik menarik serta terbaru di Saluran Ceria Anda. Berbeza dengan rancangan nyanyian biasa, kehadiran rancangan Rooftop yang bakal bersiaran di ntv7 bermula 6 September 2012 ini akan membawakan penonton untuk melihat persembahan artis-artis kesayangan mereka menyanyi di atas bumbung sebuah bangunan berlatarbelakangkan keindahan panorama dan bangunan pencakar langit di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Rooftop PC (1)

Rooftop PC (1)- Barisan belakang, dua dari kiri, Encik Kamarul Zamli Ramly, Pengurus Besar Produksi Hiburan Studio Primeworks, Khairul Anuar Azmi (Susu), Penerbit Rooftop, Diandra, Cik Emilya Ab Rahim, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara ntv7 bersama semua artis yang terlibat untuk rancgan 13 episod Rooftop.

Rooftop yang akan menghiburkan penontonnya setiap hari Khamis jam 8.30 malam itu bertema lebih santai dan menggunakan muzik akustik di mana mereka bakal menyaksikan artis-artis kesayangan mereka membuat persembahan mantap tatkala mereka beraksi di puncak bangunan Lot 10. Menurut penerbitnya, Khairul Anuar yang lebih mesra dengan panggilan Susu, konsep sebegini merupakan pertama kalinya direalisasikan di Malaysia.

"Konsep nyanyian di atas bumbung sememangnya berbeza kerana ia seolah-olah menggambarkan kebebasan penyanyi tersebut dalam menyampaikan persembahan mereka selain memberi ruang yang lebih intim kepada penonton di set penggambaran mahupun di rumah" kata Susu.

Rancangan persembahan nyanyian yang memberi dimensi baru itu bakal mengetengahkan 14 bakat muda dan besar iaitu Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, Drama Band, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Nawhki & Clan, Adira, Awi Rafael, Hafiz dan Azlan & Typewriter sepanjang 13 episod rancangan itu disiarkan.

Bersiaran selama setengah jam untuk setiap episod, Rooftop bukan sahaja menyajikan persembahan hebat artis malah membawa penonton mengenali lebih mendalam mengenai artis pujaan mereka. Menggunakan genre dokumentari-muzikal, Rooftop dilihat mampu menarik ramai penonton kerana pendekatannya yang segar, lebih intim dan menyeluruh melalui temubual artis yang lebih bersifat peribadi serta pilihan lagu hits yang dirakamkan secara live.

Menurut Puan Emilya Ab Rahim, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara ntv7, Rooftop bakal memberikan sebuah pengalaman baru buat penontonnya kerana suntingan yang minimal membenarkan mereka merasakan sentuhan peribadi artis dan keikhlasan mereka dalam berkarya serta menjanjikan persembahan mantap daripada mereka.

"Kebebasan dan keselesaan artis dalam menyampaikan persembahan mereka di set khas ini memberikan ruang buat penonton untuk mengenali dan memahami artis-artis mereka melalui persembahan yang bertenaga dan lebih bersahaja. Persembahan di atas bumbung bangunan pastinya memberi dimensi baru buat para artis-artis yang terlibat berbanding persembahan mereka yang lain sebelum ini" kata Emilya ketika ditanya di sidang media yang berlangsung hari ini di Restoran Teeq Kuala Lumpur.

"Kami juga amat berterima kasih kepada semua krew penerbitan Rooftop yang amat dedikasi terhadap tanggungjawab masing-masing, sehingga dapat membawa rancangan hiburan sebegini ke sebuah lagi fasa baru.

Bagi Encik Kamarul Zamli Ramly, Pengurus Besar Produksi Hiburan Primeworks Studios pula beliau amat teruja dalam penerbitan konsep sebegini yang buat pertama kali direalisasikan produksi tempatan.

"Rooftop juga membawa kami mengimbas kembali zaman kegemilangan The Beatles pada tahun 1970-an. Persembahan kumpulan The Beatles yang pernah dirakam di atas bumbung membuat kami teruja untuk membawa set ini ke dalam Rooftop. Kami kagum dengan konsep mereka yang begitu bersahaja tetapi amat menarik sekali," tambah Kamarul.

Antara para artis yang hadir di sidang media tersebut yang turut diadakan berhampiran set lokasi penggambaran rancangan itu adalah Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, Diandra Arjunaidi, Hafiz, dan Drama Band.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan-rancangan di ntv7 sila layari laman sesawang www.ntv7.com.my dan tonton semula rancangan kegemaran anda di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru ntv7 melalui akaun Facebook dan Twitter.

