Adsense

Khamis, 14 Jun 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mahu cepat dapat jodoh

Posted:

Mahu cepat dapat jodoh

Mahu cepat dapat jodoh

JIKA dahulu gaya dan pemakaian pelakon Diana Amir dilihat agak moden dan seksi, kini dia tampil dengan wajah baharu. Sudah meninggalkan terus penampilan lamanya, ternyata dia sekarang kelihatan semakin ayu dan cantik setelah berhijab.

Bagaimanapun, segala perubahan yang berlaku terhadap dirinya sejak akhir tahun lalu ternyata tidak pernah menghalang dirinya untuk terus bergelar sebagai seorang pelakon.

Sewaktu ditemui semasa sesi fotografi eksklusif bersama Kosmo! baru-baru ini, pelakon berkenaan memberitahu, dia tidak pernah terfikir untuk bersara daripada bidang lakonan.

"Sehingga kini saya masih lagi menerima tawaran dan tetap mahu berlakon, namun saya terpaksa lebih selektif dan hanya menerima watak-watak yang tidak memerlukan saya untuk membuka tudung.

"Selama ini saya memilih untuk menjadikan lakonan sebagai karier kerana minat yang mendalam, meskipun saya mempunyai kelulusan yang membolehkan saya mendapat pekerjaan yang baik," ujarnya yang tampak anggun mengenakan busana rekaan Ammara Hijabi.

Bagaimanapun, Diana memberitahu selain berlakon, dia juga sudah mempunyai perancangan iaitu menjalankan perniagaan dengan membuka sebuah butik pakaian muslimah pada masa akan datang.

Sementara itu, Diana yang ditemui akhir bulan lalu, kini berada di kota Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kali dalam hidupnya. Sudah berangkat ke Tanah Suci sejak 8 Jun lalu, dia turut ditemani dua rakan artis iaitu Irma Hasmie dan Heliza AF.

Ujarnya pada pertemuan sebelum berangkat ke Mekah: "Saya akan berada di sana selama 12 hari. Memandangkan tidak pernah ke Mekah sebelum ini, sudah tentu saya sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke sana. Boleh dikatakan saya agak berdebar, tetapi gembira apabila peluang untuk menjejakkan kaki ke sana tercapai."

Selain mahu mengambil peluang yang terbuka untuk beribadah, Diana tanpa berselindung memberitahu, dia akan berdoa di hadapan Kaabah agar dapat bertemu dengan seorang lelaki yang baik untuk menjadi suami.

Ujarnya, pada usia yang sudah mencecah 26 tahun, dia tidak boleh terlalu memberi tumpuan kepada kerjaya semata-mata dan sudah tiba masanya untuk memikirkan tentang teman hidup.

"Kalau boleh saya ingin menjadi seperti Irma yang berdoa di depan Kaabah, dan akhirnya bertemu jodoh di sana. Malah, dia juga ada berpesan supaya berdoa bersungguh-sungguh sekiranya menginginkan setiap perkara yang dihajati," ujarnya.

Menurut Diana, dia juga tidak akan mengambil masa yang lama untuk bercinta dan akan terus mendirikan rumah tangga sekiranya sudah bertemu dengan lelaki yang sesuai dengan dirinya.

PADA usia 26 tahun, Diana tidak mahu terlalu memberi fokus terhadap kerja. Dia kini sedang mencari cinta sejati.


"Saya akui masih lagi solo dan tidak mempunyai teman lelaki. Tidak dinafikan ada yang cuba mahu mendampingi diri saya, tetapi ia hanya pada peringkat berkawan dan belum sampai tahap yang lebih serius," jelasnya.

Salah sangka

Seperti yang diketahui, filem terbaharu lakonannya yang kini sedang ditayangkan di pawagam berjudul X: Janda-Jandaku Gangster merupakan filem terakhir yang diterima sebelum dia membuat keputusan untuk berhijab.

Bagaimanapun, Diana turut berhadapan dengan dilema apabila beberapa buah filem yang ditayangkan pada tahun ini turut menampilkan imej lamanya seperti filem Keramat dan 3 Temujanji.

"Saya tidak nafikan ada segelintir peminat yang bertanya kenapa dalam filem-filem berkenaan saya tidak bertudung, sedangkan ketika filem itu ditayangkan saya sudah pun bertudung.

"Bagi saya memang ada segelintir peminat yang tidak tahu bahawa penggambaran dilakukan sebelum saya membuat keputusan untuk berhijrah. Namun saya akan tetap memberikan penjelasan kepada mereka supaya tidak timbul perasaan salah sangka," jelasnya.

Menurutnya, setiap kali berhadapan dengan situasi tersebut, apa yang ditekankan dalam dirinya adalah sifat kesabaran yang tinggi dan sedia berhadapan dengan segala persoalan yang ditimbulkan.

"Sememangnya saya sedar pernah melakukan kesilapan sebelum ini, tetapi bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berubah. Lagipun peminat banyak memberikan sokongan dan mereka yang akan memberikan semangat kalau saya berada dalam keadaan tertekan," ujarnya.

Bola sepak

DIANA AMIR kini sedang menunaikan umrah bersama dua rakan artis iaitu Heliza AF dan Irma Hasmie.