Projek Pistol (1)

Estranged (1)

Aizat @ Rooftop

Rooftop PC (2)

Drama Band

Bunkface (1)

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Estranged di Rakaman ROOFTOP NTV7
  • Gambar Project Pistol di Rakaman ROOFTOP NTV7
  • Jadual Rakaman Konsert ROOFTOP NTV7
  • Video Sekitar Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Jemputan Pencarian Remaja Berbakat dari Media Hiburan
  • Diandra Arjunaidi di EARTH HOUR 2012 Anjuran YTL
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Kisah Norman Hakim Abby Abadi: Tilam Toto, Selimut, Tuala Basah Bahan Bukti
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Astro Bakal Lancar My Hometown Sempena kempen Negaraku

    Posted: 14 Jun 2012 09:46 PM PDT

    ASTRO MERAIKAN KAMPUNG HALAMAN ANDA

    My Hometown logo

    Masihkah anda ingat kawasan melepak kegemaran anda semasa kecil? Gerai yang menjual kuih-muih kegemaran anda? Suara kuat makcik di pasar anda? Inilah antara kenangan-kenangan istimewa kampung halaman kita yang menjadikan zaman kecil tersemat di dalam hati.

    Bersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatif, 'My Hometown'. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman anda dengan mengetengahkan kisah-kisah unik yang membezakan pengalaman anda dengan yang lain. Video ini akan disiarkan melalui satu saluran yang didedikasikan khas buat inisiatif ini iaitu 'My Hometown' (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

    0883 My Hometown Vintage Poster FA2

    Sempena meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, inisiatif ini diadakan untuk menyambut pelbagai budaya dan warisan di Malaysia. Rakyat dijemput untuk menghantar video anda dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik atau lucunya kampung halaman anda dan mengapa hal ini sangat berkait secara peribadi kepada anda.

    Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran 'My Hometown' (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina atau umur untuk berkongsi kenangan anda secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil anda bersama-sama kami.

    Sebagai tambahan kepada kempen 'My Hometown', Astro turut memperkenalkan 'My Hometown Short Films'. Inisiatif ini ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di in Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memberi fokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri-negeri berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap tanahair mereka. Sebahagian daripada pengarah-pengarah filem 'My Hometown Short Films' ialah are Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan).

    Henry Tan, COO Astro

    Henry Tan, COO Astro

    Ketua Pengawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, "Bagi menyambut Hari Merdeka tahun ini, Astro menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan asal-usul anda melalui "My Hometown". 'My Hometown' membawa maksud yang berbeza kepada semua dan setiap kampung halaman anda ialah unik dan mempunyai kisah menariknya yang tersendiri, sama ada mengenai gerai makanan kegemaran anda, pemandangan terindah di kampung halaman anda, kisah-kisah dongeng atau lagenda-lagenda tempatan. Kami berharap 'My Hometown' akan menjadi platform bagi rakyat Malaysia untuk menyalurkan kepelbagaian etnik, kepelbagaian bahasa dan kepelbagaian landskap-landskap budaya rakyat Malaysia. Kami menggalakkan anda untuk menonjolkan kekreatifan anda dan berkongsi dengan kami semangat cinta terhadap kampung halaman anda dan kisah-kisah yang mengungkit kenangan manis di kampung halaman anda."

    "Bagi memperkaya kandungan insiatif My Hometown ini, kami bangga membawakan kepada anda karya-karya kreatif daripada 14 pengarah filem muda dalam projek 'My Hometown Short Films'. Mereka berasal daripada pelbagai latar belakang dan kepelbagaian ini yang menjanjikan masa depan industri seni di Malaysia untuk menjadi lebih cerah. 'My Hometown Short Films' menyediakan peluang bagi pengarah-pengarah filem muda ini bukan sahaja sebagai satu potensi hebat di tahap awal karier untuk meraikan kampung halaman mereka tetapi juga membolehkan mereka berkarya mengikut perspektif mereka tersendiri. Kami juga berharap inisiatif ini akan menjadi satu batu loncatan bagi pengarah-pengarah filem muda ini dalam karier mereka dan menjadi seorang pengarah filem yang berkaliber di Malaysia." Tan berkata.

    Rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah 'My Hometown' masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video anda perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik di www.astro.com.my/myhometown. Video-video yang terpilih dan 'My Hometown Short Films' akan disiarkan melalui saluran, My Hometown (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.
    Bagi maklumat lanjut mengenai 'My Hometown', layari www.astro.com.my/myhometown

    Ramdan Che Hassan - My Hometown Short Stories  Kelantan

    Ramdan Che Hassan – My Hometown Short Stories Kelantan

    Shamyl Othman - Selangor My Hometown Short Stories Director

    Shamyl Othman – Selangor My Hometown Short Stories Director

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pemenang Cabaran Media Twisties Bingit Hot FM Rockstar Band Profile
  • Astro Lancar Kempen P.Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti
  • Astro Raikan 1Malaysia Dengan Lebih 50 Program Baru
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Astro Lancar NEGARAKU THE BEST OF 1MALAYSIA STORIES ON AIR
  • Maya Karin Berkempen Untuk Alam Sekitar
  • Dato' Siti Nurhaliza Dah Ada Saluran Istimewa Sempena Merdeka
  • Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan
  • Kempen Derma Darah Sempena Hari Pahlawan 2010
  • SimplySiti Bakal Umum Pemenang Kempen Simplysiti Di Hati