Sudah mula ditayangkan pada 7 Jun lalu, filem X: Janda-Jandaku Gangster yang diarahkan Ahmad Rusli Khadri menampilkan beberapa pelakon seperti Pierre Andre, Intan Ladyana, Siti Cubby, Nuremy Ramli, Chloe Nicole dan Liyana Rafiai.

Bercerita lebih lanjut mengenai watak yang dibawanya dalam filem tersebut, Diana menjelaskan, dia membawakan watak seorang pengkid bernama Zai yang dipaksa berkahwin dengan Hafiz (Pierre Andre).

"Mengenai watak yang saya lakonkan dalam filem ini, ia agak berbeza dengan watak saya sebagai Sam dalam filem 3, 2, 1 Cinta. Dalam filem tersebut perwatakan saya lebih kepada seorang gadis tomboi.

"Sebenarnya, saya kurang gemar untuk membawakan watak sebagai pengkid dan cuba untuk menolaknya. Namun, pengarah dan penerbit melihat saya paling sesuai untuk membawakan watak tersebut," jelasnya.

Bagaimanapun, Diana turut bercerita pengalaman menariknya sepanjang menjalani penggambaran filem tersebut yang dilakukan pada tahun lalu. Antaranya, dia terpaksa bermain bola sepak untuk menjayakan salah satu babak dalam filem berkenaan.

"Sebelum menjalani penggambaran, saya terpaksa berlatih menendang bola banyak kali memandangkan sebelum ini saya langsung tidak pernah bermain bola sepak. Itu pengalaman menarik yang dilalui ketika terbabit dalam filem tersebut," ujarnya yang menyatakan itu filem terakhir yang menampilkan dirinya tidak bertudung.

Ji Hyun-woo cintakan Yoo In-na

Posted:

Ji Hyun-woo cintakan Yoo In-na

Ji Hyun-woo cintakan Yoo In-na


JI HYUN-WOO dan Yoo In-na.


NAMA aktor Korea Selatan yang semakin meningkat naik, Ji Hyun-woo menjadi tajuk utama berita di Korea Selatan gara-gara keberaniannya meluahkan perasaan cinta terhadap aktres Yoo In-na pada majlis bertemu peminat drama lakonan mereka yang berjudul Queen Inhyun's Man.

Selepas berdiam diri terhadap kontroversi terbaharu itu, agensi pengurusan In-na, YG Entertainment memberi kenyataan kepada pihak media.

"Nampaknya Hyun-woo melakukan kenyataan secara melulu. Selepas perbincangan, pihak kami memutuskan lebih baik untuk tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung kontroversi itu," ujar wakil agensi Yoo In-na.

Pada 7 Jun lalu, Hyun-woo secara mengejut meluahkan perasaan cinta kepada aktres itu di hadapan peminat.

"Saya mahu membuat pengakuan ini di hadapan peminat yang suka drama lakonan kami. Saya secara jujur cintakan Yoo In-na," kata Hyun-woo.

Pengakuan secara mengejut Hyun-woo itu bukan sahaja mengelirukan peminat, kru drama tetapi juga In-na sendiri kerana Hyun-woo kelihatan jujur.

Drama Queen Inhyun's Man sebanyak 16 episod itu segera mendapat tempat di hati peminat disebabkan keserasian antara mereka dan juga terdapat kontroversi kononnya mereka bercinta pada permulaan penggambaran.

Perkhabaran terbaharu yang diterima, aktor Hyun-woo bakal mendaftarkan diri untuk menyertai latihan ketenteraan pada Julai depan.

Berita gembira Maher Zain

Posted:

Berita gembira Maher Zain

Berita gembira Maher Zain


Maher Zain bakal membuat kejutan pada konsertnya di stadium merdeka, Sabtu ini.


Kalangan peminat penyanyi Maher Zain terutama para pelajar kini boleh tersenyum gembira apabila boleh membeli tiket dengan diskaun sebanyak 20 peratus, khusus buat mereka yang ingin menyaksikan konsert Maher Zain 'Forgive Me' Live di Malaysia 2012.

Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan pelajar semasa membuat pembelian di mana-mana cawangan TicketCharge.

Dipersembahkan oleh Canon dan dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Records, Maher Zain 'Forgive Me' Live di Malaysia 2012 bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada pukul 8 malam, Sabtu 16 Jun ini.

Harga tiket bermula daripada (tempat duduk bebas) RM78, (tempat duduk bernombor) RM138, RM238, RM298 dan VIP.

Sejak pelancaran jualan tiket pada 25 April lalu, ia telah mendapat sambutan hebat daripada peminat-peminat Maher Zain yang sememangnya menyokong konsert ini.

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Insya-Allah ini juga akan membuat kemunculan khas untuk sidang media sehari sebelum konsert di Hadramawt Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Selain menantikan kejutan yang telah disediakan oleh Maher Zain pada hari konsert, para penonton juga boleh menyaksikan persembahan artis undangan iaitu Irfan Makki dan Raef.

Maher Zain 'Forgive Me' Live di Malaysia 2012 yang ditaja bersama Etiqa Takaful Bhd. dan One Drop Perfumes ini turut disokong oleh Tourism Malaysia, Inteam Records, Warner Music Malaysia dan Astro.

Bagi maklumat lanjut mengenai konsert dan kemunculan khas Maher Zain, boleh hubungi Marctensia di talian 03- 2092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com.

Untuk tempahan melalui talian, sila hubungi TicketCharge di talian 03 92228811 atau layari laman sesawang www.ticketcharge.com.my.